Friday, June 27, 2014

anda si penderita migrain??

Apa itu migrain?

Migrain adalah gangguan neurologi kronik yang berlaku apabila  seseorang itu mengalami sakit kepala yang berulang-ulang, berbeza tahap kesakitan, kekerapan dan jangka masa serangan. bermula dengan sakit kepala yang lembut berulang kali kepada sakit kepala yang semakin kuat dan kerap.

Perkataan “migrain” berasal daripada perkataan Perancis yang bererti sakit kepala sebelah. Kebiasaannya serangan sakit kepala sebelah menyebabkan sakit di kedua-dua belah. Migrain sejenis sakit kepala yang kronik. 
 
Penyakit ini berlaku dalam kalangan kaum wanita daripada lelaki. Wanita lebih banyak terkena migrain berbanding dengan lelaki.
 
Kadangkala migrain agak sukar dibezakan dengan sakit kepala jenis lain kerana mempunyai gejala yang hampir sama dengan migrain. Antaranya :
  • Sakit kepala akibat gangguan pada sinus atau ketegangan otot leher
  • penyakit yg berat seperti tumor dan infeksi
 Migrain juga berlaku bersama-sama penyakit lain, contohnya asma dan depresi.
 
 
Tanda2 anda diserang migrain
  • rasa ngeri ditusuk dengan jarum di kepala, hidung dan mata
  • sakit semakin kuat dan berdenyut2
  • tekak loya, muntah, tangan dan kaki menjadi sejuk
  • pandangan silau, kabur dan gelap
  • sensitif terhadap sebarang bunyi, suara dan bau
  • serangan berakhir sekitar 4 hingga 72 jam
  • mengalami pengumpulan cecair dalam badan seperti bengkak2 (ikut pd org)
 
 
Cara mengelak terjadi migrain
 
Jika anda penderita migrain, anda perlu mengelakkan perkara2 seperti di bawah..walaupun tak semua org sama namun tak salah klau kita mengambil langkah berjaga2 kn..prevention is better than cure..antaranya :
  • makan makanan yang mengandungi thyramine
  • elak bau yg busuk, asap rokok dan  bunyi bising
  • makan MSG
  • stress dan tekanan
  • minum kafein berlebihan
  • jadual tidur yang tidak tetap
  • lewat makan dan perut kosong terlalu lama

Cara elak migrain :HINDARKAN :

-Memakan makanan yang mengandungi thyramine seperti keju
- Makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)
-elak bau yang busuk, bunyi bising dan asap rokok
-Minuman yang mengandungi kafein berlebihan
-Stress dan tekanan
-Jadual tidur yang tak tetap
-Menundakan waktu makan dan biar perut kosong terlalu lama .


Rawat migrain cara Rasulullah SAW
  • mengikat kepala dengan kain/ serban
  • melumur kepala dengan inai
  • berbekam
Anda juga boleh merendahkan kepala ke lantai seperti sujud kerana salah satu punca migrain adalah kekurangan darah dan oksigen pada bahagian kepala. dengan cara ini anda dapat menurunkan perjalanan darah  ke bahagian kepala. anda boleh juga memanjangkan tempoh sujud semasa dalam solat.


Bagi umat islam, anda juga boleh mengamalkan ayat2 al-Quran sebagai penyembuh dan mengelak migrain. Antara ayat yang boleh diamalkan.
  • surah al-Hasyr ayat 21-24 -----> amalkan setiap hari sebelum tidur
  • surah al- Waqiah ayat 19 ----> dibaca ketika sedang sakit dengan meletakkan tangan kanan di tempat yg sakit. baca berterusan sehingga hilang sakit.
Anda juga boleh mengambil makanan tambahan seperti kalsium, magnesium, vitamin D dan vitamin B complex..

Jom cuba set migrain shaklee ----> ostematrix dan B complex..info dan keterangan lanjut hubungi saya..


 Vitamin B lengkap dalam B Complex Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migraine, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, stroke dan sebagainya.
 

 
Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D)

Kalsium bukan hanya membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Juga boleh mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.

Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migraine.

Vitamin D untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.

sumber daripada:  


Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (fatiha - SID 1150701)
SMS/Whatsapp: 012-6602016
Page : bonda seri
 

Thursday, June 26, 2014

Anak anda Kelihatan KUNING?

