Saturday, October 11, 2014

Petua Kurus dan Langsing

Kebanyakkan wanita mesti ingin kelihatan kurus dan langsing lebih-lebih lagi lepas kawin ataupun lepas bersalin...
Di sini saya kongsikan petua untuk kurus dan kekal langsing yang mudah dan murah...
Boleh la cube mana-mana yang sesuai dengan anda ye...

@ Turunkan berat badan yang berlebihan

1. Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, perah airnya dan campur dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Ambil sedikit asam jawa, ramas ke dalam segelas air. Masukkan ke dalam peti sejuk, minum selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing. Asam jawa dapat mengurangkan lemak dalam badan

4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

@ Badan Langsing Selepas Bersalin

ramai wanita menjadi gemuk selepas bersalin. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin amalkan petua berikut :

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

@ Mengurangkan buncit/kempiskan perut

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini

1. ambil sedikit kapur makan dan campurkan dengan jus limau purut/limau nipis. gaul hingga sebati. sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi. Amalkan setiap malam

2. Petua yang mudah dan kos yang murah. campurkan limau nipis ke dalam teh tanpa gula. Amalkan meminumnya setiap hari. Petua ini untuk orang yang tiada menghidap sebarang penyakit.

Boleh cuba mana-mana yang anda rasa sesuai...Selamat mencuba...Kalau nak lagi mudah boleh cuba Herb-lax Shaklee..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi
Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

1 comment:

  1. Good sharing sis..boleh try petua2 ni semua nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...