Showing posts with label hamil. Show all posts
Showing posts with label hamil. Show all posts

Friday, July 3, 2015

Kenapa Pesakit Kencing Manis Selalu Bawa Gula-Gula?

Kenapa Pesakit Kencing Manis Selalu Bawa Gula-Gula Dan Kerap Rasa Lapar | Makanan Tambahan Yang Sesuai Untuk Wanita Hamil Yang Menghidap Kencing Manis


Assalamualaikum...

Korang masa hamil pernah ada kencing manis tak? ini adalah salah satu penyakit biasa semasa hamil.. masa saya hamil anak kedua pun saya ada kencing manis.. memang kena pantau la...tapi kebiasaannya lepas bersalin kencing manis ni akan hilang sendiri...sebahagian kecil je yang tetap ada walaupun dah bersalin...

Korang pernah tengok tak pesakit kencing manis kalau pergi mana-mana mesti diorang ada bawak gula-gula? Ayah saya ada kencing manis, tiap kali pergi klinik atau mana-mana mesti bawak gula-gula..dekat rumah pun memang ada stok gula-gula..

Nak tau kenapa bawak gula-gula? 

Sebab ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit kencing manis ni berfungsi untuk merendahkan kandungan gula dalam darah.. jika pesakit tak makan lepas ambil ubat, kandungan gula dalam darah jadi terlalu rendah dan akan sebabkan pesakit pening..

Sebagaimana yang kita tau, kandungan gula yang tinggi dalam darah ni bahaya kan tapi lagi bahaya kalau kandungan gula dalam darah rendah kerana boleh sebabkan koma dan kematian dalam tempoh yang singkat. Kalau kandungan gula tinggi kesan sama juga tapi tempoh lebih lambat..

Kenapa kerap lapar?

Sebab ubat tu kan rendahkan kandungan gula, jadi lepas makan ubat perlu makan sesuatu supaya kandungan gula dapat distabilkan... Kalau tak makan kandungan gula jadi rendah dan akan beri signal lapar pada otak...

Sama macam kita puasa sekarang ni, kandungan gula jadi rendah sebab kita berpuasa, jadi akan ada signal lapar yang sampai pada otak kita..


Makanan Tambahan Yang Sesuai Untuk Wanita Hamil Yang Menghidap Kencing Manis


Wanita hamil tak boleh nak makan sebarangan ubat..vitamin pun perlu dipilih secara teliti kerana terdapat juga vitamin yang tidak sesuai diambil oleh wanita hamil..

Di bawah ni ada cadangan vitamin yang boleh diambil oleh wanita hamil bagi membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah sekaligus membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan sepanjang kehamilan



1. Vita-lea
- menukarkan gula kepada tenaga
- membantu dalam penghasilan insulin badan
- membantu melengkapkan keperluan nutrisi badan sepanjang kehamilan

2. B-complex
- terlibat dalam metabolisma gula dan pembebasan tenaga, menukarkan gula kepada tenaga
- mengurangkan keletihan dan tekanan

3. ESP
- memberikan rasa kenyang lebih lama
- memberi tenaga segera kepada badan
- membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri 

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Selamatkah Pemakaian Kosmetik Semasa Hamil?

Selamatkah Pemakaian Kosmetik Semasa Hamil?|Kosmetik Yang Berbahaya Untuk Wanita Hamil


Assalamualaikum....

Korang masa hamil suka bersolek tak? Ada yang tak pernah-pernah bersolek tiba-tiba masa hamil pulak rajin bersolek...orang kata pembawakan baby girl...korang macam tu ke? Saya sebelum hamil tak suka bersolek...masa hamil lagi tak suka...keluar juga baby girl dua...

Bagi korang yang rajin bersolek masa hamil, korang kena berhati-hati memilih produk kosmetik.... tak semua kosmetik selamat untuk korang pakai semasa hamil...

