Tuesday, July 14, 2015

Ujian Allah Tak Pernah Pernah Sia-Sia Ada Hikmah Yang Pasti

Ujian Allah Tak Pernah Pernah Sia-Sia Ada Hikmah Yang Pasti | Puteri Sulung Masih Demam

Assalamualaikum...

Masih lagi tak dapat nak lelapkan mata...risau anak demam suhu sampai 40°c.. dari siang tadi taknak makan apa-apa langsung..mata kuyu je...asyik berbaring dan terlena..tak aktif langsung dia...normal ke kalau demam macam tu? Tak pernah lagi dia demam sampai macam ni sekali..

Semalam dah pergi klinik..cek darah semua...sel darah merah, darah putih, platlet semuanya ok...sedih rasanya bila kita panggil nama dia, dia sahut perlahan je sambil cuba bukak mata...berat sangat mata dia...bila tanya kenapa keysha tak main lari-lari macam selalu..dia kate dia penat, nak tidur...

ajak main kat luar taknak...ajak pergi masjid taknak..padahal itulah benda yang paling dia suka...dia kata taknak la..tak seronok.. doktor kata takda apa-apa..demam biasa je...semalam seharian dia tak senyum..tak gelak..merengek-rengek je kadang-kadang...

Tak dapat dibayangkan macammana kuatnya ibu yang anaknya diduga dengan penyakit² berbahaya...sungguhku tak berdaya...suami balik dari terawih terus tanya kenapa nangis? Saya jawab suhu keysha 40°c lagi...tapi bukan sebab suhu tu yang buat air mata ni mengalir...tp keadaan dia yang tak berdaya...

Nampak letih sangat dia...bila nak tidur selalu kata " keysha nak tidur kat tangan bonda"..dulu selalu marah dia sebab tangan lenguh...tapi sekarang bonda rela...asalkan keysha kuat dan cepat² sembuh ye nak...

Ya Allah...sembuhkan lah anakku seperti selalu...rindu gelak senyum celoteh dia...

Duhai anak...cepatlah sembuh ye...kuatkan semangat...bonda rindu celoteh keysha..

Ya Allah...baru aku terasa nikmatnya suasana anak yang aktif setelah engkau tarik balik nikmat itu Ya Allah.. Semoga anakku tidak hadapi apa-apa masalah yang besar...berikanlah anak-anakku, anak² rakan² ku, anak² jiranku, anak² saudaraku kesihatan yang baik serta perlindungan daripada sebarang penyakit...

Aamiin.....

Mohon juga jasa baik rakan²yang baca atau terbaca entry ini doakan kesihatan dan kesembuhan anak saya...terima kasih...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...