Tuesday, November 11, 2014

Nak Makan Nasi Minyak? | Tak perlu Tunggu Kenduri Kahwin

Nak Makan Nasi Minyak? | Tak perlu Tunggu Kenduri Kahwin


AssalamualaikuM dan salam sejahtera korang...

Teringin nak makan nasi minyak? Tapi takde kawan-kawan atau sedara mara yang buat kenduri kawin? Jangan risau..Jom kita buat sendiri nasi minyak versi bukan kenduri kawin..

Hari ni nak kongsi dengan korang semua resepi nasi minyak.. Tak susah mana pun nak buat nasi minyak ni.. Resepi ni pun saya gugel je dan jumpa orang share kat facebook resepi ringkas.

Takda orang kawin pun bole makan nasi minyak sekarang..Jom tengok resepi nak buat nasi dulu ye..

Nasi Minyak Ayam Masak Merah


Kita tengok bahan-bahan dan cara buat nasi minyak dulu ye..Lepas tu baru resepi ayam masak merah..

Bahan-bahannya terdiri daripada :
  • 1 kg Beras basmathi (cuci dan toskan)
  • 2 tin susu cair
  • 2 tin air
  • 3 biji bawang merah (hiris)
  • 3 ulasbawang putih (hiris)
  • 1 cm halia (hiris)
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 tin minyak sapi
  • 1 sudu minyak masak

Cara-cara memasak nasi minyak seperti :

- Masukkan minyak sapi dan minyak masak, kemudian tumis bahan hiris, kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
- tutup api dan campurkan ke dalam beras yang dah dibasuh dan ditoskan
- masukkan susu cair dan air. Kacau sebati dan campurkan 1 sudu garam.
- Masukkan daun pandan dan masak dalam rice cooker...( Saya masak dalam rice cooker je senang )
- bila rice cooker dah warm, gaul dan taburkan kacang gajus dan kismis
- biarkan seketika sebelum tutup suis

ok...Nasi dah siap...Jom kita sediakan ayam masak merah pulak..

Bahan-bahan ayam masak merah adalah :

  • 1 ekor ayam (potong ikut suke hati)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
  • 3 biji bawang merah (tumbuk/kisar)
  • 1 senduk cili boh (malas nak blend cili kering)
  • 1 senduk sos cili
  • ½ senduk  sos tomato
  • 1 biji bawang holand (hiris bulat)

Cara-caranya :

- tabur ayam dengan garam dan kunyit goreng sebentar. Kalau taknak goreng pun ok juga..
- Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili boh dan biar sehingga garing dan pecah minyak
- masukkan air dan gaul rata
- masukkan sos cili dan sos tomato
- Perasakan dengan garam dan gula
- kalau rasa dah ok masukkan bawang holand. Kalau nak masukkan tomato pun boleh.. Ikut suka..
- last sekali masukkan ayam yang dah goreng tadi (kalau ayam tak goreng kene masak lama sikit).
- biarkan air tadi kering sedikit dan siap..

Lauk pun dah siap sekarang kita buat sayur sikit..


Acar Timun, Nenas dan Lobak Merah


Bahan-bahan :
  • 1 biji timun
  • 1 biji lobak merah
  • ½ biji nenas
  • 3 sudu gula
  • 1 senduk cuka
  • 3 biji cili besar

Cara-caranya :

- Potong bahan-bahan tadi ikut suke hati
- campurkan dalam bekas, masukkan gula, dan cuka
- simpan dalam peti sekejap
- siap untuk dimakan


haa...Dah siap dah semua hidangan kita...Boleh la buat makan malam ye....

Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera...

** gambar tiada sebab lupa nak tangkap gambar **

===========================
*** Promosi Nov 2014 ***
Omega Guard Buy 6 free 1
buy twinpack less 5% diskaun
============================



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...