Showing posts with label set penyusuan. Show all posts
Showing posts with label set penyusuan. Show all posts

Thursday, November 27, 2014

Tips Elak Anak-Anak Kerap Bergaduh Kerana Berebut Susu Ibu

Tips Elak Anak-Anak Kerap Bergaduh Kerana Berebut Susu Ibu | Anak Kembar dan Tandem Nursing


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Ada tak korang-korang yang baca entry ni ada anak kembar? Takpun saudara kembar? Tak pun ada anak saudara kembar? Haa...Bestkan kalau dapat anak kembar...Saya pun teringin juga nak anak kembar ni..Sekali bersalin terus dapat dua atau tiga orang anak kan.....Tapi cabarannya pun mesti besar juga kan..Terutama dalam bab penyusuan...Saya ni pun anak baru 2 orang pun dah tak menang tangan kalau kembar taktau lah macam mana...Allah tau setakat mana kemampuan kita kan..

Sama juga bagi ibu yang lakukan tandem nursing..Iaitu menyusukan anak sekaligus..Banyak kelebihan tandem nursing ni..Terutama dalam membantu meningkatkan penghasilan susu ibu...Saya pun tandem nursing juga..Kakak umur 2 tahun 8 bulan dan adik pula 8 bulan...Kalau menyusu mesti sekaligus sebabnya kalau kakak tengok adik menyusu mesti dia pun nak...Kekadang tu siap berebut-rebut nak susu..Siap kakak cakap lagi 'yang sebelah ni keysha punya, yang sebelah ni adeena punya'..Anak...Anak...

Kat sini saya nak kongsi sikit tips supaya anak tak gaduh-gaduh atau berebut susu ibu khas untuk ibu yang ada anak kembar dan tandem nursing..

Tips Penyusuan Anak Kembar dan Tandem Nursing


Antara tips yang boleh membantu elak anak berebut susu adalah seperti berikut :

> Buat jadual menyusu

- waktu penyusuan bergantung kepada ibu dan anak itu sendiri. Jika anda selesa menyusukan kedua-dua anak secara serentak mulakan dari awal supaya mereka biasa dengan waktu penyusuan yang sama. Jika mereka dah biasa dengan masa penyusuan yang sama mereka tidak akan berebut untuk menyusu sebaliknya mereka akan belajar untuk berkongsi..Macam anak saya dia selalu kata 'bonda kongsi dengan keysha ye..'lagipun bila menyusu pada masa yang sama akan jimatkan masa ibu sebab tak perlu nak gilirkan penyusuan antara anak pertama dan kedua...

> Pilih posisi yang selesa

Pemilihan posisi menyusu sangat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Posisi yang selesa membantu ibu menyusukan bayi dengan tenang dan bayi juga akan berasa tenang. Jika anak juga berasa tenang mereka akan menghabiskan penyusuan sehingga mereka kenyang. Tapi kalau sorang anak selesa sorang lagi tak mesti mereka akan berebut nak tempat yang selesa kan...Jadi ibu perlu pastikan posisi penyusuan adalah selesa untuk ibu dan kedua-dua anak..Macam saya selalu menyusu sambil baring..Sebelah nampak tv dan sebelah tak nampak..Jadi kakak selalu bergaduh berebut tempat dengan adik sebab nak nampak tv..Jadi bila saya alih kedudukan supaya dua-dua boleh nampak tv baru senyap dan menyusu sampai kenyang...Boleh juga gunakan bantuan bantal penyusuan jika perlu

> Selang seli posisi

Jangan biarkan anak anda menyusu pada satu payudara yang sama untuk setiap sesi penyusuan. Contohnya kalau mula menyusu kakak menyusu sebelah kanan dan adik sebelah kiri, untuk sesi seterusnya tukar pula kakak sebelah kiri dan adik pula sebelah kanan.biarkan mereka biasa dengan kedua-dua belah payudara anda..

> Berkongsi pengalaman

Cari maklumat, info atau pengalaman daripada ibu-ibu yang pernah menyusukan kembar dan tandem nursing. Dapatkan ilmu baru dan tanya apa yang anda tidak faham atau masalah berkaitan. Banyak info berkaitan penyusuan ini dalam internet. Anda juga boleh mendapatkan khidmat konsultasi dengan pakar laktasi di klinik atau hospital.


