Wednesday, November 12, 2014

Makanan Membantu Tambah Kesegaran Semasa Hamil | Set Hamil Shaklee

Makanan Membantu Tambah Kesegaran Semasa Hamil | Set Hamil Shaklee

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Entry hari ini khas untuk ibu hamil. semoga ibu-ibu hamil kat luar tu dapat manfaat daripada perkongsian saya ini. Tak dapat banyak dapat sikit pun ok dah daripada tak dapat apa-apa..

Semasa hamil, kita akan berasa kerap lapar dan terasa ingin makan pelbagai jenis makanan. Namun pengambilan makanan semasa hamil perlu diawasi kandungannya kerana bahan yang berbahaya akan memberi kesan yang buruk kepada ibu hamil dan bayi dalam kandungan.

Ada makanan tertentu yang tidak digalakkan diambil semasa hamil. Elakkan mengambil makanan segera yang mengandungi pewarna dan perasa tambahan. Makanan jenis ini mengandungi zat yang sedikit. Memberi kesan yang buruk kepada anda dan bayi jika diambil dalam kuantiti yang berlebihan. Ibu hamil disarankan untuk mengelakkan daripada mengambil makanan jenis ini kerana boleh menyebabkan mual, pening dan sakit perut.

Terdapat makanan yang perlu diproses dengan cepat dan mengandungi gula dan lemak yang tinggi seperti makanan dan minuman berkalori tinggi dan rendah gizi. Kebanyakan ibu hamil apabila terasa lapar akan mengambil makanan jenis ini kerana agak mudah diperoleh. Makanan jenis ini tidak baik untuk ibu hamil kerana boleh mengakibatkan masalah berat badan berlebihan kepada ibu hamil dan juga bayi. Juga bahaya kepada ibu  hamil dengan diabetis. Antara contoh makanan jenis ini adalah minuman bersoda, kerepek kentang, bertih jagung dengan perasa mentega dan karemal.

Ibu hamil juga perlu elak ambil makanan yang tinggi garam. Garam perlu diambil secara seimbang. Tak boleh kurang dan tak boleh lebih. Perlu pilih makanan yang sesuai terutama jika makan di luar. Pengambilan garam dalam kadar yang tinggi boleh menyebabkan tekanan darah tinggi ketika hamil. Ini akan membahayakan ibu dan bayi jika tidak di kawal. Ibu hamil berisiko diserang sawan dan bengkak pada kaki, tangan dan bahagian tertentu pada badan akibat lebihan air.


Kebersihan makanan juga perlu dititikberatkan oleh ibu hamil. Makanan yang tidak bersih boleh menyebabkan keracunan. Sayuran dan buahan yang tidak bersih boleh menjadi toksin kepada ibu hamil. Pilih makanan yang terjamin kebersihannya. Makanan yang dijual dipinggir jalan kerap terdedah kepada debu dan lalat.

Makanan Yang Perlu Diambil Oleh Ibu Hamil


Ibu hamil perlu makan makanan yang berkhasiat dan seimbang bagi menjamin kesihatan badan mereka dan bayi dalam kandungan. Bayi menyerap nutrien yang di ambil oleh ibu dalam diet harian untuk perkembangan dan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Antara makanan yang perlu diambil oleh ibu hamil sepanjang kehamilan adalah :
  • Asid folik
- termasuk dalam vitamin B berfungsi untuk memproses perkembangan janin
- mencegah kecacatan janin seperti tulang belakang dan lumpuh
- terdapat dalam sayuran hijau seperti bayam, brokoli, asparagus, tempe, hati, cendawan dan pisang
  • Vitamin C
- membentuk kolagen pada kulit
- membantu dalam proses penyembuhan luka
- meningkatkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan kuman
- terdapat dalam buah segar seperti limau, kiwi, betik dan tomato juga dalam sayur segar seperti bayam dan brokoli
  • Vitamin D
- membantu menambah kalsium dan fosfur dalam tubuh
- membantu memperbaiki penyerapan kalsium
- membantu dalam sistem pencernaan
- menyeimbangkan mineral dalam badan
- boleh didapati dalam tuna, salmon, telur, susu penuh krim dan mentega
  • Vitamin B12
- berfungsi menjaga sel dalam badan supaya semua berfungsi secara normal terutama sel saluran pencernaan, sistem urat saraf dan sum-sum tulang belakang
- boleh didapati dalam tempe, kicap, hasil ternakan dan hasil tenusu


Set Kehamilan Asas Shaklee


Set kehamilan asas terdiri daripada :
  • Vita-lea (multivitamin)

- mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral dan dilengkapi dengan iron formula. Iron penting untuk ibu mengandung dan menyusukan anak. jika iron dalam badan ibu kurang, ibu akan terdedah kepada  anemia menyebabkan ibu mudah pitam, selalu berasa penat, Hb rendah dan muka kelihatan pucat dan lesu


  • B-Complex

- lengkap dengan semua vitamin B yang diperlukan oleh ibu hamil. mengandungi asid folik dan biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon. penting dalam pembentukan tengkorak anak dalam kandungan. juga penting untuk mengelakkan stress dan tekanan pada ibu hamil.


  • Sustained Release Vita-C

- satu tablet vitamin c shaklee bersamaan dengan 7.5 hidangan sebiji buah limau termasuk kulit. keperluan minimum vitamin c dalam badan kita adalah 500mg. setiap jam 1.5 vitamin c dibebaskan ke dalam badan kita sebab itu diberi nama sustained release. mampu meningkatkan keberkesanan vitamin c dalam tubuh, melegakan inflamasi, menentang infeksi bakteria dan radikal bebas


  • Ostematrix

- ostematrik merupakan sumber kalsium yang penting dalam pembentukan tulang dan gigi. tidak mengandungi lemak seperti susu yang terdapat dipasaran. kalsium penting untuk pembekuan darah yang sempurna, memperbaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, lenguh-lenguh kaki dan tangan terutama pada ibu hamil. Juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi


 
=====================
** Promosi Nov 2014 **
Buy 6 Free 1 Omega Guard
Buy TwinPack less 5% diskaun
=====================
DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...