Showing posts with label vita-lea. Show all posts
Showing posts with label vita-lea. Show all posts

Friday, July 3, 2015

Kenapa Pesakit Kencing Manis Selalu Bawa Gula-Gula?

Kenapa Pesakit Kencing Manis Selalu Bawa Gula-Gula Dan Kerap Rasa Lapar | Makanan Tambahan Yang Sesuai Untuk Wanita Hamil Yang Menghidap Kencing Manis


Assalamualaikum...

Korang masa hamil pernah ada kencing manis tak? ini adalah salah satu penyakit biasa semasa hamil.. masa saya hamil anak kedua pun saya ada kencing manis.. memang kena pantau la...tapi kebiasaannya lepas bersalin kencing manis ni akan hilang sendiri...sebahagian kecil je yang tetap ada walaupun dah bersalin...

Korang pernah tengok tak pesakit kencing manis kalau pergi mana-mana mesti diorang ada bawak gula-gula? Ayah saya ada kencing manis, tiap kali pergi klinik atau mana-mana mesti bawak gula-gula..dekat rumah pun memang ada stok gula-gula..

Nak tau kenapa bawak gula-gula? 

Sebab ubat-ubatan yang diambil oleh pesakit kencing manis ni berfungsi untuk merendahkan kandungan gula dalam darah.. jika pesakit tak makan lepas ambil ubat, kandungan gula dalam darah jadi terlalu rendah dan akan sebabkan pesakit pening..

Sebagaimana yang kita tau, kandungan gula yang tinggi dalam darah ni bahaya kan tapi lagi bahaya kalau kandungan gula dalam darah rendah kerana boleh sebabkan koma dan kematian dalam tempoh yang singkat. Kalau kandungan gula tinggi kesan sama juga tapi tempoh lebih lambat..

Kenapa kerap lapar?

Sebab ubat tu kan rendahkan kandungan gula, jadi lepas makan ubat perlu makan sesuatu supaya kandungan gula dapat distabilkan... Kalau tak makan kandungan gula jadi rendah dan akan beri signal lapar pada otak...

Sama macam kita puasa sekarang ni, kandungan gula jadi rendah sebab kita berpuasa, jadi akan ada signal lapar yang sampai pada otak kita..


Makanan Tambahan Yang Sesuai Untuk Wanita Hamil Yang Menghidap Kencing Manis


Wanita hamil tak boleh nak makan sebarangan ubat..vitamin pun perlu dipilih secara teliti kerana terdapat juga vitamin yang tidak sesuai diambil oleh wanita hamil..

Di bawah ni ada cadangan vitamin yang boleh diambil oleh wanita hamil bagi membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah sekaligus membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan sepanjang kehamilan



1. Vita-lea
- menukarkan gula kepada tenaga
- membantu dalam penghasilan insulin badan
- membantu melengkapkan keperluan nutrisi badan sepanjang kehamilan

2. B-complex
- terlibat dalam metabolisma gula dan pembebasan tenaga, menukarkan gula kepada tenaga
- mengurangkan keletihan dan tekanan

3. ESP
- memberikan rasa kenyang lebih lama
- memberi tenaga segera kepada badan
- membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri 

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Saturday, November 15, 2014

Keguguran Jejas Emosi Si Ibu

Keguguran Jejas Emosi Si Ibu | Awal atau Lewat

Keguguran adalah kehilangan janin dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan kandungan berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan ia dipanggil keguguran awal dan jika kehilangan selepas tempoh itu dipanggil keguguran lewat.

