Thursday, October 23, 2014

Tips Menggalakkan Anak Mendirikan Solat

Tips Menggalakkan Anak Mendirikan Solat |Pesanan Luqman Al Hakim


Antara pesanan Luqman Al Hakim adalah mendirikan solat. Solat merupakan tiang agama dan sesiapa yang tidak melakukan solat maka dia dikira tidak beragama. Solat juga merupakan sesuatu yang berat untuk dilakukan kecuali mereka yang kusyuk dan sabar.

Pagi tadi saya tengok rancangan Assalamualaikum kat TV Al Hijrah..Ustazah Isfadiah ada share tentang tips galakkan anak solat..Bole apply untuk kita sekeluarga juga. Tergerak hati nak share kt blog pula..Mana tau boleh bagi manfaat kay orang lain...

Antara tips-tipsnya adalah ::

1. Ajak anak sama-sama solat dengan kita. Elakkan hanya mengarah anak untuk solat

2. Membudayakan solat berjemaah. Sediakan ruang solat dalam rumah. Tak perlu bilik besar atau surau. Cukup hanya ruang kecil yang muat untuk solat berjemaah sekeluarga.

3. Anggap azan ibarat nada dering. Dengar azan terus bangun untuk solat. Sama macam kita dengar deringan telefon bimbit kita.

4. Utamakan solat. Kalau pegi jalan-jalan jangan lupa bawa kelengkapan solat. Apabila masuk waktu solat dalam perjalanan kita, terus berhenti dan solat. Jadi Inshaa Allah perjalanan lebih diberkati

5. Menghubungkan solat dengan kehidupan. Contohnya niat. Setiap perbuatan mesti bermula dengan niat, dan niat mesti jelas baru matlamat tercapai.

6. Amalkan doa surah Ibrahim ayat 40. Yang bermaksud Ya tuhanku jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, ya tuhan kami perkenankanlah doa kami. Baca dalam sujud terakhir atau selepas solat.

7. Melakukan solat sunat seperti solat tahajud dan dhuha. Galakkan anak solat bersama.

Siapa Luqman Al-Hakim?

Siapa sebenarnya Luqman Al-Hakim ni sampai namanya disebut dalam Al-Quran?

Luqman Al-Hakim merupakan anak saudara nabi Ibrahim. Beliau merupakan seorang ahli hikmah dan pernah menjadi hakim dalam perbicaraan bani israel...

Beliau adalah manusia biasa yang diberi pilihan oleh Allah untuk menjadi nabi atau ahli hikmah. Maka beliau memilih untuk menjadi ahli hikmah. Setiap kata-kata yang keluar daripada mulutnya semuanya kata-kata berhikmah.

semoga bermanfaat...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...