Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Monday, April 13, 2015

Berkesankah Pil Kalsium Yang Anda Ambil?

Berkesankah Pil Kalsium Yang Anda Ambil? | Ciri-Ciri Pil Kalsium Yang Terbaik Dan Berkesan | Tanda-Tanda anda Kekurangan Kalsium


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah..Hari ini dapat kembali bersiaran..Lama sangat menyepi dah ni..

Okay....
Hari ni nak cerita tentang kalsium.. Selalu bila sebut kalsium je mesti orang akan terfikir susu kan...Takpun keju..Atau calciyum macam dalam iklan tv tu.. Kalsium ni sangat diperlukan oleh badan kita untuk kesihatan tulang dan gigi serta saraf dan otot..

Tapi hari ni bukan nak cerita pasal susu ke, keju ke, calciyum ke...Tapi nak cerita pasal pil kalsium.. Siapa pernah ambil pil kalsium? Biasanya yang ambil pil kalsium ni adalah mereka-mereka yang tak boleh nk telan susu..Selalu terjadi pada wanita hamil...Kadang-kadang tak boleh minum susu sebab alahan..Sebelum hamil suka minum susu tapi bila hamil muntah pulak bila nampak susu..

Jadi bagi mengelakkan wanita-wanita ini kekurangan kalsium sebab kalsium yang dia ada akan ditarik oleh janin untuk pertumbuhan, pil kalsium adalah alternatif lain selain susu...Tapi biasanya doktor hanya suruh minum susu je sehari 2 kali...Dan tak bekalkan pil kalsium..Kalau nak kena beli sendiri...

Bahaya ke kalau kurang kalsium ni? Ha...Nak tau bahaya ke tak jom baca kat bawah ni ye..


Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium Dalam Badan

Di bawah ni saya senaraikan tanda-tanda yang boleh berlaku jika kekurangan kalsium dalam badan kita.. Nanti kita jawab sama-sama bahaya atau tidak...

Tanda-tanda anda hadapi masalah kurang kalsium dalam badan adalah :

  • sakit belakang/ sakit pinggang
  • mudah marah 
  • kerap lupa
  • murung
  • sembelit
  • letih dan cepat penat
  • jari bergetar/menggigil
  • kulit kering/ tumit pecah dan keras
  • kuku rapuh
  • kejang kaki/ sakit kaki bila berjalan atau berdiri
  • sukar bangun tidur
  • senggugut dan masalah PMS
Ini antara yang tersenarai...Agak-agak korang la kan bahaya tak? 

Ya...Bahaya...

Ada persoalan lain....Pil kalsium ni berkesan ke?selamat ke? betul ke ambil pil kalsium boleh jadi sembelit?macammana nak pastikan pil kalsium yang terbaik..

Ciri-Ciri Pil Kalsium Yang Terbaik Dan Berkesan



Banyak betul soalan ni..Mari kita jawab satu-satu ye..

* ada yang bertanya saya makan pil kalsium tak sembelit ke? betulkah makan pil kalsium boleh jadi sembelit?

Ya..Memang akan jadi sembelit jika kandungannya hanya kalsium semata-mata. Perlu ada bahan lain untuk membantu mencegah sembelit..

* berkesan ke pil kalsium ni? Dan selamat ke?

Bergantung pada pil kalsium yang anda ambil..Jadi sebelum pilih kaji dulu pastikan ia betul-betul berkesan dan selamat..

Pil kalsium yang paling baik adalah apabila kalsium dapat diserap 100% ke dalam badan..

Ada ke pil kalsium yang dapat serap kalsium sebanyak itu?

Ya..Pastinya ada...Untuk penyerapan yang baik perlu ada bantuan daripada bahan-bahan ini...

  • Magnesium
  • Vitamin D
  • Boron
  • Mangan
  • Tembaga
  • Zink
Bahan-bahan ini penting dalam metabolism, penyerapan, pengangkutan dan pembinaan kepadatan tulang..

Cuba cek pil kalsium yang anda ambil..Ada tak bahan di atas? Kalau ada TAHNIAH anda dah pilih pil kalsium yang betul dan berkesan..Dan pastikan daripada bahan semulajadi supaya ia selamat...

Pil Kalsium Terbaik, Berkesan Dan Selamat Pilihan Saya


taa daaa...

Pil kalsium shaklee ---------> OsteMatrix

Bukan sebab saya jual jadi saya pilih ostematrix tapi sebab keberkesanan dan kebaikan yang ada pada ostematrik ni..Yang pasti selamat..

Ostematrix ni juga mudah larut dalam air dan mudah dicerna. Mineral yang mudah larut akan mudah diserap oleh badan..

Ostematrix ni pun baik untuk mengurangkan gastrik, bantu elak sembelit, kurangkan sakit kepala/ migrain, bantu atasi masalah PMS/ senggugut dan menstabilkan tekanan darah serta kurangkan stress...

Banyak lagi manfaat dan keistimewaan ostematrix shaklee ni...Korang boleh la baca entry saya pasal ostematrix ni..Tak rugi...Memang berbaloi-baloi....


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Friday, November 14, 2014

Edema | Kakiku Macam Kaki Gajah

Edema | Kakiku Macam Kaki Gajah | Kenapa Kaki Bengkak Semasa Hamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Korang pernah tak masa mengandung kaki atau anggota badan lain bengkak-bengkak atau tengok orang mengandung yang kaki bengkak? Kekadang tengok muka sembab je kan...Mesti korang tertanya-tanya kenapa macam tu..

