Thursday, July 2, 2015

Teknik Cepatkan Tempoh Kelahiran Bayi Secara Semulajadi

Teknik Cepatkan Tempoh Kelahiran Bayi Secara Semulajadi


Assalamualaikum....

Selamat berpuasa....hari ni nak share dengan korang semua teknik nak cepatkan kelahiran bayi... terjumpa pulak info ni dalam majalah pa & ma jadi nak share la dengan korang yang mungkin sedang menunggu hari nak bersalin... semoga dipemudahkan segala urusan...

Biasanya tempoh kelahiran anak pertama lagi lambat daripada anak seterusnya.. masa saya bersalin anak pertama dulu start kontraksi jam 2 pagi lebih kurang dan baby lahir jam 8.10 pagi... anak kedua pulak kontraksi mula dalam jam 11 malam dan baby lahir jam 4.37 pagi

Mari kita lihat teknik yang boleh kita amalkan untuk cepatkan proses kelahiran secara semulajadi

7 Teknik Cepatkan Tempoh Kelahiran Secara Semulajadi


1. Ubah posisi korang. Kalau sekarang korang tengah baring, korang perlu bangun. Lagi banyak korang bergerak kontraksi akan jadi lebih kuat dan sekaligus membantu mempercepatkan proses kelahiran

2. Kerap buang air kecil kerana pundi kencing yang penuh akan menghalang penurunan kepala bayi. Ini akan melambatkan proses kelahiran

3. Mandi dengan air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin. Cara ini dapat mengurangkan kesakitan dan kurangkan keperluan untuk mengambil ubat bagi percepatkan proses kelahiran

4. Jangan terlalu cemas. Bernafas dengan betul. Inilah masanya untuk korang aplikasikan teknik pernafasan yang korang belajar dalam kelas antenatal

5. Minta bantuan suami korang untuk mengurut bahagian belakang korang secara lembut

6. Jika korang tak larat untuk bangun dan berjalan, kerap ubah posisi baring di atas katil

7. Hayunkan punggung dan membongkok ke depan semasa kontraksi berlaku. Ini dapat membantu rahim menolak bayi supaya masuk ke salur peranakan dengan betul.

Semoga tips di atas bermanfaat untuk korang...selamat bersalin bagi wanita-wanita yang sedang menunggu hari...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi
Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri 

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...