Showing posts with label bebas. Show all posts
Showing posts with label bebas. Show all posts

Sunday, November 30, 2014

Resepi Puding Roti Sedap

Resepi Puding Roti Sedap


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Selamat berhujung minggu dan habiskan masa dengan keluarga dan anak-anak bagi yang dah berkeluarga..Saya dalam kereta ni..bawak mak mertua jalan-jalan...Kate cuti kan..Tak duduk kat rumah la..Hehe..

Oh..Hari ni nak share dengan korang satu resepi.. Boleh buat sarapan ke minum petang ke makan bila-bila pun boleh...Ringkas dan sedap... Anak-anak mesti suka..

Jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara buat puding roti sedap ni...

Bahan-Bahan Yang Diperlukan


> 4 keping roti sandwich di dadu kecil
> 2 cawan susu segar rendah lemak
> 3 sudu besar gula perang
> 1 sudu besar vanilla
> 2 biji telur
> 1 keping cheese dipotong kecil
> 2 sudu besar chocolate chip
> mangkuk atau cawan tahan panas


Cara-Cara Penyediaan Puding Roti


1. Susunkan ½  cawan roti yang didadu kecil tadi dalam cawan dan taburkan sedikit chocolate chips dan ketepikan dahulu..

2. Campurkan telur dan gula perang dan kisar sehingga sebati.

3. Masukkan vanilla dan susu segar dalam adunan yang sama dan kisar sehingga sebati.

4. Tuangkan campuran tadi ke dalam cawan roti tadi dan masukkan ½ lagi roti tadi. Kemudian tuang campuran tadi sehingga penuh cawan.

5. Taburkan dengan coklat chip dan keju yang telah dipotong atau diparut

6. Susun cawan dalam dulang dan tuang sedikit air panas ke dalam dulang tersebut.

7. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180°- 190°..

** Puding ni sedap di makan panas-panas...Manis boleh ikut citarasa sendiri..Boleh gantikan gula perang dengan gula halus...

Selamat mencuba....

# jom order shaklee..Whatsapp nombor kat bawah ni ye..Promo november last hari ni ye...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Sunday, November 23, 2014

1st GiveAway By Anamizu

1st GiveAway By Anamizu | Jom Sertai Ramai-Ramai

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang-korang semua....

Harini first time nak join giveaway...Dulu-dulu penah juga join giveaway ni..Tapi takda rezeki nak menang...Tak menang pun takpa saja je nak memeriahkan contest blog ni.. Tapi kalau menang Alhamdulillah..

Hadiahnya pun boleh tahan juga..Siapa nak bagi free-free camtu kan....Ok..Jom kita cerita sikit pasal giveaway ni ye.. Ni giveaway pertama blog anamizu sempena beliau berjaya update entry ke-100... Setiap contest mesti ada syarat-syarat yang perlu di penuhi bagi melayakkan kita menyertainya kan..Kan...

Jadi, jom kita tengok apa syarat-syarat wajib contest ni ye...


Syarat-Syarat Penyertaan


1.Follow blog anamizu
- DONE -

2.Copy paste banner GA dan backlink kat entry ni.
- DONE -

3.Tempek je link entry engkorang kat ruangan komen entry ni SAHAJA.
- LEPAS SIAP NI SAYA TEMPEKKAN YE..

4.Wajib follow semua para penaja GiveAway ni.
- DONE FOLLOW BLOG -

Ha...Senang je kan syaratnya...Jom join ramai-ramai..Bagi meriah lagi giveaway ni..Hadiah-hadiah disponser oleh rakan-rakan blogger anamizu....Nak tau apa hadiah dan siapa sponsernya? Sila la jenguk blog anamizu ye..Kalau da tengok sila join sekali...Hehe..

Giveaway ni akan tamat pada pukul 12 tengahari 28 November 2014..Tinggal beberapa hari je lagi..Cepat...Cepat..

Oklah..Nak tempekkan entry ni kat blog anamizu pulak ni...Ramai tau yang join...Saya taknak ketinggalan...Anda bagaimana?

** Oh lupa pula...Siapa-siapa nak order shaklee boleh whatsapp nombor kat bawah ni ye..Sms pun boleh..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Saturday, November 22, 2014

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015 | BR1M 4.0 2015

Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2015 | BR1M 4.0 2015 | Permohonan Baru dan Kemaskini


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Ha...Mesti ramai sukakan bila orang bagi duit...Siapa yang tak suka kan...Ada?? Sila angkat tangan kalau tak suka...Hari ni nak cerita pasal ini bantuan la..

Pagi tadi masa tengah sarapan dengan en.husband..Arini sarapan awal sikit sebab arini husband keje..anak jiran datang hantar surat BR1M...Macam yang dekat bawah ni..


Surat kemaskini maklumat pemohon...Bagi sesiapa yang belum mohon boleh buat permohonan baru secara online di portal rasmi BR1M...atau isi borang dan hantar ke LHDN...Bermula 1 Disember 2014 hingga 31 Disember 2014...

Bagi kategori isi rumah berpendapatan RM3000 ke bawah pembayaran berjumlah RM950 akan dibuat sebanyak 3 kali setahun. Bermula pada bulan januari sebanyak RM300, bulan Mei sebanyak RM300 dan pada bulan september sebanyak RM350..

Bagi isi rumah berpendapatan RM3000-RM4000 pembayaran berjumlah RM750 akan dibuat sebanyak 3 kali. Bermula pada Januari dan mei sebanyak RM200 masing-masing dan pada bulan september sebanyak RM350..

Bagi individu bujang yang layak iaitu berumur 21 tahun ke atas dan pendapatan kurang RM2000 akan menerima sebanyak Rm350 sekali bayar bermula bulan januari..Tak layak bagi pelajar IPT sebab diorang akan dapat baucer buku..

Bagi pemohon isi rumah dan warga emas, disarankan untuk mengisi nama waris bagi skim khairat kematian. Waris terhad kepada suami isteri, ibu bapa dan anak sahaja...

Bagi pemohon lama perlu kemaskini maklumat je..Contohnya tambah tanggungang ke, tukar akaun ke, tukar alamat ke, tukar pasangan ke....Ops...Hehe..Gurau je...

Maklumat lanjut korang boleh tengok kat website rasmi BR1M ok...

** gunakan duit yang diberi secara berhemah dan berfaedah ye...
*** nak masak untuk malam ni pulak...Pening fikir nak masak apa...Ada idea tak? Share sikit kat komen...Yang ringkas dan pastinya sedap la....

**** Sesiapa yang nak order shaklee boleh whatsapp je kat nombor di bawah ye..Sms pun boleh...


=====================================
*** PROMOSI NOVEMBER 2014 ***
** OMEGA GUARD BUY 6 FREE 1 **
* BUY TWINPACK LESS 5% DISCOUNT *
=====================================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, November 19, 2014

Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015

Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Hari ni nak join segmen lagi...Seronok pulak join segmen-segmen ni...Hahaha...Kali ni saya join segmen tuk bloglist anjuran Aynorablogs.com pula....

Siapa yang join segmen ni blog mereka akan disenaraikan dalam bloglist Aynorablogs.com sepanjang tahun depan...Giler best kan...Rugi tak join ok...Boleh kenal-kenal dengan blogger lain..