Ha..Meh saya bagitau pada sesiapa yang tak tau...Kalau bengkak pada badan terutama kaki, tangan dan muka itu adalah edema. Biasa terjadi kepada wanita hamil. Kenapa wanita hamil?

Sebabnya apabila hamil, badan hasilkan 50% lebih darah dan cecair badan untuk persediaan menampung bayi yang semakin membesar dalam rahim. Apabila perut semakin membesar ia akan menekan saluran peredaran darah terutama pada bahagian bawah badan.


Tips Hindari Bengkak Pada Anggota Badan Terutama Kaki


Walaupun bengkak kaki adalah perkara biasa bagi wanita hamil, namun ia perlu dipantau dan kalau boleh mesti dihindari. Jika bengkak terjadi secara tiba-tiba atau hanya pada sebelah anggota sahaja anda perlu dapatkan pemeriksaan perubatan kerana ia mungkin risiko pre-ekslampsia.

Antara tips yang boleh anda cuba untuk menghindari bengkak kaki semasa hamil adalah :
  • Perbanyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter kerana air dapat menyingkirkan toksin dalam badan. Jika badan kekurangan cecair, badan akan menyimpan air dan menyebabkan kaki menjadi bengkak
  • Lakukan senaman ringan ia akan membantu meningkatkan kecekapan peredaran darah dan cecair dalam badan. Sekurang-kurangnya berjalan kaki sahaja.
  • Jangan berdiri terlalu lama kerana jika anda hanya berdiri sahaja cecair akan berkumpul pada kaki. Sebaiknya banyakkan berjalan atau bergerak
  • Tinggikan kedudukan kaki supaya lebih tinggi daripada paras jantung semasa anda tidur atau berehat.
  • Memilih kasut yang sesuai untuk anda. Elakkan memakai kasut bertumit walaupun tak tinggi sangat.
Tips hindari bengkak kaki dari segi makanan pula adalah :
  • kurangkan pengambilan minuman berkafein dan alkohol
  • kurangkan makanan tinggi sodium seperti garam dan makanan segera
  • kurangkan pengambilan karbohidrat
  • lebihkan pengambilan potasium seperti pisang, lobak merah, kurma, tembikai dan kismis
  • makan makanan berserat tinggi
  • lebihkan memakan ulam-ulaman
  • gantikan karbohidrat dengan protein
  • makan makanan yang kaya dengan magnesium dan vitamin b

OsteMatriX Membantu Kurangkan Bengkak Kaki Semasa Hamil


Ostematrix ni mengandungi kalsium dan magnesium juga. Jadi ostematrix ni membantu mencukupkan kekurangan magnesium dalam badan yang menjadi punca kaki bengkak. Kalsium juga penting untuk tulang ibu dan bayi. Membantu melancarkan perjalanan darah. Membantu atasi masalah sembelit.




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, November 6, 2014

Bolehkah Ibu Menyusukan Anak G6PD Ambil Supplimen Shaklee | Set Penyusuan

Bolehkah Ibu Menyusukan Anak G6PD Ambil Supplimen Shaklee | Set Penyusuan

 

Anda ibu yang sedang menyusukan bayi? bayi anda disahkan G6PD? Nak banyakkan dan pekatkan susu badan?Nak cari suplimen yang selamat dan sesuai untuk anda dan bayi yang sedang anda susui?

Banyak betul soalannya..anda berada di tempat yang betul. Di sini ada suplimen yang sesuai untuk anda. nanti saya akan terangkan kepada anda.. sebelum tu mari kita kenali apa itu G6PD..

G6PD merupakan sejenis enzim yang terdapat dalam sel darah merah iaitu Glucose-6- Phosphate Dehydrogenase. enzim ini berperanan dalam mengekalkan kestabilan sel darah merah, melindungi sel daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, makanan atau ubat-ubatan tertentu.

G6PD bukan sejenis penyakit atau jangkitan. Selalunya dialami oleh bayi lelaki. ia tidaklah bahaya tetapi boleh berlaku komplikasi jika terdedah kepada ubatan dan makanan yang boleh menyebabkan berlakunya proses hemolisis dalam darah.


Perkara Yang Perlu Dielakkan Oleh Anak Dan Ibu Yang Menyusui Anak G6PD

Ibu perlu mengambil perhatian terhadap perkara-perkara yang boleh membahayakan anak. Ibu yang menyusui anak G6PD juga perlu mengelakkan perkara-perkara ini kerana apa yang kita makan akan disalurkan kepada anak melalui susu yang diminum oleh bayi anda.

Antara perkara yang perlu dielak adalah :
  • Ubat malaria
  • Aspirin
  • Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs)
  • Ubat gegat
  • Ubat nyamuk
  • Kacang parang
  • Ubat tradisional, jamu, ubatan cina

Jika termakan atau terdedah kepada perkara di atas, tidak akan membawa maut tetapi akan berlaku komplikasi kepada bayi dan proses pemindahan darah terpaksa dijalankan. Kesan kepada bayi jika berlaku komplikasi adalah :
  • Kuning bayi tinggi
  • Air kencing berdarah atau seperti teh pekat
  • Demam dan wajah pucat

Set Penyusuan Untuk Ibu Menyusui Bayi G6PD

Seorang rakan saya merupakan penghidap G6PD, saya pernah syorkan dia vitamin shaklee tapi dia menolak sebab dia ada G6PD. Dia tak ambil apa-apa suplimen sebab tak mahu ambil risiko katanya..

Suplimen Shaklee adalah selamat dan boleh diambil oleh pesakit G6PD ataupun ibu yang menyusui anak G6PD. Ini kerana shaklee merupakan vitamin asas yang diperlukan oleh semua sebagai pelengkap kepada pemakanan harian.

