Showing posts with label herb-lax. Show all posts
Showing posts with label herb-lax. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

2 Langkah Kurangkan Berat Badan Serta Kuatkan Lutut

2 Langkah Kurangkan Berat Badan Serta Kuatkan Lutut | Petua Dari Segi Sains Pemakanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Hari ni saya nak kongsi dengan korang petua...Mesti korang suka kan petua-petua ni...Saya pun suka kalau bab-bab petua ni...Lebih-lebih lagi kalau bahan dan caranya ringkas dan mudah macam petua yang saya nak kongsikan ni...Nak tau petua apa? Jom jenguk kt bawah ni ye...

2 Langkah Kurangkan Berat Badan


2 langkah je tau..Bahan pun 2 je...Pejam mata pun boleh buat kot..Hahaha..Over la tu..Tak sabar pulak nak bagitau korang...Cepat-cepat baca langkah kat bawah  ni...

Langkah 1 :
- makan epal hijau atau jusnya setiap hari. Paling kurang pun sebiji sehari selama seminggu...Kalau korang peminat tegar epal hijau boleh la korang makan sebanyak yang boleh dalam sehari..

- tujuannya untuk membuang lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut dan mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa makanan lain daripada dinding usus

- boleh makan makanan lain selepas makan buah epal tapi jika minum jusnya perlu tunggu sehingga 15 ke 20 minit baru boleh ambil makanan lain.


Langkah 2:
- makan buah lemon atau jusnya 1 biji sebelum sarapan atau 1 biji sebelum tidur setiap hari untuk proses detoksifikasi badan. 

- bersifat asid tetapi bila dah berada dalam badan akan bertukar menjadi alkali.

- rasanya sangat masam. Korang boleh buat jus dan tambahkan dengan madu atau gula perang.

- Rasai kesannya dalam masa lebih kurang dua minggu. Inshaa Allah...

Mudahkan...Okay sekarang kita lihat macammana nak bagi lutut kita kuat...Kekadang berdiri lama sikit dah tak berdaya...Belum pun berumur lagi ku ini..Kalau dah tua nanti tak tau la...

Kuatkan Lutut

yang ni pun mudah sangat...Bahan yang selalu kita jumpa kat pasar..Kat dapur pun selalu ada ni...

- hiris nipis bendi muda dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada waktu pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Lihat kesan dalam tempoh sebulan..

Mudah sangatkan...3 bahan je...Saya dah cuba makan epal hijau...Berkesan...Lemon dengan bendi je belum lagi...Biasa buat bendi goreng je...Semoga bermanfaat untuk korang.. Selamat mencuba.. 

Kalau korang nak cara lain boleh ambil set kurus shaklee...Nama je set kurus tapi bukan setakat kurus je manfaat dan kebaikan yang korang dapat.. Berganda-ganda Kebaikan...Badan dah tentu-tentu sihat lepas ambil ni..Pembuangan najis pun akan lancar sesuai tuk korang yang susah nak membuang, kulit cantik, toksin dalam badan pun dibuang juga...

Ada macam-macam set kurus..Boleh ikut bajet yang sesuai dengan anda..Yang paling bajet herb-lax dan lecithin...Untuk lutut dan sendi-sendi pulak korang boleh ambil ajht...Memang sesuai...

* kalau korang minat boleh whatsapp nombor saya ye..Korang nak tanye pape pun bole..Silakan ye...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, November 18, 2014

Kulat Air Di kaki Anda? | Jom Cegah Dan Rawat Sebelum Melarat

Kulat Air Di kaki Anda? | Jom Cegah Dan Rawat Sebelum Melarat | Kenali Apa Itu Kulat Air

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Pernah dengar orang kata kutu air, kulat air atau kaki makan air? Hari ni nak cerita pasal ni la...Sama atau berbeza..Kenapa kaki nak makan air pulak kan..

ha...Nak tau kan?kan?...teruskan pembacaan anda...Wahhhahha...


