Saturday, July 25, 2015

Kemalangan Jalan Raya Dengkil-Banting

Kemalangan Jalan Raya Dengkil-Banting


Assalamualaikum...

Hari ni ikut en. Husband hantar pekerja balik bangi..biasa kalau hari sabtu memang bawak anak-anak ikut husband...dalam pukul 7 sampai dengkil terus ke masjid untuk solat maghrib...lepas tu nak jemput ibu dari rumah akak kat banting...tidur sehari kat rumah akak lepas tu sehari kat rumah saya pulak...

Dalam perjalanan ke rumah akak kat taman bukit changgang tu, ada satu kemalangan..dari dengkil sebelum kilang minyak ISF...baru je terjadi..masih berasap lagi kereta diorang...husband terus berenti sebab masa tu tak ramai lagi orang datang tolong... lepas beberapa minit jalan dah start jem...dah ramai orang datang tolong jaga lalu lintas...

3 buah kereta yang eksiden...hilux, saga lagi satu tak pasti kereta apa...pemandu saga agak teruk cedera, mungkin patah kaki...hilux dengan saga melayu ada pemandu je.. lagi satu kereta perempuan india dua orang...

Jalan jadi jem sebab diorang bawak slow sebab nak tengok apa jadi..tak lama lepas tu 2 orang polis bantuan datang nak uruskan lalu lintas...lepas tu baru ambulans datang...en husband suruh call ambulans tapi saya tak call...itu la silapnya...huhuhu...jadi ambulans sampai lambat sikit..

Bila polis dengan ambulans dah sampai baru husband gerak ke rumah akak semula...dalam hati berdoa semoga mereka yang terlibat semua selamat... dan perjalanan kami pun selamat dan diredhai Allah...

Sampai rumah akak makan-makan  kuih lepas tu gerak balik...lalu kat tempat tu semua dah settle dah...kereta pun semua dah di towing... singgah makan kat depan masjid sebab semua belum makan malam lagi...nampak kereta² yang eksiden tadi...

Jadi kepada korang yang drive tak kira kemana je..dekat ke jauh ke drive safely ok...kadang kita bawak tak ok boleh effect pada orang yang tak bersalah...

Berhati-hati di jalan raya ok.....bukan kita je ada atas jalan tu...ramai lagi...bertimbang rasa juga dengan pengguna lain...saya doakan keselamatan dan kesejahteraan semua pemandu dan penunggang kenderaan atas jalan raya...

Alhamdulillah selamat sampai rumah....

Ps: lepas ni nk belajar call org supaya tak takut nak buat panggilan kecemasan...sekeh kepala sikit...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

1 comment:

  1. Moga mereka yg terlibat selamat..

    Kdg2 kita tergamam tu yg tak call ambulan tu kot. Biasanya klu kemalangan kita jd org yg last2 smpi bila jd antara yg terawal mmg tak tau nk buat apa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...