Thursday, April 23, 2015

Benarkah Produk Shaklee Semulajadi Dan Bukan Vitamin Sintetik?

Benarkah Produk Shaklee Semulajadi Dan Bukan Vitamin Sintetik? Bagaimana Yang Dikatakan Semulajadi dan Sintetik?


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Hari ni nak cerita pasal shaklee lagi...Bukan nak promosi je tapi nak sharing juga dengan korang semua..

Korang tau tak semua vitamin shaklee ni dihasilkan secara semulajadi.. Mungkin ada yang tau dan ada yang tak tahu.. 

" Semulajadi bagaimana yang dimaksudkan tu sebab semua vitamin kan melalui proses tertentu untuk dihasilkan?"

Mesti korang tertanya-tanya pasal ni kan..Sebab dulu pun saya ajukan soalan macam ni..Macammana yang dikatakan semulajadi sedangkan ianya diproses.. Tapi sekarang baru saya faham.. Mari saya terangkan pada korang.

Vitamin shaklee adalah semulajadi kerana ia diekstrak menggunakan bahan-bahan semulajadi daripada sumber tumbuhan dan mineral asli. Manakala vitamin sintetik pula dihasilkan dari proses tindakbalas bahan bukan makanan seperti arang batu dan tar..

Vitamin shaklee ni 100% selamat dan berkesan.. Semuanya diekstrak daripada bahan semulajadi.. Tak gunakan sebarang bahan kimia dan dadah..

Korang tau tak shaklee ada ladang sendiri tau..shaklee ambil berat setiap produk dia..Daripada benih sehingga diproses menjadi produk seperti sekarang.. Semuanya semulajadi tanpa bahan sintetik pun..

Shaklee juga upah berpuluh-puluh saintis untuk satu-satu produk dan beratus-ratus ujian dijalankan sebelum produk tu diluluskan..Tengok betapa telitinya shaklee... Sebab tu Shaklee ni boleh tahan sampai sekarang..Da nak masuk 60 tahun dah..


Kenapa Kita Perlukan Makanan Tambahan?


Ramai orang yang saya jumpa selalu kata

" Buat apa makan supplimen-suplimen bagai.. Makan je makanan yang kita masak tu..lagi banyak vitamin kat situ..Lagi semulajadi.."

Sangat ramai orang yang begini termasuk la suami saya...

Ye..Memang betul..Makanan yang terbaik adalah makanan yang sebenar atau real food. Korang tak perlu ambil apa-apa supplimen jika korang yakin dan boleh jamin badan korang dapat serap semua nutrisi dalam makanan yang korang makan..

Dengan keadaan sekarang yang banyak fast food dan makanan untuk kenyang sahaja, supplimen sangat diperlukan oleh badan korang untuk isi mana-mana vitamin yang kurang..

Rasanya ramai juga sekarang ni yang berkira-kira untuk beli real food sebab ianya lebih mahal berbanding fast food.. Kalau kita yakin kita boleh jaga pemakanan kita dan makan dengan sihat, maka kita tak perlukan apa-apa suplimen pun..

bergantung juga dengan gaya hidup kita.. Kadang kita tak punya cukup masa nak masak menu sihat dan adakalanya kita letih bekerja dan lupa masa makan.. Jadi macam mana badan kita nak dapatkan nutrisi ini? Nak taknak perlu kepada makanan tambahan juga...

Tapi perlu kita perlu waspada dalam pengambilan suplimen ni..Pastikan kita tau dari mana datangnya vitamin yang kita ambil itu.. Pastikan ianya semulajadi, selamat dan berkesan untuk kita..suplimen daripada bahan sintetik boleh menyebabkan kerosakan pada organ dalaman kita..

Berhati-hati memilih makanan tambahan anda...Selamat memilih ye....

