Thursday, June 26, 2014

Anak anda Kelihatan KUNING?

Terdapat 2 jenis penyakit kuning :
  • bersifat fisiologi/normal
  • bersifat patologi


Jaundis atau biasa dipanggil dengan nama demam kuning terjadi apabila paras pigmen kuning atau bilirubin yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah meningkat. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasenta dan seterusnya oleh organ. Hati daripada ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja.

Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.

demam kuning yang bersifat fisiologi/normal dan tidak berbahaya bagi bayi kebiasaannya dikesan pada hari ke-4 kelahiran bayi..tiada tempoh yang tetap dan sama bagi setiap bayi.. ada yang hanya seminggu dan ada juga yg menjangkau tempoh sehingga berbulan2..apabila umur bayi mencecah 7 hari, kebanyakkan bayi sudah tidak lagi menunjukkan gejala demam kuning.

Berbeza dengan demam yang bersifat patologi. ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran bayi dan peningkatan paras bilirubin dalam darah bayi berlaku lebih cepat. demam kuning jenis ini disebabkan oleh :

  • jangkitan pada bayi
  • ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi
  • kekurangan enzim G6PD


Tanda-tanda bayi jaundis :

  • bahagian putih mata dan kulit bertukar kepada warna kekuningan.
  • bayi kerap tidur





    Siapa yang lebih berisiko untuk terkena demam kuning ini :


    1. bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan.
    2. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu).
    3. darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan.
    4. sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning.
    5. mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran).
    6. jangkitan atau kelahiran yang trauma .

Jika bacaan paras bilirubin tinggi, bayi akan dirawat menggunakan kaedah phototerapi iaitu menggunakan cahaya. bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin menurun. jika paras bilirubin masih tinggi atau terlalu tinggi, proses penukaran darah akan dilakukan.
Apabila anak anda lahir dan didapati dia terkena demam kuning, perkara2 di bawah patut anda lakukan bagi merawat dan mencegah demam kuning menjadi lebih serius. Antaranya adalah :

  1. menyusukan bayi dari awal kelahiran dengan kerap. Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin.
  2. elakkan pengambilan air tambahan. 2% bilirubin keluar melalui air kencing, 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan mempercepatkan pergerakan membuang air besar. jika bayi kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  3. galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jika bayi tertido semasa menyusu dan kurang membuang air besar antara dua ke tiga kali sehari, perah susu dan beri kepada bayi melalui botol
  4. dedahkan bayi secara tidak langsung kepada cahaya kerana kulit bayi baru lahir adalah sensitif. Jangan biarkan bayi anda duduk dalam keadaan persekitaran yang gelap kerana boleh menyebabkan paras bilirubin meningkat

Walaupun demam kuning ini biasa terjadi kepada kebanyakkan bayi baru lahir. namun jika tidak dirawat dan dipantau ia boleh mengundang kepada keadaan yang jauh lebih serius antaranya :

  1. pendengaran bayi akan terjejas
  2. perkembangan otak bayi akan terganggu
  3. fungsi hati terjejas


    Petua elak jaundis -amal semasa hamil

    • menelan madu 3 sudu (tanpa air), 5 sudu madu bancuh dengan air

    • amalkan minum susu kambing 2 kali sehari

    • amalkan meminum pati delima

    • banyakkan makan kurma sebagai sarapan

    • amalkan makan buah tin setiap 3 hari

    • telan minyak zaitun apabila kandungan 5 bulan ke atas

    • suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin



      Jika berminat untuk dapatkan set hamil, berpantang dan menyusu shaklee bole PM/WHATSAPP sy ----->0126602016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...