Syarat-syarat kali ni pun tak susah mana...Kalau taknak buat memang la susah..Tapi kalau hati tu nak buat senang je.. ** no more excuses **

Ok..Takyah sembang banyak.. Jom kita tengok apa syarat-syarat segmen kali ni.. 



Syarat- Syarat Bloglist Aynorablogs.com Tahun 2015



1. Terbuka kepada semua blogger di seluruh Malaysia
- saya blogger Malaysia -

2. Buat satu entri dengan tajuk "Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015" dan backlink kan ke blog ini.

- in progress ni.. -

3. Tuliskan serba ringkas tentang diri dan blog anda.
- saya ceritakan dibawah nanti ye....Sila baca... -

4. Bloglist Aynorablogs.Com Tahun 2015 berlangsung selama setahun dari 1/1/2015 - 31/12/2015.
- lama kot setahun tu... -

4. Tinggalkan URL entri anda tersebut diruangan komen di bawah.
- akan tinggalkan jejak di entry tersebut selepas entry ini disiapkan... -

5. Like fanpage aynorablogs.com.
- Done -

Syarat yang nombor 3, ringkasan tentang diri dan blog..Ok.. Nama saya Nurfatihah ada dua anak perempuan..Saya mula berblog dengan blog A Gift Of Love pada tahun 2009 rasanya...lepas tu lama stop sebab feeling-feeling buSy...Hahaha...

Sekarang ni kembali berblog tapi guna blog baru iaitu Bonda Seri Shoppe..Blog lama masih ada tapi tak update...Mungkin akan diupdate juga nanti..

Blog yang baru ni khas untuk produk jualan saya...Sebab baru berjinak-jinak jual supplimen kesihatan shaklee...Siapa nak beli boleh order pada saya ye...Eh...Terpromote pulak...Kat sini ada la bg tips-tips kesihatan, resepi, famili, info-info produk..Sikit-sikiT pasal penyakit..Blog ni lebih kepada ibu hamil, menyusu, anak-anak, wanita..Ada juga perkongsian berkaitan agama...

Nak tau lagi?? Jom singgah blog saya...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri 

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, November 18, 2014

Segmen Blogwalking By DJH

Segmen Blogwalking By DJH


Hari ni nak join segmen blogwalking lagi... Kali ni anjuran blog Diari jejaka hangat..Macam biasa segmen-segmen ni mesti ada syarat-syaratnya kan...Jom tengok dulu syaratnya ye....




Syarat-Syarat Penyertaan


====================================
  • Add Google +Mohamad Khairil  - DONE -
  • Follow Blog Diari Jejaka Hangat  -  DONE -
  • Letak tajuk : Segmen Blogwalking By DJH  - DONE -
  • Copy banner di atas dan linkkan ke entry ini. - DONE -
  • Publish dan paste link penyertaan anda di ruangan komen ini.
====================================

ha...Senang je kan korang..Jom la join reramai...Segmen-segmen macam ni bagus untuk perkenalkan blog kita..Boleh tambah traffik ke blog kita...

Eh..Lupe pulak nak bagitau...Segmen ni akan tamat pada jam 23:59, 22 November 2014...Tak lama dah ni..cepat-cepat join nanti terlambat tak sempat...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, November 17, 2014

Segmen Pencarian Bloglist November | Blog A Writer's Life

Segmen Pencarian Bloglist November | Blog A Writer's Life


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Hujung-hujung tahun ni ramai yang buat segmen kat blog...Teringat dulu-dulu masa belajar selalu join segmen-segmen kat blog guna blog lama..Masa study banyak masa lapang...Boring belajar layan blog..

Bila abis je belajar..Keje...terus freeze je blog tu..Tak sempat update..Lepas kawin..Ada anak lagi la tak sempat nak update..Lama dah tinggal blog tu.. Dah lama tak tag orang untuk segmen kat blog ni..



Hari ni nak join segmen pencarian bloglist november anjuran blog A writer's life kepunyaan Faris Yahani..Segmen ni bermula dari 14 nov hingga 28 nov 2014..Yang best siapa yang join segmen ni blog dia akan duduk dalam bloglist A writer's life selama 2 bulan.. Untung-untung boleh naikkan traffik blog sendiri..

Jom tengok apa syarat-syarat yang boleh melayakkan kita join segmen ni...

  1. Follow blog A Writer's Life dan My Territory Arie Fareeha . - DONE -
  2. Follow Twitter A Writer's Life dan Mazni Fareeha *jika ada*  - TAKDA TWITTER -
  3. Follow Instagaram Mazni Fareeha *jika ada*  - DONE -
  4. Buat satu entri berkaitan segmen ini . Anda perlu tag 2 orang supaya lebih meriah. - DONE -
  5. Tinggalkan Url entri anda di ruangan komen ini.
  6. Bermula dari 14 November hingga 28 November.
  7. Blog anda akan berada di bloglist dari 28 November 2014 - 29 Januari 2015 .

oh...LuPa pula nak tag rakan blogger...siapa ye...

1. Lili

ok..Ok settle nombor 1-4...pasni nak pegi tepek url kt blog owner segmen ni..

** sesiapa yang baca blog saya yang kerdil ini jom la join sekali...Kita kasi meriah dan gegar lebih sikit segmen ni..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri 

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Sunday, November 16, 2014

7 Kaedah Diet Yang Berbahaya

7 Kaedah Diet Yang Berbahaya


Kebanyakan wanita memang impikan badan yang cantik dan langsing. Ada yang sanggup berhabis beribu-ribu ringgit untuk mendapatkan bentuk badan pilihan dan tak kurang juga yang sanggup menyiksa diri sendiri dengan mengamalkan diet yang tidak sihat semata-mata ingin kurus dan langsing.

Anda pula bagaimana? Sanggup berhabis duit atau siksa diri sendiri dengan diet tak sihat? Tak salah untuk berdiet tapi biarlah sihat dan diet seimbang.. Kalau nak kurus dan langsing pun biarlah sihat. Tak guna juga kalau kurus dan langsing tapi kesihatan tak elok...Kan..Kan...

Jom kita lihat diet yang tak sihat dan risiko serta mudarat kepada badan kita sekiranya kita berdiet secara ekstrem..

Jenis Diet Tidak Sihat dan Mudaratnya


Jom tengok jenis-jenis diet ni..Antaranya adalah:

1. Diet Atkins
- Diet rendah karbohidrat dan tinggi protein seperti daging merah, telur, ikan dan kulit gandum.
- makanan berprotein tinggi boleh menurunkan kadar kalsium dan menyebabkan berlakunya osteoporosis
- menyebabkan masalah sembelit, usus besar, buah pinggang dan menaikkan kadar kolestrol tubuh

2. Diet Cuka Epal
- Cuka epal dipercayai boleh meningkatkan kadar metabolisma tubuh dan mengurangkan selera makan
- cuka epal diminum sebanyak 3 sudu teh sebelum makan untuk menurunkan selera makan dan akan makan dengan sedikit
- cuka epal mempunyai asid yang sangat tinggi. Minum cuka epal secara terus boleh mengakibatkan mudah luka pada saluran tekak dan perut

3. Diet Cairan
- Diet jenis ini menurunkan berat badan sehingga 24.5 kg dalam masa 9 minggu.
- Caranya dengan mengambil cairan sahaja sama ada dalam bentuk sup, bubur cair atau minuman protein dan berjalan di treadmill 3 jam sehari
- tubuh akan mengambil lemak dan jaringan tubuh sebagai cadangan tenaga. Ini mengakibatkan organ tubuh berisiko untuk mendapat kesan mudarat kerana digunakan sebagai cadangan tenaga  agar tubuh boleh melakukan aktiviti harian.