Terdapat 2 jenis penyakit kuning :
  • bersifat fisiologi/normal
  • bersifat patologi


Jaundis atau biasa dipanggil dengan nama demam kuning terjadi apabila paras pigmen kuning atau bilirubin yang terhasil ketika penguraian normal sel darah merah meningkat. Ketika bayi dalam kandungan, bilirubin dibuang melalui plasenta dan seterusnya oleh organ. Hati daripada ibu akan diolah menjadi bilirubin untuk dibawa ke usus dan seterusnya dibuang melalui proses tinja.

Namun setelah bayi lahir, proses tadi akan dilakukan oleh hati bayi itu sendiri. Disebabkan fungsi hati belum sempurna, proses itu lebih lambat menyebabkan bilirubin tetap tinggi dalam bayi.Bilirubin inilah yang masuk ke jaringan kulit sehingga bayi kelihatan kuning pada keseluruhan tubuh dan matanya.

demam kuning yang bersifat fisiologi/normal dan tidak berbahaya bagi bayi kebiasaannya dikesan pada hari ke-4 kelahiran bayi..tiada tempoh yang tetap dan sama bagi setiap bayi.. ada yang hanya seminggu dan ada juga yg menjangkau tempoh sehingga berbulan2..apabila umur bayi mencecah 7 hari, kebanyakkan bayi sudah tidak lagi menunjukkan gejala demam kuning.

Berbeza dengan demam yang bersifat patologi. ia timbul lebih cepat dan biasanya 24 jam setelah kelahiran bayi dan peningkatan paras bilirubin dalam darah bayi berlaku lebih cepat. demam kuning jenis ini disebabkan oleh :

  • jangkitan pada bayi
  • ketidaksesuaian jenis darah ibu dan bayi
  • kekurangan enzim G6PD


Tanda-tanda bayi jaundis :

  • bahagian putih mata dan kulit bertukar kepada warna kekuningan.
  • bayi kerap tidur





    Siapa yang lebih berisiko untuk terkena demam kuning ini :


    1. bayi yang kurang disusukan selepas dilahirkan.
    2. Bayi lahir pramatang (sebelum 28 minggu).
    3. darah ibu dan bayi yang baru dilahirkan berlainan.
    4. sejarah adik beradik si bayi yang pernah mengalami demam kuning.
    5. mempunyai kesan lebam ketika lahir akibat penggunaan oxytocin (ubat mempercepatkan kelahiran).
    6. jangkitan atau kelahiran yang trauma .

Jika bacaan paras bilirubin tinggi, bayi akan dirawat menggunakan kaedah phototerapi iaitu menggunakan cahaya. bayi dibogelkan, mata mereka ditutup dan diletakkan dibawah cahaya bililight dan akan diteruskan sehingga bilirubin menurun. jika paras bilirubin masih tinggi atau terlalu tinggi, proses penukaran darah akan dilakukan.
Apabila anak anda lahir dan didapati dia terkena demam kuning, perkara2 di bawah patut anda lakukan bagi merawat dan mencegah demam kuning menjadi lebih serius. Antaranya adalah :

  1. menyusukan bayi dari awal kelahiran dengan kerap. Kolostrum dan susu yang diterima bayi akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin.
  2. elakkan pengambilan air tambahan. 2% bilirubin keluar melalui air kencing, 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan mempercepatkan pergerakan membuang air besar. jika bayi kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  3. galakkan bayi anda berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jika bayi tertido semasa menyusu dan kurang membuang air besar antara dua ke tiga kali sehari, perah susu dan beri kepada bayi melalui botol
  4. dedahkan bayi secara tidak langsung kepada cahaya kerana kulit bayi baru lahir adalah sensitif. Jangan biarkan bayi anda duduk dalam keadaan persekitaran yang gelap kerana boleh menyebabkan paras bilirubin meningkat

Walaupun demam kuning ini biasa terjadi kepada kebanyakkan bayi baru lahir. namun jika tidak dirawat dan dipantau ia boleh mengundang kepada keadaan yang jauh lebih serius antaranya :

  1. pendengaran bayi akan terjejas
  2. perkembangan otak bayi akan terganggu
  3. fungsi hati terjejas