Kenali Apa Itu Kulat Air


Kulat air adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan sesuatu yang sebenarnya adalah sejenis jangkitan kulat pada kaki. kulat tersebut adalah kuman hidup yang tumbuh dan membiak pada semua manusia.

Kaki yang lembap, berpeluh dan kekurangan pengaliran udara yang baik ketika berkasut mewujudkan keadaan yang sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat ini.


Punca-Punca Dan Tanda-Tanda Fizikal Jangkitan Kulat Ini


Antara punca jangkitan kulat ini adalah :
  • Kulat ini membiak dan hidup di tempat yang lembap dan basah. 
  • Kaki berpeluh
  • Tidak keringkan kaki selepas mandi atau selepas ke tandas
  • Kasut dan sarung kaki yang ketat
  • Iklim yang panas
** Penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli keluarga atau orang sekeliling.

Antara gejala jangkitan penyakit ini adalah:
  • Rupa bentuknya berbeza-beza mengikut individu
  • ada yang mengalami pengelupasan pada kulit di celah jari kaki, merekah dan berkuping
  • ada yang hanya terdapat kemerahan, keruping dan melecet pada tapak kaki dan disepanjang bahagian tepi kaki
  • perubahan kulit diikuti rasa gatal. Mungkin berlaku jangkitan kuku jari kaki dan susah untuk dirawat
  • jangkitan kuku jari kaki mengakibatkan keruping, pemecahan, penebalan dan kehilangan kuku
  • semua ruam pada kaki adalah penyakit kutu air

Bagaimana Mencegah dan Merawat Jangkitan kulat Air

Cara pencegahan daripada jangkitan kulat air antaranya adalah :
  • Sapu krim anti kulat pada tempat yang dijangkiti sebanyak 2-3 kali sehari untuk 3 minggu
  • Basuh kaki setiap hari
  • Keringkan kaki dengan sempurna terutama dicelah jari kaki
  • Elakkan memakai kasut yang ketat. Pakai sandal semasa cuaca panas
  • Pakai sarung kaki daripada kain kapas dan tukar setiap hari atau lebih kerap jika lembap
  • Berkaki ayam apabila berada di rumah
  • Renjiskan serbuk anti kulat ke dalam kasut pada waktu siang

Rawatan boleh dimulakan serta merta selepas kulat pada kaki dikenalpasti. Krim anti kulat disarankan jika jangkitan tidak terlalu teruk. Rendaman kaki diberikan sebelum sapu krim anti kulat jika jangkitan teruk. Pil anti kulat diberikan jika keadaan sukar dirawat.

Shaklee Membantu Kurangkan Jangkitan Kulat Air Pada Kaki

 Antara produk shaklee yang membantu mencegah dan mengurangkan kesan akibat kulat air adalah :
  • ESP - membantu dalam pembinaan sel sihat menggantikan sel-sel kulit rosak akibat jangkitan kulat air terhadap kulit
  • Herb-lax - membantu dalam proses detoksifikasi sel-sel rosak
  • Garlic - mengandungi bahan semulajadi yang bertindak melawan fungus dan kulat
  • Sr Vita-C - membantu badan melawan infeksi kulat dan meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Zink Complex - membantu menghalang fungus dan merangsang sistem imun
  • Alfalfa Complex - mempunyai sifat anti kulat dapat membantu mencegah pertumbuhan kulat dalam tubuh


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Sunday, November 16, 2014

Rahsia Tampil Kurus Dan Sihat Tanpa Kesan Sampingan

Rahsia Tampil Kurus Dan Sihat Tanpa Kesan Sampingan | Set Kurus Shaklee


assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Sebelum ni dah cerita pasal diet tak sihat kan.. Sekarang nak cerita pasal kurus tapi sihat.. Set kurus Shaklee ni adalah makanan tambahan dan bukan ubat. Jadi kalau korang nak kurus secara drastik bukan set ni la..Takkan nak buang lemak lebih 20 tahun dulu dlm masa 2 bulan...