4. Diet Lemon
- dikenali sebagai Lemonade Diet atau Maple Syrup 
- hanya minum campuran jus lemon, sirap maple, serbuk cili dan air putih selama 10 hingga 40 hari.
- membuatkan kadar gula dalam darah terganggu serta boleh menyebabkan tubuh kekurangan vitamin
- menyebabkan kehilangan jaringan otot

5. Diet Sup Kobis
- boleh menurunkan berat badan secara drastik dengan hanya mengambil sup kobis setiap hari selama 7 hari berturut-turut.
- menghilangkan pelbagai nutrisi dalam jumlah yang besar
- menyebabkan kekurangan vitamin dan mineral
menyebabkan kerosakan rambut, kulit dan kuku

6. Diet Biskut
- diet rendah kalori yang menggunakan biskut khas untuk diet sebagai pengganti makanan harian.
- amalkan 4-6 keping biskut setiap hari
- kekurangan kalori kerana biskut diet hanya mampu memenuhi sebanyak 800 kalori setiap hari
- ini bermakna tenaga anda hanya cukup untuk mengunyah biskut diet sahaja

7. Diet Cacing Pita
- diet paling ekstrem
- memakan daging yang mengandungi telur cacing pita (dikatakan telah disterilkan). Cacimg ini boleh membesar sehingga 9 meter dalam perut manusia.
- kehadiran cacing ini dalam perut boleh menguragkan selera makan dan mengganggu sistem pencernaan
- mengganggu penyerapan nutrisi makanan sehingga mampu menurunkan berat badan dengan cepat.
- bila dah dapat berat yang diingini perlu makan antibiotik tuk bunuh cacing tersebut
- boleh menyebabkan sakit pada perut, cirit-birit, sembelit dan radang pada dubur

Anda ingin mengamalkan diet sebegini? Fikir masak-masak..Kalau saya memang tak sanggup..Biarlah gemuk atau cubby sikit asalkan sihat..

Anda pula bagaimana?? Cube share sikit...

Makan Omega Guard pun boleh kurus juga...Dan Sihat...Kesan Berganda-ganda..Jom order sekarang 

=====================================
PROMOSI NOVEMBER 2014
** BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD **
*** BUY TWINPACK LESS 5% DISCOUNT ***
=====================================


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Saturday, November 15, 2014

Petua Mudah Kecantikan dan Kesihatan

Petua Mudah Kecantikan dan Kesihatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Hari ni nak kongsi dengan korang semua beberapa petua kecantikan dan kesihatan yang mudah dan ringkas. Tak perlu nak berbelanja besar untuk ke salon ke spa ke..Buat di rumah pun boleh...Jimat masa juga..

Mari kita lihat beberapa petua di bawah.

1. Elak Rambut Gugur

- Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bungaan wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Bukan sahaja masalah tersebut dapat di atasi tetapi rambut akan berbau harum.

2. Kurus Tanpa Berbelanja Besar

Bagi anda yang berhadapan dengan masalah berat badan, jangan putus asa untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing. Tanpa kos yang besar, anda hanya perlukan kapur sireh yang dicampurkan dengan limau nipis dan ragi. Gaul sebati dan sapukan pada bahagian tubuh seperti perut, paha, betis atau lengan. Amalkan sekerap mungkin

Selain sapuan, ada juga untuk minuman. parutkan dua batang lobak merah dan sebatang timun. Perah airnya dan campur dengan sebiji limau nipis. Bancuh sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

3. Ubati Gastrik

Untuk anda yang sering diserang gastrik, dapatkan seketul kunyit hidup. Bersih dan kisarkan. Campurkan sedikit air masak. Tapis dan ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan sebiji kuning telur. Minum campuran ini apabila anda mula berasa sakit diserang gastrik. Pasti akan memberi kelegaan.

4. Nenas Cantikkan Siku

Tanpa penjagaan yang rapi, siku dan lutut akan kelihatan kehitaman. Untuk menjadikannya cantik, parut buah nenas dan sapukan pada dua bahagian tersebut. Gosokkan perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air suam. Keringkan dengan tuala bersih dan sapukan dengan minyak bayi

5. Atasi Jeragat

risau sebab ada jeragat degil di muka? Atasi dengan sediakan 2 inci daun betik muda, segenggam beras, 1 inci kulit kayu manis dan air. Rendam beras semalaman. Kisar beras bersama daun betik dan kulit kayu manis. Sapu dan gosok perlahan pada seluruh wajah. Biarkan kering sehingga 20 minit sebelum dibilas dengan air suam

6. Pisang Jauhi Sembelit

jika anda mengalami sembelit, ambil dua biji pisang lemak manis yang telah masak. Buang kulitnya dan kisar pisang bersama segelas air. Amalkan meminum air pisang dua kali sehari

Selain air pisang, anda juga boleh minum air kopi pahit yang dicampurkan dengan sedikit garam. Minum pada waktu malam dan pagi.

7. Menghitamkan Alis Mata

Alis mata yang hitam menambahkan seri wajah. Untuk mendapatkan alis mata sedemikian, bakar 10 biji cengkih yang telah kering dan tua sehingga menjadi arang. Kemudian tumbuk hingga halus. Tuangkan ke dalam botol yang telah diisikan dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya bercampur rata, sapu kan pada kedua-dua alis mata dengan hujung jari secara merata tetapi tipis sahaja. Lakukan sehingga 2 minggu berturut-turut.

8. Mengkudu Atasi Kelemumur

Jika anda menghadapi masalah kelemumur, ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Sapukan pada kepala sambil gosok-gosok. Amalkan dua kali seminggu sebelum mandi.

9. Cili Hijau Sembuhkan Gusi Bengkak

mengalami gusi yang bengkak akan buat anda berasa tidak selesa. Ambil sebiji cili hijau dan bakar sehingga panas. Sapukan pada gusi yang bengkak beberapa kali. Pasti gusi akan cepat sembuh

Selamat mencuba..Semoga bermanfaat

sumber:mingguan wanita 2013

================================
PROMOSI NOVEMBER 2014
BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD
BUY TWINPACK LESS 5% DISCOUNT
================================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Friday, November 14, 2014

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea





First time kot nak join segmen-segmen ni..Tadi tengah jalan-jalan blogwalking dekat blog haziq ternampak pulak entry ni..Macam best je...Ni boleh jadi peluang untuk popularkan diri sendiri dan blog...

Segmen ni ada syarat-syarat yang kita perlu penuhi untuk melayakkan kita turut serta..Kalau nak tau apa syaratnya kene la bukak blog owner segmen ni. Salah satunya adalah kena senaraikan 10 fakta mengenai diri sendiri..Nak tau apa? Jom tengok kat bawah ni...


