Friday, July 24, 2015

Petua Dapur Untuk Surirumah Sepenuh Masa Dan Separuh Masa

Petua Dapur Untuk Surirumah Sepenuh Masa Dan Separuh Masa


Assalamualaikum..

Tak kira la korang wanita bekerja atau tak yang pasti korang semua adalah surirumah...yang bezanya sepenuh masa atau separuh masa je kan.. dan pasti korang akan turun ke dapur...

Jadi hari ni saya nak share dengan korang sedikit petua dari dapur...hal-hal masakal dan hal-hal di dapur la...rasanya ramai yang dah tau...saya share juga la mungkin ramai yang dah tau tapi mungkin ada juga yang tak tau kan...

Jom baca petua di bawah...


5 Petua Mudah Di dapur


1. Cara empukkan daging
- masukkan garfu atau sudu ke dalam daging yang dimasak
- masukkan sepotong tempe dalam masakan daging korang
- gaulkan daging dengan sedikit tepung gandum dan kicap selama ½ jam sebelum dimasak
- masukkan keratan batang ubi kayu ke dalam masakan daging
- masukkan potongan buah betik muda yang dah dibuang kulit ke dalam masakan daging tadi
- masukkan buah keras yang dah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging
- boleh cuba mana² yang korang rasa sesuai...

2. Manghalau lalat
- nyalakan dua batang lilin di tempat yang jadi tumpuan lalat. Lalat akan menjauh dari tempat itu
- korang juga boleh kibas secekak daun kari di tempat lalat berkerumun. Kemudian letak daun kari dalam gelas berisi air disudut meja
- ambil beberapa tangkai daun belimbing dan kibas pada lalat

3. Daun pandan kekal segar
- bersihkan dulu kemudia bungkus daun pandan dengan kertas surat khabar
- simpan dalam peti sejuk

4. Petua pilih tembikai
- kulit yang licin
- pangkal gemuk
- semakin ke hujung warna semakin kuning
- tepuk. jika bunyi kosong bermakna dah benar² masak dan manis
- jika dah belah tengok pada warna
- pilih yang merah berseri dan tak pucat
- biji perang tua atau hitam dan keras bukan putih dan lisut

5. Telur mata kerbau sempurna
- saya pun tak pandai nak goreng telur mata kerbau ni.. jom tengok camna nak goreng...
- pisahkan kuning dengan putih telur
- goreng kuning telur hingga masak
- kemudian goreng putih telur bila separuh masak masukkan kuning telur ditengah dan siram dengan minyak.
- terbalik²kan agar setiap bahagian masak rata


Selamat Mencuba!!!!

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

1 comment:

  1. Nice..

    LM tak pandai sgt goreng telur, jd x lawa. Tp ank2 suka yg cair. Maka kenalah guna kuali plg kecik biar dia elok bulat x kembang meleper

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...