Sunday, November 2, 2014

Kuantiti Air Yang Diperlukan Untuk Anak Anda

Kuantiti Air Yang Diperlukan Untuk Anak Anda


Air penting dalam hidup kita seharian. Air yang saya maksudkan disini air masak ye...Bukan air yang manis-manis je.. Air juga sangat penting untuk anak-anak kita.

Agak-agak cukup tak pengambilan air seharian anak kita? Kadang-kadang anak-anak kita ni cukup liat nak minum air. Lebih-lebih lagi air masak. Kalau air yang manis-manis tu mesti laju je...Orang dewasa pun sama je...

Mari kita lihat berapa kuantiti sebenar air yang anak kita perlukan seharian. Boleh kita semak cukup tak anak kita minum setiap hari..


Kuantiti Air Seharian Kanak-Kanak


Kanak-kanak 1 hingga 3 tahun memerlukan lebih kurang 1.3 liter cecair sehari. Kuantiti ini termasuklah susu, air masak, air manis, sup dan cecair-cecair lain. Kanak-kanak tidak boleh minum air lebih daripada 1.3 liter sehari kerana boleh mengganggu pola pemakanan dan kesihatan diri.

Kuantiti ini terpakai untuk kanak-kanak yang sihat dan normal. Jika kanak-kanak demam atau dalam keadaan tidak sihat jumlah cecair yang lebih banyak mungkin diperlukan. Begitu juga kalau cuaca sejuk, kuantiti cecair yang diperlukan akan berkurang.. Kalau tak mesti kanak-kanak akan kerap kencing.

Kenapa Air Yang Cukup Penting Untuk Kanak-Kanak?



  • Bantu kekalkan berat badan yang sihat
  • Memperbaiki tahap konsentrasi
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik
  • Mengelak sembelit

Kanak-kanak biasanya akan terlupa untuk minum air kerana mereka terlalu asyik bermain. Mereka akan minta air apabila mereka dah terlalu dahaga. Apabila anda merasa dahaga anda boleh mengajak anak anda minum bersama.

Letakkan bekas minuman di tempat yang mudah untuk anak ambil dan nampak. Jadi apabila dia dahaga senang untuk dia ambil dan minum sendiri.

Tapi perlu diawasi juga sebab bekas air minuman itu boleh jadi mainan dia pulak nanti. Kanak-kanak biasanya suka main air macam anak saya...Boleh banjir satu rumah nanti...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...