Saturday, November 1, 2014

Lemon | Saiz Kecil Tapi Besar Manfaatnya

Lemon | Saiz Kecil Tapi Besar Manfaatnya

Mesti semua kenal lemon tu bentuk macam mana kan... Buah yang kecil tapi manfaat yang besar untuk kesihatan seluruh badan kita.

Anda boleh amalkan minum jus lemon tiap-tiap pagi untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Kat bawah ni ada saya kongsikan manfaat jika kita minum jus lemon tiap-tiap pagi..

Manfaat Lemon Pada Kesihatan dan Kecantikan Diri


  • Menyokong dan meningkatkan sistem imunisasi
Lemon kaya dengan vitamin c dan kalium. Vitamin c mampu melawan selsema dan membantu tingkatkan antibodi serta meningkatkan kadar penyerapan vitamin lain yang berguna untuk badan. Kalium merangsang fungsi otak, mengawal tekanan darah dan merangsang fungsi saraf
  • Mengimbangkan pH badan
Lemon merupakan makanan yang bersifat sangat alkali. Lemon pada sifatnya bersifat asid macam yang kita belajar kt sekolah dulu tapi apabila masuk ke dalam badan kita,sifat keasidan limau berubah kepada alkali kerana asid sitrik tidak menunjukkan sifat asid apabila telah dimetabolismakan dalam badan. pH alkali dalam badan merupakan asas kepada tubuh badan yang sihat
  • Memperbaiki kulit
Antioksidan membantu melindungi kulit daripada radikal bebas. Melambatkan proses penuaan kulit. Membantu meningjatkan penghasilan kolagen bagi menganjalkan dan lindungi tisu kulit
  • Mengurangkan berat badan
Mengandungi pektin yang membantu hindari rasa lapar dan serat membantu anda berasa lebih kenyang. Jadi kalau kenyang anda akan memilih makanan dengan lebih bijak
  • Penghidratan
Membantu mengekalkan kandungan air dalam badan jika anda kurang minum air atau melakukan kerja berat atau ketika cuaca panas. Lemon akan meningkatkan penghasilan air dalam badan
  • Menyingkirkan toksin
Membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati. Merangsang sistem pencernaan dan membantu meningkatkan keupayaan tubuh dalam penyerapan nutrien

lemon membantu meningkatkan kesihatan kulit dan badan



Resepi Air Lemon


Perah hirisan lemon ke dalam cawan dan tuang air suam atau air sejuk. Kalau nak tambah madu lagi bagus.. Kalau nak tambah gula pun bole tapi sikit je la..

Semoga bermanfaat...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

 Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...