Saturday, November 15, 2014

Keguguran Jejas Emosi Si Ibu

Keguguran Jejas Emosi Si Ibu | Awal atau Lewat

Keguguran adalah kehilangan janin dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan kandungan berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan ia dipanggil keguguran awal dan jika kehilangan selepas tempoh itu dipanggil keguguran lewat.

Keadaan ini berlaku kerana ¾ telur yang disenyawakan akan gugur dalam hari-hari pertama kehamilan. Keguguran awal lebih kerap berlaku berbanding keguguran lewat , kira-kira 1 antara 5 kehamilan dan keguguran lewat kira-kira 1 dalam 100 kehamilan

Sebab-Sebab Berlakunya Keguguran


  • Jika keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku sebab janin tak berkembang seperti yang sepatutnya
  • Untuk membolehkan janin berkembang, jumlah kromosom normal perlulah tepat. 23 daripada kromosom ibu dan 23 daripada kromosom bapa. Janin tidak akan berkembang jika terdapat ketidaknormalan pada kromosom.
  • Keguguran lewat lebih kepada masalah kesihatan si ibu berbanding bayi.
  • wanita berumur lebih berisiko mempunyai bayi dengan kecacatan kromosom. Bagi ibu yang berusia 30 tahun, risiko mengalami keguguran adalah 1 antara 5 kehamilan manakala jika berumur 42 tahun, risikonya adalah 1 antara 2 kehamilan.
  • Faktor kesihatan diri. Individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti berat berlebihan, diabetis, tekanan darah tinggi dan masalah tiroid mempunyai risiko keguguran lebih tinggi.
  • Sindrom darah pekat atau Sindrom antifosfolipid menyebabkan pembekuan darah berlaku dalam salur darah juga penyebab kepada keguguran yang berulang
  • Risiko lebih tinggi untuk keguguran jika berlaku kecacatan pada uterus
  • Jangkitan semasa hamil menjadi punca keguguran lewat kehamilan seperti listeriosis dan toxoplasmosis, sifilis dan masalah yang menjejaskan hormon seperti polycystic ovaries
  • Gaya hidup yang tidak sihat dan pengambilan kafein yang terlalu tinggi


Tanda-Tanda Berlaku Keguguran


1. Kesakitan seakan-akan senggugut dan pendarahan yang banyak. Semasa awal kehamilan, anda boleh gugur tanpa anda ketahui kerana sangka anda datang haid namun ianya adalah keguguran.

2. Kantung kehamilan kosong, dimana embrio sepatutnya berada disitu

3. Tahap hormon kehamilan jatuh sehingga anda tidak begitu loya seperti sebelumnya atau payudara dah tak terlalu sakit. Namun simptom kehamilan ini akan hilang selepas minggu ke-12 atau ke-13 kehamilan

4. Tanda keguguran lewat adalah pendarahan yang banyak dan kadang kala air ketuban pecah. Mungkin disertai dengan kesakitan seperti bersalin. Keguguran yang disebabkan oleh servik yang lemah mungkin tidak menyakitkan.


Suplimen Membantu Pulihkan Badan Selepas Keguguran


1. B- Complex
- membantu melegakan ketegangan sistem saraf
- memberi ketenangan pada seluruh sistem badan
- mengelakkan stress ibu keguguran
- membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah
- mengandungi asid folik sebagai persediaan untuk kehamilan semula

2. Vita-Lea
- 23 mineral penting diperlukan oleh badan untuk pembaikan selepas keguguran.
- zat besi penting untuk penghasilan darah merah bagi menggantikan darah yang hilang akibat keguguran
- mengelak muka pucat dan tak bermaya

3. SR Vita-C
- Elemen penyembuhan luka dan pelekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuhan luka
- membaik pulih sel dan tisu yan rosak
- meningkatkan sistem imun badan

4. Zink Complex
- membantu dalam penyembuhan luka dalaman
- membaik pulih kerosakan tisu dalaman
- penggalak keinginan seksual 

5. ESP
- membabtu menguatkan rahim sebagai persediaan untuk kehamilan semula
- membantu dalam penyembuhan luka luaran dan dalaman
- membantu menambah tenaga

** keguguran lebih kurang sama macam bersalin jadi suplimen yang sesuai sama dengan dalam set bersalin...




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Petua Mudah Kecantikan dan Kesihatan

Petua Mudah Kecantikan dan Kesihatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang. Hari ni nak kongsi dengan korang semua beberapa petua kecantikan dan kesihatan yang mudah dan ringkas. Tak perlu nak berbelanja besar untuk ke salon ke spa ke..Buat di rumah pun boleh...Jimat masa juga..

