Showing posts with label zink complex. Show all posts
Showing posts with label zink complex. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

Kulat Air Di kaki Anda? | Jom Cegah Dan Rawat Sebelum Melarat

Kulat Air Di kaki Anda? | Jom Cegah Dan Rawat Sebelum Melarat | Kenali Apa Itu Kulat Air

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Pernah dengar orang kata kutu air, kulat air atau kaki makan air? Hari ni nak cerita pasal ni la...Sama atau berbeza..Kenapa kaki nak makan air pulak kan..

ha...Nak tau kan?kan?...teruskan pembacaan anda...Wahhhahha...


Kenali Apa Itu Kulat Air


Kulat air adalah istilah yang digunakan untuk menerangkan sesuatu yang sebenarnya adalah sejenis jangkitan kulat pada kaki. kulat tersebut adalah kuman hidup yang tumbuh dan membiak pada semua manusia.

Kaki yang lembap, berpeluh dan kekurangan pengaliran udara yang baik ketika berkasut mewujudkan keadaan yang sangat sesuai untuk pertumbuhan kulat ini.


Punca-Punca Dan Tanda-Tanda Fizikal Jangkitan Kulat Ini


Antara punca jangkitan kulat ini adalah :
  • Kulat ini membiak dan hidup di tempat yang lembap dan basah. 
  • Kaki berpeluh
  • Tidak keringkan kaki selepas mandi atau selepas ke tandas
  • Kasut dan sarung kaki yang ketat
  • Iklim yang panas
** Penyakit ini tidak berjangkit kepada ahli keluarga atau orang sekeliling.

Antara gejala jangkitan penyakit ini adalah:
  • Rupa bentuknya berbeza-beza mengikut individu
  • ada yang mengalami pengelupasan pada kulit di celah jari kaki, merekah dan berkuping
  • ada yang hanya terdapat kemerahan, keruping dan melecet pada tapak kaki dan disepanjang bahagian tepi kaki
  • perubahan kulit diikuti rasa gatal. Mungkin berlaku jangkitan kuku jari kaki dan susah untuk dirawat
  • jangkitan kuku jari kaki mengakibatkan keruping, pemecahan, penebalan dan kehilangan kuku
  • semua ruam pada kaki adalah penyakit kutu air

Bagaimana Mencegah dan Merawat Jangkitan kulat Air

Cara pencegahan daripada jangkitan kulat air antaranya adalah :
  • Sapu krim anti kulat pada tempat yang dijangkiti sebanyak 2-3 kali sehari untuk 3 minggu
  • Basuh kaki setiap hari
  • Keringkan kaki dengan sempurna terutama dicelah jari kaki
  • Elakkan memakai kasut yang ketat. Pakai sandal semasa cuaca panas
  • Pakai sarung kaki daripada kain kapas dan tukar setiap hari atau lebih kerap jika lembap
  • Berkaki ayam apabila berada di rumah
  • Renjiskan serbuk anti kulat ke dalam kasut pada waktu siang

Rawatan boleh dimulakan serta merta selepas kulat pada kaki dikenalpasti. Krim anti kulat disarankan jika jangkitan tidak terlalu teruk. Rendaman kaki diberikan sebelum sapu krim anti kulat jika jangkitan teruk. Pil anti kulat diberikan jika keadaan sukar dirawat.

Shaklee Membantu Kurangkan Jangkitan Kulat Air Pada Kaki

 Antara produk shaklee yang membantu mencegah dan mengurangkan kesan akibat kulat air adalah :
  • ESP - membantu dalam pembinaan sel sihat menggantikan sel-sel kulit rosak akibat jangkitan kulat air terhadap kulit
  • Herb-lax - membantu dalam proses detoksifikasi sel-sel rosak
  • Garlic - mengandungi bahan semulajadi yang bertindak melawan fungus dan kulat
  • Sr Vita-C - membantu badan melawan infeksi kulat dan meningkatkan sistem imunisasi badan
  • Zink Complex - membantu menghalang fungus dan merangsang sistem imun
  • Alfalfa Complex - mempunyai sifat anti kulat dapat membantu mencegah pertumbuhan kulat dalam tubuh


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Saturday, November 15, 2014

Keguguran Jejas Emosi Si Ibu

Keguguran Jejas Emosi Si Ibu | Awal atau Lewat

Keguguran adalah kehilangan janin dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan kandungan berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan ia dipanggil keguguran awal dan jika kehilangan selepas tempoh itu dipanggil keguguran lewat.