10 Fakta Tentang Diri Saya


  1. Seorang yang agak panas baran
  2. Sangat baik dengan orang lain kalau orang tu baik dengan saya
  3. Pendiam dengan orang yang tak rapat dan sangat kecoh kalau jumpa dengan orang yang rapat
  4. Ada 2 anak perempuan dan rasa tak cukup lagi..Kena tambah lagi
  5. Mudah menitiskan air mata terutama kalau bersangkutan hal anak-anak
  6. Seorang pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja sebagai surirumah dan babysitter. Sedang berjinak-jinak dengan shaklee
  7. Seorang yang kuat berangan dan berkehendak kepada sesuatu. Impian pun banyak. Inshaa Allah akan dipermudahkan tercapainya impian-impian tersebut
  8. Sangat suka makan tapi tak suka masak. Kalau orang lain masak saya makan banyak..Kalau saya masak makan sikit je..
  9. Suka memborong buku tapi nak habiskan 2,3 helai muka surat pun susah..Susun je la..Terutama buku motivasi dan buku yang comel-comel...
  10. Boleh bawa motor tapi tak reti pandu kereta dan takda lesen pun untuk kedua-dua kenderaan ini.
  11. Sangat sayangkan keluarga tapi malu dan tak reti nak tunjukkan atau zahirkan.
eh...Terlebih satu pulak..TakpA la..Tu kira bonus la tu...10 tu pun berpeluh nak pikir...Itu je la untuk kali ini..

Harap-harap ramai la pengunjung datang berkunjung ke rumah saya ni ye...Jemput-jemput...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : 


Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp------------->012-6602016

Email::fariz3003@gmail.com

Pages : www.facebook.com/bondaseri 


Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, November 13, 2014

Sambutan Hari Lahir Anak Jiran

Sambutan Hari Lahir Anak Jiran


Assalamualaikum semua...

Kejadian ni berlaku pada hari selasa 11 nov 2014 tapi baru nak update hari ni...Tak sdmoat nak cerita sebab semalam kena pergi klinik untuk check up Adeena 8 bulan.

Malam selasa hari tu jiran ada buat makan-makan sikit sempena hari lahir anak sulung dia. Nama 'birthday girl' tu Wan Qaseh Qhadijah...Umur 4 tahun..Anak akak ni ada dua orang. Anak ke dua nama Wan Qhalif Aryan... Kiranya ni keturunan wan la ni..

Akak ni rajin buat makan-makan ni..Diorang masak sendiri je tapi memang sedap gila..Rase nak bertambah-tambah la makan..Tapi i kan jenis yang penyegan sikit...

Sebelum datang majlis tu pergi cari hadiah dulu dengan jiran yang lain...Puas pusing-pusing banyak kedai.. Buntu nak belikan hadiah apa untuk budak perempuan umur 4 tahun..Memang tak pernah beli pun hadiah-hadiah sebelum ni..

Last-last kitorang beli beg sekolah sebab dia pun dah sekolah kat PASTI.. kurang-kurang pun ada manfaat untuk dia daripada beli patung ke bear ke.. Tu pandangan saya yang marhaen ni la....Mungkin pandangan korang lain kan..

Saya datang lambat sikit sebab tunggu husband balik kerja dan pergi pasar beli barang basah sikit. Keysha pergi dulu dengan Ilah dengan husband dia.

Antara gambar-gambar sekitar majlis malam tu


Yang Lelaki baju hijau tu tuan rumah.. Baju kuning kotak-kotak tu anak saya...


Yang baju hitam tu la 'birthday girl'


Ni kek yang super comel dan super sedap...By Secret Recipe..


Menu-Menu Hidangan


Sangat banyak makanan yang dihidangkan.. Dan sangat sedap..Tuan rumah yang masak sendiri...Diorang memang pandai masak..

Antara menu utama yang dihidangkan adalah laksa siam, bihun goreng, pulut kuning dengan daging kicap dan makaroni cheese bakar..Gambar tak sempat ambil sebab dah terliur sangat..

Menu sampingan kentang goreng, kentang wedges, ayam goreng, buah-buah dan banyak lagi..Tetamu yang datang pun ramai juga..

Lepas tu tetamu dah balik kitorang pun lepak-lepak, sembang sambil minum air nescafe.. Balik tu siap tuan rumah bungkuskan makanan lagi.

Apa-apa pun layanan memang terbaik..5 star.. SELAMAT HARI LAHIR WAN QASEH QHADIJAH..


=========================
PROMOSI NOV 2014
BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD
BUY TWINPACKS LESS 5%
==========================
 

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, November 12, 2014

Permata Hati Kedua | Seri Adeena Binti Harizal

Permata Hati Kedua | Seri Adeena Binti Harizal

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua...

Sekarang sedang bersiaran dari klinik kesihatan Ibu dan Anak Dengkil..Bulan ni Seri Adeena dah 8 bulan..Ni tengah tunggu giliran nak 'check up' bulanan..Ramai betul orang hamil sekarang... Alhamdulillah...

Rasa baru kejap je masuk labour room lahirkan Adeena...Lagi 4 bulan dah masuk setahun...Rasa rindu pulak masa mengandung dan masa bersalin...Eh...Bunyi macam nak baby baru je...Kalau ada rezeki Inshaa Allah..

Lambat sebab menunggu je ni..jumpa dengan nurse tu sekejap je.. tak tanya banyak pun..nurse pun nak balik cepat.. Adeena menunggu sampai tertidur.. keysha ikut ayahnya pergi isi minyak kereta.

Berkenalan Dengan Puteri Hatiku Yang Kedua

Mari kita berkenalan dengan puteri kedua saya..Alhamdulillah dua-dua perempuan.. lepas ni doa nak dapat putera pulak. tapi kalau rezeki puteri lagi pun takpa.. Nabi Muhammad kan pernah bersabda sesiapa yang menjaga 3 anak perempuan dengan baik dan sempurna Allah akan masukkan dia ke dalam syurga (kalau ada salah sila betulkan saya).. Insha Allah... semoga kita semua diberi kekuatan dan kesabaran dalam membesarkan dan mendidik anak-anak syurga ni..

Ini sedikit perkongsian profile Adeena :

Nama : Seri Adeena Binti Harizal
Tarikh Lahir :  06 mac 2014
Tempat dan Masa lahir : Hospital Jempol, 0447
Berat Lahir : 3.15 kg



Tadi check up untuk 8 bulan. Timbang, ukur panjang, lilit kepala semua tu la..takda cucuk.. berat untuk 8 bulan 7.9 kg. masa umur 6 bulan 7.5 kg...naik sikit la..ok la daripada tak naik.. masa keysha dulu berat dia memang problem..dalam garis kuning je..rasanya 8 bulan tak sampai 7.5 kg lagi..

Adeena ni jenis pemakan.. suap la apa pun dalam mulut dia mesti dia akan telan. sedap ke tak sedap tu lain cerita asalkan dapat masuk mulut. perangai pun agak berbeza dengan kakaknya. Lebih pandai berdikari daripada kakaknya. kerenah pun tak banyak sangat sekarang. dah pandai duduk sendiri. dalam proses nak berdiri tanpa pegang apa-apa bantuan.



