Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

2 Langkah Kurangkan Berat Badan Serta Kuatkan Lutut

2 Langkah Kurangkan Berat Badan Serta Kuatkan Lutut | Petua Dari Segi Sains Pemakanan


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Hari ni saya nak kongsi dengan korang petua...Mesti korang suka kan petua-petua ni...Saya pun suka kalau bab-bab petua ni...Lebih-lebih lagi kalau bahan dan caranya ringkas dan mudah macam petua yang saya nak kongsikan ni...Nak tau petua apa? Jom jenguk kt bawah ni ye...

2 Langkah Kurangkan Berat Badan


2 langkah je tau..Bahan pun 2 je...Pejam mata pun boleh buat kot..Hahaha..Over la tu..Tak sabar pulak nak bagitau korang...Cepat-cepat baca langkah kat bawah  ni...

Langkah 1 :
- makan epal hijau atau jusnya setiap hari. Paling kurang pun sebiji sehari selama seminggu...Kalau korang peminat tegar epal hijau boleh la korang makan sebanyak yang boleh dalam sehari..

- tujuannya untuk membuang lemak yang terdapat dicelah-celah otot perut dan mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa makanan lain daripada dinding usus

- boleh makan makanan lain selepas makan buah epal tapi jika minum jusnya perlu tunggu sehingga 15 ke 20 minit baru boleh ambil makanan lain.


Langkah 2:
- makan buah lemon atau jusnya 1 biji sebelum sarapan atau 1 biji sebelum tidur setiap hari untuk proses detoksifikasi badan. 

- bersifat asid tetapi bila dah berada dalam badan akan bertukar menjadi alkali.

- rasanya sangat masam. Korang boleh buat jus dan tambahkan dengan madu atau gula perang.

- Rasai kesannya dalam masa lebih kurang dua minggu. Inshaa Allah...

Mudahkan...Okay sekarang kita lihat macammana nak bagi lutut kita kuat...Kekadang berdiri lama sikit dah tak berdaya...Belum pun berumur lagi ku ini..Kalau dah tua nanti tak tau la...

Kuatkan Lutut

yang ni pun mudah sangat...Bahan yang selalu kita jumpa kat pasar..Kat dapur pun selalu ada ni...

- hiris nipis bendi muda dan rendam dalam air panas sebelum tidur kemudian minum pada waktu pagi sebelum sarapan. Amalkan setiap hari. Lihat kesan dalam tempoh sebulan..

Mudah sangatkan...3 bahan je...Saya dah cuba makan epal hijau...Berkesan...Lemon dengan bendi je belum lagi...Biasa buat bendi goreng je...Semoga bermanfaat untuk korang.. Selamat mencuba.. 

Kalau korang nak cara lain boleh ambil set kurus shaklee...Nama je set kurus tapi bukan setakat kurus je manfaat dan kebaikan yang korang dapat.. Berganda-ganda Kebaikan...Badan dah tentu-tentu sihat lepas ambil ni..Pembuangan najis pun akan lancar sesuai tuk korang yang susah nak membuang, kulit cantik, toksin dalam badan pun dibuang juga...

Ada macam-macam set kurus..Boleh ikut bajet yang sesuai dengan anda..Yang paling bajet herb-lax dan lecithin...Untuk lutut dan sendi-sendi pulak korang boleh ambil ajht...Memang sesuai...

* kalau korang minat boleh whatsapp nombor saya ye..Korang nak tanye pape pun bole..Silakan ye...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Friday, December 12, 2014

Mata Cantik Dan Mata Sihat

Mata Cantik Dan Mata Sihat | Petua Kesihatan Dan Kecantikan Mata


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Korang masak apa hari ni? Da lama tak makan masakan kampung...Tetiba rasa mengidam nasi kerabu pulak..Lamanya tak makan.. Tengah-tengah hari ni lapar pula rasanya..Tapi kali ni bukan nak cerita pasal resepi atau pasal makan ye..

