Saturday, November 15, 2014

Petua Mudah Kecantikan dan Kesihatan

Petua Mudah Kecantikan dan Kesihatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Hari ni nak kongsi dengan korang semua beberapa petua kecantikan dan kesihatan yang mudah dan ringkas. Tak perlu nak berbelanja besar untuk ke salon ke spa ke..Buat di rumah pun boleh...Jimat masa juga..

Mari kita lihat beberapa petua di bawah.

1. Elak Rambut Gugur

- Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bungaan wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Bukan sahaja masalah tersebut dapat di atasi tetapi rambut akan berbau harum.

2. Kurus Tanpa Berbelanja Besar

Bagi anda yang berhadapan dengan masalah berat badan, jangan putus asa untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing. Tanpa kos yang besar, anda hanya perlukan kapur sireh yang dicampurkan dengan limau nipis dan ragi. Gaul sebati dan sapukan pada bahagian tubuh seperti perut, paha, betis atau lengan. Amalkan sekerap mungkin

Selain sapuan, ada juga untuk minuman. parutkan dua batang lobak merah dan sebatang timun. Perah airnya dan campur dengan sebiji limau nipis. Bancuh sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

3. Ubati Gastrik

Untuk anda yang sering diserang gastrik, dapatkan seketul kunyit hidup. Bersih dan kisarkan. Campurkan sedikit air masak. Tapis dan ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan sebiji kuning telur. Minum campuran ini apabila anda mula berasa sakit diserang gastrik. Pasti akan memberi kelegaan.

4. Nenas Cantikkan Siku

Tanpa penjagaan yang rapi, siku dan lutut akan kelihatan kehitaman. Untuk menjadikannya cantik, parut buah nenas dan sapukan pada dua bahagian tersebut. Gosokkan perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air suam. Keringkan dengan tuala bersih dan sapukan dengan minyak bayi

5. Atasi Jeragat

risau sebab ada jeragat degil di muka? Atasi dengan sediakan 2 inci daun betik muda, segenggam beras, 1 inci kulit kayu manis dan air. Rendam beras semalaman. Kisar beras bersama daun betik dan kulit kayu manis. Sapu dan gosok perlahan pada seluruh wajah. Biarkan kering sehingga 20 minit sebelum dibilas dengan air suam

6. Pisang Jauhi Sembelit

jika anda mengalami sembelit, ambil dua biji pisang lemak manis yang telah masak. Buang kulitnya dan kisar pisang bersama segelas air. Amalkan meminum air pisang dua kali sehari

Selain air pisang, anda juga boleh minum air kopi pahit yang dicampurkan dengan sedikit garam. Minum pada waktu malam dan pagi.

7. Menghitamkan Alis Mata

Alis mata yang hitam menambahkan seri wajah. Untuk mendapatkan alis mata sedemikian, bakar 10 biji cengkih yang telah kering dan tua sehingga menjadi arang. Kemudian tumbuk hingga halus. Tuangkan ke dalam botol yang telah diisikan dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya bercampur rata, sapu kan pada kedua-dua alis mata dengan hujung jari secara merata tetapi tipis sahaja. Lakukan sehingga 2 minggu berturut-turut.

8. Mengkudu Atasi Kelemumur

Jika anda menghadapi masalah kelemumur, ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Sapukan pada kepala sambil gosok-gosok. Amalkan dua kali seminggu sebelum mandi.

9. Cili Hijau Sembuhkan Gusi Bengkak

mengalami gusi yang bengkak akan buat anda berasa tidak selesa. Ambil sebiji cili hijau dan bakar sehingga panas. Sapukan pada gusi yang bengkak beberapa kali. Pasti gusi akan cepat sembuh

Selamat mencuba..Semoga bermanfaat

sumber:mingguan wanita 2013

================================
PROMOSI NOVEMBER 2014
BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD
BUY TWINPACK LESS 5% DISCOUNT
================================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...