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi
Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Friday, April 17, 2015

Mudahnya Memulakan Bisness Dengan Shaklee

Mudahnya Memulakan Bisness Dengan Shaklee | Kenapa Saya Pilih Mulakan Bisness Dengan Shaklee | Bisness Pertama Saya


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sebelum ni dah cerita dengan korang apa kelebihan daftar sebagai ahli shaklee kan.. Seronok kan? Banyak manfaat yang ada.. Sekarang nak cerita pulak sebab apa saya mulakan bisness ni dan kenapa saya pilih nak mulakan dengan shaklee tapi tak dengan bisness-bisness lain..

Saya jadi surirumah lepas anak saya yang pertama lahir.. Time tu memang tekad nak jaga anak sendiri sebab bayar pengasuh pun mahal, lepas tu banyak kes pulak..Lagipun kalau kira kos yang keluar kalau saya kerja lagi banyak daripada kalau saya jadi surirumah..Gaji abis untuk pengasuh, makan minum, transport, lain-lain hutang je...

Jadinya sebulan sebelum saya bersalin, saya dah berhenti kerja... Mulalah rutin sebagai surirumah sepenuh masa.. Dengan anak sorang gaji suami masih lagi cukup.. Saya masih dalam comfort zone yang tak berapa nak comfort sangat la... Kewangan sume bergantung pada suami sepenuhnya.. Hutang PTPTN masih belum dapat saya bayar kerana saya tiada pendapatan...

setahun lebih selepas tu saya pregnant anak kedua.. Masa ni kewangan dah mula semput..Saya mula ajar anak tinggalkan pampers sebab nanti adik lahir bole la jimat pampers.. Dengan ekonomi yang tak stabil sekarang..Terpaksa ikat keinginan sikit.. Kadang-kadang sampai keperluan pun terikat sama..

Masa tu mula la nak kerja semula..Tapi bila fikir suami kerja pagi balik tak tentu masa dan selalunya lewat malam. Kadang tak jumpa anak.. Bayangkan kalau saya pun kerja juga?? Kesian anak-anak bila ibu bapa takda masa untuk mereka.. Dari situ mula la saya tinjau-tinjau kerja dari rumah.. Banyak juga yang saya list kan antaranya shaklee, tupperware, pengurusan email, dropship produk kecantikan..

Saya pun carik info tentang kerjaya di atas...Masa ni la saya jumpa mummy fuzza, upline saya sekarang...entah apa la yang dia tiup pada saya sehingga saya tertarik nak masuk ahli shaklee...Hehehe...Skrg baru tau apa yang mummy tiup kt saya dulu...Ya Wahhab mungkin... Sebelum tu saya istikharah untuk tengok hati saya lebih cenderung kepada yang mana..Dan tiap hari sentiasa shaklee dalam fikiran saya...Mungkin ini jalan yang Allah nak tunjuk. DIA lorongkan hati saya untuk daftar ahli dan mulakan bisnes ni..

Sehingga hari ini saya masih lagi belajar untuk bisness kesayangan saya ni..Dan harapan saya untuk terus maju demi suami, anak-anak, keluarga dan orang ramai... Shaklee ni bukan bisness semata-mata..Bukan jual dan untung sahaja..Tapi niat untuk bantu mereka yang hadapi masalah untuk hidup dengan lebih sihat..Insha Allah....




Kenapa Saya Pilih Shaklee Sebagai Bisness Pilihan Saya?


Shaklee ni bisness legasi yang boleh diwariskan kepada anak-anak bila kita dah takda nanti.. Dalam bisness ni kita adalah CEO bagi diri kita sendiri..Bukan orang lain.. Jika kita nak berjaya, maka kita perlu berusaha..

Kenapa saya pilih shaklee? Jom tengok sebabnya...

1. Bayaran pendaftaran ahli yang rendah dan tak perlukan modal untuk mulakan bisness anda..

- macam yang korang baca kat atas tadi, saya ni seorang surirumah. Jadi saya takda gaji. Saya perlu carik satu bisness yang perlukan modal yang kecil.. kebanyakan bisness lain perlukan modal yang besar. Yuran pendaftaran shaklee pada masa tu hanya RM 65 + RM 10 ( postage tuk membership kit) untuk seumur hidup..