Ok lah...Ini sahajalah perkongsian saya untuk hari ni..Harapnya dapatlah membantu korang tak banyak pun sedikt pun ok....Yang paling penting mesti ada ilmu...Tapi ilmu tu perlu dicari dan ditambah setiap hari...Baru lah ada improvement..KaN..Kan...

* kalau nak suplimen bantu tambahkan susu ibu pun ada...Boleh baca kat sini ye....

Semoga bermanfaat ye...


=====================================
** PROMOSI NOVEMBER 2014 **
* BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD *
* BUY TWINPACK LESS 5% DISCOUNT *
=========================================================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, November 6, 2014

Bolehkah Ibu Menyusukan Anak G6PD Ambil Supplimen Shaklee | Set Penyusuan

Bolehkah Ibu Menyusukan Anak G6PD Ambil Supplimen Shaklee | Set Penyusuan

 

Anda ibu yang sedang menyusukan bayi? bayi anda disahkan G6PD? Nak banyakkan dan pekatkan susu badan?Nak cari suplimen yang selamat dan sesuai untuk anda dan bayi yang sedang anda susui?

Banyak betul soalannya..anda berada di tempat yang betul. Di sini ada suplimen yang sesuai untuk anda. nanti saya akan terangkan kepada anda.. sebelum tu mari kita kenali apa itu G6PD..

G6PD merupakan sejenis enzim yang terdapat dalam sel darah merah iaitu Glucose-6- Phosphate Dehydrogenase. enzim ini berperanan dalam mengekalkan kestabilan sel darah merah, melindungi sel daripada pecah dan penting dalam proses oksidasi. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, makanan atau ubat-ubatan tertentu.

G6PD bukan sejenis penyakit atau jangkitan. Selalunya dialami oleh bayi lelaki. ia tidaklah bahaya tetapi boleh berlaku komplikasi jika terdedah kepada ubatan dan makanan yang boleh menyebabkan berlakunya proses hemolisis dalam darah.


Perkara Yang Perlu Dielakkan Oleh Anak Dan Ibu Yang Menyusui Anak G6PD

Ibu perlu mengambil perhatian terhadap perkara-perkara yang boleh membahayakan anak. Ibu yang menyusui anak G6PD juga perlu mengelakkan perkara-perkara ini kerana apa yang kita makan akan disalurkan kepada anak melalui susu yang diminum oleh bayi anda.

Antara perkara yang perlu dielak adalah :
  • Ubat malaria
  • Aspirin
  • Ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs)
  • Ubat gegat
  • Ubat nyamuk
  • Kacang parang
  • Ubat tradisional, jamu, ubatan cina

Jika termakan atau terdedah kepada perkara di atas, tidak akan membawa maut tetapi akan berlaku komplikasi kepada bayi dan proses pemindahan darah terpaksa dijalankan. Kesan kepada bayi jika berlaku komplikasi adalah :
  • Kuning bayi tinggi
  • Air kencing berdarah atau seperti teh pekat
  • Demam dan wajah pucat

Set Penyusuan Untuk Ibu Menyusui Bayi G6PD

Seorang rakan saya merupakan penghidap G6PD, saya pernah syorkan dia vitamin shaklee tapi dia menolak sebab dia ada G6PD. Dia tak ambil apa-apa suplimen sebab tak mahu ambil risiko katanya..

Suplimen Shaklee adalah selamat dan boleh diambil oleh pesakit G6PD ataupun ibu yang menyusui anak G6PD. Ini kerana shaklee merupakan vitamin asas yang diperlukan oleh semua sebagai pelengkap kepada pemakanan harian.

Terdapat juga suplimen shaklee yang tidak disarankan kepada penghidap G6PD dan ibu menyusui anak G6PD iaitu vitamin berasaskan herba seperti alfalfa dan berasaskan soya seperti ESP.

