Friday, December 5, 2014

Pilihan Ditangan Anda | Panduan Memilih Taska Untuk Anak Anda

Pilihan Ditangan Anda | Panduan Memilih Taska Untuk Anak Anda


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua...

Korang bekerja kan? Tinggalkan anak dekat taska atau pengasuh? Mesti korang stress dan risau jugakkan nak tinggalkan anak kat orang..Tapi terpaksa berkorban sebab bekerja kan...

Saya memang dari anak baby lagi jaga sendiri sebab takut nak tinggal kat orang.. Suami je kerja sorang walaupun kadang-kadang tengah bulan pancit juga.. Sekarang ni buat shaklee je dari rumah..Siapa nak order shaklee bole whatsapp je ye...Eh..Promote kat sini pulak...

Hari ni saya nak kongsi dengan korang macam mana nak pilih taska untuk anak-anak korang. Yang penting selamat..Sebab sekarang ni kan banyak kes-kes melibatkan anak-anak dengan taska..Mana kes dera la, kes kematian la, tersedak susu, tak bagi makan, bagi makan tak bersih dan macam-macam lagi la...Ngeri bila dengar dan memang niat taknak bagi anak kat orang jaga..Tapi bagi korang yang suami isteri kerja terpaksa juga hantar anak ke taska. Tapi korang kena pastikan taska yang di pilih terbaik dan selamat. 

Panduan Memilih Taska Untuk Anak Anda


1. Spesifikasi taska menepati piawaian pihak berkuasa

- pastikan taska ada lesen dan pengasuh mengikuti kursus anjuran jabatan kebajikan masyarakat, bomba untuk pastikan keselamatan dan bekalan alat cegah kebakaran, jabatan kesihatan untuk pantau rekod perkembangan kesihatan kanak-kanak dan pihak berkuasa tempatan sebagai pemantau kesesuaian dan keselamatan bangunan taska.

2. Jenis bangunan taska yang sesuai

- kegunaan ruang yang kondusif, fasiliti dan kelengkapan harian yang sempurna dan ada kemudahan rekreasi yang selamat untuk kanak-kanak bermain

3. Lokasi taska

- keutamaan diberikan kepada lokasi yang berhampiran dengan kawasan lapang seperti padang permainan, persekitaran yang sesuai dengan kanak-kanak

4. Persekitaran yang sihat

- suasana ceria, ada peredaran udara segar dan cahaya semulajadi untuk kanak-kanak tinggal dan selesa

5. Pendidik atau pengasuh taska tersebut

- pastikan pakaian sopan dan akhlak mulia, sahsiah yang murni. Mengamalkan etika sebagai pendidik yang sebenar

6. Kebersihan dan cara penyediaan makanan

- makanan yang disediakan mesti berkhasiat dan terjamin kebersihannya. Pemilihan menu makanan yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak

7. Bilangan kanak-kanak yang dijaga

- Nisbah kanak-kanak perlu bersesuaian dengan bilangan pengasuh dan keluasan kawasan taska

8. Kemudahan kecemasan dan keselamatan

- pengasuh perlu tahu dan kuasai kemahiran bantuan awal kecemasan. Perlu perhatikan tahap keselamatan di tempat tersebut seperti susunan perabot dan keadaan lantai

9. Penyimpanan rekod dan dokumen

- pastikan taska mempunyai rekod berkaitan maklumat kanak-kanak, butir peribadi ibubapa, nombor telefon yang perlu dihubungi jika kecemasan

10. Kandungan program didikan dan asuhan

- aktiviti taska terancang dan tersusun merangkumi didikan dan asuhan yang telah ditetapkan

Tips dan panduan ni saya ambil daripada majalah pa&ma..Semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang...