Kalau korang konsisten dengan set ni..Insha Allah korang akan kurus dan sihat secara beransur-ansur.. Lagipun shaklee ni semulajadi dan takda bahan kimia jadi takda la kesan sampingan macam ubat-ubat kurus lain yang banyak di pasaran sekarang ni..

Jom kita tengok suplimen apa yang terdapat dalam set kurus shaklee ni.. Dan bagaimana ia bertindak.

Bagaimana Set Kurus Ini Bertindak Dalam Proses Pengurusan dan Penurunan Berat Badan


Set ini bertindak secara 3B.. Nak tau apa itu 3B?...Jom tengok kat bawah ni ye..

1. Bakar
2. Buang
3. Bina

masih tak nampak dan tak faham bagaimana ia bertindak? Jom tengok penerangan di bawah...

1. Bakar lemak
- untuk pelangsingan dan penurunan berat badan, lemak-lemak yang terkumpul dalam badan perlu dibakar terlebih dahulu..
- suplimen yang disarankan diambil dalam set ini adalah Lecithin dan Omega Guard..Mempunyai fungsi yang lebih kurang sama. Lecithin diekstrak daripada soya dan omega guard daripada minyak ikan..
- dari segi kadar pembakaran lemak, omega guard lebih kuat berbanding lecithin
- kalau bajet anda kurang boleh ambil lecithin. Kalau bajet lebih elok la beli kedua-duanya. Lagipun fungsi omega dan lecithin ni tak terhad kepada bakar lemak sahaja..

2. Buang toksin
- lemak-lemak yang telah dibakar tadi perlu dibuang keluar dari badan. Kalau tak buang takut jadi penyakit lain pulak nanti kan..
- lemak diangkut keluar daripada tubuh melalui proses perkumuhan sebagai bahan kumuh
- kat sini diperlukan alfalfa dan herb-lax untuk mengangkut lemak yang dah dibakar dan toksin tadi..
- alfalfa berfungsi mengangkut toksin dari seluruh badan manakala herb-lax berfungsi sebagai detox dalam perut dan usus.
- herb-lax tak disarankan untuk ibu menyusu sebab takut anak tak tahan dan akan cirit-birit.
- alfalfa juga kalau ibu menyusu kena pantau baby takut cirit sebab ada baby yang tak tahan...Tapi kebanyakkannya ok dengan alfalfa.

3. Bina otot
- selepas lemak dibuang daripada badan, kita mesti membina semula otot supaya nampak menggelebeh je kan..
- untuk membina otot ni disarankan mengambil ESP dan Cinch shake
- ESP mengandungi protein penting yang boleh membantu dalam pembinaan otot
- Cinch Shake ni mengandungi leucine untuk memelihara otot semasa menurunkan berat badan. juga membantu meningkatkan kadar metabolisma badan



Testimoni Set Kurus Shaklee



Lecithin + Herb-lax

Lecithin + Alfalfa + Cinch shake



Herb-lax + Omega Guard + Cinch Shake + Lecithin


Ni pula testimoni saya sendiri..Saya sebulan lepas bersalin berat 57 kg..Sekarang saya makan alfalfa berat jadi 52.8 kg...Lagi ringan daripada sebelum hamil..

Mereka dah mencuba dan berjaya...Anda pula bagaimana?


=====================================
*PROMOSI NOVEMBER 2014*
** BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD **
*** BUY TWINPACK LESS 5% DISCOUNT ***
=====================================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, November 5, 2014

Anda Kurus, Belum Tentu Kolestrol Anda Juga Kurus

Anda Kurus, Belum Tentu Kolestrol Anda Juga Kurus


Anda seorang bertubuh kurus? Jangan gembira sangat. Kurus bukan bermakna anda betul-betul sihat. Pernah dengar orang bertubuh kurus tapi mempunyai tahap kolestrol yang tinggi?

Jom kita lihat apa itu kolestrol?

Kolestrol merupakan sejenis lemak yang terdapat dalam darah dan setiap sel badan yang dihasilkan di hati dan usus. Kolestrol sebenarnya penting untuk kesihatan tubuh sebab kolestrol ini diperlukan untuk meghasilkan tisu dan hormon tertentu.

