Tuesday, October 28, 2014

Adab - Adab Dan Etika Dalam Perniagaan

Adab - Adab Dan Etika Dalam Perniagaan


Nak berniaga ni pun perlu ada adab. Tak kiralah kita berniaga di kedai atau secara online. Pelanggan pun mesti suka berurus niaga dengan peniaga yang beradabkan..Macam tu juga dengan peniaga..

Bila kita berniaga dengan beradab dan beretika mesti pelanggan pun selesa dan Inshaa Allah rezeki akan bertambah-tambah..Yang paling penting mesti ikhlas dan jujur..Jangan sesekali menipu pelanggan..Walaupun untung tapi tak berkat..Duit yang banyak pun akan terasa sikit jika tiada keberkatan dalam rezeki tersebut..

Jom patuhi adab dan etika berniaga..

Adakah Anda Peniaga Beradab?


1. Amanah dan jujur

Penjual dan pembeli mestilah bersikap amanah dan jujur. Penjual tidak boleh menipu dalam urusan jual beli. Jika barangan yang dijual ada kekurangan atau kelemahan penjual tidak seharusnya menyembunyikan hal itu. Penjual mesti bercakap benar tentang barangan yang dijual. Pembeli juga harus jujur. Jika penjual beri wang baki lebih daripada yang sepatutnya pembeli patut pulangkan.

2. Ihsan dan tidak mementingkan diri sendiri

Peniaga tidak seharusnya mementingkan keuntungan sahaja. Perlu juga pentingkan kesenangan pelanggan dan keredhaan Allah.

3. Bekerjasama dan tidak memonopoli

Peniaga hendaklah bekerjasama dan berbincang dengan pembeli jika terdapat salah faham dalam urusan jual beli. Peniaga juga tidak seharusnya memonopoli sesuatu barangan sebaliknya perlu membantu peniaga lain yang menjual barangan yang sama. Contohnya tidak menurunkan atau menaikkan harga barang sesuka hati sehingga hanya dia yang untung sedangkan orang lain rugi.

4. Menjauhi perkara yang haram dan menjual barangan yang halal sahaja

Peniaga haruslah menjauhi segala perbuatan yang haram sepanjang menjalankan perniagaan seperti menipu dalam timbangan dan ada unsur riba. Barangan yang dijual mesti halal, bersih, tidak berbahaya dan bermanfaat kepada manusia. Halal bukan hanya kepada yang islam malah juga kepada bukan islam

5. Tekun

Hendaklah berniaga dengan bersungguh-sungguh dan tidak hanya sambil lewa sahaja supaya perniagaan dapat berkembang maju

6. Melindungi penjual dan pembeli

Penjual dan pembeli perlulah melindungi hak dan kepentingan masing-masing. Bukan hanya pembeli yang mempunyai hak malah penjual juga punya hak ke atas pembeli.

Selamat berniaga secara beradab dan beretika...

Semoga bermanfaat...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...