Bagi anda yang mempunyai masalah begini set penyusuan yang sesuai dengan anda adalah set penyusuan yang terdiri daripada vitamin yang basic sahaja iaitu Vitalea, B-Complex, SR Vita-C plus dan Ostematrix


Set Penyusuan Shaklee

set penyusuan shaklee sesuai untuk ibu yang punyai masalah kurang susu badan


1. Vitalea- lengkap dengan zat besi
- tingkatkan fungsi pencernaan dan naikkan selera makan
- bantu tingkatkan ketahanan mental dan daya tahan penyakit
- penting untuk perkembangan tubuh dan sistem reproduktif

2. B-Complex
- membantu kurangkan tekanan dan bertindak sebagai anti-stress
- memberi tenaga dengan menukarkan makanan kepada tenaga
- membantu menstabilkan urat saraf

3. SR Vita-C
- sebagai milk booster dan membantu menambah pengeluaran susu badan
- sumber kalsium penting untuk ibu dan bayi
- mengurangkan kelesuan, penat dan sakit-sakit badan

4. Ostematrik
- pembentukan kolagen yang penting untuk kulit
- anti-oksidan dan menyihatkan gusi
- membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka
- tingkatkan sistem imun tubuh

Jadi anda tak perlu risau lagi. set ini sesuai untuk anda yang mengalami penurunan kuantiti susu badan dan ada anak G6PD.

Kalau anda tiada masalah di atas boleh la ambil set penyusuan lain..set penyusuan asas, set milkbooster, set penyusuan lengkap



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri


Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Sunday, October 19, 2014

Set Penyusuan Shaklee Membantu Banyakkan Susu Badan


Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan|Tips Banyakkan Susu Ibu

Anda sedang menyusukan anak? Runsing susu makin kurang? Jangan risau..Jangan stress sangat sebab stress juga boleh mengurangkan penghasilan susu badan..

Anda perlu kekal positif dan yakin dengan diri yang anda mampu susukan anak dan susu mencukupi..Saya juga menyusukan anak..Alhamdulillah dah 2 thn 7 bln menyusukan anak sulung dan 7 bulan menyusukan anak kedua...

Mari saya kongsikan tips banyakkan susu badan.

Tips Banyakkan Susu Badan


  • Kerapkan menyusu bayi
Kerapkan penyusuan kepada bayi anda sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Jika bayi tidur lama kejutkan bayi untuk menyusu. Penyusuan secara direct penting untuk memberi ransangan kepada payudara untuk menghasilkan susu

  • Jangan tunggu payudara penuh
Sentiasa yakin yang payudara anda sentiasa ada susu. Apabila bayi menyusu payudara akan menghasilkan susu dengan lebih banyak. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu yang terhasil. Jika tempoh penyusuan singkat antara satu-satu penyusuan susu yang terhasil lebih tinggi lemak yang dapat membantu meningkatkan berat badan bayi

  • Menyusu lebih lama
Biarkan bayi menyusu lebih lama pada sebelah payudara sehingga dia puas kemudian baru beri yang sebelah lagi. Supaya bayi mendapat hindmilk yang mampu meningkatkan kalori untuk tumbesaran bayi

  • Penyusuan dua kali
Selepas susukan bayi sendawakan bayi anda supaya lebih banyak lagi susu yang boleh masuk ke dalam perut bayi. Kemudian susukan semula. Cara ini boleh merangsang payudara untuk menghadilkan susu lebih banyak

  • Bogelkan bayi
Pakaikan pampers sahaja semasa menyusukan bayi anda. Rangsangan kulit ke kulit akan mengelakkan bayi anda terlena semasa menyusu

  • Fikir bayi fikir susu
Belailah bayi anda semasa menyusu kerana cara ini dapat meningkatkan penghasilan susu.

  • Urutan
Melakukan teknik urutan payudara yang betul dapat merangsang dan melancarkan penghasilan susu badan

  • Minum air
Ibu menyusu disarankan minum air kosong secukupnya. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau lebih lagi baik..

Set Penyusuan Basic Shaklee

Selain tips-tips kat atas ni, set shaklee juga boleh membantu memperbanyakkan susu ibu. Dengan ransangan yang ada daripada bayi dan secara pumping set penyusuan shaklee mampu menjadi penggalak pengeluaran susu badan.