Terdapat juga suplimen shaklee yang tidak disarankan kepada penghidap G6PD dan ibu menyusui anak G6PD iaitu vitamin berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP.

Bagi anda yang mempunyai masalah begini set penyusuan yang sesuai dengan anda adalah set penyusuan yang terdiri daripada vitamin yang basic sahaja iaitu Vitalea, B-Complex, SR Vita-C plus dan Ostematrix


Set Penyusuan Shaklee

set penyusuan shaklee sesuai untuk ibu yang punyai masalah kurang susu badan


1. Vitalea- lengkap dengan zat besi
- tingkatkan fungsi pencernaan dan naikkan selera makan
- bantu tingkatkan ketahanan mental dan daya tahan penyakit
- penting untuk perkembangan tubuh dan sistem reproduktif

2. B-Complex
- membantu kurangkan tekanan dan bertindak sebagai anti-stress
- memberi tenaga dengan menukarkan makanan kepada tenaga
- membantu menstabilkan urat saraf

3. SR Vita-C
- sebagai milk booster dan membantu menambah pengeluaran susu badan
- sumber kalsium penting untuk ibu dan bayi
- mengurangkan kelesuan, penat dan sakit-sakit badan

4. Ostematrik
- pembentukan kolagen yang penting untuk kulit
- anti-oksidan dan menyihatkan gusi
- membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
- tingkatkan sistem imun tubuh

Jadi anda tak perlu risau lagi. set ini sesuai untuk anda yang mengalami penurunan kuantiti susu badan dan ada anak G6PD.

Kalau anda tiada masalah di atas boleh la ambil set penyusuan lain..set penyusuan asas, set milkbooster, set penyusuan lengkap



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri


Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Sunday, November 2, 2014

Punca-Punca Kekejangan Kaki Pada Ibu Hamil | Cara-Cara Mengatasinya Dengan Shaklee

Punca-Punca Kekejangan Kaki Pada Ibu Hamil | Cara-Cara Mengatasinya Dengan Shaklee

Kejang kaki biasa dialami oleh wanita hamil terutama pada waktu malam dan pada waktu cuaca sejuk. Masalah ini akan semakin kerap terjadi apabila kandungan mula memasuki trimester ke 2 dan ke 3..

Kekejangan berlaku disebabkan oleh asid yang terkumpul pada serat otot. Otot yang kerap menegang adalah otot betis. Walaupun ini perkara biasa bagi wanita hamil, namun ia sesuatu yang menyakitkan dan boleh dicegah dan dirawat.

Mari kita lihat apa punca berlakunya kekejangan pada kaki ini.

Punca-Punca Kekejangan Kaki Pada Ibu Hamil

Sebenarnya punca kekejangan pada wanita hamil adalah tidak jelas. Namun punca yang biasa terjadi adalah seperti berikut ::
  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium dan magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana anda berkongsi nutrien ini dengan bayi dalam kandungan anda.
  • Salur darah pada kaki anda menerima tekanan daripada rahim anda yang semakin membesar bersama tumbesaran bayi anda. Penghasilan hormon progestron semasa hamil juga boleh menyebabkan kejang pada kaki
  • Semakin besar kandungan anda semakin besar tekanan yang kaki anda terima lebih-lebih lagi semasa anda berdiri dan berjalan. Otot anda akan mudah letih dan berlaku kekejangan.

Cara Mengatasi Kekejangan Kaki Ibu Hamil


kekejangan semasa hamil adalah masalah biasa dan boleh dirawat. Anda boleh cuba cara dibawah bagi mengatasi masalah ini.

  • Buat regangan - tegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Lakukan perlahan-lahan sehingga kesakitan beransur reda
  • Urut - Urut bahagian otot yang kejang, boleh juga sapu minyak angin bagi mengurangkan kejang
  • Berjalan - Kerapkan berjalan. Tapi berjalan perlahan-lahan sehingga kesakitan reda.
  • Elak tidur dengan jari kaki menghala ke bawah, elak tidur meniarap
  • Elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang
  • Mandi dengan air suam sebelum tidur atau boleh sapu minyak panas pada kaki
  • Banyakkan minum air masak

Ostematrik Shaklee Bantu Legakan Kekejangan Kaki Ibu Hamil


Ostematrik mengandungi kalsium dan magnesium yang diperlukan oleh ibu hamil. Ostematrik dapat mencukupkan kalsium dan magnesium yang kurang. Ostematrik juga mengandungi vitamin D yang membantu meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium secara optimum.

Magnesium berfungsi membantu kalsium menguatkan tulang. Kalsium penting dalam pertumbuhan gigi, pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Kalsium penting dalam pembekuan darah, merangsang saraf, mengelak kekejangan otot, menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah.


ostematrik membekalkan kalsium dan magnesium kepada badan



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Sunday, October 26, 2014

Set Batu Karang Shaklee | Cara Atasi Penyakit Batu Karang

Set Batu Karang Shaklee | Tips Atasi Penyakit Batu Karang

Batu karang terjadi apabila wujudnya timbunan kristal halus yang biasanya terdiri daripada bahan kimia. Antara bahan kimia tersebut adalah kalsium oxalat, kalsium pospat, asid urik dan magnesium pospat ammonia.

Batu karang pada mulanya halus seperti pasir dan boleh bertambah besar seperti bola golf. Apabila batu karang mula bergerak ke dalam salur kencing ia boleh menjadi bertambah besar

Batu karang merupakan penyakit yang biasa dihadapi. Ada antaranya hanya menghidap batu karang sekali sahaja dan ada juga yang berulang. Lelaki lebih mudah mendapat batu karang daripada wanita..