Keadaan ini berlaku kerana ¾ telur yang disenyawakan akan gugur dalam hari-hari pertama kehamilan. Keguguran awal lebih kerap berlaku berbanding keguguran lewat , kira-kira 1 antara 5 kehamilan dan keguguran lewat kira-kira 1 dalam 100 kehamilan

Sebab-Sebab Berlakunya Keguguran


  • Jika keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku sebab janin tak berkembang seperti yang sepatutnya
  • Untuk membolehkan janin berkembang, jumlah kromosom normal perlulah tepat. 23 daripada kromosom ibu dan 23 daripada kromosom bapa. Janin tidak akan berkembang jika terdapat ketidaknormalan pada kromosom.
  • Keguguran lewat lebih kepada masalah kesihatan si ibu berbanding bayi.
  • wanita berumur lebih berisiko mempunyai bayi dengan kecacatan kromosom. Bagi ibu yang berusia 30 tahun, risiko mengalami keguguran adalah 1 antara 5 kehamilan manakala jika berumur 42 tahun, risikonya adalah 1 antara 2 kehamilan.
  • Faktor kesihatan diri. Individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti berat berlebihan, diabetis, tekanan darah tinggi dan masalah tiroid mempunyai risiko keguguran lebih tinggi.
  • Sindrom darah pekat atau Sindrom antifosfolipid menyebabkan pembekuan darah berlaku dalam salur darah juga penyebab kepada keguguran yang berulang
  • Risiko lebih tinggi untuk keguguran jika berlaku kecacatan pada uterus
  • Jangkitan semasa hamil menjadi punca keguguran lewat kehamilan seperti listeriosis dan toxoplasmosis, sifilis dan masalah yang menjejaskan hormon seperti polycystic ovaries
  • Gaya hidup yang tidak sihat dan pengambilan kafein yang terlalu tinggi


Tanda-Tanda Berlaku Keguguran


1. Kesakitan seakan-akan senggugut dan pendarahan yang banyak. Semasa awal kehamilan, anda boleh gugur tanpa anda ketahui kerana sangka anda datang haid namun ianya adalah keguguran.

2. Kantung kehamilan kosong, dimana embrio sepatutnya berada disitu

3. Tahap hormon kehamilan jatuh sehingga anda tidak begitu loya seperti sebelumnya atau payudara dah tak terlalu sakit. Namun simptom kehamilan ini akan hilang selepas minggu ke-12 atau ke-13 kehamilan

4. Tanda keguguran lewat adalah pendarahan yang banyak dan kadang kala air ketuban pecah. Mungkin disertai dengan kesakitan seperti bersalin. Keguguran yang disebabkan oleh servik yang lemah mungkin tidak menyakitkan.


Suplimen Membantu Pulihkan Badan Selepas Keguguran


1. B- Complex
- membantu melegakan ketegangan sistem saraf
- memberi ketenangan pada seluruh sistem badan
- mengelakkan stress ibu keguguran
- membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah
- mengandungi asid folik sebagai persediaan untuk kehamilan semula

2. Vita-Lea
- 23 mineral penting diperlukan oleh badan untuk pembaikan selepas keguguran.
- zat besi penting untuk penghasilan darah merah bagi menggantikan darah yang hilang akibat keguguran
- mengelak muka pucat dan tak bermaya

3. SR Vita-C
- Elemen penyembuhan luka dan pelekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuhan luka
- membaik pulih sel dan tisu yan rosak
- meningkatkan sistem imun badan

4. Zink Complex
- membantu dalam penyembuhan luka dalaman
- membaik pulih kerosakan tisu dalaman
- penggalak keinginan seksual 

5. ESP
- membabtu menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan semula
- membantu dalam penyembuhan luka luaran dan dalaman
- membantu menambah tenaga

** keguguran lebih kurang sama macam bersalin jadi suplimen yang sesuai sama dengan dalam set bersalin...




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Saturday, October 25, 2014

Zink Complex Shaklee | Simptom Kekurangan Dan Kelebihan Zink Dalam Badan

Zink Complex Shaklee | Simptom Kekurangan Zink Dalam Badan

Zink terdapat dalam semua sel tubuh badan dan berfungsi dalam pelbagai aktiviti biokimia badan. Ia juga merupakan sebahagian daripada tindakbalas enzim

Satu tablet membekalkan 100% nutrisi harian keperluan zink dalam tubuh. Zink Complex shaklee dirumus dengan zink glukonat yang mempunyai bio yang tinggi dalam bes alfalfa dan barli panggang. Ia juga diformulasikan berasaskan sayuran.

