Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, July 6, 2015

Mewujudkan Suasana Tidur Yang Lebih Selamat Kepada Bayi

Mewujudkan Suasana Tidur Yang Lebih Selamat Kepada Bayi | Langkah Mengelakkan Bahaya Ketika Bayi Tidur


Assalamualaikum....

Salam 19 ramadan....kejap je rasanya dah nak masuk 10 malam terakhir ramadan...macam mana puasa korang?

Korang pernah dengar tak kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)? Kerap berlaku kepada bayi bawah umur setahun...Selalunya bayi kelihatan sihat pada awalnya dan tanpa disangka mereka ditemui mati di tempat tidur.

Selalunya selain masalah kesihatan, kelalaian ibu bapa juga antara penyumbang masalah ini... kadang- kadang kat tempat tidur banyak bantal dan selimut. Bayi tak boleh alihkan bantal atau selimut yang menutupi muka mereka sendiri..hal ni boleh menyebabkan mereka lemas..

Sebelum perkara buruk berlaku eloklah kita mengambil langkah-langkah keselamatan di tempat tidur bayi... nanti kalau dah berlaku kita juga yang menyesal tak sudah..

15 Langkah-Langkah Bagi Wujudkan Suasana Tidur Yang Lebih Selamat



  1. Pastikan tempat tidur anak korang selamat. Tak kisah cantik atau tak yang paling penting ianya selamat untuk bayi
  2. Tidurkan anak secara telentang, bukan meniarap atau mengiring.
  3. Pastikan muka bayi tidak ditutupi sesuatu macam selimut, bantal atau mainan
  4. Elakkan bayi terdedah dengan asap rokok sejak dalam kandungan sehingga lahir
  5. Tidurkan bayi dalam bilik anda atau bersama anda pada usia 6 hingga 12 bulan pertama
  6. Jika bayi tidur dalam kot, pastikan kakinya berada dihujung kot. Pastikan selimut diselit pada tilam..
  7. Pilih kot dengan bidai yang tinggi bagi mengelak bayi memanjat keluar. Letak kot jauh dari tingkap dan sinaran matahari
  8. Jika bayi dah pandai berdiri, alihkan semua mainan yang digantung pada kot
  9. Pastikan tilam tak terlalu lembut supaya apabila bayi meniarap dia tak mudah lemas
  10. Tidur tanpa guna bantal
  11. Pastikan korang tidak biarkan bayi tidur sambil menghisap botol bagi mengelak bayi tersedak susu dan sukar bernafas
  12. semasa korang menyusukan bayi dengan susu badan, pastikan korang sentiasa peka dengan bayi korang
  13. Pastikan hiasan pada katil tidak berlebihan. Elakkan tali berjuntai bagi mengelak risiko terbelit pada bayi
  14. Pakaikan pakaian malam yang sesuai supaya tak perlu selimutkan bayi
  15. Pastikan pakaian bayi tidak bertali, bereben atau seluar yang terlalu panjang

Bayi kita masih kecil dan mereka tidak dapat kawal situasi tidur mereka. Mereka tak faham lagi apa itu bahaya dan tak tak dapat elak diri daripada bahaya..

Semoga info kat atas ni bermanfaat la untuk korang ye...kita berusaha selagi termampu...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Monday, November 3, 2014

Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Lingkaran Gelap Bawah Mata | Tips Hilangkan  Gelap Bawah Mata


Anda ada masalah lingkaran hitam bawah mata? Biasanya lingkaran hitam bawah mata ni ada kalau kita tak cukup tidur. 
Bagi sesiapa yang selalu berjaga malam mesti tau kan...

Boleh jadi juga sebab kerap bersolek dan tidak membasuh muka dengan bersih selepas bersolek atau sebelum tidur. Tapi ada juga yang memang mempunyai kulit yang agak gelap di bawah mata.

