Thursday, October 16, 2014

Air Masak :: Bagus Untuk Dewasa Bahaya Untuk Bayi

Air merupakan medium paling penting dalam badan manusia.. Kandungan air yang terdapat dalam badan manusia adalah sebanyak 70%. Kekurangan air boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada kesihatan badan. Secara purata orang dewasa memerlukan lebih daripada 3 liter air sehari.

Air masak sangat penting kepada orang dewasa tetapi tidak kepada bayi. Kita disarankan supaya tak beri air masak kepada bayi bawah 6 bulan.

Bayi perlu disusukan secara ekslusif dengan susu ibu pada 6 bulan pertama. Susu ibu lengkap dengan makanan dan kandungan air yang diperlukan oleh bayi..

Kalau bayi diberi susu formula perlu diberi air kosong supaya tak sembelit. Bayi saya menyusu badan dan saya tak beri air masak..Cuma saya beri air zam zam dalam kuantiti yang sedikit...

Kenapa air masak bahaya kepada bayi

Rasanya kalau nak bagi air zam zam takda masalah tapi kuantiti sedikit dan pastikan bersih..Air masak tak ada apa-apa khasiat untuk bayi malah boleh bawa mudarat jika tercemar.

Jom lihat senarai di bawah kenapa air masak bahaya kepada bayi.
  • Merencat tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila diberi air masak perut akan penuh dan menyebabkan bayi berasa kenyang. Bayi akan menolak pemberian susu ibu kerana berasa kenyang. Ini akan mengganggu proses penyusuan susu ibu. Bayi tidak akan dapat khasiat daripada susu secara optimum dan ini akan mengganggu tumbesaran dan kesihatannya kerana air masak tidak mempunyai sebarang khasiat.

  • Merencatkan akal bayi
Pemberian air masak seawal kelahiran bayi boleh menyebabkan tahap bilirubin dalam darah bayi meningkat. Air meningkatkan lagi risiko anak anda terkena demam kuning yang tinggi sehingga boleh menyebabkan terencat akal. Bayi juga akan bertambah mengantuk, lesu dan tidak bermaya serta tidak mahu menyusu.

  • Mengancam nyawa
Air boleh membawa kuman. Bayi anda mungkin mengalami cirit-birit jika air yang diberi tercemar. Pencemaran boleh berlaku diperbagai peringkat seperti sumber air yang tidak selamat, bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pencegah penyakit yang dibina daripada susu ibu dan menyebabkan bayi mudah mendapat penyakit.
  • Menyebabkan sawan tarik
Air sangat bahaya terutama jika diberi pada bayi bawah 5 minggu. Air boleh mencairkan darah dalam badan da menyebabkan suhu badan menurun, sawan tarik dan kembung.

*** susu ibu sudah cukup untuk bayi anda kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terbentuk pads peringkat awal membantu membersihkan perut dan mengelakkan sembelit.. Susukan lah bayi anda ddngan kerap..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri
Pengedar sah shaklee:: Area Dengkil dan Bukit Jalil..

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...