Sunday, October 19, 2014

Muntah :: Tanda-Tanda Muntah Bahaya Pada Bayi

Muntah|Normal Atau Bahaya Kepada Bayi

Adakah bayi anda pernah muntah? Mari kita lihat sama ada muntah anak-anak anda normal atau tidak.

Bagi bayi baru lahir ia adalah perkara yang normal jika anak anda muntah selepas menyusu. Ini kerana bayi anda masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan penyusuan dan persekitaran. Mrnangis terlalu lama dan batuk juga boleh menyebabkan muntah.

Namun anda perlu pastikan muntah itu adalah normal. Jika muntah itu terlalu banyak dan berterusan bermakna ia tidak normal dan perlukan pemeriksaan lanjut. Jika susu keluar sedikit dari mulut bayi selepas menyusu atau selepas sendawa itu adalah normal.

Tanda-Tanda Muntah Yang Bahaya Kepada Bayi

Muntah bagi bayi baru lahir adalah disebabkan oleh masalah penyusuan seperti terlebih minum susu dan jangkitan pada pernafasan seperti selsema dan batuk.

Tanda-tanda muntah yang bahaya pada bayi anda adalah ::

  • Sakit yang teruk pada bahagian abdomen
  • Abdomen membengkak
  • Lesu atau meragam yang teruk
  • Kekejangan
  • Muntah berterusan melebihi 1 hari
  • Tanda-tanda dehidrasi
  • Muntah mengandungi darah atau hempedu
  • Muntah berterusan yang teruk kepada bayi baru lahir
Jika anak anda mempunyai tanda-tanda di atas segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.

Beri bayi anda air atau jus yang telah dicairkan bagi menggantikan air yang hilang akibat muntah. Jangan beri bayi anda susu semasa dia masih muntah kerana ia akan membuat muntah menjadi lebih teruk.

Dapatkan nasihat daripada doktor pakar bagaimana cara merawat muntah-muntah bayi anda...

tanda-tanda muntah bahaya pada bayi anda



DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Set Penyusuan Shaklee Membantu Banyakkan Susu Badan


Set Penyusuan Shaklee Bantu Banyakkan Susu Badan|Tips Banyakkan Susu Ibu

Anda sedang menyusukan anak? Runsing susu makin kurang? Jangan risau..Jangan stress sangat sebab stress juga boleh mengurangkan penghasilan susu badan..

Anda perlu kekal positif dan yakin dengan diri yang anda mampu susukan anak dan susu mencukupi..Saya juga menyusukan anak..Alhamdulillah dah 2 thn 7 bln menyusukan anak sulung dan 7 bulan menyusukan anak kedua...

Mari saya kongsikan tips banyakkan susu badan.

Tips Banyakkan Susu Badan


  • Kerapkan menyusu bayi
Kerapkan penyusuan kepada bayi anda sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Jika bayi tidur lama kejutkan bayi untuk menyusu. Penyusuan secara direct penting untuk memberi ransangan kepada payudara untuk menghasilkan susu

  • Jangan tunggu payudara penuh
Sentiasa yakin yang payudara anda sentiasa ada susu. Apabila bayi menyusu payudara akan menghasilkan susu dengan lebih banyak. Semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu yang terhasil. Jika tempoh penyusuan singkat antara satu-satu penyusuan susu yang terhasil lebih tinggi lemak yang dapat membantu meningkatkan berat badan bayi

  • Menyusu lebih lama
Biarkan bayi menyusu lebih lama pada sebelah payudara sehingga dia puas kemudian baru beri yang sebelah lagi. Supaya bayi mendapat hindmilk yang mampu meningkatkan kalori untuk tumbesaran bayi

  • Penyusuan dua kali
Selepas susukan bayi sendawakan bayi anda supaya lebih banyak lagi susu yang boleh masuk ke dalam perut bayi. Kemudian susukan semula. Cara ini boleh merangsang payudara untuk menghadilkan susu lebih banyak

  • Bogelkan bayi
Pakaikan pampers sahaja semasa menyusukan bayi anda. Rangsangan kulit ke kulit akan mengelakkan bayi anda terlena semasa menyusu

  • Fikir bayi fikir susu
Belailah bayi anda semasa menyusu kerana cara ini dapat meningkatkan penghasilan susu.