Tertidur..Letih menunggu

Pengalaman Bersalin

Paling best bila cerita pengalaman bersalin..Alhamdulillah Allah beri kesenangan dan kemudahan semasa bersalin. Rasanya bersalin dua-dua anak ini memang sangat mudah. sakit kontraksi tak lama terus bersalin. dua ke tiga kali teran je terus baby keluar.

Bersalin dua-dua anak dekat hospital yang sama, labour room yang sama, wad yang sama dan ada nurse yang sama. Nurse yang sambut Keysha dengan Adeena masa bersalin pun adik beradik...masa keysha contraction kuat dalam pukul 2 ke 3 pagi. masuk hospital pukul 3 lebih siap muntah-muntah lagi..masuk labour room pukul 6 pagi, doktor datang pecahkan air ketuban pukul 7 pagi dan akhirnya keysha keluar pukul 8.10 pagi...sebelum tu dengar cerita macam-macam tapi tak sangka bila alami sendiri Allah sangat mudahkan urusan saya..Alhamdulillah...

Bersalin anak kedua agak tenang sebab dah ada pengalaman. Mula sakit pukul 9 malam contraction yang kerap tapi tak kuat. sebab kat kampung suruh husband balik kampung malam tu jugak sebab rasa memang akan bersalin time tu jugak. Husband sampai dalam pukul 11 lebih dan gerak ke hospital yang sama dalam pukul 12 ke 1 pagi. Masuk bilik menunggu, nurse pantau baby.. contraction kerap tapi tak cukup kuat untuk baby keluar. Jadi pindah dulu dalam wad. Dalam pukul 3 sakit makin kuat dan saya minta nurse yang ada untuk cek. Diorang terus tolak ke labour room, tunggu husband datang teran dua tiga kali baby pun keluar dalam pukul 4.47 pagi..

Pengalaman yang best..tapi ada juga rasa takut..Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya...Insha Allah lepas ni pun Allah permudahkan juga seperti sebelum ini. lepas ni nak kongsi cerita tentang Seri Keysha pulak...

Jom kongsi kisah bersalin anda di ruangan komen yang disediakan..

 ==================
** Promosi Nov 2014 **
Buy 6 Free 1 Omega Guard
Buy TwinPack less 5% diskaun
===================


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, November 11, 2014

Nak Makan Nasi Minyak? | Tak perlu Tunggu Kenduri Kahwin

Nak Makan Nasi Minyak? | Tak perlu Tunggu Kenduri Kahwin


AssalamualaikuM dan salam sejahtera korang...

Teringin nak makan nasi minyak? Tapi takde kawan-kawan atau sedara mara yang buat kenduri kawin? Jangan risau..Jom kita buat sendiri nasi minyak versi bukan kenduri kawin..

Hari ni nak kongsi dengan korang semua resepi nasi minyak.. Tak susah mana pun nak buat nasi minyak ni.. Resepi ni pun saya gugel je dan jumpa orang share kat facebook resepi ringkas.

Takda orang kawin pun bole makan nasi minyak sekarang..Jom tengok resepi nak buat nasi dulu ye..

Nasi Minyak Ayam Masak Merah


Kita tengok bahan-bahan dan cara buat nasi minyak dulu ye..Lepas tu baru resepi ayam masak merah..

Bahan-bahannya terdiri daripada :
  • 1 kg Beras basmathi (cuci dan toskan)
  • 2 tin susu cair
  • 2 tin air
  • 3 biji bawang merah (hiris)
  • 3 ulasbawang putih (hiris)
  • 1 cm halia (hiris)
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1 tin minyak sapi
  • 1 sudu minyak masak

Cara-cara memasak nasi minyak seperti :

- Masukkan minyak sapi dan minyak masak, kemudian tumis bahan hiris, kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
- tutup api dan campurkan ke dalam beras yang dah dibasuh dan ditoskan
- masukkan susu cair dan air. Kacau sebati dan campurkan 1 sudu garam.
- Masukkan daun pandan dan masak dalam rice cooker...( Saya masak dalam rice cooker je senang )
- bila rice cooker dah warm, gaul dan taburkan kacang gajus dan kismis
- biarkan seketika sebelum tutup suis

ok...Nasi dah siap...Jom kita sediakan ayam masak merah pulak..

Bahan-bahan ayam masak merah adalah :

  • 1 ekor ayam (potong ikut suke hati)
  • 4 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
  • 3 biji bawang merah (tumbuk/kisar)
  • 1 senduk cili boh (malas nak blend cili kering)
  • 1 senduk sos cili
  • ½ senduk  sos tomato
  • 1 biji bawang holand (hiris bulat)

Cara-caranya :

- tabur ayam dengan garam dan kunyit goreng sebentar. Kalau taknak goreng pun ok juga..
- Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan cili boh dan biar sehingga garing dan pecah minyak
- masukkan air dan gaul rata
- masukkan sos cili dan sos tomato
- Perasakan dengan garam dan gula
- kalau rasa dah ok masukkan bawang holand. Kalau nak masukkan tomato pun boleh.. Ikut suka..
- last sekali masukkan ayam yang dah goreng tadi (kalau ayam tak goreng kene masak lama sikit).
- biarkan air tadi kering sedikit dan siap..

Lauk pun dah siap sekarang kita buat sayur sikit..


Acar Timun, Nenas dan Lobak Merah


Bahan-bahan :
  • 1 biji timun
  • 1 biji lobak merah
  • ½ biji nenas
  • 3 sudu gula
  • 1 senduk cuka
  • 3 biji cili besar

Cara-caranya :

- Potong bahan-bahan tadi ikut suke hati
- campurkan dalam bekas, masukkan gula, dan cuka
- simpan dalam peti sekejap
- siap untuk dimakan


haa...Dah siap dah semua hidangan kita...Boleh la buat makan malam ye....

Selamat mencuba dan Selamat menjamu selera...

** gambar tiada sebab lupa nak tangkap gambar **

===========================
*** Promosi Nov 2014 ***
Omega Guard Buy 6 free 1
buy twinpack less 5% diskaun
============================



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, November 10, 2014

Air Tebu Berbisa Namun Mampu Kembalikan Kehilangan Tenaga

Air Tebu Berbisa Namun Mampu Kembalikan Kehilangan Tenaga


Assalamualaikum korang....

Mesti korang semu pernah minum air tebu kan...Sedap kan....Tapi orang awal kehamilan dan orang dalam pantang lepas bersalin tak boleh minum. Orang tua-tua kata bisa badan nanti..

Namun pengambilan air tebu secara terkawal dapat mencegah keburukan yang ada. Korang tau tak air tebu ni boleh digunakan untuk tujuan perubatan jugak..

Sejarah Dan Kegunaan Tebu


Tebu atau nama saintifik Saccharum officinarum termasuk dalam famili Graminae atau rumput-rumputan dan berkembang biak di kawasan beriklim udara sederhana sehingga panas.

Setiap jenis tebu memiliki ukuran batang serta warna yang berlainan. Tebu merupakan tumbuhan berbiji  tunggal. Batang pohon tebu terdiri daripada banyak ruas yang dibatasi oleh buku-buku tempat daun.