Simptom Kekurangan Zink Dalam Badan

Kekurangan zink boleh membahayakan tubuh. Antara simptom kekurangan zink adalah seperti berikut:
  • Jerawat
  • Hilang selera makan
  • Rambut gugur
  • Sukar tidur
  • Kurang deria bau dan rasa
  • Kulit bersisik
  • Luka lambat sembuh
  • kuku rapuh dan tanda putih pada kuku
  • Jangkitan berulang
  • cirit-birit
  • Kolestrol tinggi
  • Masalah kesuburan lelaki
  • Menjadi terlalu sensitif

Kelebihan dan Fungsi Zink Complex

  • Menyembuhkan luka dengan cepat. Tak kira la luka dalaman atau luaran. Sangat sesuai untuk wanita lepas bersalin atau yang baru lepas menjalani pembedahan
  • Menghilangkan bintik putih pada kuku dan menguatkan struktur kuku
  • Membantu masalah kesuburan 
  • Memelihara kelenjar prostat dan mengelak masalah prostat
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh
  • Membantu mengurangkan kolestrol
  • Mengurangkan masalah rambut gugur
  • Menambah selera makan
  • Membantu memelihara kesihatan mental
  • Mengurangkan jangkitan dan demam
  • Berfungsi sebagai detox


zink complex meningkatkan kesuburan lelaki

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil 

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, September 9, 2014

Petua Elakkan Masalah Rambut Gugur :: Shaklee Membantu

Rambut gugur adalah perkara biasa bagi kebanyakkan orang daripada semua peringkat usia..Masalah ini kerap dialami oleh wanita lepas bersalin kerana semasa hamil banyak perubahan yang terjadi kepada badan dan hormon..

Keguguran rambut yang normal tidak melebihi 50 helai rambut sehari. Jika terlalu banyak rambut yang gugur sehingga menyebabkan kepala anda hampir botak, ia bukan lagi perkara biasa. Jadi berjumpa lah dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan rawatan.

Di sini saya ada sertakan tips dan petua yang boleh anda amalkan untuk mencegah rambut gugur sekali gus menghitam, melebatkan serta mencantikkan rambut anda.

Antara tipsnya adalah ::

  • Air asam jawa + sedikit santan masukkan dalam bekas..Tambah beberapa kuntum bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur campuran pada rambut dan biarkan beberapa minit. Kemudian bilas rambut. Amalkan selalu dapat cegah keguguran rambut dan mengharumkan rambut.
  • Hiris limau nipis tenyeh pada kulit kepala. Kemudian sapukan telur yang telah dipukul sedikit ditempat yang bermasalah. Bungkus rambut selama beberapa jam. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu dapat kuatkan akar rambut.
  • Masakkan santan kelapa sehingga keluar minyak. Biarkan sejuk pada suhu bilik. Lumur santan tersebut di kepala dan bungkus kepala semalaman. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu agar akar rambut kuat dan rambut lebih bersinar.
  • Ambil air rebusan kacang hijau. Biarkan sejuk kemudian lumur pada keseluruhan kulit kepalasetiap malam sebelum tidur. Syampu rambut keesokan hari.amalkan selalu akan kuatkan akar rambut secara berkesan.
  • Lendir daun lidah buaya + lendir pokok bunga raya + lendir pokok litup bumi + minyak zaitun. Lumurkan pada keseluruhan rambut selepas mandi malam. Bungkus rambut selama setengah jam. Bilas keesokkan hari dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali. akar rambut kuat dan lambat beruban.
  • Tumbuk segenggam daun serai dan masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan kemudian lumurkan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan 2 minggu sekali untuk melihat keberkesanannya.
  • 3 biji limau nipis ambil jusnya + 2 biji putih telur. Lumur pada rambut. Biar selama 2 jam. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu untuk keberkesanan yang memuaskan.
Selain amalkan petua kat atas ni..Boleh juga amalkan suplimen-suplimen untuk kuatkan akar rambut dan perbaiki hormon dalam badan. Suplimen-suplimen Shaklee dapat membantu anda atasi masalah ini...

