Showing posts with label proses penyusuan. Show all posts
Showing posts with label proses penyusuan. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Punca Bayi Menggigit Ketika Menyusu

Assalamualaikum dear...
Sejak kebelakangan ni baby Adeena kerap mengigit ketika minum susu... Tak tau la sebab geram ke gusi gatal ke ape ke...Huhu...Kadang-kadang tu memang sakit walaupun belum ada gigi tapi gusi da keras..

Hari ni entry kita adalah entry mak-mak menyusu ye....Sape yang pernah menyusukan bayi mesti pernah alami situasi ini. Tapi ada juga bayi yang tidak mengigit macam anak sulung saya, Keysha...

Jom kita tengok apa sebenarnya punca diorang ni suka menggigit mak-mak diorang...

> bayi tidak melekap dengan betul semasa menyusu
> ada sesuatu yang mengganggu perhatian bayi semasa dia menyusu
> dah kenyang dan taknak menyusu lagi
> bayi tertidur semasa menyusu
> bayi mengalami selsema atau jangkitan telinga jadi susah nak menelan susu
> saja-saja ingin mencuba


Jika bayi anda mengigit semasa menyusu, masukkan jari kelingking anda ke dalam mulut bayi sebelah tepi. Biar dia gigit jari anda dan anda boleh keluarkan puting dari mulutnya. Jangan tarik puting semasa bayi sedang gigit...Lagi tambah sakit dan boleh jadi bertambah panjang puting anda...

Ada lagi satu cara nak keluarkan puting kalau bayi gigit. Ini ibu saya yang ajar.. Apabila bayi mengigit, tutup hidung bayi anda sekejap dengan tangan anda...Apabila dia rase tak boleh bernafas dia akan cuba buka mulut untuk bernafas dan akan lepaskan gigitan dia..tutup kejap je jangan lama-lama... Lain pulak yang jadi nanti...


Ini antara tips yang saya peroleh bagi mengelakkan bayi menggigit semasa menyusu..

# Jangan menjerit dan berhentikan penyusuan seketika. pandang mata bayi dan cakap 'jangan'
# Jika masih menggigit letakkan bayi atas lantai sekejap
# rajin berbual dengan bayi semasa bayi menyusu
# pastikan bayi benar-benar nak menyusu dan lapar. Jika tidak memang akan kene gigit...
# jangan paksa bayi minum susu atau ketika dia marah..Kalau boleh tenangkan dulu bayi anda
# beri dia alat mainan yang khas untuk menggigit..
# Keluarkan puting dari mulut bayi apabila dia dah hampir lena.


okay...Ini je la tipsnye...Boleh la cuba ye untuk yang selalu kene gigit. Saya pun nak cuba jugak...

Adeena masa mula-mula menggigit, bila saya marah dia akan nangis..Tp bila dah lama ni, saya marah dia boleh ketawa pulak...Aduii...

Anak...Anak...Kene cube tips yang lain...


Selamat mencuba....

Nak banyakkan susu?boleh cuba set penyusuan shaklee dan set milk booster....


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, September 4, 2014

Bercerai Susu :: Sesuaikah Masa Yang Di Pilih?

Apa itu bercerai susu?

ada dua konsep bercerai susu, antaranya ::
> memperkenalkan bayi kepada makanan pejal
> memberhentikan pemberian susu badan atau susu botol

saya fokuskan entry kali ini kepada konsep bercerai susu yang kedua iaitu hentikan pemberian susu ibu kepada bayi.

rasanya semua ibu yang menyusukan bayi akan menghadapi situasi ini dimana tiba masanya anak anda tidak lagi bergantung kepada susu ibu lagi.

Bayi sepatutnya diberikan susu ibu secara ekslusif seawal usia 1 hari hingga 6 bulan..Selepas usia 6 bulan bayi diperkenalkan dengan makanan pejal dan susu ibu diteruskan lagi sehingga 2 tahun..Justeru itu bilakah waktu yang sesuai untuk hentikan pemberian susu badan kepada anak?

Anak akan dapat nutrisi sepenuhnya daripada makanan yang dimakan. Seawal usia ini ibu boleh memberhentikan pemberian susu ibu kepada anak. Namun ibu digalakkan menyusukan anak sehingga usia 2 tahun seperti yang dinyatakan dalam Al-quran.

ia bergantung kepada anak itu sendiri sama ada mereka sudah bersedia atau belum..proses mrnghentikan susu badan adalah satu perkara yang penuh dengan emosi..Saya sendiri sedang menyusukan bayi berusia 6 bulan dan masih menyusukan kakaknya yang berusia 2 tahun 6 bln..bukan mudah bagi seorang ibu untuk memutuskan tentang perkara ini.

anak tidak mahu berhenti menyusu bukan kerana makanan semata-mata. Antaranya ::

> merapatkan hubungan
> menerima keselesaan
> bina rasa selamat

Langkah-langkah untuk memberhentikan penyusuan susu ibu::

@ biar anak habiskan penyusuan secara ekslusif kemudian bagi anak hidangan kecil makanan. Biar anak biasa dengan rasa dan tekstur makanan.