Tebu berasal dari New Guinea kemudian tersebar ke Asia dan Pasifik. Tujuan tebu ditanam adalah untuk dikunyah. Kulit dibuang, isi dalamnya dikunyah dan airnya disedut. Korang penah makan camni tak?saya pernah ye..

Penghasilan gula melalui proses pemanasan air tebu pertama kali dijumpai di India. Tebu adalah sumber gula yang diekstrak daripada batangnya yang berair. 70% sumber gula dunia dihasilkan daripada tebu.

Kebaikan dan Keistimewaan Air Tebu



Seperti yang kita tahu tebu mengandungi sukrosa, apa yang kita tak tahu air tebu juga mengandungi potasium, magnesium asid amino, vitamin B3 dan asid organik.

Di Malaysia kita hanya guna tebu sebagai gula, air tebu, perasa pada minuman. Namun di Afrika Selatan tebu digunakan dalam sistem perubatan tradisional. Tebu digunakan untuk merawat masalah kesihatan luaran dan dalaman.

Batang dan akar tebu digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat jangkitan kulit dan saluran urinari, bronkitis, masalah jantung, susu badan kurang, batuk, anemia, sembelit, jaundis dan tekanan darah rendah.

Air tebu segar dicampur air halia kering mampu melegakan sedu. Tebu juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun.

Antara keistimewaan air tebu yang lain adalah :

  • indeks glisemik rendah - tubuh cergas dan sihat
  • merawat dan mencegah selsema dan sakit tekak
  • tidak mempunyai gula ringkas
  • sumber tenaga yang baik - mengandungi glukosa yang disimpan sebagai glikogen dan dibakar oleh otot untuk tenaga
  • membersihkan saluran urinari dan memperbaiki fungsi buah pinggang
  • melindungi gigi daripada kerosakan gigi yang teruk akibat gula
Walaupun tebu banyak kebaikan, namun kita perlu kawal juga pengambilannya.. Jangan berlebihan ye..Benda yang baik pun kalau ambil secara berlebihan boleh datangkan mudarat. Perlu juga nasihat daripada doktor jika anda menghidapi apa-apa masalah...

Semoga bermanfaat...

** Promosi Nov 2014 **
Buy 6 free 1 Omega Guard
Twinpack less 5% diskaun

Jom dapatkan segera...Contact saya!!

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Sunday, November 9, 2014

Famili Outing | Cuti Hujung Minggu

Famili Outing | Cuti Hujung Minggu


Assalamualaikum dan salam sejahtera...Disebabkan hari ni hari ahad, kita buat entry yang ringan-ringan je la ye...Kita cerita pasal famili outing masa hujung minggu. Sebenarnya tak outing sangat pun..Keluar ke depan-depan rumah je...Takde la jauh mana pun.

Sebenarnya kalau hari biasa memang jarang sangat keluar rumah. Kalau sorang memang agak malas nak keluar..Kalau husband ada sekali ok jugak. Hari ni husband cuti jadi saje la jalan-jalan kat luar dengan anak-anak.

Lagipun baru beli basikal untuk keysha. Tadi bawak la dia jalan-jalan naik basikal. Sebelum ni asyik berebut je basikal dengan jiran..Bila dah ada basikal sendiri takda lah nak berebut sangat..Tapi budak-budak biasa lah...

Sempat la jugak snap gambar skit tadi..Hari ni dah petang pun panas lagi. Selalu hujan je.. Jom tengok gambar outing petang tadi...



Ini budak bertuah...Baru sehari dua belajar kayuh dah pandai...Kemain laju lagi kayuh...



Husband, Adeena, Keysha...peneman dan penyeri hidup...Memang semua kesayangan hati lah...



Entah apalah yang dibincangkan dua orang ni



Keysha asyik nak tuju ke kedai je...nak pegi kedai beli air katanya..Jenuh jugak la dia kayuh sampai ke kedai..Baru first time try air ni...


Itu je la cerita hari ni..Balik rumah budak bertuah dua orang ni terus tidur...Letih benor la gamaknya tu..



**Jom-jom order shaklee**

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Friday, November 7, 2014

Teknik Merancang Keluarga

Teknik Merancang Keluarga


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tajuk hari adalah tekni merancang keluarga..Eh..Macam cikgu-cikgu pulak rasanya...

Ok..Entry kali ni khas untuk suami isteri, wanita lepas bersalin..Kebiasaannya lepas melahirkan anak wanita akan berpantang selama 44 hari untuk mengembalikan tenaga dan betulkan balik perubahan yang berlaku semasa hamil.

Wanita lepas bersalin kebiasaannya akan disarankan untuk ambil perancang keluarga oleh nurse-nurse di klinik kesihatan.

Kebanyakan wanita takut untuk mengadakan hubungan dengan suami kerana takut termengandung. Yelah kan baru bersalin, sakit bersalin tu masih ingat lagi, luka dalaman pun tak sembuh sepenuhnya.

Ambil perancang bukan sebab taknak anak tapi nak beri tempoh penyembuhan pada badan kita.


Perubahan Badan Lepas Bersalin


Selepas bersalin paras hormon estrogen dan progestron dalam badan turun secara mendadak dan mengambil masa untuk stabil sehingga haid datang semula.

Haid datang selepas bersalin bergantung kepada keadaan. Paling cepat haid datang selepas 21 hari lepas bersalin dan kebanyakannya selepas 45 hari.

Bagi ibu menyusu, ada yang sehingga 6 bulan baru datang haid dan ada juga sehingga 2 tahun. Haid mungkin mengganggu penghasilan susu ibu.

Jenis-Jenis Perancang

Pemilihan perancang keluarga perlulah dibuat dengan teliti. Ada perancang yang sesuai dan tidak sesuai dengan anda. Perbincangan dengan suami dan doktor dapat membantu anda memilih dengan tepat.

Antara perancang yang biasa disarankan adalah :

1. Pil progestron
- berfungsi menghalang sperma memasuki uterus dengan membentuk dinding mukus di bahagian servik
- perancang jenis ini berkemungkinan akan menjejaskan pusingan kesuburan.
- tidak menjejaskan susu ibu

2. Intra- uterine device ( IUD )
- merupakan alat lingkaran yang diperbuat daripada plastik dan tembaga yang dimasukkan ke dalam uterus ibu
- alat ini akan menghalang sperma sampai kepada telur apabila proses persetubuhan berlaku
- selepas 3 tahun memakai alat ini hormon progestron akan dibebaskan untuk menghalang sperma dan menipiskan ketebalan dinding uterus menyebabkan telur sukar melekat.
- selain itu ia juga menghalang kemasukan sperma dan lindungi daripada jangkitan

3. Norplant
- dilakukan dengan menanam alat pada bawah kulit
- doktor akan menggunakan alat nipis yang dimasukkan ke bawah lapisan kulit
- mengeluarkan hormon dalam kadar dos yang rendah iaitu levonolgestrol iaitu gabungan hormon tiruan progestron dan estrogen.
- boleh dipakai selepas 21 hari bersalin

4. Suntikan depo
- fungsi sama seperti pil progestron
- menghalang proses kesuburan
- disuntik dalam badan dalam tempoh 5 hari selepas haid
- suntikan diambil setiap 3 bulan

5. Kondom
- perancang jenis ini paling banyak digunakan
- mudah dibeli dan digunakan
- tak perlu ambil kira waktu kesuburan dan pusingan haid
- perlindungan yang paling rendah


itu sahaja..Ada juga perancang jenis jamu. Saya tak ambil perancang dalam senarai ni..Takut ganggu penghasilan susu dan takut gemuk..Hihi..Takut tak sesuai dengan badan.