Mari kita lihat beberapa petua di bawah.

1. Elak Rambut Gugur

- Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam sebuah bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bungaan wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Bukan sahaja masalah tersebut dapat di atasi tetapi rambut akan berbau harum.

2. Kurus Tanpa Berbelanja Besar

Bagi anda yang berhadapan dengan masalah berat badan, jangan putus asa untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing. Tanpa kos yang besar, anda hanya perlukan kapur sireh yang dicampurkan dengan limau nipis dan ragi. Gaul sebati dan sapukan pada bahagian tubuh seperti perut, paha, betis atau lengan. Amalkan sekerap mungkin

Selain sapuan, ada juga untuk minuman. parutkan dua batang lobak merah dan sebatang timun. Perah airnya dan campur dengan sebiji limau nipis. Bancuh sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

3. Ubati Gastrik

Untuk anda yang sering diserang gastrik, dapatkan seketul kunyit hidup. Bersih dan kisarkan. Campurkan sedikit air masak. Tapis dan ambil airnya. Masukkan sedikit madu dan sebiji kuning telur. Minum campuran ini apabila anda mula berasa sakit diserang gastrik. Pasti akan memberi kelegaan.

4. Nenas Cantikkan Siku

Tanpa penjagaan yang rapi, siku dan lutut akan kelihatan kehitaman. Untuk menjadikannya cantik, parut buah nenas dan sapukan pada dua bahagian tersebut. Gosokkan perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air suam. Keringkan dengan tuala bersih dan sapukan dengan minyak bayi

5. Atasi Jeragat

risau sebab ada jeragat degil di muka? Atasi dengan sediakan 2 inci daun betik muda, segenggam beras, 1 inci kulit kayu manis dan air. Rendam beras semalaman. Kisar beras bersama daun betik dan kulit kayu manis. Sapu dan gosok perlahan pada seluruh wajah. Biarkan kering sehingga 20 minit sebelum dibilas dengan air suam

6. Pisang Jauhi Sembelit

jika anda mengalami sembelit, ambil dua biji pisang lemak manis yang telah masak. Buang kulitnya dan kisar pisang bersama segelas air. Amalkan meminum air pisang dua kali sehari

Selain air pisang, anda juga boleh minum air kopi pahit yang dicampurkan dengan sedikit garam. Minum pada waktu malam dan pagi.

7. Menghitamkan Alis Mata

Alis mata yang hitam menambahkan seri wajah. Untuk mendapatkan alis mata sedemikian, bakar 10 biji cengkih yang telah kering dan tua sehingga menjadi arang. Kemudian tumbuk hingga halus. Tuangkan ke dalam botol yang telah diisikan dengan minyak buah keras. Apabila kedua-duanya bercampur rata, sapu kan pada kedua-dua alis mata dengan hujung jari secara merata tetapi tipis sahaja. Lakukan sehingga 2 minggu berturut-turut.

8. Mengkudu Atasi Kelemumur

Jika anda menghadapi masalah kelemumur, ambil beberapa biji buah mengkudu masak, basuh dan tumbuk sehingga hancur. Sapukan pada kepala sambil gosok-gosok. Amalkan dua kali seminggu sebelum mandi.

9. Cili Hijau Sembuhkan Gusi Bengkak

mengalami gusi yang bengkak akan buat anda berasa tidak selesa. Ambil sebiji cili hijau dan bakar sehingga panas. Sapukan pada gusi yang bengkak beberapa kali. Pasti gusi akan cepat sembuh

Selamat mencuba..Semoga bermanfaat

sumber:mingguan wanita 2013

================================
PROMOSI NOVEMBER 2014
BUY 6 FREE 1 OMEGA GUARD
BUY TWINPACK LESS 5% DISCOUNT
================================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Friday, November 14, 2014

Edema | Kakiku Macam Kaki Gajah

Edema | Kakiku Macam Kaki Gajah | Kenapa Kaki Bengkak Semasa Hamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Korang pernah tak masa mengandung kaki atau anggota badan lain bengkak-bengkak atau tengok orang mengandung yang kaki bengkak? Kekadang tengok muka sembab je kan...Mesti korang tertanya-tanya kenapa macam tu..

Ha..Meh saya bagitau pada sesiapa yang tak tau...Kalau bengkak pada badan terutama kaki, tangan dan muka itu adalah edema. Biasa terjadi kepada wanita hamil. Kenapa wanita hamil?

