Thursday, November 13, 2014

Sambutan Hari Lahir Anak Jiran

Sambutan Hari Lahir Anak Jiran


Assalamualaikum semua...

Kejadian ni berlaku pada hari selasa 11 nov 2014 tapi baru nak update hari ni...Tak sdmoat nak cerita sebab semalam kena pergi klinik untuk check up Adeena 8 bulan.

Malam selasa hari tu jiran ada buat makan-makan sikit sempena hari lahir anak sulung dia. Nama 'birthday girl' tu Wan Qaseh Qhadijah...Umur 4 tahun..Anak akak ni ada dua orang. Anak ke dua nama Wan Qhalif Aryan... Kiranya ni keturunan wan la ni..

Akak ni rajin buat makan-makan ni..Diorang masak sendiri je tapi memang sedap gila..Rase nak bertambah-tambah la makan..Tapi i kan jenis yang penyegan sikit...

Sebelum datang majlis tu pergi cari hadiah dulu dengan jiran yang lain...Puas pusing-pusing banyak kedai.. Buntu nak belikan hadiah apa untuk budak perempuan umur 4 tahun..Memang tak pernah beli pun hadiah-hadiah sebelum ni..

Last-last kitorang beli beg sekolah sebab dia pun dah sekolah kat PASTI.. kurang-kurang pun ada manfaat untuk dia daripada beli patung ke bear ke.. Tu pandangan saya yang marhaen ni la....Mungkin pandangan korang lain kan..

Saya datang lambat sikit sebab tunggu husband balik kerja dan pergi pasar beli barang basah sikit. Keysha pergi dulu dengan Ilah dengan husband dia.

Antara gambar-gambar sekitar majlis malam tu


Yang Lelaki baju hijau tu tuan rumah.. Baju kuning kotak-kotak tu anak saya...


Yang baju hitam tu la 'birthday girl'


Ni kek yang super comel dan super sedap...By Secret Recipe..


Menu-Menu Hidangan


Sangat banyak makanan yang dihidangkan.. Dan sangat sedap..Tuan rumah yang masak sendiri...Diorang memang pandai masak..

Antara menu utama yang dihidangkan adalah laksa siam, bihun goreng, pulut kuning dengan daging kicap dan makaroni cheese bakar..Gambar tak sempat ambil sebab dah terliur sangat..

Menu sampingan kentang goreng, kentang wedges, ayam goreng, buah-buah dan banyak lagi..Tetamu yang datang pun ramai juga..

Lepas tu tetamu dah balik kitorang pun lepak-lepak, sembang sambil minum air nescafe.. Balik tu siap tuan rumah bungkuskan makanan lagi.

Apa-apa pun layanan memang terbaik..5 star.. SELAMAT HARI LAHIR WAN QASEH QHADIJAH..


=========================
PROMOSI NOV 2014
BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD
BUY TWINPACKS LESS 5%
==========================
 

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

2 comments:

  1. Infonya bagus bgt
    www.jual.produkkecantikanaman.com

    ReplyDelete
  2. Semoga anaknya makin cerdas dan bijaksana ya

    www.jual.produkkecantikanaman.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...