Keadaan ini berlaku kerana ¾ telur yang disenyawakan akan gugur dalam hari-hari pertama kehamilan. Keguguran awal lebih kerap berlaku berbanding keguguran lewat , kira-kira 1 antara 5 kehamilan dan keguguran lewat kira-kira 1 dalam 100 kehamilan

Sebab-Sebab Berlakunya Keguguran


  • Jika keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku sebab janin tak berkembang seperti yang sepatutnya
  • Untuk membolehkan janin berkembang, jumlah kromosom normal perlulah tepat. 23 daripada kromosom ibu dan 23 daripada kromosom bapa. Janin tidak akan berkembang jika terdapat ketidaknormalan pada kromosom.
  • Keguguran lewat lebih kepada masalah kesihatan si ibu berbanding bayi.
  • wanita berumur lebih berisiko mempunyai bayi dengan kecacatan kromosom. Bagi ibu yang berusia 30 tahun, risiko mengalami keguguran adalah 1 antara 5 kehamilan manakala jika berumur 42 tahun, risikonya adalah 1 antara 2 kehamilan.
  • Faktor kesihatan diri. Individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti berat berlebihan, diabetis, tekanan darah tinggi dan masalah tiroid mempunyai risiko keguguran lebih tinggi.
  • Sindrom darah pekat atau Sindrom antifosfolipid menyebabkan pembekuan darah berlaku dalam salur darah juga penyebab kepada keguguran yang berulang
  • Risiko lebih tinggi untuk keguguran jika berlaku kecacatan pada uterus
  • Jangkitan semasa hamil menjadi punca keguguran lewat kehamilan seperti listeriosis dan toxoplasmosis, sifilis dan masalah yang menjejaskan hormon seperti polycystic ovaries
  • Gaya hidup yang tidak sihat dan pengambilan kafein yang terlalu tinggi


Tanda-Tanda Berlaku Keguguran


1. Kesakitan seakan-akan senggugut dan pendarahan yang banyak. Semasa awal kehamilan, anda boleh gugur tanpa anda ketahui kerana sangka anda datang haid namun ianya adalah keguguran.

2. Kantung kehamilan kosong, dimana embrio sepatutnya berada disitu

3. Tahap hormon kehamilan jatuh sehingga anda tidak begitu loya seperti sebelumnya atau payudara dah tak terlalu sakit. Namun simptom kehamilan ini akan hilang selepas minggu ke-12 atau ke-13 kehamilan

4. Tanda keguguran lewat adalah pendarahan yang banyak dan kadang kala air ketuban pecah. Mungkin disertai dengan kesakitan seperti bersalin. Keguguran yang disebabkan oleh servik yang lemah mungkin tidak menyakitkan.


Suplimen Membantu Pulihkan Badan Selepas Keguguran


1. B- Complex
- membantu melegakan ketegangan sistem saraf
- memberi ketenangan pada seluruh sistem badan
- mengelakkan stress ibu keguguran
- membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah
- mengandungi asid folik sebagai persediaan untuk kehamilan semula

2. Vita-Lea
- 23 mineral penting diperlukan oleh badan untuk pembaikan selepas keguguran.
- zat besi penting untuk penghasilan darah merah bagi menggantikan darah yang hilang akibat keguguran
- mengelak muka pucat dan tak bermaya

3. SR Vita-C
- Elemen penyembuhan luka dan pelekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuhan luka
- membaik pulih sel dan tisu yan rosak
- meningkatkan sistem imun badan

4. Zink Complex
- membantu dalam penyembuhan luka dalaman
- membaik pulih kerosakan tisu dalaman
- penggalak keinginan seksual 

5. ESP
- membabtu menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan semula
- membantu dalam penyembuhan luka luaran dan dalaman
- membantu menambah tenaga

** keguguran lebih kurang sama macam bersalin jadi suplimen yang sesuai sama dengan dalam set bersalin...




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, November 6, 2014

Bolehkah Ibu Menyusukan Anak G6PD Ambil Supplimen Shaklee | Set Penyusuan

Bolehkah Ibu Menyusukan Anak G6PD Ambil Supplimen Shaklee | Set Penyusuan

 

Anda ibu yang sedang menyusukan bayi? bayi anda disahkan G6PD? Nak banyakkan dan pekatkan susu badan?Nak cari suplimen yang selamat dan sesuai untuk anda dan bayi yang sedang anda susui?

Banyak betul soalannya..anda berada di tempat yang betul. Di sini ada suplimen yang sesuai untuk anda. nanti saya akan terangkan kepada anda.. sebelum tu mari kita kenali apa itu G6PD..