Batu karang juga kadang kala boleh diwarisi daripada ahli keluarga lain. Faktor genetik keturunan juga memainkan peranan dalam masalah ini..

Tips Atasi Penyakit Batu Karang

  • Minum air masak dengan banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Supaya dapat membersihkan dan menjernihkan air kencing
  • Kurangkan minum air manis terutama air bikarbonat
  • Elakkan makanan tinggi asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, coklat dan teh
  • Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan tinggi serat
  • Kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi
  • Kurangkan sumber protein haiwan dan gantikan dengan protein tumbuhan
  • Kurangkan pengambilan makanan tinggi garam dan gula
  • Barli, kentang, keledek, kobis bunga dan pisang dapat menampung kekurangan vitamin B6 dan potassium

Set Batu Karang Shaklee


1) Vitamin C - bertindak untuk mengasidkan urin kita iaitu air kencing. Kerana air kencing yang berasid tidak akan menghasilkan batu karang.

2) Ostematrix - mengandungi magnesium membantu mengurang oxalate yang terdapat makanan kita makan setiap hari.

3) B - compleks - mengandungi B6 kekurangan vitamin B6 merupakan punca terjadi batu karang dan bantu menurunkan oxalate (garam mineral). 

4 ) Alfalfa Complex - mengurangkan inflamasi, keradangan dan infeksi.







DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, October 22, 2014

Darah Tinggi Ibu Hamil | Bahaya Darah Tinggi Semasa Hamil

Darah Tinggi Ibu Hamil| Bahaya Darah Tinggi Semasa Hamil


Semasa hamil, banyak perubahan yang berlaku kepada tubuh badan wanita. Ketika ini hormon dan fungsinya juga turut berubah. Perubahan ini kadangkala boleh memberi kesan yang kurang baik kepada badan sekiranya tidak ditangani dengan baik. Antara penyakit yang sinonim dengan ibu hamil adalah darah tinggi.


Darah tinggi semasa hamil bahaya jika tidak diurus dengan baik. Tekanan darah boleh membawa maut kepada ibu dan bayi.

Jika tekanan darah masih tinggi semasa proses melahirkan, ibu tidak dibenarkan bersalin secara normal kerana akan meningkatkan risiko kematian ibu dan bayi..

Siapa yang berisiko menghidap darah tinggi ketika hamil


> Sering berlaku kepada wanita yang mengandung anak pertama dan usia melebihi 35 tahun.

> Wanita yang mempunyai darah tinggi sebelum hamil atau pernah menghidap darah tinggi pada kehamilan sebelumnya

> Wanita yang mempunyai sakit migraine

> wanita yang mempunyai ibu bapa atau keluarga yang menghidap darah tinggi

> Wanita yang terlalu kurus dan terlalu rendah

> Wanita hamil kembar

Risiko Bahaya Kepada Ibu Dan Bayi


Jika tekanan tidak terkawal dan tidak diperiksa secara berkala perkara di bawah dibimbangi akan berlaku.

> Ganggu perkembangan bayi dalam kandungan kerana kurang zat yg diterima melalui plasenta

> Wanita berisiko mendapat sawan dan meningkatkan risiko kematian ibu dan bayi

> Risiko pada bayi - Bayi bersaiz kecil dan lahir pramatang, terencat akal, lemas semasa proses kelahiran

> Risiko pada ibu - Ibu mungkin menghidap penyakit buah pinggang, paru-paru berair, bengkak otak, darah tidak beku dan kegagalan fungsi hati

Shaklee Membantu Ibu Hamil Dengan Darah Tinggi


omega guard bantu lancarkan peredaran darah


# Omega Guard
-  mengurangkan risiko strok dan penyakit salur darah
- menghalang trombosis, darah tinggi dan membantu melancarkan peredaran darah
- melegakan ketegangan leher dan sakit kepala
- bantu rendahkan kolestrol
- mengelak pembekuan darah dalam badan
- mengawal obesiti dan mengurangkan risiko serangan jantung


ostematrik bantu kurangkan stress dan depresi

# Ostematrik
- Mengurangkan stress dan sakit kepala
- Membantu tidur lena
- mengimbangi tekanan darah agar sentiasa normal
- menormalkan degupan jantung


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Sah Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil


 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, October 21, 2014

Set Gastrik Shaklee:: Tips Atasi Serangan Gastrik

Set Gastrik Shaklee |Tips Atasi Serangan Gastrik

Gastrik biasa berlaku tidak kira kepada wanita, lelaki, orang tua mahupun kanak-kanak. Gastrik terjadi selalunya disebabkan selalu membiarkan perut kosong terlalu lama, selalu skip waktu makan, diet yang tidak sihat, makan makanan terlalu pedas dan masam serta jarang melakukan senaman.

Di bawah ini saya kongsikan beberapa perkara yang perlu dielak dan dilakukan bagi mengelak anda diserang gastrik.

