Thursday, October 30, 2014

Kenali Kilat Yang Bahaya | Langkah-Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil

Kenali Kilat Yang Bahaya | Langkah-Langkah Keselamatan Yang Perlu Diambil

Semua mesti tau kilat tu apa da mesti semua orang pernah tengok kan...Saya memang fobia dengan kilat ni..Huhu...

Kilat biasa terjadi semasa hujan atau cuaca mendung. Kilat biasanya akan disertai dengan guruh. Jarak antara kilat dan bunyi guruh akan menentukan sama ada jauh atau dekatnya kilat tersebut dengan tempat kita.

Bagaimana Menganggar Jarak Kilat


Apabila kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada.

Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" ( Kilat ke Guruh). Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu.

Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan hendaklah diambil. Selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.


Langkah-Langkah Keselamatan Semasa Kilat


A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN

1.) Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.
2.) Jangan gunakan telefon talian rumah atau pejabat gunakan telefon bimbit jika perlu sahaja
3.) Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.
4.) Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.


B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

1.) Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).
2.) Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.
3.) Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.
4.) Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.
5.) Apabila berada dalam kumpulan pastikan jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.
6.) Duduk dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.
7.) Jangan berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.
8.) Jangan berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.
9.) Jangan berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya
10.) Jangan berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.
11.) Jangan berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.
12.) Jangan berada di tempat berhampiran logam seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.
13.) Apabila berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda duduk rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.


Semoga bermanfaat..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

1 comment:

  1. info yang sangat bagus mengenai kilat, boleh ambil langkah berjaga2 mulai kini :)

    ingin mendapatkan teknik poer pumping dan pertambahan susu badan http://cahayaummurizqi.blogspot.com/2014/10/power-pumping-tingkatkan-kuantiti-susu.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...