Jom kita tengok suplimen apa yang sesuai untuk masalah anda ini. Antaranya ::
  1. Vivix - impak 4 mekanisma utama penuaan selular
  2. ESP - menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat
  3. B Complex - anti stress
  4. Zink Complex - mengukuhkan shaf rambut
  5. Collagen powder - melembapkan rambut dan menghalang perpecahan rambut
  6. Vita E - meningkatkan penyerapan oksigen
  7. SR Vita C - membantu mempertingkatkan peredaran kulit kepala
  8. Lecithin - melembapkan dan menghitamkan rambut
  9. Gla Complex - mengimbangi hormon wanita
Nak tahu lebih lanjut tentang info produk? Hubungi saya segera...

Berminat?? Jom order laju-laju sekarang...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701) 
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com. 
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri 

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, September 2, 2014

Shaklee dan Ulser Peptik :: Simptom dan Punca Penyumbang Ulser Peptik

Ulser peptik adalah luka terbuka yang terdapat di bahagian dalam lapisan perut, bahagian atas usus kecil atau esofagus. Ulser jenis ini biasa dialami oleh kebanyakan orang.

Nama-nama ulser ini berbeza bergantung kepada lokasi ulser ini terjadi seperti::

@ perut - ulser gastrik
@ duodenum - ulser duodenal
@ bawah esofagus - ulser esofageal

Simptom-simptom
antara tanda-tanda anda menghidap ulser perut adalah::

>merasa sakit seperti terbakar
   # dimana-mana bahagian dari pusat ke tulang dada
   # masa sakit antara beberapa minit ke beberapa jam
   # menjadi lebih buruk semasa perut kosong
   # semakin kerap pada waktu malam
   # boleh dikurangkan dengan ambil makanan alas perut atau ubat
   # sakit datang dan pergi dalam masa beberapa hari atau minggu

> muntah darah (merah kehitaman)
> darah pekat dalam najis atau najis hitam
> rasa mual atau muntah-muntah
> hilang berat badan tanpa punca
> sakit dada

jika anda mengalami salah satu atau semua simptom di atas, anda disarankan segera berjumpa dengan doktor untuk diagnosis tanda-tanda tersebut..

Punca-punca terjadinya ulser peptik

= jangkitan bakteria Helicobacter Pylori - tinggal dan bercambah dalam lapisan mukus yang menyeliputi dan lindungi tisu di dalam perut dan usus kecil. Menyebabkan radang dan hakis tisu-tisu pencernaan yang menyebabkan ulser

= ubat tahan sakit - ubat anti radang bukan steroid (NSAIDs). Menyebabkan rengsa pada lapisan dalam perut atau usus kecil

= merokok - mengandungi nikotin yang boleh tingkatkan tahap kepekatan asid dalam perut dan melambatkan proses pemulihan ulser

= pengambilan alkohol berlebihan - boleh menghakis lapisan mukus dalam perut dan tingkatkan jumlah asid dalam perut

= stress - menambahkan asid dan melambatkan proses pencernaan

Tips penjagaan kesihatan yang disarankan bagi mengelakkan terjadinya ulser peptik atau mempercepatkan penyembuhan ulser ini antaranya adalah ::

> jaga pemakanan dan kawal stress supaya proses pencernaan tiada gangguan

> berhenti merokok, tidak mengambil alkohol, elak ubatan NSAIDs dan kawal refluks asid - elak makan makanan pedas dan berlemak

> elakkan berbaring sejurus selepas makan. Boleh baring selepas 3 jam.

> tinggikan bahagian kepala semasa tidur atau baring

> jika alami masalah berat badan, amalkan diet yang seimbang bagi mengurangkan berat badan secara ideal


Antara suplimen shaklee yang dicadangkan bagi mengatasi masalah ulser ini..

+ vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

+ ESP - penting dalam pemulihan (elakkan pengambilan susu)

+ alfalfa complex - mengurangkan keasidan dan inflamasi

+ peppermint ginger - membantu pencernaan dengan merangsang pengaliran cecair pencernaan semulajadi

+ omega guard - menghalang saluran perut dan usus dari ulser

+ zink complex - menggalakkan pemulihan segera

+ carotomax - memelihara membran mukosa perut dan usus



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri 

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, August 28, 2014

Ketidaksuburan Lelaki :: Punca, Langkah Pencegahan dan Produk Shaklee

Ketidaksuburan adalah ketidakbolehan seorang wanita mengandung atau pada seorang lelaki untuk memulakan penghamilan dalam tempoh setahun.

Ketidaksuburan ini bukan hanya faktor wanita tetapi melibatkan lelaki juga. Lebih daripada 60% melibatkan faktor lelaki. 40% berpunca daripada lelaki sahaja manakala 20% berpunca daripada lelaki dan wanita.

Tanda-tanda ketidaksuburan pada lelaki

  • Kebanyakan lelaki mandul tidak menunjukkan apa-apa tanda yang jelas
  • Gangguan hormon seperti perubahan suara, pertumbuhan rambut yang ketara, pembesaran buah dada, menghadapi kesukaran fungsi seksual
Punca-punca ketidaksuburan pada lelaki
  • Kesukaran ereksi atau ejakulasi - kebanyakan pasangan yang tidak subur mempunyai hubungkait dengan faktor hubungan kelamin seperti gagal kekalkan ketegangan zakar, pancutan air mani pramatang, pancutan air mani dalam jumlah yang kurang atau kearah belakang dan kerap melancap
  • Air mani tidak normal - air mani terlalu tebal mengakibatkan sperma sukar bergerak
  • Varikosele - pembuluh darah kembang dan bergumpal di dalam skrotum. Lebihan darah bertakung dalam skrotum beri kesan negatif kepada pengeluaran sperma
  • Kriptokidisme - situasi dimana buah zakar gagal menurun ke dalam kantung. Boleh menjadi kanser buah zakar
  • Penyakit semulajadi - penyakit yang berkaitan dengan ketidaksuburan adalah sindrom klinefelters iaitu buah zakar yang amat kecil dan tak mampu keluarkan benih. Penyakit yang menyekat saluran dan kantung air mani dan saluran kencing seperti hipospadias dan epispadias
  • Jangkitan buah zakar dan saluran air mani boleh menyekat perjalanan benih daripada buah zakar ke karung air mani seperti beguk, tibi, penyakit alat kelamin, gonorea dan silfis
  • Ubat-ubatan tertentu menjejaskan penghasilan sperma serta fungsi dan menyebabkan disfungsi ejakulasi
Langkah mencegah ketidaksuburan pada lelaki
  • Memakai seluar dan seluar dalam yang longgar
  • Rendam buah zakar dalam air sejuk selama 10 minit selepas pulang kerja
  • Lakukan hubungan kelamin pada waktu isteri subur
  • Berhenti merokok
  • Elakkan menggunakan pelincir faraj kerana boleh menyebabkan keracunan sperma
  • Bersenam boleh meningkatkan tahap testosteron yang membantu peningkatan penghasilan sperma
  • Menghindarkan suhu terlalu panas. Suhu panas boleh jejaskan pengeluaran sperma
  • Makan makanan berzat dan seimbang seperti vitamin
Produk-produk shaklee yang membantu atasi masalah ketidaksuburan lelaki
  • Vivix - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • Vita E - antioksidan yang kuat membersihkan radikal bebas yang merosakkan sel dan melindungi sperma
  • Zink complex - untuk pertumbuhan organ reproduksi, tingkatkan penghasilan testosteron dan tinggikan jumlah sperma
  • Vita C - meningkatkan motiliti sperma, menghalang sperma daripada bergumpal
  • ESP - mempertingkatkan motiliti sperma dan tinggikan jumlah sperma
  • Vita-lea - mengimbangi nutrien
  • B- complex - Anti stress, untuk sistem reproduktif yang sihat
  • Coq health




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com. Pages : https://www.facebook.com/bondaseri "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, August 19, 2014

Tips Mudah Bersalin:Testimonial Set Berpantang Shaklee

Bagi ibu-ibu yang sedang hamil pasti berasa sedikit gementar apabila memikirkan masa bersalin semakin hampir. Tidak kiralah sama ada anak sulung mahupun anak seterusnya pasti ada sedikit rasa cemas saat menanti masa untuk singgah di bilik bersalin.