    Petua elak jaundis -amal semasa hamil

    • menelan madu 3 sudu (tanpa air), 5 sudu madu bancuh dengan air

    • amalkan minum susu kambing 2 kali sehari

    • amalkan meminum pati delima

    • banyakkan makan kurma sebagai sarapan

    • amalkan makan buah tin setiap 3 hari

    • telan minyak zaitun apabila kandungan 5 bulan ke atas

    • suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin



      Jika berminat untuk dapatkan set hamil, berpantang dan menyusu shaklee bole PM/WHATSAPP sy ----->0126602016

Wednesday, June 25, 2014

LECITHIN...Penting ke??

Apa itu lecithin?

Lecithin adalah sejenis lemak dan terdapat dalam membran setiap sel hidup serta mempunyai fungsi khusus iaitu mengawal keluar masuk sel nutrien. juga berfungsi sebagai pemecah lemak kerana ia merupakan pelarut lemak.. lecithin membolehkan lemak melarut dalam air dan keluar daripada badan.

Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

OVERDOSE
pengambilan dos yang tinggi (>30 g) daripada keperluan tubuh boleh menyebabkan terjadinya kesan sampingan. Antaranya :
  • masalah penghadaman
  • cirit - birit
  • berat badan
  • ruam dan sakit kepala
  • loya, pening dan muntah
  • bau badan hanyir

Kandungan Lecithin :
  • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
  • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
  • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
Kegunaan Lecithin :
  • membaiki memori dan kecerdasan otak
  • membaiki kesihatan jantung dan hati. bersihkan saluran darah dan mencegah hati berlemak
  • mengurangkan risiko kanser. Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak pada pembuluh darah.
  • meningkatkan kesihatan kulit dan rambut dengan mengekalkan kandungan air dalam kulit
  • menggalakkan penyerapan vitamin yang larut lemak. Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
  • pengangkutan lemak daripada makanan ke sel dan metabolisma lemak. membantu pengaliran lemak dan membakar lemak dalam badan..
  • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
  • diperlukan bagi mereka yang uzur disebabkan oleh angin, stroke dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

SIAPA YANG BOLEH/PERLU MENGAMBIL LECITHIN?
  • Mereka yang ingin kurus termasuk ibu menyusu.
  • Pesakit diabetes dan buah pinggang.
  • Penderita stroke.
  • Mereka yang kolesterol tinggi.
  • Mereka yang mengalami inflamasi.
  • Mereka yang sukar tidur.
 
KESAN KEKURANGAN LECITHIN
 
kekurangan lecithin juga boleh memberi kesan kesihatan kepada badan kita..Antaranya adalah :
  • Rambut gugur
  • Tidak dapat fokus dengan baik
  • Sering sakit dan mengalami keradangan.
 

Berminat untuk mendapatkan lecithin dan berkongsi cerita anda dengan saya??
nk tau info lanjut??ada mcm2 nk tanya??
PM/WHATSAPP -------> 0126602016

jom ramai2 sihat bersama shaklee...

Tuesday, June 24, 2014

Pengorbanan Seorang Ibu




Rahim ibu yang sedang mengandung akan
mengembang 500 kali lipat dari ukuran normal
untuk menampung kandungannya.

Darah yang hilang melalui proses kelahiran normal
adalah 500ml.
Ini sama dengan setengah liter.

Badan manusia hanya mampu menanggung rasa
sakit hingga 45 Del.

Tetapi selama bersalin ibu
akan mengalami hingga 57 Del, sama dengan rasa
sakit akibat 20 tulang yang patah bersamaan.

Ibu bersalin akan mendapat pahala yang sama
besarnya dengana 70 tahun shalat dan puasa.

Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah
hadiahkan bagi Ibu yang melahirkan pahala
menunaikan haji.