Apa pun keputusan anda berbincanglah dengan suami anda dan doktor.

semoga bermanfaat..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, November 6, 2014

Ini Semalam Punya Cerita | Memancing Di Tesco

Ini Semalam Punya Cerita | Memancing Di Tesco


Assalamualaikum dear...

Semalam husband saya balik awal dari kerja..Pergi kerja selalu naik motor je..Biasa lah orang takda kenderaan lain..Tapi Alhamdulillah masih ada motor..

Tak dengar pun bunyi motor tiba-tiba ada orang bagi salam. Sebab dah malam tak la saya terus bukak pintu. Intai di tingkap dulu..Tetibe tengok...Eh...Abang...naik kereta?

Husband langkah je kaki masuk bertubi-tubi soalan keluar.. Husband senyum je..Mesti dia da agak kot akan keluar banyak soalan cepumas dari mulut isteri tersayang dia ni...Hihi

Tak sempat-sempat duduk lagi da kene jawab soalan. Kesian. Rupanya kereta ofis mate dia. Blk dari anta pekerja guna kereta ofismate dia terus dia blk rumah.. Malas nak patah blk opis katenye...

Lepas borak-borak, makan, minum settle semua dia pun kate jom pegi beli barang kat tesco...Disebabkan da lame tk kuar ke pasaraya apa lagi memang excited abis la..Tapi jam masa tu dah pukul 9.30 bersiap lagi. Perjalanan dari dengkil ke tesco nilai lagi..Jauh jugak la..

Bermula Perjalanan Ke Tesco Nilai


Tajuk agak melebih-lebih di situ..Lepas mintak izin kawan dia nak guna kereta terus la kitorang gerak. Kat dengkil hujan agak lebat dengan kilat terang benderang sampai kat nilai hujan renyai je..Mungkin baru berhenti. Sesampai je kat tesco jam dah pukul 10.16 malam.

Tesco tutup pukul 11 malam. Maknanya ada lagi ½ jam je tuk shopping barang..Menangis jap.. Manalah nak sempat..Dah macam masuk pertandingan carik barang kat pasaraya dah gamaknya..


Anak-anak pulak turut menambah kekalutan dan kesibukan. Keysha dalam troli pasaraya Adeena husband kendong. Kitorang decide nak beli barang-barang yang besar-besar. Barang yang tak boleh bawak kalau naik motor.. Ni idea husband.

Barang-Barang Yang Berjaya Di Pancing


Memang penuh troli semalam..Tak sempat nak berfikir dan pilih pun..Grab je mana-mana yang sempat.

Nak tengok antara barangan yang sempat kitorang grab..Tengok gambar di bawah. Gambar kat pasaraya takda sebab kalut dengan barang kalut dengan anak bagai.

Antara barangan yang dibeli dari tesco nilai adalah :

1. Drawer tingkat untuk isi baju anak-anak. Harga RM 39.90



 2. Basikal kanak-kanak untuk keysha. Harga RM59.90



3. Meja banquet. HarGa RM 59.90
4. Pampers Huggies anak-anak
5. Periuk kecik dan kuali. Harga RM5 dan RM26.90

Sume carik yang murah-murah je...Gambar 2 je sebab line menyiput pulak hujan-hujan ni..Kitorang antara yang paling last keluar daripada tesco...Tak puas sebenarnya...

Balik rumah masih hujan lagi dengkil, singgah minum kat kedai kejap...Pastu terus balik dan tidur...

Terima kasih en husband sebab bawak jalan-jalan walaupun kejap...Hihi

kalau korang ada nak order barang shaklee pm je saya ya...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, November 5, 2014

Homemade Aiskrim Dan Aiskrim Goreng

Homemade Aiskrim Dan Aiskrim Goreng


Assalamualaikum dear...

Sekarang dah tak hujan sangat dh. Cuaca pun kadang-kadang panas terik juga.. Kalau dapat makan aiskrim time tu....Huh..Memang rase bahagia sangat...Hihi...

Oklah...Hari ni nak kongsi dengan semua resepi aiskrim..Mesti ramai yang dah tau kan. Bagi yang belum tau boleh la tengok kt bawah ni resepinya...

Resepi Homemade Aiskrim


Tak susah pun buat aiskrim ni..Bahan-bahan pun tak banyak. Yang penting memang sedap macam yang beli kat kedai.. Anak-anak pasti suka.

Bahan-bahan Homemade Aiskrim Vanilla Coklat

> 1 tin susu cair / 2 cawan susu segar
> ½ - 1 cawan susu pekat
> 2 sudu besar ovalette
> 2 penutup esen vanilla / serbuk koko


Cara-cara membuat Homemade aiskrim vanilla coklat

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali serbuk koko menjadi satu adunan
2. Bahagikan adunan campuran tadi kepada 2. Satu bahagian tambahkan dengan serbuk koko.
3. Kisar bahan dengan blender atau mixer sehingga kembang dan sebati. Lebih kurang 35 minit kalau nak betul2 kembang.
4. Campurkan adunan tadi dan buat corak ikut suka.
5. Sejukkan dalam peti beku sekurang-kurangnya 5-7 jam..
6. Sedia untuk dimakan


Bahan-Bahan Homemade Aiskrim Oreo

1½ susu segar / susu penuh krim
½-1 cawan susu pekat
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus biskut oreo

Cara-cara penyediaan

1. Blendkan Susu penuh krim, susu pekat, ovalette dan asen vanilla sehingga kembang. Guna mixer lebih mudah dan cepat kembang.
2. Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan sebahagian biskut oreo yang telah dihancurkan tadi kemudian kacau adunan tersebut.
3. Biskut yang selebihnya tabur di atas adunan td..
4. Bekukan dalam freezer semalaman
5. Sedia untuk di makan.


Resepi Aiskrim Goreng


Teringin nak makan aiskrim goreng? Kalau beli tak puas makan. Mahal pulakkan..Buat macam-macam bentuk pun boleh.. Jom tengok macam mana nak buat aiskrim goreng.

Bahan-bahan untuk aiskrim goreng

> aiskrim
> roti putih biasa
> Sedikit tepung jagung

Cara penyediaan

1. Ambil roti putih yang biasa kita buat sandwich tu.. Nak lenyekkan boleh tak lenyek pun boleh. 
2. Letak aiskrim ditengah-tengah roti tadi.
3. Lapiskan lagi satu roti atas aiskrim tadi
4. Kalau nak buat bulat macam jual kat kedai tu boleh ambil cawan tekap pada roti.
5. Buang lebihan roti tadi. Jadilah bulat.
6. Untuk tak bg kelilingnya terbuka boleh letakkan bancuhan tepung jagung sikit.
7. Bekukan dalam freezer semalaman. 
8. Bila dah beku boleh la digoreng.
9. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan aiskrim. Kemudian terus angkat. Tak perlu goreng lama. Macam dalam iklan tu 8 saat je.

Itu sahaja...Selamat mencuba!!