Terdapat beberapa jenis kosmetik yang tidak selamat dipakai oleh wanita hamil... Jom semak kosmetik korang


Kosmetik Yang Berbahaya Untuk Wanita Hamil


  • Ubat jerawat
- accutane boleh menyebabkan keguguran dan tidak boleh diambil oleh wanita hamil
- retinol seperti Retin-A
- ubat jerawat mengandungi benzoyl peroxide atau salicylic asid
- losyen 'tanning'
  • Ubat penghilang bulu
- Mempunyai bahan kimia yang berfungsi untuk menembusi kulit sehingga folikel rambut menjadi renggang.
  • Pemutih gigi
- mengandungi bahan pemutih yang boleh meresap masuk ke dalam gusi dan saluran darah
- lebih selamat gunakan ubat gigi pemutih yang biasa
  • Pewarna rambut
- mewarnakan rambut juga tidak digalakkan lebih-lebih lagi pada trimester pertama
- pewarna yang berasaskan tumbuhan masih boleh digunakan

Okay....ini antara kosmetik yang tidak selamat untuk wanita hamil... rasanya korang pun tak nak ambil risiko pakai semua ni kan...bahaya pada diri dan kandungan...

Kalau nak pakai pun tunggu lah lepas bersalin nanti...tak lama pun kan...demi kesihatan dan keselamatan anak kita juga....

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang....


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages :www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Wednesday, December 24, 2014

4 Tips Bijak Pilih Ubat Semasa Hamil

4 Tips Bijak Pilih Ubat Semasa Hamil | Ubat-Ubatan Dan Kehamilan | Indeks Keselamatan Kehamilan


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang... 

Tahun depan en husband akan dapat 2 orang anak sedara...Kakak dan adik ipar dia sekarang ni tengah mengandung..Jiran kat sini pun ada yang tengah mengandung ni..Saya? Inshaa Allah kalau ada rezeki...Adeena bulan ni baru 9 bulan..Tapi kalau Allah nak bagi rezeki lagi kitorang terima je...

Okay...dah alang-alang kita cerita pasal hamil ni, nak kongsi sikit tentang ubat-ubatan untuk wanita hamil ni dan 4 tips bijak pilih ubat semasa hamil.. Tak semua ubat yang biasa kita ambil semasa tak hamil boleh kita ambil semasa hamil..Kadang kala ubat boleh jadi racun kepada wanita hamil tau.. Masa awal-awal kehamilan tu elakkan mengambil sebarang ubat-ubatan..

Mari kita lihat ubat apa yang perlu dielakkan semasa hamil dan kesan sampingan kepada ibu dan kandungan..


Ubat-Ubatan Yang Perlu Dielak Semasa Hamil Dan Kesan Terhadap Kandungan



Ini antara ubatan yang berbahaya kepada wanita hamil dan kesan sampingannya jika diambil oleh wanita hamil..

> ubat tahan muntah - boleh menyebabkan kecacatan pada bayi

> ubat ulser perut - boleh menyebabkan wanita hamil keguguran kerana ia mengecutkan rahim

> ubat darah tinggi - mengecutkan salur darah dalam rahim menyebabkan nutrien tak dapat disalurkan pada janin dan menyebabkan tumbesaran janin terencat

> ubat batuk dan selsema- actified, piriton dan semua ubat batuk

> antibiotik - doxycyclines, minocyclines, bactrim, septia boleh menghalang manfaat folic asid yang penting untuk pertumbuhan bayi. Nitrofurantoin tidak boleh diambil selepas kandungan berusia 36 minggu kerana boleh menyebabkan kerosakan pada sel darah merah bayi

> ubat tiroid - L.tyroidsin

> ubat tahan sakit - ponstan, jika dos berlebihan atau pengambilan yang kerap boleh menyebabkan keguguran dan proses kelahiran lambat..


