Showing posts with label Al Fatihah. Show all posts
Showing posts with label Al Fatihah. Show all posts

Monday, September 15, 2014

Perkongsian Ilmiah :: Perkaitan Antara Bernafas Dengan Betul Dan Solat

Ini merupakan perkongsian daripada rakan facebook saya berkenaan dengan bernafas dengan betul dan kaitannya dengan solat. Mari kita lihat apa kaitan antara bernafas dengan solat.

Bernafas adalah sangat penting kerana oksigen yang cukup amat  penting untuk memastikan sistem badan berfungsi dengan baik. Kehadiran oksigen yang cukup menghalang bakteria dan virus daripada hidup dan membiak dalam badan manusia. Oksigen yang cukup juga dapat memastikan bahan toksin dapat dikumuh dengan baik.

Cara bernafas dengan betul

  • bernafas dengan betul adalah seperti seorang qari yang sedang membaca al-quran dengan tajwid dan makhraj yang betul
  • tarik nafas dengan cepat sehingga udara memenuhi ruang dada/paru-paru dengan perut ke hadapan
  • tahan nafas sekejap dan hembus dengan perlahan-lahan dengan mengempiskan perut
Latihan pernafasan ini boleh mengikut kiraan saat 2, 4, 8 iaitu 2 saat untuk tarik nafas, 4 saat untuk tahan nafas dan 8 saat untuk hembus nafas.

Latihan pernafasan ini sangat berkaitan dengan keadaan semasa kita solat di mana jika kita membaca al-fatihah atau surah dengan perlahan dan tajwid yang betul, hasilnya anda akan dapat ketenangan minda dan kerehatan tubuh badan yang sebenarnya bagi sesiapa yang betul-betul menghayati setiap baris surah yang dibaca bersama tarikan dan hembusan nafas yang betul

Jika disertakan pula dengan posisi pergerakan solat secara sunnah anda akan dapat manfaat yang optimum dengan solat anda. Sel-sel akan dapat oksigen dengan cukup terutama sel-sel otak dan peredaran darah akan semakin lancar. Sisa-sisa toksin akan mudah untuk dikumuhkan dan badan anda akan semakin sihat dan segar...
Inshaa Allah....

Mari sama-sama kita amalkan...semoga perkongsian ini menjadi sesuatu yang bermanfaat kepada anda semua...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi 

Fatiha (SID : 1150701) 
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com. 
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, September 8, 2014

Petua Melembutkan Hati Anak yang Degil

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya nak berkongsi sedikit petua dengan semua..Petua bagaimana melembutkan hati anak yang degil daripada ustaz Kazim Elias..

Beliau ade menyenaraikan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibubapa yang menghadapi masalah anak degil..

Jom kita lihat dibawah antara petua-petuanya ::


  1. Beli sekampit beras (boleh juga guna yang sedia ada dirumah) bacakan 70 kali surah Al-Fatihah pada beras tersebut setiap hari. Amalkan selama 7 hari berturut-turut. Tidak perlu buka kampit beras itu ketika membaca Al-Fatihah. Jika gunakan beras sedia ada pastikan beras tersebut tidak digunakan sehingga selesai 7 hari bacaan Al-Fatihah. Boleh juga dibacakan sekaligus dengan makanan lain
  2. Selepas 7 hari beras boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Jika beras semakin berkurang bolehlah diulang langkah di atas secara berterusan.
  3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat hajat dan berdoa minta Allah lembutkan hati anak yang degil ini. Kemudian pegang (genggam) rambut tadi sambil berzikir ya rahim sebanyak 1000 kali. lakukan 7 hari berturut-turut.
  4. Semasa anak tidur, bacakan ayat dari surah asy-syura 42:19 di ubun-ubun anak
Baca ayat ini 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.


Credit :: majalah Q & A edisi 5


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Friday, August 15, 2014

Bagaimana Mempraktikkan Surah Al-Fatihah Dalam Kehidupan Seharian:Pengisian Rohani

Surah Al Fatihah bermaksud pembukaan.. bersesuaian dengan fitrah asalnya yang merupakan surah yang pertama dalam al- quran...Surah ini juga digelar ummul kitab..

Banyak khasiat dan fadhilat yang diperoleh jika kita mengamalkan surah ini..Mari kita kongsikan tips menggunakan surah ini dalam kehidupan seharian kita.

Tips hasil perkongsian Dr Fatma. Antaranya ::

  • Untuk membuat seseorang sentiasa mengingati kita (suami/isteri/anak2)
    - Baca 14 kali sebelum masuk tidur

  • Untuk merawat penyakit
    - Baca 41 kali dan hembus dalam air. Minum dan mandi menggunakan air tersebut
  • Untuk pesakit mental
    - Baca 7 kali sambil menggosak kepala pesakit sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam setiap hari
  • Apabila berada dalam keadaan terlampau sakit
    - Baca 3 kali dan hembus ke dalam segelas air dan minum. Baca satu kali sambil menggosok tempat yang sakit
  • Untuk bayi yang menangis pada waktu malam atau kerap menangis tak kira masa
    - Baca 7 kali sambil mengusap2 kepala bayi
  • Jika tercedera (terluka, disengat lebah,jari tersepit)
    - Baca 3 atau 7 kali, kemudian menggunakan ibu jari ambil air liur pada lelangit dan sapu pada tempat yang cedera.

Kesemua cara di atas INSHA-ALLAH berkesan jika anda mematuhi syarat-syarat berikut:
  1. Percaya dan yakin bahawa Al Fatihah itu adalah sebaik-baik penawar untuk segala macam penyakit.
  2. Baca dengan khusyuk dan betul
  3. Tawakal kepada Allah
  4. Buat untuk niat yang baik

Mari sama-sama kita amalkan dan beroleh manfaat daripada surah Al-Fatihah... Insha-Allah...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...