Wednesday, July 15, 2015

Pulang Ke Kampung Berhari Raya

Pulang Ke Kampung Berhari Raya


Assalamualaikum....

Hari ni kami dah selamat sampai ke destinasi percutian kami iaitu kampung halaman... kitorang sampai dalam pukul 3 petang gitu la...sampai je duduk-duduk kejap...beramah mesra dengan mertua dan kakak ipar lepas tu terus keluar beli baju raya sebab baju raya husband dengan anak-anak belum beli lagi...

Kitorang balik segamat dulu kampung husband, esok sampai raya pertama di kampung saya, serting..raya ke dua dan ke tiga kampung husband semula...raya keempat balik semula kampung saya kemudia ln terus balik ke dengkil...macam tragis je cerita ni... husband kata bosan la duduk lama-lama..mentang-mentang la tak berapa jauh segamat-serting..

Puas pusing-pusing cari baju raya sampai lenguh-lenguh kaki...macam-macam la tragedi yang berlaku..kitorang berbuka air je dalam kereta..lepas tu anak bole pulak tumpahkan coconut shake...huhuhu...teringin nak makan tapi mungkin bukan rezeki saya...nasib baik seat leather....kalau tak mesti angin tak sudah en husband...

Akhirnya dapat juga baju sorang sepasang...husband baju melayu hijau, keysha dan adeena jubah/peplum kanak² warna biru...bonda blouse dan kain kembang...sebab bonda dah ada baju kurung nenek buat..

Lepas tu terus pergi cari makan sebab belum makan lagi..masing-masing dah lapar.. anak2 alhamdulillah beransur sembuh..tinggal selsema dan batuk je teruk sikit...bonda pulak yang sedang dijangkiti sekarang ni...

Ok la...nak pergi test baju baru...daa....


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...