Sakit bersalin merupakan fitrah bg wanita yang hamil. Tiada siapa yang tahu dan mampu menanggungnya kecuali wanita. Sekuat manapun lelaki tetap tidak mampu menahan sakit bersalin kerana Allah menjadikan wanita ini istimewa. Luarannya lemah namun dalamannya sangat kuat.

Di sini saya kongsikan petua untuk mudah bersalin yang peroleh. Anda boleh cuba. Dengan izin-Nya anda akan diberi kemudahan. Insha-Allah..

Tips Mudah Bersalin

  • Menimba ilmu pengetahuan
Sertai kelas antenatal yang dianjurkan di klinik kesihatan kerajaan. Kongsi pengalaman bersalin rakan-rakan agar tidak panik apabila masa anda telah tiba. Belajar teknik2 pernafasan dan cara meneran dengan betul. 
  • Persediaan mental dan rohani
Mesti yakin kepada diri dan sentiasa positif. Sentiasa berdoa kepada Allah agar dimudah proses melahirkan anak.
  • Persediaan fizikal
Sentiasa melakukan senaman dan diet yang seimbang semasa hamil. Hamil bukan alasan untuk tidak melakukan senaman. Otot yang sihat dan mantap membantu memudahkan proses bersalin. Elakkan daripada dijangkiti penyakit.
  • Menenangkan diri
Cuba bertenang dengan amalkan zikir dan selawat. Minta maaf pada suami dan ibu bapa. Lakukan teknik pernafasan yang betul bagi mengurangkan sakit
  • Alas perut
Makan sesuatu yang memberi tenaga sebelum masuk ke bilik bersalin. Tenaga diperlukan semasa bersalin. Kekurangan tenaga akan melambatkan proses bersalin
  • Minyak kelapa dara
Membantu semasa proses bersalin. Sebagai antiviral yang boleh elakkan jangkitan. Boleh disapu pada bahagian perineum sepanjang kehamilan bagi mengelakkan koyakan semasa bersalin
  • Telur ayam kampung
Memberi tenaga semasa meneran. Makan telur ayam kampung mentah bersama air milo setelah keluar tanda bersalin. Juga amalkan makan telur ini separuh masak semasa hamil.
  • Bendi
Terdiri daripada 90% air dan kaya dengan kalsium. Memudahkan bersalin dan dapat mencegah sembelit, buasir, jaundis.
  • Kurma dan air zam zam
Memberi tenaga segera, penghilang dahaga, memudahkan bersalin dan mengurangkan pengaliran darah semasa bersalin
  • Minum air hujung rambut tiap kali lepas mandi
Selamat mencuba....

Selepas bersalin, wanita akan mengalami fasa berpantang pula.. semasa hamil banyak perubahan yang berlaku kepada tubuh badan. Semasa berpantang banyak yang perlu diperbaiki..anda juga memerlukan nutrisi yang cukup untuk kesihatan anda dan bayi baru anda..

Jom cuba Set Berpantang Shaklee.. Antara kelebihan set berpantang adalah:
  • Boleh diambil seawal hari pertama kelahiran
  • Tiada masalah jika anak anda jaundis
  • Sesuai untuk bersalin normal dan secara pembedahan
  • Memberi tenaga sepanjang tempoh berpantang
  • Luka bersalin cepat sembuh
  • Mengatasi rambut gugur selepas bersalin


Set berpantang shaklee terdiri daripada::

  • Set asas
#Vita-lea- mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral. Membantu menambah darah.

#B-Complex - bertindak sebagai anti stress. Mengelakkan kemurungan (meroyan). Menstabilkan hormon

#SR vita-C plus - membantu dalam proses penyembuhan luka. Membantu pembentukan kolagen dan membaiki tisu yang rosak semasa hamil dan bersalin

#Zink Complex - mempercepatkan penyembuhan luka dalaman (rahim). Mengurangkan rambut gugur yang biasa dialami wanita lepas bersalin

  • Set lengkap
#Set asas
#Ostematrix - sumber kalsium dan magnesium. Mengatasi sakit belakang. Membantu sistem pelawasan dan elakkan sembelit. Mengelakkan susu merudum semasa period.

