Monday, November 10, 2014

Air Tebu Berbisa Namun Mampu Kembalikan Kehilangan Tenaga

Air Tebu Berbisa Namun Mampu Kembalikan Kehilangan Tenaga


Assalamualaikum korang....

Mesti korang semu pernah minum air tebu kan...Sedap kan....Tapi orang awal kehamilan dan orang dalam pantang lepas bersalin tak boleh minum. Orang tua-tua kata bisa badan nanti..

Namun pengambilan air tebu secara terkawal dapat mencegah keburukan yang ada. Korang tau tak air tebu ni boleh digunakan untuk tujuan perubatan jugak..

Sejarah Dan Kegunaan Tebu


Tebu atau nama saintifik Saccharum officinarum termasuk dalam famili Graminae atau rumput-rumputan dan berkembang biak di kawasan beriklim udara sederhana sehingga panas.

Setiap jenis tebu memiliki ukuran batang serta warna yang berlainan. Tebu merupakan tumbuhan berbiji  tunggal. Batang pohon tebu terdiri daripada banyak ruas yang dibatasi oleh buku-buku tempat daun.

Tebu berasal dari New Guinea kemudian tersebar ke Asia dan Pasifik. Tujuan tebu ditanam adalah untuk dikunyah. Kulit dibuang, isi dalamnya dikunyah dan airnya disedut. Korang penah makan camni tak?saya pernah ye..

Penghasilan gula melalui proses pemanasan air tebu pertama kali dijumpai di India. Tebu adalah sumber gula yang diekstrak daripada batangnya yang berair. 70% sumber gula dunia dihasilkan daripada tebu.

Kebaikan dan Keistimewaan Air Tebu



Seperti yang kita tahu tebu mengandungi sukrosa, apa yang kita tak tahu air tebu juga mengandungi potasium, magnesium asid amino, vitamin B3 dan asid organik.

Di Malaysia kita hanya guna tebu sebagai gula, air tebu, perasa pada minuman. Namun di Afrika Selatan tebu digunakan dalam sistem perubatan tradisional. Tebu digunakan untuk merawat masalah kesihatan luaran dan dalaman.

Batang dan akar tebu digunakan dalam perubatan ayurveda untuk merawat jangkitan kulit dan saluran urinari, bronkitis, masalah jantung, susu badan kurang, batuk, anemia, sembelit, jaundis dan tekanan darah rendah.

Air tebu segar dicampur air halia kering mampu melegakan sedu. Tebu juga dapat membantu dalam proses penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun.

Antara keistimewaan air tebu yang lain adalah :

  • indeks glisemik rendah - tubuh cergas dan sihat
  • merawat dan mencegah selsema dan sakit tekak
  • tidak mempunyai gula ringkas
  • sumber tenaga yang baik - mengandungi glukosa yang disimpan sebagai glikogen dan dibakar oleh otot untuk tenaga
  • membersihkan saluran urinari dan memperbaiki fungsi buah pinggang
  • melindungi gigi daripada kerosakan gigi yang teruk akibat gula
Walaupun tebu banyak kebaikan, namun kita perlu kawal juga pengambilannya.. Jangan berlebihan ye..Benda yang baik pun kalau ambil secara berlebihan boleh datangkan mudarat. Perlu juga nasihat daripada doktor jika anda menghidapi apa-apa masalah...

Semoga bermanfaat...

** Promosi Nov 2014 **
Buy 6 free 1 Omega Guard
Twinpack less 5% diskaun

Jom dapatkan segera...Contact saya!!

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...