G6PD merupakan sejenis enzim yang terdapat dalam sel darah merah iaitu Glucose-6- Phosphate Dehydrogenase. enzim ini berperanan dalam mengekalkan kestabilan sel darah merah, melindungi sel daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, makanan atau ubat-ubatan tertentu.

G6PD bukan sejenis penyakit atau jangkitan. Selalunya dialami oleh bayi lelaki. ia tidaklah bahaya tetapi boleh berlaku komplikasi jika terdedah kepada ubatan dan makanan yang boleh menyebabkan berlakunya proses hemolisis dalam darah.


Perkara Yang Perlu Dielakkan Oleh Anak Dan Ibu Yang Menyusui Anak G6PD

Ibu perlu mengambil perhatian terhadap perkara-perkara yang boleh membahayakan anak. Ibu yang menyusui anak G6PD juga perlu mengelakkan perkara-perkara ini kerana apa yang kita makan akan disalurkan kepada anak melalui susu yang diminum oleh bayi anda.

Antara perkara yang perlu dielak adalah :
  • Ubat malaria
  • Aspirin
  • Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs)
  • Ubat gegat
  • Ubat nyamuk
  • Kacang parang
  • Ubat tradisional, jamu, ubatan cina

Jika termakan atau terdedah kepada perkara di atas, tidak akan membawa maut tetapi akan berlaku komplikasi kepada bayi dan proses pemindahan darah terpaksa dijalankan. Kesan kepada bayi jika berlaku komplikasi adalah :
  • Kuning bayi tinggi
  • Air kencing berdarah atau seperti teh pekat
  • Demam dan wajah pucat

Set Penyusuan Untuk Ibu Menyusui Bayi G6PD

Seorang rakan saya merupakan penghidap G6PD, saya pernah syorkan dia vitamin shaklee tapi dia menolak sebab dia ada G6PD. Dia tak ambil apa-apa suplimen sebab tak mahu ambil risiko katanya..

Suplimen Shaklee adalah selamat dan boleh diambil oleh pesakit G6PD ataupun ibu yang menyusui anak G6PD. Ini kerana shaklee merupakan vitamin asas yang diperlukan oleh semua sebagai pelengkap kepada pemakanan harian.

Terdapat juga suplimen shaklee yang tidak disarankan kepada penghidap G6PD dan ibu menyusui anak G6PD iaitu vitamin berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP.

Bagi anda yang mempunyai masalah begini set penyusuan yang sesuai dengan anda adalah set penyusuan yang terdiri daripada vitamin yang basic sahaja iaitu Vitalea, B-Complex, SR Vita-C plus dan Ostematrix


Set Penyusuan Shaklee

set penyusuan shaklee sesuai untuk ibu yang punyai masalah kurang susu badan


1. Vitalea- lengkap dengan zat besi
- tingkatkan fungsi pencernaan dan naikkan selera makan
- bantu tingkatkan ketahanan mental dan daya tahan penyakit
- penting untuk perkembangan tubuh dan sistem reproduktif

2. B-Complex
- membantu kurangkan tekanan dan bertindak sebagai anti-stress
- memberi tenaga dengan menukarkan makanan kepada tenaga
- membantu menstabilkan urat saraf

3. SR Vita-C
- sebagai milk booster dan membantu menambah pengeluaran susu badan
- sumber kalsium penting untuk ibu dan bayi
- mengurangkan kelesuan, penat dan sakit-sakit badan

4. Ostematrik
- pembentukan kolagen yang penting untuk kulit
- anti-oksidan dan menyihatkan gusi
- membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
- tingkatkan sistem imun tubuh

Jadi anda tak perlu risau lagi. set ini sesuai untuk anda yang mengalami penurunan kuantiti susu badan dan ada anak G6PD.

Kalau anda tiada masalah di atas boleh la ambil set penyusuan lain..set penyusuan asas, set milkbooster, set penyusuan lengkap



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri


Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, August 28, 2014

Ketidaksuburan Lelaki :: Punca, Langkah Pencegahan dan Produk Shaklee

Ketidaksuburan adalah ketidakbolehan seorang wanita mengandung atau pada seorang lelaki untuk memulakan penghamilan dalam tempoh setahun.