** kalau nak order shaklee whatsapp nombor kat bawah ye...

*** cepat grab promo akhir tahun..Promosi berganda tu...

=====================================
PROMOSI DISEMBER 2014

Buy 6 free 1 Vita-C
Buy twinpack less 5% discount

Buy 6 free 1 Vita E
Buy twinpack less 5% discount

Set kulit cantik - vitamin C + vitamin E
Biasa : RM 242
Promo : RM 1**
=====================================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com. Pages : https://www.facebook.com/bondaseri Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Thursday, December 4, 2014

Kenapa Perlu Patahkan Vitamin C ?

Kenapa Perlu Patahkan Vitamin C ? |Saranan Semasa Anda Demam Dan Selsema


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Sihat? Sekarang ni musim demam kot...Ramai je orang-orang kat sekeliling ni demam dan selsema. Mudah-mudahan keluarga saya dan korang semua dilindungi dan diberi kesihatan yang baik..Inshaa Allah..

Kalau korang demam atau selsema korang boleh ambil vitamin C sebab vitamin C dapat membantu meningkatkan sistem imun dan pertahanan badan kita. Pilihan saya mestilah Sustained Released Vita-C Shaklee...Kenapa? Bukan sebab saya SID tapi sebab vitamin c shaklee memang berbeza daripada yang lain-lain dan khasiatnya berganda-ganda..

Vitamin c shaklee mengandungi 500 mg vitamin c dalam satu tablet dan dirembeskan secara perlahan-lahan mengikut keperluan tubuh badan kita sebab tu dinamakan sustained released. Vitamin c adalah vitamin yang larut air jadi ia senang musnah dalam keadaan tertentu. Kadang-kadang dalam keadaan tertentu vitamin c belum sempat diserap oleh badan tapi dah musnah.

Jika pengambilan biasa cukup ambil 1-2 tablet sehari. Tapi jika korang demam, selsema atau sedang stress, korang disarankan untuk ambil 2 tablet sehari dan patahkan dua sebelum telan. Lepas patahkan kena makan dua-dua ye..Bukan makan satu je... Kalau kena makan dua-dua kenapa kena patahkan kan? Mesti korang tertanya-tanya kan..Kan...baca kat bawah ye..


Kenapa Perlu Patahkan Sustained Released Vita-C Plus?


Cara ni hanya jika anda demam, selsema atau sedang sakit mahupun stress.. Kenapa patah dua?

Vitamin c Shaklee kan dilepaskan secara perlahan-lahan ikut keperluan badan kita tapi bila kita sakit kita perlukan vitamin c pada kadar yang lebih tinggi dari biasa. Jadi kita patahkan dua supaya semua 500 mg vitamin c tu dilepaskan sepenuhnya dalam satu masa.

Bila kita patahkan dua, lapisan sustained release tu dah takda. Tapi pastikan makan kedua-dua belah bahagian ye..

Itu sahaja perkongsian untuk hari ini...Jangan lepaskan peluang order vitamin c shaklee banyak-banyak sebab ada promosi untuk bulan ni...

* pm saya segera untuk order...


=====================================
PROMOSI DISEMBER 2014

Buy 6 free 1 Vita-C
Buy twinpack less 5% discount

Buy 6 free 1 Vita E
Buy twinpack less 5% discount

Set kulit cantik - vitamin C + vitamin E
Biasa : RM 242
Promo : RM 1**
=====================================

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Wednesday, December 3, 2014

Majlis Perkahwinan Sahabat Baik Merangkap Reunion Kecil Sahabat-Sahabat Lama

Majlis Perkahwinan Sahabat Baik Merangkap Reunion Kecil Sahabat-Sahabat Lama

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Hari ni nak cerita pasal majlis kahwin pulak..hari sabtu lepas 29 november 2014. harapnya cerita ni belum basi lagi la ye..sahabat saya ni pengantin perempuan dan majlisnya diadakan di Felcra Bukit Kepong, Muar. Dah taj jauh daripada kampung en husband kat Segamat.. ingat nak konvoi ramai-ramai dengan sahabat lain pagi sabtu tu..tapi en husband ajak balik kampung Segamat jumaat malam sabtu.. makanya ikut la permintaan suami..

malam tu lepas kemas-kemas dalam pukul 10 malam kitorang pun bertolak dari Dengkil menuju ke Segamat...sesetengah kawasan yang kitorang lalu memang hujan je..kenderaan agak banyak juga. Sampai rumah mak mertua dalam pukul 1 pagi..

