Showing posts with label air masak. Show all posts
Showing posts with label air masak. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Air Masak :: Bagus Untuk Dewasa Bahaya Untuk Bayi

Air merupakan medium paling penting dalam badan manusia.. Kandungan air yang terdapat dalam badan manusia adalah sebanyak 70%. Kekurangan air boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada kesihatan badan. Secara purata orang dewasa memerlukan lebih daripada 3 liter air sehari.

Air masak sangat penting kepada orang dewasa tetapi tidak kepada bayi. Kita disarankan supaya tak beri air masak kepada bayi bawah 6 bulan.

Bayi perlu disusukan secara ekslusif dengan susu ibu pada 6 bulan pertama. Susu ibu lengkap dengan makanan dan kandungan air yang diperlukan oleh bayi..

Kalau bayi diberi susu formula perlu diberi air kosong supaya tak sembelit. Bayi saya menyusu badan dan saya tak beri air masak..Cuma saya beri air zam zam dalam kuantiti yang sedikit...

Kenapa air masak bahaya kepada bayi

Rasanya kalau nak bagi air zam zam takda masalah tapi kuantiti sedikit dan pastikan bersih..Air masak tak ada apa-apa khasiat untuk bayi malah boleh bawa mudarat jika tercemar.

Jom lihat senarai di bawah kenapa air masak bahaya kepada bayi.
  • Merencat tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila diberi air masak perut akan penuh dan menyebabkan bayi berasa kenyang. Bayi akan menolak pemberian susu ibu kerana berasa kenyang. Ini akan mengganggu proses penyusuan susu ibu. Bayi tidak akan dapat khasiat daripada susu secara optimum dan ini akan mengganggu tumbesaran dan kesihatannya kerana air masak tidak mempunyai sebarang khasiat.

  • Merencatkan akal bayi
Pemberian air masak seawal kelahiran bayi boleh menyebabkan tahap bilirubin dalam darah bayi meningkat. Air meningkatkan lagi risiko anak anda terkena demam kuning yang tinggi sehingga boleh menyebabkan terencat akal. Bayi juga akan bertambah mengantuk, lesu dan tidak bermaya serta tidak mahu menyusu.

  • Mengancam nyawa
Air boleh membawa kuman. Bayi anda mungkin mengalami cirit-birit jika air yang diberi tercemar. Pencemaran boleh berlaku diperbagai peringkat seperti sumber air yang tidak selamat, bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pencegah penyakit yang dibina daripada susu ibu dan menyebabkan bayi mudah mendapat penyakit.
  • Menyebabkan sawan tarik
Air sangat bahaya terutama jika diberi pada bayi bawah 5 minggu. Air boleh mencairkan darah dalam badan da menyebabkan suhu badan menurun, sawan tarik dan kembung.

*** susu ibu sudah cukup untuk bayi anda kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terbentuk pads peringkat awal membantu membersihkan perut dan mengelakkan sembelit.. Susukan lah bayi anda ddngan kerap..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri
Pengedar sah shaklee:: Area Dengkil dan Bukit Jalil..

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, August 13, 2014

Bahaya Makanan Pejal Kepada Bayi Bawah Umur 6 Bulan

Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan menggalakkan ibu menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan iaitu tanpa makanan lain seperti susu lain, makanan pejal dan air masak.

Ramai ibu bapa yang beranggapan anak mereka telah bersedia untuk makan seawal usia 3 bulan. Malahan ada juga yang diberi makan seawal 4 hari.. Ramai yang menghadapi masalah dengan ibubapa yang menyuruh memberi makan pada bayi baru lahir kerana bayi kerap menangis. Kalau ingkari akan wujud pula suasana tidak bertegur sapa antara anak dan ibubapa atau ibubapa mertua..alasan mereka anak-anak mereka juga diberi makan semasa dalam pantang lagi, sihat dan hidup sampai sekarang.. agak susah untuk kita mendidik orang2 veteran tentang isu ini..Namun masih boleh didik..

Saya juga alami pengalaman yang sama. Tapi mertua saya tidaklah terlalu extreme memaksa saya memberi makan kepada anak saya. Saya hanya diam bila isu ini diutarakan dan tetap dengan pendirian saya anak akan makan hanya apabila usianya menjangkau 5 1/2 bulan atau genap 6 bulan sehingga akhirnya tiada lagi isu ini dibangkitkan. Anak sulung saya makan pada usia menghampiri 6 bulan sebab teruja nak bagi dia mkn..hihihi

Berikut merupakan anggapan orang ramai::

  • Bayi sudah bersedia untuk makan kerana mulut kerap mencicip
  • Bayi kerap menangis kerana lapar
  • Perut bayi lebih kuat jika diberi makan lebih awal
  • Bayi akan lebih kenyang dan tidur akan lebih lena
Sebab-sebab tidak boleh memberi makanan kepada bayi bawah umur 6 bulan antaranya ialah::
  • Penghadaman bayi belum matang
- perut bayi masih muda belum bersedia untuk pecahkan kanji dan karbohidrat
- enzim belum cukup untuk proses pencernaan. Enzim amilase dalam air liur belum boleh mencernakan makanan
- tubuh belum dapat memproses lemak
- buah pinggang tidak boleh proses protein yang tinggi seperti telur, daging dan susu lembu

  • Masalah kesihatan jangka panjang
- ada kajian yang menunjukkan kesan memberi makanan terlalu awal kepada bayi akan terlihat apabila seseorang telah dewasa.
- kelihatan sihat, jaga pemakanan, rajin bersenan namun dijangkiti penyakit kronik atau meninggal kerana penyakit kronik.

  • Masalah dalam penyusuan
- apabila bayi telah diberi makan pelengkap, perut bayi akan penuh dan akan lebih kenyang.
- menyebabkan bayi kurang minum susu ibu. Susu ibu merupakan makanan yang paling seimbang dan berkhasiat untuk bayi 6 bulan ke bawah.
- jika bayi tidak mahu minum susu ibu dengan banyak maka bayi akan kurang khasiat dalam tubuh

  • Bayi belum dapat kunyah atau gigit dengan berkesan
  • Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman
  • Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan dan usus tersumbat
  • Buah pinggang tidak cukup matang untuk kendalikan bahan berlebihan dengan makanan pejal
Jom tengok gambar-gambar di bawah..kesan jika bagi makanan terlalu awal kepada bayi




Ni perbandingan saiz perut bayi baru lahir sehingga 1 bulan

Jadi kalau ada sesiapa yang baru rancang2 nak bagi anak makan awal tu fikir-fikirkan semula ye..kesian anak anda..
Jom sayangi anak-anak kita..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri 

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...