Ketidaksuburan ini bukan hanya faktor wanita tetapi melibatkan lelaki juga. Lebih daripada 60% melibatkan faktor lelaki. 40% berpunca daripada lelaki sahaja manakala 20% berpunca daripada lelaki dan wanita.

Tanda-tanda ketidaksuburan pada lelaki

  • Kebanyakan lelaki mandul tidak menunjukkan apa-apa tanda yang jelas
  • Gangguan hormon seperti perubahan suara, pertumbuhan rambut yang ketara, pembesaran buah dada, menghadapi kesukaran fungsi seksual
Punca-punca ketidaksuburan pada lelaki
  • Kesukaran ereksi atau ejakulasi - kebanyakan pasangan yang tidak subur mempunyai hubungkait dengan faktor hubungan kelamin seperti gagal kekalkan ketegangan zakar, pancutan air mani pramatang, pancutan air mani dalam jumlah yang kurang atau kearah belakang dan kerap melancap
  • Air mani tidak normal - air mani terlalu tebal mengakibatkan sperma sukar bergerak
  • Varikosele - pembuluh darah kembang dan bergumpal di dalam skrotum. Lebihan darah bertakung dalam skrotum beri kesan negatif kepada pengeluaran sperma
  • Kriptokidisme - situasi dimana buah zakar gagal menurun ke dalam kantung. Boleh menjadi kanser buah zakar
  • Penyakit semulajadi - penyakit yang berkaitan dengan ketidaksuburan adalah sindrom klinefelters iaitu buah zakar yang amat kecil dan tak mampu keluarkan benih. Penyakit yang menyekat saluran dan kantung air mani dan saluran kencing seperti hipospadias dan epispadias
  • Jangkitan buah zakar dan saluran air mani boleh menyekat perjalanan benih daripada buah zakar ke karung air mani seperti beguk, tibi, penyakit alat kelamin, gonorea dan silfis
  • Ubat-ubatan tertentu menjejaskan penghasilan sperma serta fungsi dan menyebabkan disfungsi ejakulasi
Langkah mencegah ketidaksuburan pada lelaki
  • Memakai seluar dan seluar dalam yang longgar
  • Rendam buah zakar dalam air sejuk selama 10 minit selepas pulang kerja
  • Lakukan hubungan kelamin pada waktu isteri subur
  • Berhenti merokok
  • Elakkan menggunakan pelincir faraj kerana boleh menyebabkan keracunan sperma
  • Bersenam boleh meningkatkan tahap testosteron yang membantu peningkatan penghasilan sperma
  • Menghindarkan suhu terlalu panas. Suhu panas boleh jejaskan pengeluaran sperma
  • Makan makanan berzat dan seimbang seperti vitamin
Produk-produk shaklee yang membantu atasi masalah ketidaksuburan lelaki
  • Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • Vita E - antioksidan yang kuat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel dan melindungi sperma
  • Zink complex - untuk pertumbuhan organ reproduksi, tingkatkan penghasilan testosteron dan tinggikan jumlah sperma
  • Vita C - meningkatkan motiliti sperma, menghalang sperma daripada bergumpal
  • ESP - mempertingkatkan motiliti sperma dan tinggikan jumlah sperma
  • Vita-lea - mengimbangi nutrien
  • B- complex - Anti stress, untuk sistem reproduktif yang sihat
  • Coq health




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com. Pages : https://www.facebook.com/bondaseri "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, August 19, 2014

Tips Mudah Bersalin:Testimonial Set Berpantang Shaklee

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil pasti berasa sedikit gementar apabila memikirkan masa bersalin semakin hampir. Tidak kiralah sama ada anak sulung mahupun anak seterusnya pasti ada sedikit rasa cemas saat menanti masa untuk singgah di bilik bersalin.

Sakit bersalin merupakan fitrah bg wanita yang hamil. Tiada siapa yang tahu dan mampu menanggungnya kecuali wanita. Sekuat manapun lelaki tetap tidak mampu menahan sakit bersalin kerana Allah menjadikan wanita ini istimewa. Luarannya lemah namun dalamannya sangat kuat.