Antara yang terkandung dalam set penyusuan basic shaklee adalah ::
  • Vitalea
Multivitamin lengkap untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu menyusu.
  • B-Complex
Meningkatkan penghasilan susu, meningkatkan fungsi otak serta mengurangkan stress. Memberi tenaga kepada ibu menyusu dan membantu tumbesaran bayi.
  • Vita-C
Meningkatkan pengeluaran susu ibu, Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi
  • Alfalfa
Menambah dan memekatkan susu ibu. Mengelakkan sembelit, alahan dan resdung

set menyusu shaklee tambah susu badan






DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, October 13, 2014

Set Penyusuan Shaklee :: Punca-punca Susu Badan Berkurangan

Setiap wanita yang telah melahirkan anak mesti nak menyusukan anak mereka dengan susu badan sebab susu badan ni banyak khasiat dan kebaikannya.

saya juga merupakan seorang ibu yang menyusukan dua orang anak...Memang kadang-kadang rasa risau..Yelah nak susukan 2 orang sekali gus..Cukup ke susu ni kan? Badan pun makin kerempeng je..

Tapi saya tetap tak putus asa..Tetap susukan anak walaupun orang kata anak saya kurus sbb tak cukup susu...Tapi Alhamdulillah anak-anak saya sangat jarang demam ataupun jatuh sakit...

Sekarang anak-anak saya dah berusia 2 tahun 7 bulan dan 7 bulan...Masih menyusu lg...Dan susu masih lagi cukup..

mari kita tengok apa punca yang mendorong susu badan semakin berkurang.

1. Konsep supply dan demand

- ramai ibu-ibu yang terlupa atau tidak faham dengan konsep ini. Pengeluaran susu bergantung kepada ransangan secara direct feeding ataupun pumping.
- apabila permintaan tinggi maka penghasilan pun akan meningkat.. Apabila tidak dirangsang penghasilan susu juga kurang.


2. Pengambilan air kosong yang tidak mencukupi.

- kita disarankan minum air mengikut nisbah 1 liter setiap 20-25kg berat badan ataupun seeloknya 3 liter.
- kalau orang biasa pun kene 3 liter sehari ibu menyusu lagi la kene lebih 3 liter kn.
- bagi melancarkan penghasilan susu perlu ada cukup bendalir dalam badan


3. Pengambilan diet yang seimbang

- diet yang seimbang sangat perlu bagi menghasilkan susu yang cukup nutrisi dan khasiat.
- kalau susu ada pun tapi kurang nutrisi tak syok jugakkn..Tapi klau makanan kita tak seimbang pun boleh jadi susu terhasil dah la kurang khasiat pun tkde...


4. Ibu itu sendiri

- kalau ibu sering keletihan ataupun stress ini boleh juga mengganggu penghasilan susu.
- kurang keyakinan kepada diri sendiri
- Gangguan emosi ini mengganggu penghasilan hormon prolaktin dan oksitosin iaitu hormon penghasilan susu dan hormon perangsang pengeluaran susu.


Set Penyusuan Shaklee

set penyusuan shaklee dapat membantu anda mengatasi masalah ini. Namun harus diingat makan set ini bukan susu terus jadi banyak..Tipu la kalau kata makan set ni je susu terus banyak..Itu dalam cerita kartun boleh la..

perlu ada rangsangan jugak tuk hasilkan susu. Perlu direct feeding dan pumping. Perlu guna konsep supply dan demand juga..Ikut aturan makan dengan betul dan konsisten.

Ada banyak set penyusuan dalam shaklee ni..Boleh ikut kesesuaian bajet anda.. Disini saya senaraikan set lengkap untuk penyusuan.


# Vitalea
- multivitamin pemberi tenaga dan vitamin kepada tubuh. Sesuai untuk mengelak daripada penat dan letih

# B-Complex
- baik untuk saraf dan peredaran darah dan mengatasi tekanan supaya tidak mengganggu penghasilan hormon.

# SR Vita-C
- bertindak sebagai antioksidan dan menguatkan sistem imun supaya susu yang dihasilkan mempunyai antibodi yang cukup untuk melindungi bayi

# Alfalfa Complex
- sebagai milk booster, membantu atasi sakit sendi kebanyakan ibu menyusu serta membuang toksin dan elakkan sembelit

# Ostematrix
- sumber kalsium lengkap dengan magnesium dan vitamin D. Baik untuk kesihatan tulang dan gigi. Mencegah ibu hilang kalsium akibat penyerapan kalsium oleh bayi melalui susu ibu

# Esp
- sumber protein non-gmo untuk pembinaan sel penting dalam penyusuan, membantu memekatkan susu yang terhasil.

Kalau nak tau set bajet boleh pm saya



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...