  • Urutan
Melakukan teknik urutan payudara yang betul dapat merangsang dan melancarkan penghasilan susu badan

  • Minum air
Ibu menyusu disarankan minum air kosong secukupnya. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kalau lebih lagi baik..

Set Penyusuan Basic Shaklee

Selain tips-tips kat atas ni, set shaklee juga boleh membantu memperbanyakkan susu ibu. Dengan ransangan yang ada daripada bayi dan secara pumping set penyusuan shaklee mampu menjadi penggalak pengeluaran susu badan.

Antara yang terkandung dalam set penyusuan basic shaklee adalah ::
  • Vitalea
Multivitamin lengkap untuk memenuhi keperluan nutrisi ibu menyusu.
  • B-Complex
Meningkatkan penghasilan susu, meningkatkan fungsi otak serta mengurangkan stress. Memberi tenaga kepada ibu menyusu dan membantu tumbesaran bayi.
  • Vita-C
Meningkatkan pengeluaran susu ibu, Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi
  • Alfalfa
Menambah dan memekatkan susu ibu. Mengelakkan sembelit, alahan dan resdung

set menyusu shaklee tambah susu badan






DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Saturday, October 18, 2014

Ostematrik :: Kelebihan dan Keistimewaan


Kelebihan dan Keistimewaan Ostematrik Shaklee

Ostematrik bukan sekadar kalsium, juga mengandungi vitamin D, magnesium, zink, boron, manganese dan kuprum untuk ::

> membina dan mengekalkan tulang dan gigi  yang kuat
> membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
> membantu pengecutan otot dan melancarkan saraf
> membantu kurangkan simptom senggugut

Komposisi Ostematrik

# 1000mg unsur kalsium daripada sumber tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap

# 400mg magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya

# 400mg vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Di datangkan dalam bentuk kaplet yang mudah ditelan



Siapa Patut Amalkan Ostematrik

> Ibu mengandung dan menyusukan anak terutama yang tak lalu minum susu

> Individu yang selalu sakit kepala teruk dan berterusan

> Individu yang mengalami masalah tumit kaki yang merekah teruk

> Individu yang sedang dan akan menjalani fisioterapi

> Individu yang mempunyai masalah kesihatan yang melibatkan darah

> Wanita yang mengalami senggugut yang teruk sehingga perlukan ubat tahan sakit

> Individu yang alergik kepada bahan tenusu dan yang tidak suka minum susu

> Individu yang sering keletihan, tak cukup tidur dan sukar bangun tidur

> Individu yang kerap sakit sendi, lenguh-lenguh badan dan sakit pada tulang.

Ramuan Istimewa Dalam


 

Ostematrik

@ Kalsium - Penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang kuat.

@ Vitamin D - Membantu meningkatkan penyerapan kalsium. Bagi meninggikan ketumpatan tulang dan menguatkan rangka badan

@ Magnesium - Meningkatkan komposisi dalam tulang dan rawan. Membantu meningkatkan rembesan enzim untuk hasilkan tenaga. Menghalang endapan kalsium dengan melarut dan mengurangkan pembentukan batu karang dan batu hempedu

@ Zink , Boron, Manganese, Kuprum- memantau dan mengekalkan metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, Mengawal enzim yang diperlukan untuk tulang dan rawan.


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : 

Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri


"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Resepi Ringkas untuk Sarapan dan Minum Petang

Resepi Ringkas Sarapan dan Minum Petang

assalamualaikum dear...

Hari ni nak kongsi pasal resepi pulak.. Kita biasanya sarapan pagi dengan nasi goreng, mee goreng, roti canai, nasi lemak dan macam-macam lagi..

Apa kata kita buat kelainan pulak. Asyik menu sama je kadang-kadang bosan juga kan. Bagi yang bekerja dan tak banyak masa nak sediakan sarapan pun sangat sesuai cuba..


Menu Ringkas

> Lempeng pisang kelapa

Nak buat senang, nak makan pun senang...Sedap pun sedap.. bahan yang diperlukan pisang emas, garam, tepung gandum, kelapa parut, dan minyak.