Indeks Keselamatan Kehamilan


Indeks ini digunakan untuk menentukan ubat apa yang sesuai dan tidak sesuai diambil oleh wanita hamil. Terdiri daripada 5 kategori iaitu A, B, C, D dan X.. Mari kita tengok apa yang ada dalam kategori di atas..

Kategori A - ubat yang selamat digunakan semasa hamil dan tiada ujian ke atas haiwan.

Kategori B - ubat ini masih selamat untuk wanita hamil, tiada kesan pada janin haiwan, tidak diuji pada wanita hamil boleh diambil tetapi perlu berhati-hati..

Kategori C - ubat ini memberi kesan kepada janin tetapi tidak menyebabkan kecacatan. Boleh diambil sekiranya perlu atas nasihat doktor dan telah diberitahu risikonya. Contohnya ubat darah tinggi, kemurungan dan kencing manis

Kategori D - ubat yang telah atau dijangka akan memberi kesan mudarat dan kecacatan kepada janin dan bayi. Boleh diambil jika manfaat lebih daripada keburukan pada bayi atas nasihat doktor. Contohnya ubat sawan dan kanser

Kategori X - ubat yang berisiko tinggi dan menyebabkan kecacatan pada janin dan bayi. Tidak boleh diambil oleh wanita hamil.

Jika korang telah terambil ubatan yang berisiko kepada ibu hamil, apa yang perlu korang lakukan adalah :

a. hentikan pengambilan serta merta
b. maklumkan kepada doktor yang korang pernah ambil ubat tersebut
c. doktor akan lakukan pemantauan ke atas bayi
d. rancang rawatan dari awal untuk sebarang kemungkinan


4 Tips Bijak Pilih Ubat Semasa Hamil


Bukan semasa hamil je kena bijak pilih ubat, semasa tak hamil pun kena bijak juga..Ubat untuk anak-anak, untuk dewasa..Kadang-kadang tak semua ubat sesuai untuk badan kita. Jadi, korang perlulah bijak pilih ubat tak kira dalam situasi apa pun..

4 tips bijak pilih ubat :

1. Pastikan korang berbincang dulu dengan doktor atau ahli farmasi. Beritahu korang sakit dan sedang hamil, mereka akan cadangkan ubat yang sesuai untuk wanita hamil

2. Ketika beli produk di farmasi, baca maklumat pada label ubat dengan teliti terlebih dahulu..Kebanyakan produk akan tulis jika tidak sesuai diambil jika hamil dan menyusu

3. Jika demam atau penyakit biasa kawal pengambilan dos ubatan dengan betul. Berbincang dan doktor akan berikan ubat yang sesuai untuk wanita hamil dengan dos yang sesuai.

4. Jika dalam rawatan ubat seperti diabetis dan darah tinggi dan ingin hamil, berbincanglah dengan doktor korang. Doktor akan tukar ubat yang sesuai untuk kehamilan.


Secara keseluruhannya, kesan sampingan jika ubatan diambil dalam tempoh 3 bulan pertama kehamilan, boleh menyebabkan kecacatan pada bayi. Jika ambil padatrimester ke-2 dan ke-3 boleh menyebabkan berat bayi kurang, lahir pramatang dan pertumbuhan terencat.

Periksalah ubat korang ye...Pastikan selamat baru ambil...Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua...

Korang pun boleh ambil set kehamilan shaklee..Selamat dan berkesan sebab bukan ubat pun..Cuma makanan tambahan..Insha Allah korang akan kekal bertenaga dan sihat sepanjang kehamilan..Kalau demam atau selsema boleh ambil vita-C..

Berminat?nak tau lebih lanjut boleh whatsapp nombor kat bawah ye...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Monday, August 11, 2014

Anemia ibu hamil :: Gejala dan Cara Atasi dengan Set Anemia Shaklee

Anda sedang hamil? Anda alami masalah anemia semasa hamil? Anemia boleh menjadi sangat bahaya jika tidak dirawat.. Juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan anda.. Jom kita lihat apa itu anemia dan bagaimana cara mengatasinya..

