Friday, November 7, 2014

Teknik Merancang Keluarga

Teknik Merancang Keluarga


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tajuk hari adalah tekni merancang keluarga..Eh..Macam cikgu-cikgu pulak rasanya...

Ok..Entry kali ni khas untuk suami isteri, wanita lepas bersalin..Kebiasaannya lepas melahirkan anak wanita akan berpantang selama 44 hari untuk mengembalikan tenaga dan betulkan balik perubahan yang berlaku semasa hamil.

Wanita lepas bersalin kebiasaannya akan disarankan untuk ambil perancang keluarga oleh nurse-nurse di klinik kesihatan.

Kebanyakan wanita takut untuk mengadakan hubungan dengan suami kerana takut termengandung. Yelah kan baru bersalin, sakit bersalin tu masih ingat lagi, luka dalaman pun tak sembuh sepenuhnya.

Ambil perancang bukan sebab taknak anak tapi nak beri tempoh penyembuhan pada badan kita.


Perubahan Badan Lepas Bersalin


Selepas bersalin paras hormon estrogen dan progestron dalam badan turun secara mendadak dan mengambil masa untuk stabil sehingga haid datang semula.

Haid datang selepas bersalin bergantung kepada keadaan. Paling cepat haid datang selepas 21 hari lepas bersalin dan kebanyakannya selepas 45 hari.

Bagi ibu menyusu, ada yang sehingga 6 bulan baru datang haid dan ada juga sehingga 2 tahun. Haid mungkin mengganggu penghasilan susu ibu.

Jenis-Jenis Perancang

Pemilihan perancang keluarga perlulah dibuat dengan teliti. Ada perancang yang sesuai dan tidak sesuai dengan anda. Perbincangan dengan suami dan doktor dapat membantu anda memilih dengan tepat.

Antara perancang yang biasa disarankan adalah :

1. Pil progestron
- berfungsi menghalang sperma memasuki uterus dengan membentuk dinding mukus di bahagian servik
- perancang jenis ini berkemungkinan akan menjejaskan pusingan kesuburan.
- tidak menjejaskan susu ibu

2. Intra- uterine device ( IUD )
- merupakan alat lingkaran yang diperbuat daripada plastik dan tembaga yang dimasukkan ke dalam uterus ibu
- alat ini akan menghalang sperma sampai kepada telur apabila proses persetubuhan berlaku
- selepas 3 tahun memakai alat ini hormon progestron akan dibebaskan untuk menghalang sperma dan menipiskan ketebalan dinding uterus menyebabkan telur sukar melekat.
- selain itu ia juga menghalang kemasukan sperma dan lindungi daripada jangkitan

3. Norplant
- dilakukan dengan menanam alat pada bawah kulit
- doktor akan menggunakan alat nipis yang dimasukkan ke bawah lapisan kulit
- mengeluarkan hormon dalam kadar dos yang rendah iaitu levonolgestrol iaitu gabungan hormon tiruan progestron dan estrogen.
- boleh dipakai selepas 21 hari bersalin

4. Suntikan depo
- fungsi sama seperti pil progestron
- menghalang proses kesuburan
- disuntik dalam badan dalam tempoh 5 hari selepas haid
- suntikan diambil setiap 3 bulan

5. Kondom
- perancang jenis ini paling banyak digunakan
- mudah dibeli dan digunakan
- tak perlu ambil kira waktu kesuburan dan pusingan haid
- perlindungan yang paling rendah


itu sahaja..Ada juga perancang jenis jamu. Saya tak ambil perancang dalam senarai ni..Takut ganggu penghasilan susu dan takut gemuk..Hihi..Takut tak sesuai dengan badan.

Apa pun keputusan anda berbincanglah dengan suami anda dan doktor.

semoga bermanfaat..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...