Sampai je terus makan nasi...Hahaha...Habis diet haritu..Mak pulak masak lemak pucuk paku memang kegemaran en husband la...


Felcra Bukit Kepong


Pagi tu husband ajak pergi diy dulu..Nak beli visor kereta..Kat situ murah dan kualiti pun ok...Lepas beli kitorang terus ke rumah pengantin di Felcra Bukit Kepong,Muar...Mak mertua dan kakak ipar ikut sekali..

Kitorang gerak dalam pukul 12 tengahari.. Sampai je bukit kepong kitorang sesat tak jumpa rumah pengantin. Papan tanda ke Felcra Bukit Kepong pun tak jumpa..Perut dah lapar ni...Lalu tempat yang sama banyak kali. Kelakat pun ada nak marah pun ada..Dekat 2 jam baru jumpa rumah pengantin tu pun sebab tanye sorang pakcik kat tepi jalan.

Sampai je hujan pulak....Terus pergi carik budak-budak ni...Jumpa la diorang yang lama tak berjumpa.. Ada Miza, Kak zura, Pheww, Man, Abe pie dengan Topik..Tapi sedih sebab tak sempat nak jumpa Kak sue dengan baby pea..Diorang dah balik sebab sanpai pukul 12 tengahari lagi..

Sebab lapar sangat kitorang pun pergi makan dulu..Kesian kat mak mertua sebab lapar..Dia tak boleh lambat makan sebab ada gastrik lagipun dia tak berapa sihat sangat..

Kitorang tak lama pun kat situ. Lepas makan terus pergi jumpa pengantin. Kacau pengantin tengah makan..Sempat lah ambil gambar kenangan dengan pengantin..


Kacau pengantin makan. Adeena nak ambil crown pengantin.


cantik pengantin ni...Sepadan dan seiras...


Lepas je salam dan beramah mesra kejap dengan pengantin terus balik sebab tak sempat zuhor lagi. Singgah masjid untuk solat dan gerak pulang ke segamat.

Sampai rumah semua keletihan..Haha...anak-anak pun tidur awal malam tu sebab keletihan seharian berjalan. Penat tapi lega sebab dapat jumpa sahabat-sahabat lama yang dirindui...Hehe...

Selamat pengantin baru kak Siti Nur Atiqah dan pasangan..Lepas ni turn siapa pulak geng?


** nak order shaklee whatsapp je ok...Promo hebat bulan ni...Jangan ketinggalan..Jom dapatkan sekarang...
*** siapa nak cantik sila pm saya...



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Tuesday, December 2, 2014

Lindungi Bayi Anda Daripada Ruam Lampin

Lindungi Bayi Anda Daripada Ruam Lampin | Cara Merawat Dan Tips Elak Ruam Lampin | Herbal Blend Membantu Hilangkan Ruam Lampin


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Bayi korang meragam? Kerap menangis terutama ketika mandi atau ketika tukar lampin? Cuba periksa punggung bayi korang..Ada bintik-bintik?ada kesan merah atau mengelupas? Jika ada tanda-tanda di atas patut lah bayi korang meragam kerana mereka menghadapi masalah ruam lampin. Sakit dan tidak selesa. Masalah ini perlu ditangani dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja kerana boleh mengakibatkan jangkitan dan kesan yang lebih teruk lagi.

Nak tak kalau saya kongsikan tips merawat dan mencegah ruam lampin?mesti nak kan...Ruam lampin ni mungkin disebabkan kulit bayi yang sensitif atau pampers yang tidak sesuai dengan kulit bayi..Terlalu lama berendam dengan kencing dan najis juga mungkin menyebabkan ruam lampin..

