Sunday, November 30, 2014

Resepi Puding Roti Sedap

Resepi Puding Roti Sedap


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Selamat berhujung minggu dan habiskan masa dengan keluarga dan anak-anak bagi yang dah berkeluarga..Saya dalam kereta ni..bawak mak mertua jalan-jalan...Kate cuti kan..Tak duduk kat rumah la..Hehe..

Oh..Hari ni nak share dengan korang satu resepi.. Boleh buat sarapan ke minum petang ke makan bila-bila pun boleh...Ringkas dan sedap... Anak-anak mesti suka..

Jom kita tengok apa bahan-bahan dan cara buat puding roti sedap ni...

Bahan-Bahan Yang Diperlukan


> 4 keping roti sandwich di dadu kecil
> 2 cawan susu segar rendah lemak
> 3 sudu besar gula perang
> 1 sudu besar vanilla
> 2 biji telur
> 1 keping cheese dipotong kecil
> 2 sudu besar chocolate chip
> mangkuk atau cawan tahan panas


Cara-Cara Penyediaan Puding Roti


1. Susunkan ½  cawan roti yang didadu kecil tadi dalam cawan dan taburkan sedikit chocolate chips dan ketepikan dahulu..

2. Campurkan telur dan gula perang dan kisar sehingga sebati.

3. Masukkan vanilla dan susu segar dalam adunan yang sama dan kisar sehingga sebati.

4. Tuangkan campuran tadi ke dalam cawan roti tadi dan masukkan ½ lagi roti tadi. Kemudian tuang campuran tadi sehingga penuh cawan.

5. Taburkan dengan coklat chip dan keju yang telah dipotong atau diparut

6. Susun cawan dalam dulang dan tuang sedikit air panas ke dalam dulang tersebut.

7. Bakar selama 20-25 minit dengan suhu 180°- 190°..

** Puding ni sedap di makan panas-panas...Manis boleh ikut citarasa sendiri..Boleh gantikan gula perang dengan gula halus...

Selamat mencuba....

# jom order shaklee..Whatsapp nombor kat bawah ni ye..Promo november last hari ni ye...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...