Sebabnya apabila hamil, badan hasilkan 50% lebih darah dan cecair badan untuk persediaan menampung bayi yang semakin membesar dalam rahim. Apabila perut semakin membesar ia akan menekan saluran peredaran darah terutama pada bahagian bawah badan.


Tips Hindari Bengkak Pada Anggota Badan Terutama Kaki


Walaupun bengkak kaki adalah perkara biasa bagi wanita hamil, namun ia perlu dipantau dan kalau boleh mesti dihindari. Jika bengkak terjadi secara tiba-tiba atau hanya pada sebelah anggota sahaja anda perlu dapatkan pemeriksaan perubatan kerana ia mungkin risiko pre-ekslampsia.

Antara tips yang boleh anda cuba untuk menghindari bengkak kaki semasa hamil adalah :
  • Perbanyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter kerana air dapat menyingkirkan toksin dalam badan. Jika badan kekurangan cecair, badan akan menyimpan air dan menyebabkan kaki menjadi bengkak
  • Lakukan senaman ringan ia akan membantu meningkatkan kecekapan peredaran darah dan cecair dalam badan. Sekurang-kurangnya berjalan kaki sahaja.
  • Jangan berdiri terlalu lama kerana jika anda hanya berdiri sahaja cecair akan berkumpul pada kaki. Sebaiknya banyakkan berjalan atau bergerak
  • Tinggikan kedudukan kaki supaya lebih tinggi daripada paras jantung semasa anda tidur atau berehat.
  • Memilih kasut yang sesuai untuk anda. Elakkan memakai kasut bertumit walaupun tak tinggi sangat.
Tips hindari bengkak kaki dari segi makanan pula adalah :
  • kurangkan pengambilan minuman berkafein dan alkohol
  • kurangkan makanan tinggi sodium seperti garam dan makanan segera
  • kurangkan pengambilan karbohidrat
  • lebihkan pengambilan potasium seperti pisang, lobak merah, kurma, tembikai dan kismis
  • makan makanan berserat tinggi
  • lebihkan memakan ulam-ulaman
  • gantikan karbohidrat dengan protein
  • makan makanan yang kaya dengan magnesium dan vitamin b

OsteMatriX Membantu Kurangkan Bengkak Kaki Semasa Hamil


Ostematrix ni mengandungi kalsium dan magnesium juga. Jadi ostematrix ni membantu mencukupkan kekurangan magnesium dalam badan yang menjadi punca kaki bengkak. Kalsium juga penting untuk tulang ibu dan bayi. Membantu melancarkan perjalanan darah. Membantu atasi masalah sembelit.




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut:

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea

1st Segmen Blogwalking & Kenali Blogger By NaD Dea





First time kot nak join segmen-segmen ni..Tadi tengah jalan-jalan blogwalking dekat blog haziq ternampak pulak entry ni..Macam best je...Ni boleh jadi peluang untuk popularkan diri sendiri dan blog...

Segmen ni ada syarat-syarat yang kita perlu penuhi untuk melayakkan kita turut serta..Kalau nak tau apa syaratnya kene la bukak blog owner segmen ni. Salah satunya adalah kena senaraikan 10 fakta mengenai diri sendiri..Nak tau apa? Jom tengok kat bawah ni...


10 Fakta Tentang Diri Saya


  1. Seorang yang agak panas baran
  2. Sangat baik dengan orang lain kalau orang tu baik dengan saya
  3. Pendiam dengan orang yang tak rapat dan sangat kecoh kalau jumpa dengan orang yang rapat
  4. Ada 2 anak perempuan dan rasa tak cukup lagi..Kena tambah lagi
  5. Mudah menitiskan air mata terutama kalau bersangkutan hal anak-anak
  6. Seorang pemegang ijazah sarjana muda dan bekerja sebagai surirumah dan babysitter. Sedang berjinak-jinak dengan shaklee
  7. Seorang yang kuat berangan dan berkehendak kepada sesuatu. Impian pun banyak. Inshaa Allah akan dipermudahkan tercapainya impian-impian tersebut
  8. Sangat suka makan tapi tak suka masak. Kalau orang lain masak saya makan banyak..Kalau saya masak makan sikit je..
  9. Suka memborong buku tapi nak habiskan 2,3 helai muka surat pun susah..Susun je la..Terutama buku motivasi dan buku yang comel-comel...
  10. Boleh bawa motor tapi tak reti pandu kereta dan takda lesen pun untuk kedua-dua kenderaan ini.
  11. Sangat sayangkan keluarga tapi malu dan tak reti nak tunjukkan atau zahirkan.
eh...Terlebih satu pulak..TakpA la..Tu kira bonus la tu...10 tu pun berpeluh nak pikir...Itu je la untuk kali ini..