Alhamdulillah, anak-anak saya masa kecul takda masalah ruam lampin. Kalau ada pun sikit je. Basuh bersih dan sapu bedak dah ok..Lampin yang diorang pakai pun sesuai dan takda masalah..

Kat bawah ni saya kongsikan cara merawat ruam lampin dan tips mencegah ruam lampin daripada berlaku dan berulang. Info ni pun saya terbaca dalam majalah pa & ma. Saya kongsikan kat sini moga bermanfaat untuk ibubapa yang hadapi masalah ni..

Cara Merawat Masalah Ruam Lampin Pada bayi


> tukar lampin bayi dengan segera setiap kali buang ait kecil dan besar. Bersihkan dengan air suam, basuh sehingga bersih kemudian lap dengan tuala bersih dan lembut pada keseluruhan punggung dan celah peha sehingga kering.

> Bersihkan bahagian kelamin dan punggung dengan teliti dan rapi setiap kali buang air besar. Pastikan kulit bayi korang bersih dan kering sebelum pakaikan lampin yang baru.

> sapukan sedikit krim yang mengandungi antiseptik bagi mengurangkan radang yang dialami. Krim ini membantu menghapuskan kuman-kuman pemecah kandungan air kencing

> gunakan krim pada bahagian lampin secara konsisten kerana ia mampu mencegah jangkitan, melegakan dan meredakan keradangan pada kulit bayi

> biarkan bayi anda tidak memakai lampin seberapa lama yang boleh bagi mempercepatkan proses pemulihan

> pilih pampers yang punyai daya resapan yang tinggi supaya dapat mengurangkan kelembapan yang terkena pada kulit. Ataupun korang boleh gunakan lampin kain sehingga kulit bayi korang sembuh

> jika ruam lampin disebabkan alahan kepada sesuatu, ia akan hilang dengan sendiri jika korang elakkan makan makananatau guna barangan yang membuatkan bayi alergik.

> apabila ruam lampin ini dirawat, ia akan ambil masa dalam 3-4 hari untuk pulih. Jika masih tidak pulih atau tidak berkurang segeralah berjumpa doktor untuk rawatan selanjutnya.


Tips Elak Ruam Lampin Berlaku Dan Berulang


@ biarkan bayi tanpa lampin seberapa lama yang boleh

@ kerap dan segera menukar lampin setiap kali bayi buang air besar dan kecil

@ sapukan krim antiseptik pada punggung dan kemaluan bayi setiap kali menukar lampin

@ elakkan menggunakan bedak talkum kerana boleh menyebabkan geseran dan berlaku iritasi

@ pastikan lampin yang dipakai longgar dan ada ruang pengaliran udara yang baik disekeliling punggung bayi.


Herbal Blend Shaklee Bantu Atasi Ruam Lampin


Selain krim antiseptik, korang boleh juga sapu herbal blend..Lembut pada kulit, tak panas dan tak melekit..Insha Allah selamat dan berkesan.

Herbal blend ni krim serbaguna. Nak tau kegunaan dan keistimewaan lain herbal blend ni? Baca kat bawah ni...

- melembutkan kulit kasar dan rekahan atau pecah-pecah pada tumit

- membantu menghilangkan parut pada kulit. Parut jerawat kat muka pun boleh hilang..

- hilangkan ruam lampin dan ruam pada badan bayi. Apa-apa jenis ruam pun bole..

- bantu atasi gatal-gatal pada kulit. Kalau orangnya yang gatal sila azan ditelinga beliau...Ops..Gurau je..

- beri kelegaan ketidakselesaan semasa demam

- boleh jadi losyen untuk keguaan seharian

- bantu kurangkan keradangan kulit

banyak lagi kegunaan dan keistimewaan herbal blend ni..




Testimoni pengguna yang berjaya..Gatal-gatal sebab alergik hilang..



boleh cerah juga lepas guna herba blend..

