Saturday, November 8, 2014

Fungsi dan Kepentingan Darah Kepada Wanita Hamil | Anemia Ketika Hamil

Fungsi dan Kepentingan Darah Kepada Wanita Hamil | Anemia Ketika Hamil


Darah penting dalam fungsi tubuh badan. Kalau takda darah mesti kita akan mati kan..Ia mengawal  suhu tubuh badan supaya berada pada tahap yang selamat dan membantu tubuh berfungsi dengan sempurna. Darah juga penting dalam pengangkutan oksigen ke seluruh badan.

Macam mana darah penting kepada badan kita macam tu juga lah kepada wanita hamil. fungsi darah menjadi lebih penting kepada wanita hamil kerana ia berfungsi melindungi dan menyalurkan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Ia penting dalam proses perkembangan bayi dalam kandungan ibu hamil.

Fungsi dan Kepentingan Darah Kepada Wanita Hamil

Antara fungsi dan kepentingan darah kepada ibu hamil adalah seperti berikut :
  • Menyuburkan tubuh
Sel-sel dalam tubuh memerlukan makanan dan oksigen untuk hidup dan berfungsi dengan baik. Makanan yang diterima oleh darah  adalah zat yang diperoleh daripada diet harian kita.

Oksigen dalam darah amat penting dan akan dihantar ke seluruh tubuh dalam sel darah merah yang dikenali sebagai haemoglobin.  Haemoglobin mengandungi unsur iron. Kekurangan iron dalam sel darah merah menyebabkan penyakit anemia. 
  • Pelupusan sisa
Sel-sel yang telah rosak dan mati perlu dibuang keluar daripada tubuh. Darah membawa sisa-sisa sel tersebut untuk diproses dan dikeluarkan daripada badan melalui najis.

Darah juga mengangkut Karbon dioksida daripada sel ke paru-paru. Karbon dioksida tidak diperlukan dalam badan dan perlu dikeluarkan supaya tidak berlaku keracunan oleh karbon dioksida dalam tubuh. Karbon dioksida dalam paru-paru dikeluarkan melalui hembusan nafas
  • Pertahanan
Terdapat pelbagai ancaman kepada tubuh kita termasuklah penyakit dan kecederaan. Aliran darah dalam tubuh melindungi tubuh kita daripada ancaman-ancaman ini.

Kuman yang masuk ke dalam tubuh akan dihapuskan oleh sel dalam darah yang dikenali sebagai sel darah putih. Ia juga merupakan sebahagian daripada sistem imunisasi tubuh. Antibodi mengandungi sejenis protein yang akan melekap pada kuman tersebut dan membunuhnya dan membantu tubuh mengeluarkannya.

sistem imunisasi akan mengesan bendasing yang bukan daripada tubuh dan akan memusnahkan bendasing tersebut. terdapat protein dalam sel darah merah yang dipanggil rhesus. Biasanya kalau kita cek darah akan tulis jenis darah dengan simbol positif ( + ) atau negatif ( - ). kebanyakkannya adalah positif. Jarang kita jumpa negatif tapi ada.

Jika rhesus adalah negatif bermakna tiada protein pada sel darah merah. Sel darah merah dalam tubuh janin dalam kandungan boleh bercampur dengan sel ibu. Jika janin ada rhesus positif dan rhesus ibu adalah negatif, ibu akan menghasilkan antibodi bagi melawan sel darah merah ini. Sel darah merah bayi akan dikeluarkan daripada sistem pengaliran darah ibu dan menghapuskan sel darah merah dalam janin.

Ini boleh menyebabkan janin menjadi tidak sihat. Wanita hamil yang mempunyai rhesus negatif perlu sentiasa menjalani pemeriksaan bagi memastikan  antibodi tersebut tidak dihasilkan.
  • Penyembuhan luka
Terdapat juga sel darah yang dikenali sebagai platlet. Apabila kita terluka protein dalam darah akan membeku untuk menutup luka yang terbuka. Protein ini membentuk lendiran melekit. Vitamin K diperlukan supaya darah boleh membeku dengan sempurna.
  • Komunikasi
Tubuh  mengandungi pelbagai jenis organ dan mempunyai fungsi penting. Organ-organ ini perlu berhubung antara satu sama lain. Komunikasi antara organ-organ ini dihubungkan oleh saraf yang membentuk satu sistem yang dikenali sebagai sistem saraf. Ada juga sesetengah organ yang dihubungkan oleh hormon yang bergerak dalam sel darah merah
  • Menjaga janin
Darah ibu mengangkut zat makanan , nutrien penting dan oksigen kepada plasenta dan secara tidak langsung kepada janin. Nutrien ini membantu melindungi janin dan penting dalam pertumbuhan dan perkembangan janin.


Anemia Ketika Hamil

Semasa wanita hamil, jumlah plasma darah meningkat 1/3 daripada biasa kerana plasenta janin perlukan darah. Jumlah sel dalam darah  juga meningkat. Darah menjadi lebih cair dan ini menyebabkan anemia. Ibu hamil memerlukan iron, asid folik dan B12 bagi menghasilkan sel darah. kebiasaannya semua keperluan itu cukup dalam tubuh untuk memenuhi perubahan semasa hamil.

Namun jika wanita itu baru lepas bersalin atau kehilangan banyak darah semasa haid, maka bekalan untuk keperluan semasa hamil tidak mencukupi.
Selain itu, penyakit keturunan seperti sel sabit dan thalasemia bermakna wanita ini sudah mengalami anemia sebelum hamil.


Bagaimana mengesan anemia?

Ujian darah rutin ketika kehamilan dilakukan untuk mengesan anemia. Antara simptom anemia adalah :
  • cepat letih
  • sesak nafas
  • kerap pengsan atau pitam
wanita hamil dengan anemia tidak boleh kehilangan banyak darah semasa bersalin. anemia selalunya dirawat dengan pengambilan pil iron dan asid folik. pengambilan pil ini boleh menyebabkan sembelit dan loya-loya. pil tidak akan disarankan jika anemia yang dialami adalah teruk.

Cara mengelak anemia

Penyakit anemia boleh dielakkan dengan mengambil makanan yang kaya dengan zat besi seperti sayuran hijau, roti, telur, susu, kacang dal dan oat. Buah-buahan kaya vitamin c penting bagi meningkatkan kadar penyerapan zat besi.


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages:https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...