- shaklee juga tak perlukan modal untuk anda mulakan bisness..Customer beli dan bank in duit kepada kita baru kita order barang...Tak perlu simpan stok beribu-ribu yang akhirnya akan menyusahkan diri sendiri...

2. Pembelian produk dan pembayaran semuanya di atas talian (online)

- tak perlu untuk pergi ke HQ atau branch shaklee untuk order produk..Boleh shopping online dan pembayaran boleh melalui kad debit dan kad kredit.. Mudah sangat.. Sesuai untuk saya yang takda transport dan tak pandai drive ni..

3. Penghantaran terus oleh pihak shaklee

- ni pun bagi benefit pada saya yang tak pandai drive...Once customer dah bayar kita, kita order produk dan shaklee yang akan uruskan penghantaran barang tersebut ke alamat customer..

- kalau kita nak pos sendiri pun bole..Ikut mana yang kita selesa la..Dengan keadaan saya ni lagi selesa shaklee yang uruskan..Tak perlu nak bersesak-sesak dekat pos office, nk bungkus barang dengan anak-anak lagi..Bagi yang ada masa bole la pos sendiri.. Bole selitkan bisness card atau gift pada customer..

4. Dapat cash bonus

- haa...Ni yang best..Ada cash bonus...Kalau makan sendiri je, supplimen dapat duit pun dapat..siapa nak bagi kan? Kalau buat bisness kita dapat untung runcit dan akan dapat cash bonus juga tiap-tiap bulan..Orang lain tengah bulan je sesak sementara nk tunggu gaji hujung bulan..Tapi warga shaklee tak perlu risau..


Itulah antara sebab-sebab saya pilih shaklee sebagai bisness saya... Produk-produk shaklee semuanya adalah halal dan barangan yang baik dan tak mendatangkan mudarat..Insha Allah.. Sistem bisness ni pun menepati syariah..Based on jual produk bukan carik kaki..Dalam kelas-kelasnya pun banyak di ajar macam mana nak jual produk..Anda buat anda dapat...

Oklah..Itu sahaja buat masa ni..Nanti saya sharekan lagi dengan korang ye...Oh..Kalau korang berminat nak join ahli boleh isi form kat bawah ni ye...


JANA INCOME DARI RUMAH SAMBIL LAYAN ANAK

dan kalau nak order produk atau nk info atau ada masalah bole hubungi saya, fatiha - 0126602016


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri 

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

Monday, April 13, 2015

Berkesankah Pil Kalsium Yang Anda Ambil?

Berkesankah Pil Kalsium Yang Anda Ambil? | Ciri-Ciri Pil Kalsium Yang Terbaik Dan Berkesan | Tanda-Tanda anda Kekurangan Kalsium


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah..Hari ini dapat kembali bersiaran..Lama sangat menyepi dah ni..

Okay....
Hari ni nak cerita tentang kalsium.. Selalu bila sebut kalsium je mesti orang akan terfikir susu kan...Takpun keju..Atau calciyum macam dalam iklan tv tu.. Kalsium ni sangat diperlukan oleh badan kita untuk kesihatan tulang dan gigi serta saraf dan otot..

Tapi hari ni bukan nak cerita pasal susu ke, keju ke, calciyum ke...Tapi nak cerita pasal pil kalsium.. Siapa pernah ambil pil kalsium? Biasanya yang ambil pil kalsium ni adalah mereka-mereka yang tak boleh nk telan susu..Selalu terjadi pada wanita hamil...Kadang-kadang tak boleh minum susu sebab alahan..Sebelum hamil suka minum susu tapi bila hamil muntah pulak bila nampak susu..