Di sini saya kongsikan petua untuk mudah bersalin yang peroleh. Anda boleh cuba. Dengan izin-Nya anda akan diberi kemudahan. Insha-Allah..

Tips Mudah Bersalin

  • Menimba ilmu pengetahuan
Sertai kelas antenatal yang dianjurkan di klinik kesihatan kerajaan. Kongsi pengalaman bersalin rakan-rakan agar tidak panik apabila masa anda telah tiba. Belajar teknik2 pernafasan dan cara meneran dengan betul. 
  • Persediaan mental dan rohani
Mesti yakin kepada diri dan sentiasa positif. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dimudah proses melahirkan anak.
  • Persediaan fizikal
Sentiasa melakukan senaman dan diet yang seimbang semasa hamil. Hamil bukan alasan untuk tidak melakukan senaman. Otot yang sihat dan mantap membantu memudahkan proses bersalin. Elakkan daripada dijangkiti penyakit.
  • Menenangkan diri
Cuba bertenang dengan amalkan zikir dan selawat. Minta maaf pada suami dan ibu bapa. Lakukan teknik pernafasan yang betul bagi mengurangkan sakit
  • Alas perut
Makan sesuatu yang memberi tenaga sebelum masuk ke bilik bersalin. Tenaga diperlukan semasa bersalin. Kekurangan tenaga akan melambatkan proses bersalin
  • Minyak kelapa dara
Membantu semasa proses bersalin. Sebagai antiviral yang boleh elakkan jangkitan. Boleh disapu pada bahagian perineum sepanjang kehamilan bagi mengelakkan koyakan semasa bersalin
  • Telur ayam kampung
Memberi tenaga semasa meneran. Makan telur ayam kampung mentah bersama air milo setelah keluar tanda bersalin. Juga amalkan makan telur ini separuh masak semasa hamil.
  • Bendi
Terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kalsium. Memudahkan bersalin dan dapat mencegah sembelit, buasir, jaundis.
  • Kurma dan air zam zam
Memberi tenaga segera, penghilang dahaga, memudahkan bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin
  • Minum air hujung rambut tiap kali lepas mandi
Selamat mencuba....

Selepas bersalin, wanita akan mengalami fasa berpantang pula.. semasa hamil banyak perubahan yang berlaku kepada tubuh badan. Semasa berpantang banyak yang perlu diperbaiki..anda juga memerlukan nutrisi yang cukup untuk kesihatan anda dan bayi baru anda..

Jom cuba Set Berpantang Shaklee.. Antara kelebihan set berpantang adalah:
  • Boleh diambil seawal hari pertama kelahiran
  • Tiada masalah jika anak anda jaundis
  • Sesuai untuk bersalin normal dan secara pembedahan
  • Memberi tenaga sepanjang tempoh berpantang
  • Luka bersalin cepat sembuh
  • Mengatasi rambut gugur selepas bersalin


Set berpantang shaklee terdiri daripada::

  • Set asas
#Vita-lea- mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral. Membantu menambah darah.

#B-Complex - bertindak sebagai anti stress. Mengelakkan kemurungan (meroyan). Menstabilkan hormon

#SR vita-C plus - membantu dalam proses penyembuhan luka. Membantu pembentukan kolagen dan membaiki tisu yang rosak semasa hamil dan bersalin

#Zink Complex - mempercepatkan penyembuhan luka dalaman (rahim). Mengurangkan rambut gugur yang biasa dialami wanita lepas bersalin

  • Set lengkap
#Set asas
#Ostematrix - sumber kalsium dan magnesium. Mengatasi sakit belakang. Membantu sistem pelawasan dan elakkan sembelit. Mengelakkan susu merudum semasa period.

#Esp - membantu memberi tenaga. Melancarkan penghasilan susu. Mengawal paras kolestrol. Kenyang lebih lama. Membantu mencantikkan kulit.

Set berpantang/bersalin shaklee


Testimonial Pengguna Set Berpantang/Bersalin Shaklee


Pengguna yang berpuas hati selepas menggunakan set berpantang shaklee. Berkesan kepada diri pengguna sendiri...