#Esp - membantu memberi tenaga. Melancarkan penghasilan susu. Mengawal paras kolestrol. Kenyang lebih lama. Membantu mencantikkan kulit.

Set berpantang/bersalin shaklee


Testimonial Pengguna Set Berpantang/Bersalin Shaklee


Pengguna yang berpuas hati selepas menggunakan set berpantang shaklee. Berkesan kepada diri pengguna sendiri...



Set berpantang shaklee bukan hanya beri kesan pada ibu malahan pada bayi juga.. susu meriah dan bby gembira dan berat bby naik..


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, August 5, 2014

Set Kesuburan Shaklee :: Tips cepat hamil

Anda baru berkahwin dan ingin segera hamil?

Atau
 
Anda sudah lama berkahwin tapi masih tiada zuriat?
Mungkin masih belum ada rezeki daripada Allah..namun kita tidak seharusnya hanya berserah tanpa usaha..disamping doa dan beriktiar kita juga boleh mencuba suplimen2 yang boleh membantu menambah kesuburan diri dan sebagai persediaan apabila hamil kelak..

Berikut saya kongsikan beberapa tips mudah hamil bagi pasangan-pasangan yang belum mempunyai zuriat atau yang ingin menambah lg zuriat..

  1. Sekiranya anda berbadan gempal cuba kurangkan berat badan anda dan sekiranya anda mempunyai berat badan yang kurang anda harus menambah berat badan anda.. berat badan juga memainkan peranan yang penting dalam proses kehamilan..jadi cuba dapatkan berat badan yang ideal untuk tubuh anda
  2. Lakukan hubungan dalam waktu subur andadan kerapkan berhubungan
  3. Tingkatkan kesuburan suami dan isteri. anda boleh mengambil multivitamin untuk meningkatkan kesuburan
  4. Lakukan senaman secara rutin untuk mengelakkan tekanan dan sebagai persediaan untuk anda hamil
  5. Pengambilan makanan yang seimbang seperti dalam piramid makanan..cuba kawal diet harian anda. jangan merokok, mengambil dadah dan minuman keras kerana ia akan mengganggu kesuburan badan anda. Pantau pengambilan ubat-ubatan anda agar tidak menjejaskan tahap kesihatan kesuburan anda sekaligus boleh menyebabkan anda sukar untuk hamil
  6. Mengelakkan diri daripada tekanan. Jika anda berasa tertekan, jangan biarkan diri anda terus hanyut dalam tekanan tersebut kerana ia boleh menyebabkan ketidaksuburan.. Anda boleh rehat dan tenangkan diri dengan melakukan aktiviti yang anda sukai seperti ::
    • membaca dan mendengar muzik
    • memasak
    • memanjakan diri di spa
    • berbual mesra dengan suami
    • bersosial dengan rakan dan keluarga
    • melakukan senaman yang anda gemar
  7. Akhirnya jika anda masih tidak hamil lagi, pergilah berjumpa dengan doktor anda untuk melakukan pemeriksaan tahap kesuburan suami isteri. kedua-duanya juga perlu diperiksa kerana bukan hanya isteri sahaja yang perlu subur untuk mendapatkan zuriat..

Cadangan pengambilan vitamin-vitamin bagi meningkatkan kesuburan dan mempercepatkan anda hamil..jom baca---------->>

Jom kita tengok set kesuburan Shaklee::


#suami
   
  • Zink Complex
    • Bantu pembentukan hormon testosteron
    • Bantu pembentukan sel sperma yang sihat dan sempurna
    • Beri tenaga kepada sperma untuk sampai ke ovum
   
  • Vita-E Complex
    • Bantu suburkan sel reproduksi lelaki
    • Tingkatkan tahap kesuburan

#isteri

  • GLA Complex
    • Membetulkan hormon wanita
    • Mengecutkan cyst
    • Membantu merawat masalah kewanitaan
    • Menyihatkan rahim sebagai persediaan untuk hamil
  
  • B-Complex
    • Asid folik dan biotin penting untuk persediaan hamil
    • Membantu elakkan tekanan perasaan
    • Memberi tenaga kepada tubuh badan




set di atas ini hanya cadangan sahaja.. anda boleh pilih mengikut bajet anda..boleh ditambah dan boleh juga dikurangkan mengikut kesesuaian anda... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...