Friday, August 22, 2014

Jantung Berdegup Laju :: Normal atau Tanda Penyakit?

Pernahkah secara tiba-tiba jantung anda berdegup dengan laju dan berdebar-debar? Tentu anda tertanya-tanya adakah itu normal atau tidak. Untuk tahu lebih lanjut jom kita scroll ke bawah....

Jantung berdegup laju dan perasaan berdebar-debar merupakan suatu yang normal. Namun terdapat juga kes dimana ia merupakan tanda awal atau permulaan bagi sesuatu jenis penyakit.

Pada kebiasaannya, kadar degupan jatung yang normal adalah antara 60 hingga 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat dengan kadar degupan melebihi 100 kali seminit dikenali sebagai tachycardia manakala degupan yang lebih lambat dengan kadar degupan kurang daripada 60 kali seminit dikenali sebagai bradycardia..

Peningkatan kadar degupan jantung secara normal berpunca daripada banyak sebab... antaranya adalah :

  • Dehidrasi ( kurang air ) -elektrolit dalamdarah tidak seimbang dan boleh merangsang jantung untuk berdegup lebih laju..
  • Stress atau tekanan terhadap sesuatu perkara
  • Serangan panik
  • Perasaan takut yang berlebihan
  • Minum kopi atau minuman tinggi kafein secara berlebihan
  • Amalan tidak sihat seperti merokok
  • Pengambilan pil-pil diet
  • Demam
Senarai di atas merupakan antara punca degupan jantung laju yang normal dan tidak berbahaya..

Mari kita lihat punca-punca jantung berdegup laju yang tidak normal dan berbahaya kepada anda. Antaranya adalah:
  • Penyakit jantung peringkat permulaan
  • Injap jantung yang tidak normal
  • Tahap elektrolit kalium yang tidak normal
  • Ubat-ubatan tertentu seperti asma, darah tinggi dan sakit jantung
  • Masalah kelenjar tiroid terlalu aktif
Jika ini merupakan punca degupan jantung anda laju, ia merupakan tanda anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan lebih-lebih lagi jika anda kerap pitam dan pengsan.

Keadaan yang tidak normal ini boleh diburukkan lagi jika anda menghadapi masalah kolestrol yang tinggi, kencing manis dan darah tinggi. Kerana penyakit ini boleh menjadi punca terjadinya sakit jantung.

Jika jantung anda berdegup laju dan berdebar-debar disertai dengan simptom-simptom seperti :
  • Sakit dada
  • Sesak nafas
  • Berpeluh luarbiasa
  • Pening kepala
Segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan anda kerana ia bukan lagi sesuatu yang normal dan bahaya kepada diri anda.

Anda juga boleh mendapatkan set-set kesihatan shaklee....

#set jantung
#set kencing manis
#set darah tinggi
#set asma

#set kolestrol

Banyak lagi.......

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...