Sunday, July 26, 2015

Kuih Tradisional Tak Lekang Dek Panas Tak Lapuk Deh Hujan

Kuih Tradisional Tak Lekang Dek Panas Tak Lapuk Deh Hujan | Resepi Ringkas Kuih Tradisional


Assalamualaikum...

Rasanya semua orang suka makan kuih tradisional kan... agak susah juga nak cari kuih-kuih tradisional sekarang ni..takut-takut nanti anak-anak cucu kita tak kenal kuih tradisional ni... saya ni,pun ada juga kuih tradisional yang saya tak tau dan tak pernah makan pun...

Jadinya hari ni saya nak share dengan korang resepi-resepi kuih tradisional... boleh la korang cuba dan kenalkan kepada anak cucu korang nanti...

Resepi Ringkas Kuih Tradisional

Ada beberapa resepi kuih-muih yang nak saya kongsikan hari ini.. antaranya adalah kuih koci ini memang kuih feveret saya la..makan banyak² pun takpe...hehehhe

Koci Pulut


Bahan:
 500g tepung pulut
½ cawan tepung gandum
Air secukupnya
Daun pisang

Bahan inti:
1 biji kelapa parut
20g gula merah
10g gula pasir
Sedikit air
Secubit garam

Cara membuat:
1. Satukan air, gula dan kelapa. masak hingga menjadi inti
2. Uli tepung menjadi doh dan bulat-bulatkan. Masukkan inti.. susun dalam dulang dan kukus sebentar bersama sedikit santan bercampur tepung beras
3. Apabila sudah masak barulah letak atas daun pisang dan kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak

Pengat Pisang


Bahan: 
10 biji pisang
200g gula melaka
150g gula pasir
2 cawan santan
2 cawan air
50g sagu
Sehelai daun pandan
Secubit garam

Cara membuat:
1. Masukkan air, sagu, santan, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk dan panaskan
2. Apabila sagu kembang, masukkan pisang..
3. Kacau dan tunggu hingga mendidih
4. Sedia untuk dihidangkan


Lepat Ubi Kayu


Bahan:
3 cawan ubi parut
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
Secubit garam

Cara membuat:
1. Satukan ubi parut, gula merah, gula pasir, kelapa dan garam
2. Gaul hingga sebati
3. Letakkan sesudu besar adunan atas daun pisang
4. Bungkus kemas
5. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak

Korang boleh la cuba ye...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

3 comments:

  1. Nyum2.. Kuih koci dgn lepat pisang mmg fav LM dgn ank2. Cuma LM biasanya bungkus terus kukus je .

    Sbb tu LM rajin meronda pasar2 tani carik kuih lama bg ank rasa. Kuih dangai tepunc gomak, bingka ubi smua tu dah jarang org jual.. Tu yg kena cari bg ank kenal kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...susah skrg nk carik org jual kuih2 cmni...kalau ada pun rasa tkde..hehehe

      Delete
    2. Betul tu...susah skrg nk carik org jual kuih2 cmni...kalau ada pun rasa tkde..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...