Berminat?whatsapp saya segera...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Monday, December 1, 2014

Jadikan Pemakanan Sihat Lebih Seronok Kepada Kanak-Kanak

Jadikan Pemakanan Sihat Lebih Seronok Kepada Kanak-Kanak | Cara-Cara Membuat Kanak-Kanak Gemarkan Makanan Sihat


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang....

Anak-anak korang memilih makanan tak masa makan?kalau tak, bagus la...Kalau kena yang memilih makanan macam anak saya memang pening kepala dibuatnya..Mana taknya nasi tak nak makan..Ayam dengan ikan pun kurang..Kalau kita masak dia akan pilih apa yang dia suka je..Anak saya yang sulung ni dia hanya makan udang, Kuah,kicap, tomato, asam keping dengan kaki ayam..nasi memang dia pandang je la..

Hari ni saya nak kongsikan beberapa cara untuk buat anak korang seronok makan makanan sihat. Jom teruskan pembacaan korang..

Cara-Cara Membuat Anak Anda Seronok Makan Makanan Sihat


Korang boleh elakkan anak korang yang suka memilih makanan dan jadikan waktu makan korang sekeluarga waktu yang paling seronok dan bermakna bagi korang.

korang boleh mencuba cara-cara di bawah..

> Tolong ibu membeli belah
- bawa anak korang  ke kedai bersama-sama dan biarkan mereka memilih makanan sihat yang mereka mahu makan

> Makanan ringan
- korang boleh sediakan bekas di dapur yang mengandungi makanan ringan yang sihat seperti kuaci, kismis, bijirin, kekacang, kurma atau buah-buahan kering. Elakkan membeli makanan ringan yang tidak sihat.

> Siapa chef hari ini?
- biar korang anda jadi chef untuk hari-hari tertentu. biarkan anak-anak yang lebih kecil buat perkara-perkara yang mudah dan selamat seperti buat salad dan anak yang lebih dewasa boleh memotong bahan atau masak nasi.

> Pelbagaikan menu hidangan selain masakan kebiasaan
- korang boleh perkenalkan makanan daripada kaum lain seperti india, cina, jepun, korea dan lain-lain

> Apa yang ada dalam makanan dan kenapa perlu makan makanan tersebut
- Sambil makan boleh ajar anak korang tentang vitamin dan garam galian serta sumbangan kepada badan. Gunakan bahasa yang mudah dan ringkas supaya anak-anak mudah faham. 

> Bermain teka-teki
- tutup mata anak korang dengan kain supaya dia tak nampak makanan apa yang akan dia makan. Suruh mereka rasa dan teka makanan apa yang mereka makan dan macam mana rasanya.


Bagaimana Mealshakes Shaklee Membantu Menambah Selera Makan Anak


Mealshakes shaklee merupakan minuman yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisi yang mudah diserap oleh badan. Ia mengandungi buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin. Ia juga dirumus dengan pelbagai vitamin, mineral dan zat besi membantu mencukupkan keperluan badan anak dan sesuai untuk membantu meningkatkan selera makan anak.

Kekurangan vitamin dalam badan boleh menyebabkan selera makan berkurangan. Vitamin B1 dan B12 bertindak sebagai perangsang selera makan bagi kanak-kanak. Ia penting dalam proses metabolisma badan.

Apabila badan kekurangan  vitamin, suplimen diperlukan bagi mencukupkan semula kekurangan tersebut. Rasa lapar meningkat apabila vitamin yang cukup diambil dan diserap oleh badan menyebabkan selera makan anak kembali normal. Vitamin B membantu menstabilkan selera makan anak.

Jika kekurangan nutrisi dalam badan berterusan dalam tempoh yang panjang, akan menyebabkan berlaku gangguan pada pertumbuhan kanak-kanak dan menyebabkan selera makan bertambah kurang.


Ni testimoni ibu yang berjaya tambah selera makan anaknya...Ramai yang dah berjaya dan gembira...Anda bila lagi?oh ya..Mealshakes ni juga elok untuk anak- anak yang susah buang air besar dan sembelit..

Nak order?jom-jom order cepat whatsapp nombor kat bawah ye...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :
Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...