Tips Atasi Serangan Gastrik

  • Atur jadual makan dengan betul. Makan dalam kuantiti yang sedikit tapi kerap.
  • Elakkan makanan yang boleh menimbulkan ketidakselesaan pada perut seperti makanan pedas, bergoreng dan masam.
  • Elakkan minuman bikarbonat kerana akan menambahkan keasidan dalam perut
  • Berhenti merokok kerana rokok boleh menggalakkan penghasilan asid dalam perut, melambatkan proses penyembuhan luka dan boleh menyebabkan kanser
  • Mengekalkan berat badan seimbang. Berat badan yang seimbang dapat mengawal dan mengelakkan simptom gastrik.
  • Pastikan pengambilan ubat gastrik secara teratur dan sesuai
  • Lakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
  • Mengawal stress. Stress akan memperlahankan proses pencernaan makanan dan sekaligus meningkatkan pengeluaran asid dalam perut

Set Gastrik Bajet Shaklee Bantu Atasi Gastrik

Set gastrik shaklee dapat membantu anda mengatasi masalah gastrik yang sedang anda alami..Banyak set untuk gastrik tapi kali ini kita cerita mengenai set bajet..

Set gastrik bajet terdiri daripada ::
  • ESP
Esp adalah protein soya yang bersifat alkali. Gastrik terjadi apabila terdapat asid berlebihan di dalam perut. Esp akan meneutralkan asid dalam perut dan memberi kelegaan dan rasa kenyang yang lebih lama.

asid amino dalam esp membantu pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel yang telah rosak dan membaiki dinding perut yang luka akibat asid berlebihan

Kalsium dalam ostematrik bersifat alkali dan akan meneutralkan asid dalam perut

  • B-Complex
Berfungsi mengurangkan keradangan pada perut akibat hakisan oleh asid berlebihan. Membantu mengawal stress yang boleh melemahkan antibodi bagi melawan penyakit.

Jadual pemakanan penting atasi gastrik

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, October 20, 2014

Set Sendi Shaklee :: Punca- Punca Terjadinya Sakit Sendi

Set Sendi Shaklee | Membantu Atasi Sakit Sendi

Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan sendi berfungsi untuk melicinkan pergerakan. Sendi manusia berada di bahagian tulang belakang, siku, pergelangan tangan, punggung, buku lali, bahu, lutut, sendi jari kaki dan tangan.

Sakit sendi tidak mengira peringkat umur, baik tua mahupun muda semua berpotensi untuk mengalami sakit pada bahagian sendi. Tempoh kesakitan berbeza untuk setiap individu.

Punca-Punca Sakit Sendi


  • Kecacatan tulang belakang atau tangan dan kaki
  • Penyakit tulang
  • Berat badan berlebihan
  • Sakit dari pangkal saraf
  • Ketumbuhan
  • Jangkitan kuman
  • Penyakit kronik
  • Kecederaan akibat Kemalangan
  • Ubat-ubatan
  • Masalah mental, takanan dan kemurungan
  • Penyakit sendi seperti arthritis
  • Kesakitan ringan seperti terseliuh

Set Sendi Shaklee


Set sendi shaklee terdiri daripada ::

> Advance Joint Health Tablet
> Omega Guard
>Ostematrix

Ajht tambah keselesaan sendi

Mengekalkan tulang rawan yang sihat
Menyokong keselesaan sendi
Memelihara tisu penyambung yang sihat
Meningkatkan keselesaan kusyen

omega kurangkan keradangan sendi

Kurangkan keradangan dalam sendi
Kurangkan gejala sakit sendi
Sebagai pelincir supaya sendi dapat bergerak dengan lancar
Kurangkan degradasi tulang rawan

kalsium bantu cegah sakit sendi

Kalsium penting untuk pembentukan tulang, otot dan ligamen yang kuat
Magnesium meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam tulang.



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Saturday, October 18, 2014

Ostematrik :: Kelebihan dan Keistimewaan


Kelebihan dan Keistimewaan Ostematrik Shaklee

Ostematrik bukan sekadar kalsium, juga mengandungi vitamin D, magnesium, zink, boron, manganese dan kuprum untuk ::

> membina dan mengekalkan tulang dan gigi  yang kuat
> membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
> membantu pengecutan otot dan melancarkan saraf
> membantu kurangkan simptom senggugut

Komposisi Ostematrik

# 1000mg unsur kalsium daripada sumber tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap

# 400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

# 400mg vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Di datangkan dalam bentuk kaplet yang mudah ditelan



Siapa Patut Amalkan Ostematrik

> Ibu mengandung dan menyusukan anak terutama yang tak lalu minum susu

> Individu yang selalu sakit kepala teruk dan berterusan

> Individu yang mengalami masalah tumit kaki yang merekah teruk

> Individu yang sedang dan akan menjalani fisioterapi

> Individu yang mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan darah

> Wanita yang mengalami senggugut yang teruk sehingga perlukan ubat tahan sakit

> Individu yang alergik kepada bahan tenusu dan yang tidak suka minum susu

> Individu yang sering keletihan, tak cukup tidur dan sukar bangun tidur

> Individu yang kerap sakit sendi, lenguh-lenguh badan dan sakit pada tulang.

Ramuan Istimewa Dalam


 

Ostematrik

@ Kalsium - Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

@ Vitamin D - Membantu meningkatkan penyerapan kalsium. Bagi meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan rangka badan

@ Magnesium - Meningkatkan komposisi dalam tulang dan rawan. Membantu meningkatkan rembesan enzim untuk hasilkan tenaga. Menghalang endapan kalsium dengan melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang dan batu hempedu

@ Zink , Boron, Manganese, Kuprum- memantau dan mengekalkan metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, Mengawal enzim yang diperlukan untuk tulang dan rawan.


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : 

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, August 19, 2014

Tips Mudah Bersalin:Testimonial Set Berpantang Shaklee

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil pasti berasa sedikit gementar apabila memikirkan masa bersalin semakin hampir. Tidak kiralah sama ada anak sulung mahupun anak seterusnya pasti ada sedikit rasa cemas saat menanti masa untuk singgah di bilik bersalin.