Set berpantang shaklee bukan hanya beri kesan pada ibu malahan pada bayi juga.. susu meriah dan bby gembira dan berat bby naik..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, August 11, 2014

Anemia ibu hamil :: Gejala dan Cara Atasi dengan Set Anemia Shaklee

Anda sedang hamil? Anda alami masalah anemia semasa hamil? Anemia boleh menjadi sangat bahaya jika tidak dirawat.. Juga boleh memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan anda.. Jom kita lihat apa itu anemia dan bagaimana cara mengatasinya..

Apa itu anemia

Anemia adalah satu keadaan dimana badan seseorang itu mempunyai jumlah sel darah merah atau hemoglobin yang kurang daripada paras normal.
Sel darah merah atau hemiglobin ini mempunyai fungsi yang sangat penting iaitu mengangkut oksigen daripada paru-paru dan mengagihkan ke seluruh tubuh.

Semasa hamil, berlaku banyak perubahan fisiologi badan antaranya peningkatan penghasilan isipadu darah dalam badan.. jika hemoglobin yang dihasilkan tidak selari dengan penghasilan isipadu darah, maka anemia akan berlaku. Bacaan hemoglobin kurang daripada 11g/dL adalah anemia.

Anemia ibu hamil diburukkan lagi jika ibu hamil itu menghidap:

  • Thalasemia
  • Leukemia/ limfoma
  • Kegagalan sum-sum tulang
  • G6PD
Sekiranya anda menghidapi sakit seperti di atas atau faktor genetik, sebaik sahaja anda disahkan hamil sila 
  • rujuk kepada doktor untuk pantauan dan rawatan segera.
  • Kenali gejala dan jenis anemia
  • Lakukan pemeriksaan darah dan kadar hemoglobin
Pemantauan khusus bagi ibu hamil dengan anemia penting bagi ibu hamil serta melindungi janin daripada kecacatan dan kelahiran pramatang.

Antara gejala-gejala anemia adalah::
  • Sentiasa lemah dan keletihan
  • Sesak nafas
  • Degupan jantung yang laju
  • Berpeluh-peluh
  • Wajah pucat
  • Mual dan pening kepala
  • Mata kabur

Tips atasi anemia
  1. Elakkan minum kopi, teh dan susu semasa makan hidangan utama kerana mengurangkan penyerapan zat besi
  2. Pil kalsium dan pil suplimen yang lain tidak bole dimakan bersama..jarakkan 2 jam pengambilan antara duanya
  3. Makan nasi bersama air yang tinggi vitamin c seperti jus oren fan limau atau air kosong supaya penyerapan zat besi lebih tinggi
  4. Suplimen zat besi diambil setengah jam sebelum atau 2 jam selepas hidangan utama
  5. Lebihkan pengambilan sumber vitamin c dan minum banyak air bg mengelak sembelit.
  6. Makan makanan bersumber protein/makanan laut sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
  7. Perah jus limau ke atas makanan

Set Anemia Shaklee

#vita-lea :: sumber zat besi
#vita- C :: untuk penyerapan zat besi yang lebih optimum
#B- Complex :: 
#ESP :: sumber protein..sesetengah anemia bukan terjadi kerana kurang zat besi tetapi kurang protein dalam diet makanan seharian.



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri 

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, August 6, 2014

Kencing manis semasa hamil ::Set Kehamilan Lengkap Shaklee

Kencing manis semasa hamil atau lebih dikenali sebagai diabetis gestasi (GDM) berlaku kerana terdapat perubahan hormon semasa kehamilan. Semasa hamil, pankreas perlu menghasilkan hormon insulin yang lebih berbanding keadaan sebelum kehamilan berlaku. Hormon ini berfungsi mengawal paras gula dalam darah. Kencing manis berlaku apabila pankreas gagal menghasilkan hormon insulin yang mencukupi dan fungsi hormon itu terganggu menyebabkan paras gula dalam darah tidak dapat dikawal dan meningkat. Plasenta juga pada masa yang sama menghalang penghasilan hormon insulin oleh tubuh ibu.