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, November 4, 2014

Pintu Rezeki Dan Rahmat Yang Sering Diremehkan | Memuliakan Tetamu

Pintu Rezeki Dan Rahmat Yang Sering Diremehkan | Memuliakan Tetamu


Assalamualaikum dear...

Tadi tengok rancangan kat tv al-hijrah.. Adab memuliakan tetamu. Salah satu pintu rahmat dan pintu rezeki adalah tetamu yang berkunjung ke rumah kita. Tak kira la datang sekejap atau lama..Dari jauh atau dekat... Diundang atau tidak..Inshaa Allah mereka datang bersama rezeki dan rahmat Allah.

Jadi kita dianjurkan untuk memuliakan tetamu yang datang. Di sini saya kongsikan adab-adab memuliakan tetamu yang saya baca...

Adab - Adab Memuliakan Tetamu


Antara adab-adab memuliakan tetamu adalah:
  • Memberi layanan yang baik
Menyambut tetamu di hadapan pintu, menjawab salam dan berjabat tangan. Mempersilakan tetamu duduk ditempat yang selesa dan bersih
  • Sentiasa bermanis muka
Sentiasa tersenyum dan bermanis muka. Berbual dengan tutur kata yang lembut dan tidak menyakitkan hati tetamu
  • Menyediakan jamuan mengikut kemampuan
Menyediakan makanan mengikut kemampuan. Jangan melampaui kemampuan sendiri. Menjemput tetamu makan dan makanlah bersama tetamu. Jangan kemas hidangan sehingga tetamu selesai makan dan beredar
  • Menyediakan kemudahan yang terbaik kepada tetamu
Menyediakan tempat berehat yang selesa, kipas dan tempat tidur yang bersih. Menyediakan bilik air dan tandas yang bersih dan selamat

Kelebihan Melayani Tetamu


Antara kelebihan melayani dan memuliakan tetamu adalah :
  • Murah rezeki, mendapat rahmat dan berkat daripada Allah
  • Bertambah kasih sayang antara tetamu dan tuan rumah
  • Mengeratkan silaturahim dan perpaduan sesama manusia
  • Mendapat pahala dan keampunan daripada Allah
  • Menarik minat orang bukan islam terhadap keindahan islam

Masa Yang Sesuai Untuk Bertamu


Tetamu juga perlu datang bertandang pada masa dan waktu yang sesuai. Antara masa yang sesuai untuk berkunjung ke rumah orang lain adalah :

  • Tuan rumah dalam keadaan tenang dan lapang untuk menerima tetamu
  • Bukan semasa aurat orang dalam rumah terbuka seperti lewat malam atau awal pagi
  • Sebaiknya minta keizinan atau maklumkan kepada tuan rumah akan kedatangan anda ke rumah mereka.
  • Jika keadaan terdesak atau darurat boleh datang terus seperti anak sakit tengah malam..
Sekian...Semoga bermanfaat


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, November 3, 2014

Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Lingkaran Gelap Bawah Mata | Tips Hilangkan  Gelap Bawah Mata


Anda ada masalah lingkaran hitam bawah mata? Biasanya lingkaran hitam bawah mata ni ada kalau kita tak cukup tidur. 
Bagi sesiapa yang selalu berjaga malam mesti tau kan...

Boleh jadi juga sebab kerap bersolek dan tidak membasuh muka dengan bersih selepas bersolek atau sebelum tidur. Tapi ada juga yang memang mempunyai kulit yang agak gelap di bawah mata.

Mari saya kongsikan tips hilangkan lingkaran gelap bawah mata.

Tips Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata


Di bawah ni ada tips hilangkan lingkaran gelap bawah mata. Antaranya adalah :

  • Banyakkan makan sayur hijau
Banyakkan makan sayuran hijau yang tinggi antioksidan supaya kulit dapat nutrisi yang diperlukan
  • Banyakkan minum air
Minum air kosong secukupnya kerana ini boleh menyegarkan kulit bawah mata dan menjadikan kulit lebih lembap.
  • Minyak badam
Minyak badam boleh melembutkan kulit, mengurangkan minyak dan mengurangkan liang pori yang tersumbat. Sapu minyak badam pada sekeliling mata setiap kali sebelum tidur.
  • Hirisan timun atau tomato
Letakkan hirisan limau atau tomato pada mata setiap kali sebelum tidur. Ini boleh menambahkan kelembapan kulit bawah mat.
  • Uncang teh
Rendam uncang teh dengan air sejuk selama beberapa minit. Letakkan uncang teh tadi pada kedua-dua belah mata dan biarkan selama beberapa minit
  • Zat besi, vitamin c dan asid folik
Vitamin c penting untuk kulit yang sihat. vitamin c membantu pembentukan kolagen yang diperlukan oleh kulit. Vitamin c juga menghalang proses pigmentasi kulit.

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Sunday, November 2, 2014

Kuantiti Air Yang Diperlukan Untuk Anak Anda

Kuantiti Air Yang Diperlukan Untuk Anak Anda


Air penting dalam hidup kita seharian. Air yang saya maksudkan disini air masak ye...Bukan air yang manis-manis je.. Air juga sangat penting untuk anak-anak kita.

Agak-agak cukup tak pengambilan air seharian anak kita? Kadang-kadang anak-anak kita ni cukup liat nak minum air. Lebih-lebih lagi air masak. Kalau air yang manis-manis tu mesti laju je...Orang dewasa pun sama je...

Mari kita lihat berapa kuantiti sebenar air yang anak kita perlukan seharian. Boleh kita semak cukup tak anak kita minum setiap hari..


Kuantiti Air Seharian Kanak-Kanak


Kanak-kanak 1 hingga 3 tahun memerlukan lebih kurang 1.3 liter cecair sehari. Kuantiti ini termasuklah susu, air masak, air manis, sup dan cecair-cecair lain. Kanak-kanak tidak boleh minum air lebih daripada 1.3 liter sehari kerana boleh mengganggu pola pemakanan dan kesihatan diri.

Kuantiti ini terpakai untuk kanak-kanak yang sihat dan normal. Jika kanak-kanak demam atau dalam keadaan tidak sihat jumlah cecair yang lebih banyak mungkin diperlukan. Begitu juga kalau cuaca sejuk, kuantiti cecair yang diperlukan akan berkurang.. Kalau tak mesti kanak-kanak akan kerap kencing.

Kenapa Air Yang Cukup Penting Untuk Kanak-Kanak?



  • Bantu kekalkan berat badan yang sihat
  • Memperbaiki tahap konsentrasi
  • Mengurangkan risiko penyakit kronik
  • Mengelak sembelit

Kanak-kanak biasanya akan terlupa untuk minum air kerana mereka terlalu asyik bermain. Mereka akan minta air apabila mereka dah terlalu dahaga. Apabila anda merasa dahaga anda boleh mengajak anak anda minum bersama.

Letakkan bekas minuman di tempat yang mudah untuk anak ambil dan nampak. Jadi apabila dia dahaga senang untuk dia ambil dan minum sendiri.

Tapi perlu diawasi juga sebab bekas air minuman itu boleh jadi mainan dia pulak nanti. Kanak-kanak biasanya suka main air macam anak saya...Boleh banjir satu rumah nanti...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...