Sakit bersalin merupakan fitrah bg wanita yang hamil. Tiada siapa yang tahu dan mampu menanggungnya kecuali wanita. Sekuat manapun lelaki tetap tidak mampu menahan sakit bersalin kerana Allah menjadikan wanita ini istimewa. Luarannya lemah namun dalamannya sangat kuat.

Di sini saya kongsikan petua untuk mudah bersalin yang peroleh. Anda boleh cuba. Dengan izin-Nya anda akan diberi kemudahan. Insha-Allah..

Tips Mudah Bersalin

  • Menimba ilmu pengetahuan
Sertai kelas antenatal yang dianjurkan di klinik kesihatan kerajaan. Kongsi pengalaman bersalin rakan-rakan agar tidak panik apabila masa anda telah tiba. Belajar teknik2 pernafasan dan cara meneran dengan betul. 
  • Persediaan mental dan rohani
Mesti yakin kepada diri dan sentiasa positif. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dimudah proses melahirkan anak.
  • Persediaan fizikal
Sentiasa melakukan senaman dan diet yang seimbang semasa hamil. Hamil bukan alasan untuk tidak melakukan senaman. Otot yang sihat dan mantap membantu memudahkan proses bersalin. Elakkan daripada dijangkiti penyakit.
  • Menenangkan diri
Cuba bertenang dengan amalkan zikir dan selawat. Minta maaf pada suami dan ibu bapa. Lakukan teknik pernafasan yang betul bagi mengurangkan sakit
  • Alas perut
Makan sesuatu yang memberi tenaga sebelum masuk ke bilik bersalin. Tenaga diperlukan semasa bersalin. Kekurangan tenaga akan melambatkan proses bersalin
  • Minyak kelapa dara
Membantu semasa proses bersalin. Sebagai antiviral yang boleh elakkan jangkitan. Boleh disapu pada bahagian perineum sepanjang kehamilan bagi mengelakkan koyakan semasa bersalin
  • Telur ayam kampung
Memberi tenaga semasa meneran. Makan telur ayam kampung mentah bersama air milo setelah keluar tanda bersalin. Juga amalkan makan telur ini separuh masak semasa hamil.
  • Bendi
Terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kalsium. Memudahkan bersalin dan dapat mencegah sembelit, buasir, jaundis.
  • Kurma dan air zam zam
Memberi tenaga segera, penghilang dahaga, memudahkan bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin
  • Minum air hujung rambut tiap kali lepas mandi
Selamat mencuba....

Selepas bersalin, wanita akan mengalami fasa berpantang pula.. semasa hamil banyak perubahan yang berlaku kepada tubuh badan. Semasa berpantang banyak yang perlu diperbaiki..anda juga memerlukan nutrisi yang cukup untuk kesihatan anda dan bayi baru anda..

Jom cuba Set Berpantang Shaklee.. Antara kelebihan set berpantang adalah:
  • Boleh diambil seawal hari pertama kelahiran
  • Tiada masalah jika anak anda jaundis
  • Sesuai untuk bersalin normal dan secara pembedahan
  • Memberi tenaga sepanjang tempoh berpantang
  • Luka bersalin cepat sembuh
  • Mengatasi rambut gugur selepas bersalin


Set berpantang shaklee terdiri daripada::

  • Set asas
#Vita-lea- mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral. Membantu menambah darah.

#B-Complex - bertindak sebagai anti stress. Mengelakkan kemurungan (meroyan). Menstabilkan hormon

#SR vita-C plus - membantu dalam proses penyembuhan luka. Membantu pembentukan kolagen dan membaiki tisu yang rosak semasa hamil dan bersalin

#Zink Complex - mempercepatkan penyembuhan luka dalaman (rahim). Mengurangkan rambut gugur yang biasa dialami wanita lepas bersalin

  • Set lengkap
#Set asas
#Ostematrix - sumber kalsium dan magnesium. Mengatasi sakit belakang. Membantu sistem pelawasan dan elakkan sembelit. Mengelakkan susu merudum semasa period.

#Esp - membantu memberi tenaga. Melancarkan penghasilan susu. Mengawal paras kolestrol. Kenyang lebih lama. Membantu mencantikkan kulit.

Set berpantang/bersalin shaklee


Testimonial Pengguna Set Berpantang/Bersalin Shaklee


Pengguna yang berpuas hati selepas menggunakan set berpantang shaklee. Berkesan kepada diri pengguna sendiri...



Set berpantang shaklee bukan hanya beri kesan pada ibu malahan pada bayi juga.. susu meriah dan bby gembira dan berat bby naik..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, August 14, 2014

Peranan Bapa Dalam Menjayakan Proses Penyusuan susu ibu kepada bayi:: Set Menyusu Shaklee

Ibu yang baru bersalin digalakkan untuk menyusukan anak mereka secara ekslusif selama 6 bulan tanpa makanan lain dan diteruskan sehingga berusia 2 tahun dengan tambahan makanan pelengkap.

Ramai ibu yang berjaya menyusukan anak dala tempoh itu dan tidak kurang juga yang tidak berjaya.. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan dalam proses penyusuan ini. Antaranya::

  • Persediaan mental dan fizikal ibu sejak mula hamil.
  • Ilmu pengetahuan berkenaan tentang penyusuan anak
  • Keadaan emosi ibu dalam pantang
  • Makanan seimbang untuk tubuh ibu dan penghasilan susu
  • Peranan suami atau bapa kepada anak
Dalam entry kali ini, kita akan huraikan tentang salah satu faktor yang menyumbang kepada berjaya atau gagalnya proses penyusuan itu iaitu peranan suami atau si bapa.