Apa itu anemia

Anemia adalah satu keadaan dimana badan seseorang itu mempunyai jumlah sel darah merah atau hemoglobin yang kurang daripada paras normal.
Sel darah merah atau hemiglobin ini mempunyai fungsi yang sangat penting iaitu mengangkut oksigen daripada paru-paru dan mengagihkan ke seluruh tubuh.

Semasa hamil, berlaku banyak perubahan fisiologi badan antaranya peningkatan penghasilan isipadu darah dalam badan.. jika hemoglobin yang dihasilkan tidak selari dengan penghasilan isipadu darah, maka anemia akan berlaku. Bacaan hemoglobin kurang daripada 11g/dL adalah anemia.

Anemia ibu hamil diburukkan lagi jika ibu hamil itu menghidap:

  • Thalasemia
  • Leukemia/ limfoma
  • Kegagalan sum-sum tulang
  • G6PD
Sekiranya anda menghidapi sakit seperti di atas atau faktor genetik, sebaik sahaja anda disahkan hamil sila 
  • rujuk kepada doktor untuk pantauan dan rawatan segera.
  • Kenali gejala dan jenis anemia
  • Lakukan pemeriksaan darah dan kadar hemoglobin
Pemantauan khusus bagi ibu hamil dengan anemia penting bagi ibu hamil serta melindungi janin daripada kecacatan dan kelahiran pramatang.

Antara gejala-gejala anemia adalah::
  • Sentiasa lemah dan keletihan
  • Sesak nafas
  • Degupan jantung yang laju
  • Berpeluh-peluh
  • Wajah pucat
  • Mual dan pening kepala
  • Mata kabur

Tips atasi anemia
  1. Elakkan minum kopi, teh dan susu semasa makan hidangan utama kerana mengurangkan penyerapan zat besi
  2. Pil kalsium dan pil suplimen yang lain tidak bole dimakan bersama..jarakkan 2 jam pengambilan antara duanya
  3. Makan nasi bersama air yang tinggi vitamin c seperti jus oren fan limau atau air kosong supaya penyerapan zat besi lebih tinggi
  4. Suplimen zat besi diambil setengah jam sebelum atau 2 jam selepas hidangan utama
  5. Lebihkan pengambilan sumber vitamin c dan minum banyak air bg mengelak sembelit.
  6. Makan makanan bersumber protein/makanan laut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  7. Perah jus limau ke atas makanan

Set Anemia Shaklee

#vita-lea :: sumber zat besi
#vita- C :: untuk penyerapan zat besi yang lebih optimum
#B- Complex :: 
#ESP :: sumber protein..sesetengah anemia bukan terjadi kerana kurang zat besi tetapi kurang protein dalam diet makanan seharian.



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri 

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, August 6, 2014

Kencing manis semasa hamil ::Set Kehamilan Lengkap Shaklee

Kencing manis semasa hamil atau lebih dikenali sebagai diabetis gestasi (GDM) berlaku kerana terdapat perubahan hormon semasa kehamilan. Semasa hamil, pankreas perlu menghasilkan hormon insulin yang lebih berbanding keadaan sebelum kehamilan berlaku. Hormon ini berfungsi mengawal paras gula dalam darah. Kencing manis berlaku apabila pankreas gagal menghasilkan hormon insulin yang mencukupi dan fungsi hormon itu terganggu menyebabkan paras gula dalam darah tidak dapat dikawal dan meningkat. Plasenta juga pada masa yang sama menghalang penghasilan hormon insulin oleh tubuh ibu.