Apabila seseorang perempuan merasakan sakit
karena akan melahirkan, maka Allah s.w.t.
mencatat baginya pahala orang yang berjihad
pada jalan Allah s.w.t.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dosa-dosa dari dirinya seperti keadaan
ibunya melahirkannya.

mulianya seorang wanita bergelar ibu..













jom cuba set lepas bersalin daripada shaklee..berpantang dengan lebih ceria, sihat dan mudah..



pm/whatsapp ------>0126602016
FB---->arie fatiha
Page -----> Bonda Seri

Kenali Alfalfa

Alfalfa merupakan sejenis tumbuhan kekacang yang mempunyai akar yg panjang di mana ia mampu menyerap pelbagai nutrien dan zat yg terdapat di dalam tanah.. alfalfa kaya dengan sumber mineral dan vitamin, antaranya adalah :
  • vitamin B,C,E dan K
  • mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi
  • Flourida, Protein, Serat, Asid lemak dan antioksidan
 Alfalfa juga berfungsi sebagai antibakteria, antivirus dan antiseptik serta mampu membuang toksin dalam badan secara semulajadi. alfalfa juga dikenali sbg julap lembut..

macam best je alfalfa ni kn...jom tgk lg ape yg menarik tentang alfalfa ini..banyak jugak kelebihan dan kebaikan alfalfa  ni..Antaranya :
  • dapat menurunkan paras kolestrol. alfalfa bole menurunkan paras kolestrol dalam darah. alfalfa berfungsi dengan menghalang kolestrol drpd melekat pd dinding salur darah dan menyingkirkan kolestrol buruk dan tinggalkan yg baik..menghalang pembentukan plak dalam arteri.
  • mengawal kandungan gula dalam darah untuk pesakit diabetis.
  •  berfungsi sebagai detox dan membersihkan serta menyingkirkan asid dalam darah. dapat mengurangkan keradangan dan bengkak..
  • alfalfa juga dapat mengatasi masalah dalaman wanita seperti keputihan. bertindak sebagai antiseptik yang melawan jangkitan dan bakteria serta menghilangkan kegatalan dan bau badan serta nafas..
  • Mencegah asma secara semulajadi. antiradang bertindak membantu melindungi saluran pernafasan dan menghalang kesesakan nafas.
  • bertindak sebagai detok semulajadi dan antioksidan dalam meredakan kulit gatal akibat alergik dan ekzema..
  • merawat keadaan buah pinggang, pundi kencing dan prostat dan membantu dalam pengeluaran sisa kumbuh..
  • bertindak sebagai 'milk booster'..meningkatkan penghasikan susu ibu..

banyakkn kelebihan alfalfa ni...sebenarnya ini cuma sebahagian daripada khasiat alfalfa..ada byk lg sebenarnya..klau nk bgtau kt sini semua mmg bole jd novel tebal ni..hehe...


Alfalfa Complex shaklee ni ade dalam dua saiz..botol kecik ada 330 biji tablets dan botol besa ada 700 biji tablets..bole pilih mane yg berkenan n mana yg dekat di hati...

alfalfa ni bole consume dengan suppliment2 shaklee yang lain..banyak lg set2 untuk mcm2 lg kegunaan..

berminat??nk tau lebih lanjut dan maklumat2 lain??
free consultation daripada saya sebelum dan membeli produk ini...

PM/whatsapp-0126602016

Kombinasi Pemberi Tenaga Untuk Ramadhan

Assalamualaikum..

bulan ramadhan dh semakin hampir ni.. mari bersama kita meningkatkan amal ibadat dan kebaikan kita..

puasa2 jugak..keje pn kne jalan jgk mcm biasa...nk bertenaga walaupun dalam keadaan berpuasa dan perut kosong?? ha..shaklee ade jawapan dan penyelesaian bagi anda...

jom sy kongsi skit berkenaan dengan set puasa shaklee... terdiri daripada tiga produk hebat iaitu:
  1. ESP
  2. Mealshake
  3. Performance Drink 
ketiga-tiga suppliment ini dapat memberikan tenaga tambahan kepada anda sepanjang hari walaupun sedang berpuasa dan melakukan kerja-kerja berat.. ibu menyusu dan mengandung juga digalakkan mengamalkan supliment ini semasa berpuasa kerana dapat mengelak daripada badan terhidrat pada waktu siang..

semasa bersahur ramai antara kita yang akan mengambil makanan berat seperti nasi...namun nasi juga tidak dapat membekalkan tenaga kepada kita sepanjang hari..ibu yang menyusukan bayi akan kerap berasa dahaga dan lapar..mungkin juga pada awal2 bulan puasa ramai yg akan bangun untuk makan sahur namun apabila masuk pertengahan mereka akan skip sahur dan tidak berselera untuk makan waktu tersebut..