Jangan kata penyusuan anak merupakan tanggungjawab dan peranan si ibu sahaja. Bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan berjaya gagalnya proses ini.

Mari kita lihat apa peranan bapa
  • Suami perlu memberi sokongan kepada isteri seawal kehamilan lagi. Tanggungjawab menguruskan anak adalah tanggungjawab bersama. Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi. Suami perlu mempunyai niat dan azam yang kuat untuk memberikan yang terbaik untuk anak iaitu susu ibu. Suami juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan dengan hal susu ibu.
  • Suami perlu beri sokongan emosi dan bantu isteri menyediakan kelengkapan Yang mencukupi dan kemudahan kepada isteri untuk menyusui bayi.
  • Suami perlu membantu isteri mengatasi masalah yang dihadapi semasa awal penyusuan. Sokongan fizikal, dorongan dan perhatian suami penting bagi mengelak isteri mengambil jalan mudah dengan memberi susu formula kepada bayi.
  • Suami perlu membantu isteri menyelesaikan semua urusan rumahtangga. Isteri memerlukan masa yang cukup untuk menyusui bayi dengan tenang supaya dapat melancarkan aliran keluar susu..menyusu dalam keadaan tekanan dan masa yang kurang akan merencatkan pengaliran susu.
  • Suami perlu bantu menguruskan bayi seperti tukar lampin, mandikan bayi. Hal ini dapat menzahirkan kasih sayang bapa terhadap bayi kerana bayi juga memerlukan setuhan bapa.
Banyak cabaran sepanjang proses penyusuan ini. Antaranya ::
  • Tidak mendapat sokongan keluarga
  • Mitos dan kepercayaan yang salah
  • Penghasilan kolostrum yang sedikit 1-3 hari kelahiran.
  • Ahli keluarga yang beranggapan susu tidak mrncukupi untuk bayi kerana kerap menangis..
Penyusuan susu ibu bukan hanya memberi kelebihan kepada ibu dan bayi malah juga memberi kelapangan kepada bapa dari segi ekonomi dan masa. Bayi yang diberi susu ibu kurang jatuh sakit dan kos rawatan ke klinik atau hospital dapat dikurangkan.

Set Penyusuan Shaklee

#Vita-Lea
  - multivitamin pemberi tenaga
  - vitamin keperluan tubuh

#B- complex
  - baik untuk saraf dan peredaran darah
  - mengatasi tekanan

#SR Vita- c plus
  - antioksidan
  - menguatkan sistem imun

#OsteMatrix
  - sumber kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D
  - untuk kesihatan tulang

#Alfalfa
  - milkbooster
  - membantu atasi sakit sendi
  - membuang toxin

#Esp
  - sumber protein non-GMO untuk pembinaan sel
  - penting dalam penyusuan
  - memekatkan susu ibu

Anda juga boleh beli set bajet mengikut kesesuaian bajet anda



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Friday, August 8, 2014

Melatonin :: Risiko kekurangan hormon melatonin dan langkah-langkah meningkatkannya

Apa itu melatonin?
Sejenis hormon yang dihasilkan oleh kelenjar pineal yang jauh di dalam otak yang berfungsi merangsang rasa mengantuk dan tidur.

Penghasilan hormon melatonin yang kurang boleh membahayakan kesihatan anda.Penghasilan melatonin yang tidak mencukupi boleh menyebabkan:

  • Tubuh tidak kuat dari segi pertahanan badan
  • Menekan srl tubuh termasuk sel kanser..
Pada amnya tubuh menghasilkan 5-25 mikrogram melatonin setiap malam. Penghasilan hormon ini akan berkurang atas faktor usia dan aktiviti harian dan menyebabkan anda berada dalam kegelisahan dan menghadapi masalah tidur

Namun begitu masalah kekurangan hormon melatonin ini boleh diselesaikan dengan cara:
  • Pil melatonin
  • Ubah gaya hidup
Mari kita lihat cara-cara yang boleh kita lakukan untuk membantu tubuh kita menghasilkan melatonin yang mencukupi secara semulajadi.

Perubahan gaya hidup kepada gaya yang lebih sihat dilihat dapat meningkatkan jumlah melatonin. Berikut antara langkah-langkahnya:
  • Tingkatkan pendedahan kepada cahaya matahari terutama pada waktu pagi. Contoh melakukan aktiviti luar rumah seperti bersiar-siar di taman atau berjoging
  • Mengubah cara tidur = tidur lebih awal, tutup lampu dan berehat sepenuhnya.tidur lewat akan mengubah pengeluaran melatonin, anda akan mengantuk pada waktu siang dan akan mengganggu rasa mengantuk pada waktu malam
  • Makan makanan yang kaya dengan
@niacinamida-daging merah,sayur hijau,ikan
@vitamin B6
@kalsium- susu,keju
@magnesium- sayur berdaun gelap

  • Makan buah seperti pisang, tomato dan ceri. Buah-buah ini mempunyai kandungan yang sama dengan pil melatonin. Tetapi buah ini lebih selamat daripada pil kerana tanpa kesan sampingan dan menyebabkan tidur lebih lena.
  • Uruskan tekanan. Anda boleh melakukan senaman, yoga dan meditasi jika sedang stress. Tekanan yang tinggi akan menyekat pengeluaran hormon melatonin.

Cadangan set Insomnia Shaklee

Selain daripada cara-cara di atas, anda boleh mengambil suplimen shaklee bagi menyelesaikan masalah sukar tidur...