Kebiasaannya kencing manis semasa hamil akan hilang selepas ibu selamat melahirkan bayi. Namun ada juga sesetengah kes, ibu terus menghidap kencing manis walaupun selepas melahirkan anak.. Kencing manis semasa hamil merupakan sesuatu yang normal dan hampir dua hingga 14% wanita diserang penyakit ini semasa hamil

Penyakit ini boleh dikesan dengan melakukan ujian MGTT (Meal Glucose Tolerant Test) atau nama popularnya minum air gula. Pada kebiasaannya ibu hamil yang berusia 25 tahun dan keatas tanpa faktor keturunan akan menjalani ujian ini sebanyak 2 kali tetapi jika ada keturunan yang berpenyakit kencing manis maka ujian ini akan dijalankan sebanyak 3 kali sepanjang kehamilan.

Simptom-simptom kencing manis
  • keletihan
  • dahaga yang melampau
  • kerap buang air kecil
  • penglihatan kabur

Tips kawalan pemakanan dan diet secara sihat untuk penghidap kencing manis semasa hamil

Ibu hamil perlu mengawal pengambilan makanan dengan betul kerana pemakanan merupakan salah satu faktor yang akan menentukan penyakit kencing manis ini menjadi bertambah baik atau bertambah buruk. Ibu hamil dengan kencing manis kebiasaannya akan disarankan berjumpa dengan pakar pemakanan agar dapat merancang cara pemakanan yang sihat. Di bawah ini merupakan antara tips yang disarankan kepada ibu hamil dengan kencing manis...

  • makan tiga kali sehari (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan dua atau tiga kali sajian snek sihat diantara waktu  makan utama.
  • makan pada kadaran yang betul - tidak lebih dan tidak kurang kerana ibu hamil perlukan nutrisi yang cukup untuk perkembangan bayi
  • kurangkan pengambilan susu kerana susu boleh menyebabkan peningkatan paras gula dengan cepat. ibu hamil boleh mengambil pil kalsium bagi menggantikan susu.
  • hadkan pengambilan buah-buahan kerana buah juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. 1 hingga 3 hidangan sehari.
  • elakkan makanan manis dan pencuci mulut.
  • sentiasa kekal aktif dan melakukan senaman ringan

Set Kehamilan Lengkap Shaklee

Anda juga boleh mencuba suplimen-suplimen shaklee semasa anda hamil. ini juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah, memberi tenaga kepada anda dan memberi anda kenangan manis semasa hamil yang pasti anda tidak akan lupakan..

Jom tengok apa yang ada dalam set kehamilan shaklee ini

Trimester pertama

#vita-lea
  • multivitamin dan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah dan perkembangan janin
  • bantu stabilkan darah dan mengelakkan anemia semasa hamil


#B-Complex
  • penting dalam pembinaan tulang
  • mengelak kecacatan pada janin
  • mengurangkan risiko kecacatan saraf bayi

#Vita-C
  • meningkatkan sistem imun dan pertahanan badan
  • membantu meningkatkan kadar serapan zat besi

#Ostematrix
  • membantu pembinaan sel
  • membantu pertumbuhan gigi
  • membantu pembentukan tulang
  • sumber kalsium dan magnesium


Trimester kedua & ketiga

#trimester 1

#Omega guard
  • bantu pembentukan otak bayi dari awal
  • penting untuk mata bayi
  • mengawal paras kolestrol untuk ibu

Add on

#ESP
  • membina dan memperbaharui sel, hormon dan enzim
  • mengelakkan kecacatan janin
  • bekalkan asid amino yang untuk pembinaan otot dan organ bayi
  • bantu pertumbuhan plasenta
  • membantu dalam penghasilan susu



 Cadangan pengambilan
  • Vita-Lea :: 1 biji
  • B-Complex :: 1 biji
  • SR Vita-C :: 1 biji
  • OsteMatrix :: 4 biji
  • Omega Guard :: 1 biji
  • ESP :: tidak lebih 3 scoope sehari
 ***suppliment ini hanya cadangan sahaja..boleh pilih ikut kesesuaian dan bajet anda..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri


 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...