Wednesday, July 8, 2015

Panduan Berjimat Pada Musim Perayaan

Panduan Berjimat Pada Musim Perayaan


Assalamualaikum...

Tak lama lagi kita dah nak menyambut hari raya kan...mesti banyak keluar duit kan.. hari ni saya nak share dengan korang macam mana kita boleh berjimat semasa musim perayaan..

Mari lihat panduan di bawah

9 Panduan Berjimat Semasa Musim Perayaan


a. Buat sendiri berbanding beli

- buat sendiri juadah hari raya korang lebih jimat berbanding beli. Biasanya sebab masa terhad ramai yang memilih untuk membeli atau menempah sahaja ketupat, lemang, nasi impit dan kuih

b. Amalkan sistem giliran

- amalkan sistem giliran untuk pulang berhari raya jika jarak antara kampung korang dan suami jauh. Ia dapat menjimatkan kos petrol dan tol. Kalau jarak dekat tak jadi masalah...

c. Singkatkan masa bercuti

- gunakan masa cuti untuk berhari raya dan mengunjungi sanak saudara. Ramai juga yang plan untuk bercuti.. ini menambahkan lagi perbelanjaan korang

d. Masak dalam kuantiti yang kecil

- selalunya ibu gemar masak dalam kuantiti yang besar kerana bimbang tak cukup juadah untuk hidangan tetamu. Tak perlu makanan yang banyak, memadai untuk isi perut sahaja. tetamu berkunjung bukan hanya untuk makan sahaja.

e. Wang raya sekadar termampu

- amalan bersedekah digalakkan, berilah ikut kemampuan kita. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk. Yang penting biarlah ikhlas

f. Hadkan pembelian kuih raya
- biasanya orang gemar beli kuih yang dah siap..mesti korang rambang mata kalau nak pilih kuih raya yang banyak kat pasaran sekarang ni kan...kawal nafsu anda...beli secukupnya sahaja jangan berlebihan pula

g. Rancang perjalanan

- rancang perjalanan anda semasa menziarah sanak saudara...lebih jauh perjalanan semakin banyak petrol untuk kereta korang... kunjungi saudara mara yang dekat dulu sebelum mengunjungi saudara yang lebih jauh

h. Guna semula

- guna semula langsir, alas meja, bekas kuih dan pinggan mangkuk yang sedia ada.. tak perlu bazirkan wang korang untuk beli yang lain setiap kali hari raya

i. Bancuh sendiri

- lebih baik korang bancuh sendiri minuman untuk tetamu berbanding korang hidangkan air bikarbonat. Ini lebih menjimatkan

Selamat mengurus kewangan korang menjelang hari raya yang bakal tiba tak lama lagi...semoga panduan di atas bermanfaat untuk korang..

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...