Mula-mula lenyek pisang sampai hancur kemudian campurkan dengan tepung gandum, kelapa dan garam. Lepas tu kacau sebati. Panaskan kuali leper tuang minyak. Kemudian letak satu senduk adunan tadi dan biarkan masak. Kemudian terbalikkn..

> Nuget tauhu telur

Bahannya tauhu putih, tauhu telur, Udang, telur, daun sup, bawang goreng, cili dan lada sulah

Mula-mula kisar tauhu putih dan tauhu telur serta udang bersama telur sampai sebati. Masuk dalam bekas campurkan daun sup, bawang goreng, cili dan lada sulah. Kukus selama 30 minit. Kemudian sejukkan dan potong ikut suke hati. Bila nak makan celup dengan telur dan goreng..

> roti keju goreng

bahannya roti biasa, keju keping, butter, telur

Mula-mula buangkan kulit tepi roti. Kalau tak buang pun takpe...Sapu dengan butter. Letak keju atas roti dan lapiskan dengan roti lain. Celup roti tadi dengan telur. Kemudian goreng dan siap....

> roti sosej gulung

bahannya roti biasa, sosej, telur, serbuk roti

leperkan roti tadi gulung dengan sosej, celup dengan telur yang telah didadar, taburkan dengan serbuk roti dan goreng dengan api yang sederhana.

itu sahaja...Selamat mencuba...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

Friday, October 17, 2014

Zikir :: Amalan Mudah Menjemput Rezeki


Zikir Menjemput Rezeki Yang Berkat

Zikir adalah satu amalan yang amat baik dan mudah namun begitu susah untuk diamalkan. Zikir boleh jadi terapi kepada hati-hati dan jiwa-jiwa yang sakit. Selain itu amalan zikir juga merupakan satu usaha yang boleh kita lakukan untuk memohon rezeki daripada Allah...

Rezeki bukan hanya duit yang banyak, harta kekayaan, malah boleh jadi Allah turunkan rezeki kepada kita dalam bentuk yang lain. Kesihatan yang baik, anak yang ramai, isteri yang solehah, hati yang tenang dan macam-macam bentuk lagi.

zikir juga tanda kita bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah. Jadi bila kita bersyukur dengan cara sentiasa berziki, Inshaa Allah, pintu rezeki kita akan sentiasa terbuka. Jom lihat antara zikir-zikir amalan bagi menjemput rezeki..

Tujuh Zikir Pembuka Pintu Rezeki

Di sini saya kongsikan 7 zikir yang jika kita amalkan boleh membantu kita menjemput rezeki sekaligus menjadikan rezeki itu berkat..Insha Allah...

  • Membaca La hawla wala quwata illa billah
" Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyakkan membaca La hawla wala quwata illa billah" (hadis riwayat At-Tabrani)


  • Membaca La illaha illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La illaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR Abu Nu'aim dan ad Dailami)

  • Membaca Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil adziim
Dari setiap kalimat itu setiap malaikat yang bertasbih kepada Allah sampai ke hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu (HR Al-Mustagfiri dalam Ad-Da'awat)

  • Membaca surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR At- Tabrani)

  • Membaca  surah Al- Waqiah
Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam Maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup (HR Al- Baihaqi dalam Syu'ab Al-Imam 

  • Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Dari Umar Al Khattab dari Nabi S.A.W bersabda : Barangsiapa berselawat kepadku dengan satu kali selawat maka Allah akan membalasnya dengan 10 kali selawat dan mengangkatnya 10 darjat (HR Imam bukhari)

  • Melazimkan beristighfar
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkannya dari segala kesusahan dan memberi rezeki dari arah yang tidak diduga-duga ( HR Ahmad, Abu dawud dan Ibn Majah)


Doa murah rezeki


Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas
Yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada dibumi keluarkanlah
Jika jauh dekatkanlah
Jika susah mudahkan lah
Jika sedikit maka banyakkan lah
Jika banyak berkatilah agar kami dapat menolong anak yatim, fakir miskin dan mereka yang dalam kesusahan.

Ya Allah kabulkanlah doa kami...
Aamiin...Aamiin...Ya Robbal 'aalamiin..

Jom sama-sama kita amalkan...Moga bermanfaat

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil...

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...