Mitos Berkaitan Kehamilan | Benar-Benar Mitos Atau Ada Kebenarannya?
Assalamualaikum...
Masa kita hamil, kita sering dengar orang cakap itulah...inilah...kadang-kadang tak logik pun kan.. ada macam-macam mitos yang kita dengar kan..tapi betul ke semua tu mitos je? Atau memang ada kebenarannya..
Mitos ni kadang-kadang ada kebenarannya.. mari baca perkongsian saya ni...semoga dapat memberi korang lebih informasi...
Tips Kehamilan : Benar atau Mitos
1. Waspada kafein
- teh dan kopi selamat diminum tetapi tidak boleh diambil lebih daripada 300mg kafein sehari bersamaan dengan 3 cawan kopi, 6 cawan teh dan 8 tin kola
2. Elak makan makanan pedas
- selamat ambil makanan pedas semasa hamil tetapi kalau terlalu pedas akan buat korang rasa tak selesa lebih-lebih lagi pada akhir kehamilan
- boleh juga sebabkan pedih ulu hati
3. Jauhi mentega kacang
- dipercayai jika banyak makan kacang tanah sepanjang kehamilan bayi yang bakal lahir akan alah kepada kacang tanah
- kemungkinan bayi dapat alahan lagi tinggi jika ada ahli keluarga yang juga alah dengan kacang tanah
4. Jangan guna coli berdawai
- perubahan payudara berlaku sepanjang kehamilan
- jika berlaku tekanan pada tisu payudara, boleh menyebabkan payudara sakit dan tersumbat
- lebih baik pakai coli khas untuk ibu hamil, lebih selesa dipakai untuk tampung saiz payudara ketika hamil
5. Awasi penggunaan aromaterapi
- sesetengahnya berguna semasa hamil untuk beri ketenangan
- tapi ada juga yang boleh datangkan mudarat
- jadi kalau korang nak gunakan aromaterapi, lebih baik tanya pada doktor pakai dahulu atau gunakan aromaterapi yang diakui selamat untuk ibu hamil
6. Tidak boleh jakuzi
- mandi air panas, jakuzi dan sauna tidak digalakkan ketika hamil kerana bayi akan merasa panas
- semasa mandi pastikan kepanasan air yang digunakan tak melebihi suhu badan
7. Tidak boleh mengecat
- kandungan dalam cat boleh bahayakan bayi jika kerap terdedah kepadanya
8. Tidak boleh naik kapal terbang
- usia kandungan 8bulan masih selamat untuk naik kapal terbang
- tapi kebanyakan syarikat penerbangan tidak benarkan ibu hamil trimester ke-3 naik kapal terbang..
- jadi kalau korang nak naik juga perlu semak dengan syarikat penerbangan dulu..
Semoga perkongsian kali ni bermanfaat untuk korang....
***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi
Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri
Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil
"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
Betul bau cat tu kuat. Dari bau tu pun dah rasa macam tak sihat dibuatnya.
ReplyDelete