Showing posts with label Peppermint-ginger plus. Show all posts
Showing posts with label Peppermint-ginger plus. Show all posts

Tuesday, November 11, 2014

Jangan Pandang Ringan Jika Pedih Ulu Hati

Jangan Pandang Ringan Jika Pedih Ulu Hati


Pedih ulu hati biasa terjadi semasa anda berpuasa atau semasa perut kosong. Pedih ulu hati berpunca daripada asid perut yang mengganggu kawasan bawah esofagus. Ini kerana injap di atas perut tidak tertutup.

Esofagus tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Asid masuk ke kawasan ini menyebabkan berlakunya kesan kimia.


Gejala-Gejala dan Faktor Risiko Pedih Ulu Hati



Gejala pedih ulu hati boleh berlaku dalam pelbagai jenis, antaranya adalah :
  • rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
  • sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
  • rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak, atau cecair panas masam, masin di belakang tekak
  • sendawa
  • batuk yang teruk
  • suara yang serak
  • pernafasan yang berbunyi seperti serangan asthma

Faktor-faktor risiko pedih ulu hati

Makanan dan minuman juga boleh menyumbang kepada terjadinya pedih ulu hati.

Antaranya adalah :
  • Alkohol
  • lada hitam
  • coklat
  • kopi
  • makanan berlemak
  • makanan bergoreng
  • sos cili dan tomato
  • mustard
  • bawang
  • jus oren
  • peppermint
  • cuka
  • minuman berkarbonat

Merawat dan Mencegah Pedih Ulu Hati


Ketidakselesaan pedih ulu hati boleh diatasi dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan ubatan. Namun ubat hanya bantuan sementara sahaja jika keadaannya teruk.

Pedih ulu hati boleh dihilangkan dengan menukar tabiat pemakanan, berhenti merokok. Antara ubatan yang dapat mengurangkan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut termasuklah:

> antacids
> bismuth subsalicylate
> metaclopramide

Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati :
  • mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan
  • elakkan makanan pedas dan berempah terutama kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet
  • kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Lemak melambatkan proses pencernaan.
  • Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan dalam jumlah yang sedikit tapi kerap
  • makan perlahan-lahan, kunyah makanan dan elakkan daripada terus menelan
  • jangan makan semasa cemas, kecewa dan bimbang. Makan dengan tenang.

Shaklee Membantu Mengurangkan Pedih Ulu Hati


Antara produk shaklee yang dapat membantu mengurangkan pedih ulu hati adalah :

> ESP - Kandungan protein dalam esp membantu meneutralkan asid dalam perut yang menjadi punca terjadinya pedih ulu hati. ESP menjadikan anda kenyang lebih lama dan mengelakkan perut kosong.


ESP




> peppermint- ginger plus - membantu melegakan ketidakselesaan usus dan perut. Membantu melegakan kembung perut.

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, October 16, 2014

Peppermint Ginger Plus Shaklee :: Atasi Alahan Ibu Hamil


Peppermint-Ginger Plus Atasi Loya dan Mual Ibu Hamil

Hampir sebahagian besar ibu hamil akan mengalami gejala alahan mual dan loya atau lebih dikenali sebagai 'morning sickness'. Kebiasaannya alahan ini akan berlanjutan sekitar 3 ke 4 bulan usia kandungan, namun ada juga yang berlanjutan sehingga bersalin.

Alahan ini merupakan petanda baik yang menunjukkan kandungan kita cukup kuat dan sihat. Hormon kehamilan yang dihasilkan cukup untuk survive sepanjang kehamilan.

Banyak cara yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan gejala alahan ini antaranya mengambil suplimen seperti peppermint-ginger plus Shaklee.

Terdiri daripada kombinasi empat jenis herba membantu merawat dan mencegah loya, gastrik, mabuk laut dan darat, angin dalam badan, masalah pencernaan dan penghadaman.

Peppermint-ginger plus dihasilkan melalui kajian secara klinikal menggunakan teknologi terkini dan dikawal oleh prosedur standard.

Siapa yang disarankan mengambil peppermint-ginger plus selain ibu hamil?
  • Pesakit gastrik
  • Individu yang nak bersihkan usus
  • Individu yang banyak angin dalam badan
  • Individu yang nak travel jauh melalui laut atau darat yang mabuk perjalanan..


Bahan yang terkandung dalam peppermint-ginger plus


Terdapat empat bahan yang terkandung dalam peppermint-ginger plus antaranya adalah daun pudina, cekur manis (anise), halia dan Pokok Adas (fennal).

Jom kita lihat apa sebenarnya fungsi bahan-bahan ni..

  • Daun pudina
Membantu dalam proses penghadaman, membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit. Melegakan otot perut, melegakan mabuk laut dan darat. Pudina merangsang peluh dan menghalang seseorang daripada dijangkiti demam, membantu pemikiran lebih tenang dan fokus, melegakan simptom loya dan hilang selera makan.

  • Cekur manis (Anise)
Membantu dalam proses pencernaan denga merangsang perembesan jus gastrik yang penting dalam proses pencernaan, mengurangkan sakit ketika haid serta mengurangkan batuk dan kahak. Menghalang pertumbuhan kulat yang menyebabkan penyakit kulit akibat cuaca panas dan lembab. Memberi tenaga dalam badan dan lembut pada perut.


  • Halia
Merangsang perembesan enzim salvia untuk proses pencernaan makanan. Mengurangkan sakit ketika haid, melegakan ketidakselesaan pada perut dan usus, melegakan mual dan loya, membuang angin dalam badan semasa hamil dan selepas melahirkan bayi


  • Pokok Adas (fennal)
Biji adas dapat melegakan kembung perut. Memberi keselesaan pada perut dan mengurangkan gejala selsema. biji adas ini juga boleh membantu mengurangkan masalah alergik pada usus


Bagaimana peppermint-ginger plus membantu atasi mual ibu hamil

Apabila anda berasa mual dan loya, anda disarankan segera mengambil sebiji peppermint- ginger plus dan inshaa Allah anda akan berasa lega dan angin dalam badan akan keluar dengan mudah.

Anda juga boleh melarutkan 2-3 biji peppermint-ginger dalam air panas dan minum sebagai teh herba...Boleh amalkan setiap pagi bagi mengelakkan anda berasa mual.






DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Page:https://www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Sah Shaklee :: area Dengkil, Stadium Bukit Jalil


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...