Mari saya kongsikan tips hilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata


Di bawah ni ada tips hilangkan lingkaran gelap bawah mata. Antaranya adalah :

  • Banyakkan makan sayur hijau
Banyakkan makan sayuran hijau yang tinggi antioksidan supaya kulit dapat nutrisi yang diperlukan
  • Banyakkan minum air
Minum air kosong secukupnya kerana ini boleh menyegarkan kulit bawah mata dan menjadikan kulit lebih lembap.
  • Minyak badam
Minyak badam boleh melembutkan kulit, mengurangkan minyak dan mengurangkan liang pori yang tersumbat. Sapu minyak badam pada sekeliling mata setiap kali sebelum tidur.
  • Hirisan timun atau tomato
Letakkan hirisan limau atau tomato pada mata setiap kali sebelum tidur. Ini boleh menambahkan kelembapan kulit bawah mat.
  • Uncang teh
Rendam uncang teh dengan air sejuk selama beberapa minit. Letakkan uncang teh tadi pada kedua-dua belah mata dan biarkan selama beberapa minit
  • Zat besi, vitamin c dan asid folik
Vitamin c penting untuk kulit yang sihat. vitamin c membantu pembentukan kolagen yang diperlukan oleh kulit. Vitamin c juga menghalang proses pigmentasi kulit.

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, August 20, 2014

Perut Medium Segala Penyakit::Tips Diet Seimbang Seharian

Perut merupakan organ penting dalam tubuh badan manusia. Namun perut juga merupakan medium terjadinya penyakit jika tidak mengamalkan diet yang seimbang. Banyak penyakit yang berpunca daripada perut. Apa yang kita makan akan menentukan kesihatan tubuh badan kita terutamanya perut.

Saiz perut kita adalah sebesar dua penumbuk kita. Namun perut boleh mengembang sebanyak 4 kali ganda. Disarankan mengisi perut - 1/3 dengan makanan, 1/3 dengan air, 1/3 dengan udara.

Punca terjadinya penyakit adalah ::

  • Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik
  • Makan terlalu banyak dalam satu-satu masa
  • Tidak mengambilberat dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga
  • Kurang kesedaran dalam penjagaan kesihatan
  • Memakan ubat tanpa konsultasi daripada doktor
  • Tidak meneliti isi kandungan sesuatu bahan makanan ataupun minuman

Tips diet seharian yang seimbang::
  • Kurangkan makan makanan berkanji seperti nasi, mee, kuih, roti, kentang dan banyak lagi. Tinggi karbohidrat dan serat membuatkan anda kenyang lebih lama. Jangan ambil terlalu banyak cukup sekadar 1/3 sajian hidangan.
  • Kurangkan pengambilan gula. Digunakan sebagai penambah tenaga namun boleh memudaratkan jika diambil secara berlebihan. Boleh digantikan dengan gula perang, gula melaka,gula tebu
  • Kurangkan pengambilan garam. Garam merupakan penambah perisa. Garam menjadi mudarat jika dimasukkan ke dalam masakan yang sedang mendidih kerana berlakunya tindakbalas kimia. Seeloknya masukkan garam setelah selesai memasak makanan tersebut.
  • Minum air secukupnya. Sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari untuk mengelakkan dehidrasi. Pengambilan air yang disarankan 1 liter untuk setiap 20kg berat badan. Lebih banyak air diperlukan jika cuaca panas, aktif dalam beraktiviti, bekerja berat, ibu hamil dan menyusu.
  • Jangan tinggalkan sarapan pagi. Merupakan sumber tenaga pertama dalam sehari. Sebaiknya makan makanan yang agak berat.
  • Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Mengandungi pelbagai vitamin, nutrien dan serat.
  • Banyakkan makan ikan. Ikan merupakan sumber protein. Mengandungi vitamin dan mineral yang tinggi. Mengandungi omega-3 yang boleh mencegah masalah jantung.
  • Melakukan senaman seperti berlari, berrnang, atau berbasikal.  Boleh mempercepatkan proses penghadaman perut. Dan dapat menyerap nutrisi dengan segera.

Suplimen Shaklee juga boleh membantu dalam diet seimbang anda.. ingin tahu vitamin apa yang sesuai untuk anda?? jangan segan2 sila Hubungi saya....


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri 

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...