Kali ni nak cerita pasal mata..Cuba tengok mata korang dekat cermin...Cantik tak? Mesti cantik kan....Mata saya pun cantik juga...Alhamdulillah..Pinjaman daripada Allah.. Saya nak kongsikan dengan semua tentang petua untuk mata...Kalau kita pinjam barang dari orang mesti kita jaga elok-elok kan...Inikan pulak pinjamanbdari Allah..


Jom baca petua mata kat bawah ni..

Tip dan Petua Untuk Kesihatan dan Kecantikan Mata


Nak mata cantik dan sihatkan...Jom cuba petua kat bawah ni...Senang je..Tak perlu berbelanja besar..tak perlu banyak masa pun..Mudah, jimat dan berkesan..

Antara petuanya adalah :

a. Hilangkan lebam bawah mata
- ambil sebiji timun dan hiris sederhana tebal. Tekap hirisan timun pada kedua-dua belah mata selama beberapa minit. Selain timun korang boleh juga gantikan dengan buah tomato.

b. Segarkan mata
- kalau korang ni peminat tegar teh, lepas rendam uncang teh jangan buang.. Ikut petua kat bawah ni
- Ambil dua uncang teh yang dah digunakan dan tekap pada kedua-dua belah mata selama 5 minit. Amalkan selalu supaya mata sentiasa segar bersinar.

c. Sembuhkan sakit mata
- jika korang sakit mata, ambil satu sudu besar garam dan masukkan ke dalam besen berisi air. Kacau sampai larut. Lepas tu masukkan muka ke dalam air campuran garam tadi dan pejam celikkan mata beberapa kali. Inshaa Allah sakit mata korang akan berkurangan

d. Redakan mata yang gatal
- ramas daun sireh dan rendamkan di dalam air suam selama 10 minit. Kemudia tapis dan gunakan untuk cuci mata sehingga rasa gatal berkurangan

e. Rawatan untuk mata rabun
- jika mata korang rabun, amalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin A dan D seperti kangkung, lobak merah, epal, mangga dan betik. Inshaa Allah rabun anda akan berkurangan.

selain itu, korang juga boleh amalkan pengambilan supplimen dalam diet seharian korang...Korang boleh ambil caratomax shaklee..Ia juga merupakan sumber vitamin A baik untuk mata. Selain tu merupakan sumber antioksidan yang kuat dan membantu mengurangkan serta meneutralkan radikal-radikal bebas....

Berminat boleh hubungi saya ye...Selamat mencuba petua di atas dan semoga perkongsian saya ni memberi manfaat kepada korang semua...

Sampai sini dulu...Jumpa lagi nanti...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, October 14, 2014

Merawat Batuk Kahak dan Selsema Pada Bayi dan Kanak-kanak

Assalamualaikum dear....

Sihat hari ni? Anak anda pernah batuk berkahak dan selsema? Kebiasaannya kalau anak-anak batuk atau selsema mesti ibu bapa akan risau kan..Pasti bermacam-macam jenis ubat akan diberi pada si anak.

bayi bawah umur setahun tidak disarankan untuk diberi ubat batuk yang biasa ada di klinik dan farmasi yang warna hitam tu atau apa-apa jenis ubat pun. Ubat batuk tak berkesan pun untuk bayi bawah setahun.

Kalau bayi demam pun tak perlu bagi ubat jika suhu tidak begitu tinggi. Kita boleh rawat secara semulajadi tanpa gunakan ubat-ubatan hospital. Kalau suhu tinggi terus bawa ke hospital. Mungkin ramai yang tak setuju tapi perlu diingat ubat mengandungi bahan kimia dan bayi kita masih kecil untuk memproses dan adaptasi dengan ubat itu...

Sekarang saya nak kongsi cara semulajadi rawat bayi batuk dan selsema. Untuk kanak-kanak dan dewasa juga boleh guna cara ini. Ini hasil perkongsian daripada seorang jiran yang juga adalah seorang nurse...

