Monday, July 6, 2015

Mewujudkan Suasana Tidur Yang Lebih Selamat Kepada Bayi

Mewujudkan Suasana Tidur Yang Lebih Selamat Kepada Bayi | Langkah Mengelakkan Bahaya Ketika Bayi Tidur


Assalamualaikum....

Salam 19 ramadan....kejap je rasanya dah nak masuk 10 malam terakhir ramadan...macam mana puasa korang?

Korang pernah dengar tak kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS)? Kerap berlaku kepada bayi bawah umur setahun...Selalunya bayi kelihatan sihat pada awalnya dan tanpa disangka mereka ditemui mati di tempat tidur.

Selalunya selain masalah kesihatan, kelalaian ibu bapa juga antara penyumbang masalah ini... kadang- kadang kat tempat tidur banyak bantal dan selimut. Bayi tak boleh alihkan bantal atau selimut yang menutupi muka mereka sendiri..hal ni boleh menyebabkan mereka lemas..

Sebelum perkara buruk berlaku eloklah kita mengambil langkah-langkah keselamatan di tempat tidur bayi... nanti kalau dah berlaku kita juga yang menyesal tak sudah..

15 Langkah-Langkah Bagi Wujudkan Suasana Tidur Yang Lebih Selamat



  1. Pastikan tempat tidur anak korang selamat. Tak kisah cantik atau tak yang paling penting ianya selamat untuk bayi
  2. Tidurkan anak secara telentang, bukan meniarap atau mengiring.
  3. Pastikan muka bayi tidak ditutupi sesuatu macam selimut, bantal atau mainan
  4. Elakkan bayi terdedah dengan asap rokok sejak dalam kandungan sehingga lahir
  5. Tidurkan bayi dalam bilik anda atau bersama anda pada usia 6 hingga 12 bulan pertama
  6. Jika bayi tidur dalam kot, pastikan kakinya berada dihujung kot. Pastikan selimut diselit pada tilam..
  7. Pilih kot dengan bidai yang tinggi bagi mengelak bayi memanjat keluar. Letak kot jauh dari tingkap dan sinaran matahari
  8. Jika bayi dah pandai berdiri, alihkan semua mainan yang digantung pada kot
  9. Pastikan tilam tak terlalu lembut supaya apabila bayi meniarap dia tak mudah lemas
  10. Tidur tanpa guna bantal
  11. Pastikan korang tidak biarkan bayi tidur sambil menghisap botol bagi mengelak bayi tersedak susu dan sukar bernafas
  12. semasa korang menyusukan bayi dengan susu badan, pastikan korang sentiasa peka dengan bayi korang
  13. Pastikan hiasan pada katil tidak berlebihan. Elakkan tali berjuntai bagi mengelak risiko terbelit pada bayi
  14. Pakaikan pakaian malam yang sesuai supaya tak perlu selimutkan bayi
  15. Pastikan pakaian bayi tidak bertali, bereben atau seluar yang terlalu panjang

Bayi kita masih kecil dan mereka tidak dapat kawal situasi tidur mereka. Mereka tak faham lagi apa itu bahaya dan tak tak dapat elak diri daripada bahaya..

Semoga info kat atas ni bermanfaat la untuk korang ye...kita berusaha selagi termampu...

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...