Anda tidak perlu risau kerana suplimen ini selamat dan semulajadi. Tanpa kesan sampingan yang tidak elok.

#OsteMatrix- sumber magnesium dan kalsium


#ESP- mengandungi tryptophan yang membantu hormon tidur.

Jika anda menghadapi masalah sukar tidur malam boleh la cuba cara-cara semulajadi di atas atau amalkan mkn suplimen2 yang dicadangkan...




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, August 6, 2014

Kencing manis semasa hamil ::Set Kehamilan Lengkap Shaklee

Kencing manis semasa hamil atau lebih dikenali sebagai diabetis gestasi (GDM) berlaku kerana terdapat perubahan hormon semasa kehamilan. Semasa hamil, pankreas perlu menghasilkan hormon insulin yang lebih berbanding keadaan sebelum kehamilan berlaku. Hormon ini berfungsi mengawal paras gula dalam darah. Kencing manis berlaku apabila pankreas gagal menghasilkan hormon insulin yang mencukupi dan fungsi hormon itu terganggu menyebabkan paras gula dalam darah tidak dapat dikawal dan meningkat. Plasenta juga pada masa yang sama menghalang penghasilan hormon insulin oleh tubuh ibu.

Kebiasaannya kencing manis semasa hamil akan hilang selepas ibu selamat melahirkan bayi. Namun ada juga sesetengah kes, ibu terus menghidap kencing manis walaupun selepas melahirkan anak.. Kencing manis semasa hamil merupakan sesuatu yang normal dan hampir dua hingga 14% wanita diserang penyakit ini semasa hamil

Penyakit ini boleh dikesan dengan melakukan ujian MGTT (Meal Glucose Tolerant Test) atau nama popularnya minum air gula. Pada kebiasaannya ibu hamil yang berusia 25 tahun dan keatas tanpa faktor keturunan akan menjalani ujian ini sebanyak 2 kali tetapi jika ada keturunan yang berpenyakit kencing manis maka ujian ini akan dijalankan sebanyak 3 kali sepanjang kehamilan.

Simptom-simptom kencing manis
  • keletihan
  • dahaga yang melampau
  • kerap buang air kecil
  • penglihatan kabur

Tips kawalan pemakanan dan diet secara sihat untuk penghidap kencing manis semasa hamil

Ibu hamil perlu mengawal pengambilan makanan dengan betul kerana pemakanan merupakan salah satu faktor yang akan menentukan penyakit kencing manis ini menjadi bertambah baik atau bertambah buruk. Ibu hamil dengan kencing manis kebiasaannya akan disarankan berjumpa dengan pakar pemakanan agar dapat merancang cara pemakanan yang sihat. Di bawah ini merupakan antara tips yang disarankan kepada ibu hamil dengan kencing manis...

  • makan tiga kali sehari (sarapan, makan tengahari, makan malam) dan dua atau tiga kali sajian snek sihat diantara waktu  makan utama.
  • makan pada kadaran yang betul - tidak lebih dan tidak kurang kerana ibu hamil perlukan nutrisi yang cukup untuk perkembangan bayi
  • kurangkan pengambilan susu kerana susu boleh menyebabkan peningkatan paras gula dengan cepat. ibu hamil boleh mengambil pil kalsium bagi menggantikan susu.
  • hadkan pengambilan buah-buahan kerana buah juga mempunyai kandungan gula yang tinggi. 1 hingga 3 hidangan sehari.
  • elakkan makanan manis dan pencuci mulut.
  • sentiasa kekal aktif dan melakukan senaman ringan

Set Kehamilan Lengkap Shaklee

Anda juga boleh mencuba suplimen-suplimen shaklee semasa anda hamil. ini juga boleh membantu mengawal paras gula dalam darah, memberi tenaga kepada anda dan memberi anda kenangan manis semasa hamil yang pasti anda tidak akan lupakan..

Jom tengok apa yang ada dalam set kehamilan shaklee ini

Trimester pertama

#vita-lea
  • multivitamin dan zat besi yang penting untuk pembentukan sel darah merah dan perkembangan janin
  • bantu stabilkan darah dan mengelakkan anemia semasa hamil


#B-Complex
  • penting dalam pembinaan tulang
  • mengelak kecacatan pada janin
  • mengurangkan risiko kecacatan saraf bayi

#Vita-C
  • meningkatkan sistem imun dan pertahanan badan
  • membantu meningkatkan kadar serapan zat besi

#Ostematrix
  • membantu pembinaan sel
  • membantu pertumbuhan gigi
  • membantu pembentukan tulang
  • sumber kalsium dan magnesium


Trimester kedua & ketiga

#trimester 1

#Omega guard
  • bantu pembentukan otak bayi dari awal
  • penting untuk mata bayi
  • mengawal paras kolestrol untuk ibu

Add on

#ESP
  • membina dan memperbaharui sel, hormon dan enzim
  • mengelakkan kecacatan janin
  • bekalkan asid amino yang untuk pembinaan otot dan organ bayi
  • bantu pertumbuhan plasenta
  • membantu dalam penghasilan susu



 Cadangan pengambilan
  • Vita-Lea :: 1 biji
  • B-Complex :: 1 biji
  • SR Vita-C :: 1 biji
  • OsteMatrix :: 4 biji
  • Omega Guard :: 1 biji
  • ESP :: tidak lebih 3 scoope sehari
 ***suppliment ini hanya cadangan sahaja..boleh pilih ikut kesesuaian dan bajet anda..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri


 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...