Harap-harap ramai la pengunjung datang berkunjung ke rumah saya ni ye...Jemput-jemput...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 


***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 


Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : 


Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp------------->012-6602016

Email::fariz3003@gmail.com

Pages : www.facebook.com/bondaseri 


Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, November 13, 2014

Bagaimana memilih set bersalin yang tepat dengan anda

Bagaimana memilih set bersalin yang tepat dengan anda


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Anda sedang tunggu hari nak sambut kelahiran baby baru? Keliru dan tak tau nak pilih set bersalin yang mana? Rasanya inilah dilema wanita sekarang..Terlalu banyak set-set bersalin yang ada kat pasaran sekarang ni kan...

Masa saya bersalin awal tahun ni saya pun rambang mata nak pilih set yang mana. Saya ni pulak jenis yang tak boleh nak telan ubat-ubat cecair yang rase pelik-pelik tu..Tapi masa tu belum kenal shaklee lagi..Saya beli set anugerah..Memang best, senang nak guna tapi tak abis pakai pun barang-barang dia..Rasa rugi pulak..

Masa bersalin yang sulung guna amway..Ok jugak tapi biasalah saya ni malas nak tepek-tepek, sapu-sapu sana sini..Jadi banyaklah yang dibazirkan begitu sahaja...Insha Allah kalau ada yang ketiga nanti nak beli set bersalin shaklee je..Makan je senang sikit...Makan masa mengandung boleh sambung sampai pantang dan sampai abis pantang..

Jom tengok ciri-ciri apa yang patut dititikberatkan dalam pemilihan set bersalin ni supaya tak berlaku pembaziran dan kerugian...

Memilih Set Bersalin Yang Sesuai Dengan Anda


1. Bajet
- belilah set bersalin mengikut kemampuan anda. Ada yang mahal dan murah. Tak semestinya yang murah itu tak elok kan. 
- kalau boleh beli yang loose pack lagi ok..

2. Moden atau tradisional
- yang tradisional mesti ada akar kayu.. Kalau anda jenis yang tahan dan boleh telan air rebusan tu bolehlah beli yang tradisional
- kalau tekak anda jenis macam saya..Silalah jangan beli yang ada akar kayu. Belilah yang jenis suplimen dalam bentuk tablet. Senang nak telan pun.

3. Kuantiti barangan dalam set tersebut
- biasanya saya akan kira barangan dalam pek dan bandingkan dengan harga..Saya lagi suka barang banyak tapi harga murah. Tapi tak boleh juga ikut macam tu
- kalau loose pilih barang yang anda betul-betul akan gunakan sahaja. Kalau tak mesti akan membazir

4. Alergik
- kalau anda ada alergik kepada jamu atau herba elakkan set bersalin jenis ini.
- atau jika anak anda G6PD elakkan jamu dan herba
- jika alah kepada kandungan tertentu dalam ubatan, baca label sebelum beli.

5. Mudah dan selamat
- saya lagi suka set yang mudah cara penggunaannya. Sebab saya ni jenis yang malas nak bancuh-bancuh semua tu..Dan pastikan set yang anda beli selamat dan tanpa bahan-bahan terlarang. Pastikan ia tidak memudaratkan anda dan bayi anda.

Anda harus memilih dengan bijak. Yang penting ianya sesuai dengan anda dan selamat untuk anda dan bayi anda.


Set Bersalin Asas Shaklee

1. Vitalea
- zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah. Ibu bersalin banyak kehilangan darah jadi perlukan zat besi untuk membantu dalam proses pembentukan sel darah merah
- jika ibu kurang pengambilan zat besi dalam diet harian, ibu akan kelihatan pucat, letih dan mudah pitam.
- zat besi juga penting untuk perkembangan anak yang menyusu badan

2. B-Complex
- Membantu menstabilkan hormon dalam badan dan membantu dalam penghasilan sel darah
- mengelakkan stress pada ibu lepas bersalin dan memberi ketenangan
- membantu memberi tenaga kepada ibu

3. SR Vita-C
- membantu dalam proses pemulihan badan selepas bersalin
- meningkatkan sistem imun ibu dan bayi yang menyusu

4. Zink
- membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran dan dalaman
- membantu perkembangan bayi yang disusukan




==========================
** Promosi Nov 2014 **
Buy 6 free 1 Omega Guard
Buy twinpack less 5% diskaun
===========================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri 

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...