Kebiasaannya kencing manis semasa hamil akan hilang selepas ibu selamat melahirkan bayi. Namun ada juga sesetengah kes, ibu terus menghidap kencing manis walaupun selepas melahirkan anak.. Kencing manis semasa hamil merupakan sesuatu yang normal dan hampir dua hingga 14% wanita diserang penyakit ini semasa hamil

Penyakit ini boleh dikesan dengan melakukan ujian MGTT (Meal Glucose Tolerant Test) atau nama popularnya minum air gula. Pada kebiasaannya ibu hamil yang berusia 25 tahun dan keatas tanpa faktor keturunan akan menjalani ujian ini sebanyak 2 kali tetapi jika ada keturunan yang berpenyakit kencing manis maka ujian ini akan dijalankan sebanyak 3 kali sepanjang kehamilan.

Simptom-simptom kencing manis
  • keletihan
  • dahaga yang melampau
  • kerap buang air kecil
  • penglihatan kabur

Tips kawalan pemakanan dan diet secara sihat untuk penghidap kencing manis semasa hamil

Ibu hamil perlu mengawal pengambilan makanan dengan betul kerana pemakanan merupakan salah satu faktor yang akan menentukan penyakit kencing manis ini menjadi bertambah baik atau bertambah buruk. Ibu hamil dengan kencing manis kebiasaannya akan disarankan berjumpa dengan pakar pemakanan agar dapat merancang cara pemakanan yang sihat. Di bawah ini merupakan antara tips yang disarankan kepada ibu hamil dengan kencing manis...

  • makan tiga kali sehari (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan dua atau tiga kali sajian snek sihat diantara waktu  makan utama.
  • makan pada kadaran yang betul - tidak lebih dan tidak kurang kerana ibu hamil perlukan nutrisi yang cukup untuk perkembangan bayi
  • kurangkan pengambilan susu kerana susu boleh menyebabkan peningkatan paras gula dengan cepat. ibu hamil boleh mengambil pil kalsium bagi menggantikan susu.
  • hadkan pengambilan buah-buahan kerana buah juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. 1 hingga 3 hidangan sehari.
  • elakkan makanan manis dan pencuci mulut.
  • sentiasa kekal aktif dan melakukan senaman ringan

Set Kehamilan Lengkap Shaklee

Anda juga boleh mencuba suplimen-suplimen shaklee semasa anda hamil. ini juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah, memberi tenaga kepada anda dan memberi anda kenangan manis semasa hamil yang pasti anda tidak akan lupakan..

Jom tengok apa yang ada dalam set kehamilan shaklee ini

Trimester pertama

#vita-lea
  • multivitamin dan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah dan perkembangan janin
  • bantu stabilkan darah dan mengelakkan anemia semasa hamil


#B-Complex
  • penting dalam pembinaan tulang
  • mengelak kecacatan pada janin
  • mengurangkan risiko kecacatan saraf bayi

#Vita-C
  • meningkatkan sistem imun dan pertahanan badan
  • membantu meningkatkan kadar serapan zat besi

#Ostematrix
  • membantu pembinaan sel
  • membantu pertumbuhan gigi
  • membantu pembentukan tulang
  • sumber kalsium dan magnesium


Trimester kedua & ketiga

#trimester 1

#Omega guard
  • bantu pembentukan otak bayi dari awal
  • penting untuk mata bayi
  • mengawal paras kolestrol untuk ibu

Add on

#ESP
  • membina dan memperbaharui sel, hormon dan enzim
  • mengelakkan kecacatan janin
  • bekalkan asid amino yang untuk pembinaan otot dan organ bayi
  • bantu pertumbuhan plasenta
  • membantu dalam penghasilan susu



 Cadangan pengambilan
  • Vita-Lea :: 1 biji
  • B-Complex :: 1 biji
  • SR Vita-C :: 1 biji
  • OsteMatrix :: 4 biji
  • Omega Guard :: 1 biji
  • ESP :: tidak lebih 3 scoope sehari
 ***suppliment ini hanya cadangan sahaja..boleh pilih ikut kesesuaian dan bajet anda..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri


 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...