@ apabila anak sudah boleh makan dengan baik, buat pertukaran perlahan-lahan. Beri makan dulu sebelum memberi susu. Lakukan langkah ini setiap kali penyusuan.

@ beri bayi anda air dalam cawan muncung lembut untuk ganti susu badan

tempoh untuk bercerai susu bergantung kepada penyesuaian bayi. mungkin beberapa minggu, beberapa bulan atau mungkin juga ambil masa yang agak lama jika bayi anda masih belum bersedia. Proses ini perlu dihentikan secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat kerana jika ia dilakukan secara serta merta akan mengganggu bayi anda, menyebabkan payudara bengkak dan radang payudara.

jika anak anda masih tidak mahu berhenti susu::

# cuba beri keselesaan padanya dengan cara lain.
# melewat-lewatkan penyusuan
# pilih masa yang sesuai dan tepat untuk anda berhentikan penyusuan


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, August 14, 2014

Peranan Bapa Dalam Menjayakan Proses Penyusuan susu ibu kepada bayi:: Set Menyusu Shaklee

Ibu yang baru bersalin digalakkan untuk menyusukan anak mereka secara ekslusif selama 6 bulan tanpa makanan lain dan diteruskan sehingga berusia 2 tahun dengan tambahan makanan pelengkap.

Ramai ibu yang berjaya menyusukan anak dala tempoh itu dan tidak kurang juga yang tidak berjaya.. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kejayaan dalam proses penyusuan ini. Antaranya::

  • Persediaan mental dan fizikal ibu sejak mula hamil.
  • Ilmu pengetahuan berkenaan tentang penyusuan anak
  • Keadaan emosi ibu dalam pantang
  • Makanan seimbang untuk tubuh ibu dan penghasilan susu
  • Peranan suami atau bapa kepada anak
Dalam entry kali ini, kita akan huraikan tentang salah satu faktor yang menyumbang kepada berjaya atau gagalnya proses penyusuan itu iaitu peranan suami atau si bapa.

Jangan kata penyusuan anak merupakan tanggungjawab dan peranan si ibu sahaja. Bapa juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan berjaya gagalnya proses ini.

Mari kita lihat apa peranan bapa
  • Suami perlu memberi sokongan kepada isteri seawal kehamilan lagi. Tanggungjawab menguruskan anak adalah tanggungjawab bersama. Susu ibu merupakan makanan terbaik untuk bayi. Suami perlu mempunyai niat dan azam yang kuat untuk memberikan yang terbaik untuk anak iaitu susu ibu. Suami juga perlu mempunyai pengetahuan yang luas berkenaan dengan hal susu ibu.
  • Suami perlu beri sokongan emosi dan bantu isteri menyediakan kelengkapan Yang mencukupi dan kemudahan kepada isteri untuk menyusui bayi.
  • Suami perlu membantu isteri mengatasi masalah yang dihadapi semasa awal penyusuan. Sokongan fizikal, dorongan dan perhatian suami penting bagi mengelak isteri mengambil jalan mudah dengan memberi susu formula kepada bayi.
  • Suami perlu membantu isteri menyelesaikan semua urusan rumahtangga. Isteri memerlukan masa yang cukup untuk menyusui bayi dengan tenang supaya dapat melancarkan aliran keluar susu..menyusu dalam keadaan tekanan dan masa yang kurang akan merencatkan pengaliran susu.
  • Suami perlu bantu menguruskan bayi seperti tukar lampin, mandikan bayi. Hal ini dapat menzahirkan kasih sayang bapa terhadap bayi kerana bayi juga memerlukan setuhan bapa.
Banyak cabaran sepanjang proses penyusuan ini. Antaranya ::
  • Tidak mendapat sokongan keluarga
  • Mitos dan kepercayaan yang salah
  • Penghasilan kolostrum yang sedikit 1-3 hari kelahiran.
  • Ahli keluarga yang beranggapan susu tidak mrncukupi untuk bayi kerana kerap menangis..
Penyusuan susu ibu bukan hanya memberi kelebihan kepada ibu dan bayi malah juga memberi kelapangan kepada bapa dari segi ekonomi dan masa. Bayi yang diberi susu ibu kurang jatuh sakit dan kos rawatan ke klinik atau hospital dapat dikurangkan.

Set Penyusuan Shaklee

#Vita-Lea
  - multivitamin pemberi tenaga
  - vitamin keperluan tubuh

#B- complex
  - baik untuk saraf dan peredaran darah
  - mengatasi tekanan

#SR Vita- c plus
  - antioksidan
  - menguatkan sistem imun

#OsteMatrix
  - sumber kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D
  - untuk kesihatan tulang

#Alfalfa
  - milkbooster
  - membantu atasi sakit sendi
  - membuang toxin

#Esp
  - sumber protein non-GMO untuk pembinaan sel
  - penting dalam penyusuan
  - memekatkan susu ibu

Anda juga boleh beli set bajet mengikut kesesuaian bajet anda



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...