Namun kolestrol boleh menjadi bahaya jika parasnya terlalu tinggi dalam tubuh kita.


Jenis-Jenis Kolestrol


Terdapat banyak jenis kolestrol tetapi yang selalu kita dengar ada 2 iaitu :

  • Low-density lipoprotein (LDL) - Tahap yang tinggi tidak baik untuk tubuh. Biasanya orang panggil kolestrol jahat
  • High-density lipoprotein (HDL) - Tahap yang tinggi baik untuk badan. Biasa dipanggil kolestrol baik.

Tahap kedua-dua kolestrol ini mesti seimbang dalam tubuh mengikut keperluan tubuh badan seseorang.

Jika tahap kolestrol keseluruhan tinggi disebabkan kandungan kolestrol jahat berlebihan anda berhadapan dengan risiko sakit jantung dan strok. 


Punca Kolestrol Tinggi Bagi Si Kurus


> Kurang atau tidak melakukan senaman
> Pola pemakanan harian yang tidak baik
> Gaya hidup tidak sihat
> Pengambilan alkohol
> Stress

Shaklee Membantu Turunkan Tahap Kolestrol Yang Sihat


Tahap kolestrol yang tinggi dapat diturunkan dengan mengubah cara pemakanan harian kita seperti mengurangkan pengambilan makanan berasaskan haiwan. Tapi agak susah kan...

Nak lagi senang? Meh saya bagitau.. Shaklee dapat membantu anda turunkan tahap kolestrol yang tinggi. Berikut adalah suplimen yang boleh membantu anda..

* Alfalfa Complex dan Herb-lax - berfungsi sebagai fiber dalam usus yang akan bergumpal dengan kolestrol, air dan mineral berlebihan di keluarkan sebagai najis




 * B-Complex - Vitamin B3 membantu turunkan tahap kolestrol



 * Garlic - Merendahkan tahap kolestrol dan tekanan darah tinggi



 *  SR Vita-C Plus - Membantu turunkan kadar kolestrol dan menguatkan dinding arteri



 * Omega Guard - EPA dan DHA menurunkan kadar kolestrol jahat LDL



 * Vita-E Complex - Memperbaiki peredaran darah




Ada lagi produk baru khas untuk kolestrol...Yang tu nant saya cerita lagi dalam entry yang lain ye..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Saturday, October 11, 2014

Herb-lax :: Siapa yang Perlu Amalkan serta Kelebihannya

Herb-lax terdiri daripada 9 jenis herba semulajadi antaranya adalah

> alfalfa leaves
> senna leaves
> anise seed
> blue malva flower
> buckhorn bark
> licorice root
> rhubarb root
> fennel seed
> culver's root

sini saya cuma senaraikan 9 jenis herba tu....Nant saya terangkan pasal ni dalam entry lain ye...

herb-lax ni juga dikenali sebagai julap lembut. Fungsinya adalah untuk menggalakkan tindakan pembersihan lembut dalam usus dan sesuai digunakan untuk jangka masa panjang.

Antara kelebihan herb-lax ni adalah ::

* membersihkan najis yang tersekat
* merangsang usus supaya mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh
* membantu dalam masalah sembelit
* mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus
* mengempiskan perut
* membantu memberikan kepejalan pada perut

Individu yang patut amalkan herb-lax ni seperti::

# pengamal tegar ubat tahan sakit
# individu yang ada masalah perkumuhan yang kurang lancar dan sembelit
# individu yang banyak jerawat
# pesakit gout
# individu yang ingin membersihkan usus

ibu menyusu tidak digalakkan ambil herb-lax kerana anak mungkin cirit-birit jika tidak tahan...
Bagi ibu menyusu boleh gantikan dengan alfalfa kerana mempunyai fungsi yang agak sama...Juga perlu monitor bayi anda...

Herb-lax ni pun termasuk dalam set kurus..Jadi siapa-siapa yang nak kurus boleh la amalkan herb-lax ni...





DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi 
Fatiha (SID : 1150701) 
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com. 
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri 

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...