Bahan yang diperlukan

1. Bawang putih
2. Minyak masak/zaitun/habbatussauda (apa2 pun bole)
3. air panas
4. Besen/baldi
5. Tuala muka
6. Tuala bayi

cara-cara

1. Mula-mula bakar bawang putih dengan kulit sekali sehingga masak. Jangan sampai hitam (ada juga yang goreng bawang putih dengan minyak)

2. Buang kulit dan campur bawang dengan minyak..Tenyeh2 bawang supaya hancur dan sebati dengan minyak.

3. Buka baju bayi anda dan bungkus dia dengan tuala bayi.

4. Ambil baldi/besen dan isikan dengan air panas. Titiskan minyak bawang putih tadi ke dalam baldi. Tutup baldi dengan kain supaya wap tidak keluar dan hilang dengan cepat.

5. Halakan muka bayi anda ke mulut baldi dan wapkan. Pastikan wap kene pada muka bayi anda.

6. Bayi anda akan menangis. jangan risau, lagi kuat dia menangis lagi banyak kahak dan lendir dari hidung akan keluar. Jika bayi masih terlalu kecil, jarakkan muka bayi dengan mulut baldi dan jangan halakan terlalu lama pada wap.

7. Angkat bayi dan lap peluh dan lendir pada muka bayi. Kahak akan keluar melalui mulut dan hidung. Mungkin juga akan keluar bersama najis.

8. Tenangkan bayi anda. Selepas mandi sapukan minyak tadi di perut, belakang badan, dada, kaki dan tapak kaki bayi. Amalkan tiap kali selepas mandi.

haa...Mudahkan?bahan pun simple, murah dan senang dapat...

Saya pun dah penah cuba..Masa masih dalam pantang lagi tp anak saya ni sikit pun tak nangis bila buat macam tu.. Jadi lendir yang kuar dari mulut dan hidung tu hanya keluar sikit je la...Tapi bila dia poo poo mmg sekali dengan lendir...

Inshaa Allah batuk dan selsema juga kahak akan hilang dan bayi anda akan lebih selesa...Tak perlu makan ubat yang belum tentu berkesan untuk anak anda kn...

Selamat mencuba...

Monday, September 8, 2014

Petua Melembutkan Hati Anak yang Degil

Assalamualaikum semua...

Hari ini saya nak berkongsi sedikit petua dengan semua..Petua bagaimana melembutkan hati anak yang degil daripada ustaz Kazim Elias..

Beliau ade menyenaraikan beberapa petua yang boleh diamalkan oleh ibubapa yang menghadapi masalah anak degil..

Jom kita lihat dibawah antara petua-petuanya ::


  1. Beli sekampit beras (boleh juga guna yang sedia ada dirumah) bacakan 70 kali surah Al-Fatihah pada beras tersebut setiap hari. Amalkan selama 7 hari berturut-turut. Tidak perlu buka kampit beras itu ketika membaca Al-Fatihah. Jika gunakan beras sedia ada pastikan beras tersebut tidak digunakan sehingga selesai 7 hari bacaan Al-Fatihah. Boleh juga dibacakan sekaligus dengan makanan lain
  2. Selepas 7 hari beras boleh digunakan untuk makanan harian sekeluarga. Jika beras semakin berkurang bolehlah diulang langkah di atas secara berterusan.
  3. Gunting sehelai rambut anak yang degil. Buat solat sunat hajat dan berdoa minta Allah lembutkan hati anak yang degil ini. Kemudian pegang (genggam) rambut tadi sambil berzikir ya rahim sebanyak 1000 kali. lakukan 7 hari berturut-turut.
  4. Semasa anak tidur, bacakan ayat dari surah asy-syura 42:19 di ubun-ubun anak
Baca ayat ini 19 kali setiap malam. Ulang kaedah ini selama 7 hari berturut-turut. Doa ini boleh juga dibacakan pada air dan beras untuk kegunaan sekeluarga.


Credit :: majalah Q & A edisi 5


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...