Jadi bagi mengelakkan wanita-wanita ini kekurangan kalsium sebab kalsium yang dia ada akan ditarik oleh janin untuk pertumbuhan, pil kalsium adalah alternatif lain selain susu...Tapi biasanya doktor hanya suruh minum susu je sehari 2 kali...Dan tak bekalkan pil kalsium..Kalau nak kena beli sendiri...

Bahaya ke kalau kurang kalsium ni? Ha...Nak tau bahaya ke tak jom baca kat bawah ni ye..


Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium Dalam Badan

Di bawah ni saya senaraikan tanda-tanda yang boleh berlaku jika kekurangan kalsium dalam badan kita.. Nanti kita jawab sama-sama bahaya atau tidak...

Tanda-tanda anda hadapi masalah kurang kalsium dalam badan adalah :

  • sakit belakang/ sakit pinggang
  • mudah marah 
  • kerap lupa
  • murung
  • sembelit
  • letih dan cepat penat
  • jari bergetar/menggigil
  • kulit kering/ tumit pecah dan keras
  • kuku rapuh
  • kejang kaki/ sakit kaki bila berjalan atau berdiri
  • sukar bangun tidur
  • senggugut dan masalah PMS
Ini antara yang tersenarai...Agak-agak korang la kan bahaya tak? 

Ya...Bahaya...

Ada persoalan lain....Pil kalsium ni berkesan ke?selamat ke? betul ke ambil pil kalsium boleh jadi sembelit?macammana nak pastikan pil kalsium yang terbaik..

Ciri-Ciri Pil Kalsium Yang Terbaik Dan Berkesan



Banyak betul soalan ni..Mari kita jawab satu-satu ye..

* ada yang bertanya saya makan pil kalsium tak sembelit ke? betulkah makan pil kalsium boleh jadi sembelit?

Ya..Memang akan jadi sembelit jika kandungannya hanya kalsium semata-mata. Perlu ada bahan lain untuk membantu mencegah sembelit..

* berkesan ke pil kalsium ni? Dan selamat ke?

Bergantung pada pil kalsium yang anda ambil..Jadi sebelum pilih kaji dulu pastikan ia betul-betul berkesan dan selamat..

Pil kalsium yang paling baik adalah apabila kalsium dapat diserap 100% ke dalam badan..

Ada ke pil kalsium yang dapat serap kalsium sebanyak itu?

Ya..Pastinya ada...Untuk penyerapan yang baik perlu ada bantuan daripada bahan-bahan ini...

  • Magnesium
  • Vitamin D
  • Boron
  • Mangan
  • Tembaga
  • Zink
Bahan-bahan ini penting dalam metabolism, penyerapan, pengangkutan dan pembinaan kepadatan tulang..

Cuba cek pil kalsium yang anda ambil..Ada tak bahan di atas? Kalau ada TAHNIAH anda dah pilih pil kalsium yang betul dan berkesan..Dan pastikan daripada bahan semulajadi supaya ia selamat...

Pil Kalsium Terbaik, Berkesan Dan Selamat Pilihan Saya


taa daaa...

Pil kalsium shaklee ---------> OsteMatrix

Bukan sebab saya jual jadi saya pilih ostematrix tapi sebab keberkesanan dan kebaikan yang ada pada ostematrik ni..Yang pasti selamat..

Ostematrix ni juga mudah larut dalam air dan mudah dicerna. Mineral yang mudah larut akan mudah diserap oleh badan..

Ostematrix ni pun baik untuk mengurangkan gastrik, bantu elak sembelit, kurangkan sakit kepala/ migrain, bantu atasi masalah PMS/ senggugut dan menstabilkan tekanan darah serta kurangkan stress...

Banyak lagi manfaat dan keistimewaan ostematrix shaklee ni...Korang boleh la baca entry saya pasal ostematrix ni..Tak rugi...Memang berbaloi-baloi....


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!! 

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit*** 

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...