Kenali Perkembangan Bayi Melalui Senyuman
Assalamualaikum...
Kita biasa fokus pada perkembangan fizikal bayi seperti merangkak, berdiri dan berjalan. Tapi hari ni nak cerita pasal senyum...senyuman bayi juga berkembang seiring bertambah usia bayi. daripada senyuman refleks sehingga ke senyuman yang sebenar.
Perkembangan Senyuman Bayi Seiring Pertambahan Usia
0 hingga 1 bulan
- senyuman bayi baru lahir masih belum ada kaitan dengan emosi yang dia rasakan.
- senyuman itu adalah secara spontan
- anak tiba-tiba tersenyum semasa mengantuk atau ketika dia sedang melewati waktu tidur
6 hingga 12 minggu
- bayi mula sering tersenyum ketika bangun dan tidur
- secara berperingkat bayi mula beri tindak balas terhadap rangsangan disekitarnya
- mula2 bayi lebih cepat beri respon pada suara kemudian pada rangsangan audio dan visual
- tak perlu risau jika jika bayi korang hanya senyum pada usia 12 minggu kerana ianya normal
3 hingga 4 bulan
- bayi dah mampu senyum.
- bayi akan tersenyum jika mereka mahu tersenyum..tak perlu di paksa
- bayi dah mampu bagi respon terhadap interaksi di hadapannya
- korang boleh beri reaksi,wajah yang terbaik bila berhadapan dengan bayi
6 bulan
- pada usia 4 hingga 6 bulan bayi tersenyum kemudian berpaling
- mereka sedang belajarmelatih kemampuan mengatur emosi daripada kegembiraan
- bila dia kembali melihat korang dia akan senyum semula
12 bulan
- mula usia 8 hingga 1 tahun, bayi mula pamerkan pelbagai ekspresi ketika tersenyum
- mungkin akan buka mulut untuk ketawa dan keluarkan suara
- senyuman merupakan respon daripada interaksi sosial dan satu cara bayi berkomunikasi
- jika bayi tak senyum, mungkin dia berasa tidak selesa atau sakit
- jika selepas usia 3 bulan bayi korang masih tidak boleh senyum, segera berjumpa pakar kerana bimbang ada kelainan pada saraf di otak.
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi
Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"