Wednesday, November 5, 2014

Homemade Aiskrim Dan Aiskrim Goreng

Homemade Aiskrim Dan Aiskrim Goreng


Assalamualaikum dear...

Sekarang dah tak hujan sangat dh. Cuaca pun kadang-kadang panas terik juga.. Kalau dapat makan aiskrim time tu....Huh..Memang rase bahagia sangat...Hihi...

Oklah...Hari ni nak kongsi dengan semua resepi aiskrim..Mesti ramai yang dah tau kan. Bagi yang belum tau boleh la tengok kt bawah ni resepinya...

Resepi Homemade Aiskrim


Tak susah pun buat aiskrim ni..Bahan-bahan pun tak banyak. Yang penting memang sedap macam yang beli kat kedai.. Anak-anak pasti suka.

Bahan-bahan Homemade Aiskrim Vanilla Coklat

> 1 tin susu cair / 2 cawan susu segar
> ½ - 1 cawan susu pekat
> 2 sudu besar ovalette
> 2 penutup esen vanilla / serbuk koko


Cara-cara membuat Homemade aiskrim vanilla coklat

1. Campurkan semua bahan di atas kecuali serbuk koko menjadi satu adunan
2. Bahagikan adunan campuran tadi kepada 2. Satu bahagian tambahkan dengan serbuk koko.
3. Kisar bahan dengan blender atau mixer sehingga kembang dan sebati. Lebih kurang 35 minit kalau nak betul2 kembang.
4. Campurkan adunan tadi dan buat corak ikut suka.
5. Sejukkan dalam peti beku sekurang-kurangnya 5-7 jam..
6. Sedia untuk dimakan


Bahan-Bahan Homemade Aiskrim Oreo

1½ susu segar / susu penuh krim
½-1 cawan susu pekat
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus biskut oreo

Cara-cara penyediaan

1. Blendkan Susu penuh krim, susu pekat, ovalette dan asen vanilla sehingga kembang. Guna mixer lebih mudah dan cepat kembang.
2. Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas yang sesuai. Masukkan sebahagian biskut oreo yang telah dihancurkan tadi kemudian kacau adunan tersebut.
3. Biskut yang selebihnya tabur di atas adunan td..
4. Bekukan dalam freezer semalaman
5. Sedia untuk di makan.


Resepi Aiskrim Goreng


Teringin nak makan aiskrim goreng? Kalau beli tak puas makan. Mahal pulakkan..Buat macam-macam bentuk pun boleh.. Jom tengok macam mana nak buat aiskrim goreng.

Bahan-bahan untuk aiskrim goreng

> aiskrim
> roti putih biasa
> Sedikit tepung jagung

Cara penyediaan

1. Ambil roti putih yang biasa kita buat sandwich tu.. Nak lenyekkan boleh tak lenyek pun boleh. 
2. Letak aiskrim ditengah-tengah roti tadi.
3. Lapiskan lagi satu roti atas aiskrim tadi
4. Kalau nak buat bulat macam jual kat kedai tu boleh ambil cawan tekap pada roti.
5. Buang lebihan roti tadi. Jadilah bulat.
6. Untuk tak bg kelilingnya terbuka boleh letakkan bancuhan tepung jagung sikit.
7. Bekukan dalam freezer semalaman. 
8. Bila dah beku boleh la digoreng.
9. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan aiskrim. Kemudian terus angkat. Tak perlu goreng lama. Macam dalam iklan tu 8 saat je.

Itu sahaja...Selamat mencuba!!

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...