Dengan set ini waktu sahur anda akan jadi lebih mudah dan ringkas... untuk kelihatan lebih bertenaga sepanjang hari anda bole mencuba resepi ini sebagai menu sahur anda..

  • ESP + Mealshakes + kurma @ 
  • Kurma + ESP + Mealshakes + susu segar
campurkan bahan-bahan di atas dan kisar.. minum pada waktu sahur.. ini akan membuat anda tidak berasa lapar dalam tempoh masa yang agak lama kerana terdapat serat yang berupaya memanjangkan waktu kekalan makanan dalam bahagian perut. antara fungsi serat :
  • mengelakkan kanser usus
  • kurangkan tahap kolesterol
  • keluarkan racun dari badan dgn mempercepatkan proses pembuangan najis
  • mengurangkan gula dalam darah
  • baik untuk proses pelangsingan badan kerana serat akan berada lama dalam perut dan memberi rasa kenyang
  • menggalakkan bakteria baik dalam usus besar
  • kurangkan sembelit
performance drink berupaya menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk kegiatan harian anda. juga dapat membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan. memelihara paras gula dalam darah.

 bole diminum seisi keluarga...
berminat untuk dapatkan set berpuasa ini atau vitamin2 lain daripada shaklee??? @ ingin mendapatkan maklumat lanjut bole PM atau whtsapp saya 0126602016..

jom kekal bertenaga dan ceria sepanjang ramadhan kali ini...

#sayajualshaklee..

ESP Soy Protein Isolate Powder

assalamualaikum...

selamat pg dan salam sejahtera pd semua yg bace ataupun terbace atau mmg sengaje nk bace blog ni...hehe

berpagi-pagian arini kita nk borak2 skit pasal produk shaklee..arini kita cite pasal ESP atau nama panjangnye Energyzing Soy Protein..rasenye ramai kot yg penah dengar pasal ESP sane..ESP sini...kn kn..

ESP ni sumber protein yg lengkap daripada tumbuh-tumbuhan yg semulajadinya mmg rendah lemak, tkde kolesterol dan banyak asid amino penting..

> dihasilkan drpd tumbuhan berkualiti tinggi - 14g protein soya
                                                                          - 500mg kalsium

> baik tuk jantung, bantu kekalkan otot, perbaiki tisu dan teraturkan fungsi enzim dan hormon

> indeks glisemik yg rendah - kawal dan kekalkan paras gula dalam darah normal

> bantu sokong sistem imun, normalkan tahap kolesterol, galakkan kesihatan prostat dan jantung.


ESP dari sumber soya kn.. ramai org kate soya ni tk elok..buat kulit jd sensitif la..kurangkan kualiti sperma bg lelaki la..klau mengandung byk minum soya nant kulit baby jd sensitif susah nk jge..

tp ESP ni lain daripada soya2 yg jual kt pasaraya or kedai2 tu..nk tau ape yg lain?jom kite intai2 kt bawah ni...

  • non GMO soya
  • basuh tak menggunakan alkohol
  • diproses guna suhu sederhana jadi enzim tk musnah
  • soya berkualiti tinggi








ni antara keistimewaan ESP 





kt bawah ni plk testimoni customer yg telah mengambil ESP sbg suppliment tambahan harian beliau..


 

 berminat nk consume ESP dalam diet harian anda???

Pm/whtsapp sy...fatiha - 0126602016

********kini anda bole order sendiri terus kpd shaklee..
Nk bli klik ----->  Nak beli ESP

Saya Pengedar Sah Shaklee Anda

seperti tajuk di atas...hehe..
ceh..

siapa2 yg nk try supplimen shaklee or order shaklee bole pm/whtsapp sy ye..
mcm2 set ade..mcm2 kebaikan ade..
free konsultasi..
anda bg bajet anda dan kami cadangkn yg bersesuaian dan yg terbaik..
shaklee adalah supplimen yg selamat tanpa bahan kimia dan sesuai untuk semua peringkat masyarakat..
pm @ariefatiha
whtsapp 0126602016
jom like @BondaSeri
#jomordershaklee
#jomsihatdenganshaklee


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...