Friday, October 17, 2014

Zikir :: Amalan Mudah Menjemput Rezeki


Zikir Menjemput Rezeki Yang Berkat

Zikir adalah satu amalan yang amat baik dan mudah namun begitu susah untuk diamalkan. Zikir boleh jadi terapi kepada hati-hati dan jiwa-jiwa yang sakit. Selain itu amalan zikir juga merupakan satu usaha yang boleh kita lakukan untuk memohon rezeki daripada Allah...

Rezeki bukan hanya duit yang banyak, harta kekayaan, malah boleh jadi Allah turunkan rezeki kepada kita dalam bentuk yang lain. Kesihatan yang baik, anak yang ramai, isteri yang solehah, hati yang tenang dan macam-macam bentuk lagi.

zikir juga tanda kita bersyukur dengan rezeki kurniaan Allah. Jadi bila kita bersyukur dengan cara sentiasa berziki, Inshaa Allah, pintu rezeki kita akan sentiasa terbuka. Jom lihat antara zikir-zikir amalan bagi menjemput rezeki..

Tujuh Zikir Pembuka Pintu Rezeki

Di sini saya kongsikan 7 zikir yang jika kita amalkan boleh membantu kita menjemput rezeki sekaligus menjadikan rezeki itu berkat..Insha Allah...

  • Membaca La hawla wala quwata illa billah
" Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyakkan membaca La hawla wala quwata illa billah" (hadis riwayat At-Tabrani)


  • Membaca La illaha illallahul Malikul Haqqul Mubin
Barangsiapa setiap hari membaca La illaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur (HR Abu Nu'aim dan ad Dailami)

  • Membaca Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil adziim
Dari setiap kalimat itu setiap malaikat yang bertasbih kepada Allah sampai ke hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu (HR Al-Mustagfiri dalam Ad-Da'awat)

  • Membaca surah Al-Ikhlas
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR At- Tabrani)

  • Membaca  surah Al- Waqiah
Barangsiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam Maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup (HR Al- Baihaqi dalam Syu'ab Al-Imam 

  • Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
Dari Umar Al Khattab dari Nabi S.A.W bersabda : Barangsiapa berselawat kepadku dengan satu kali selawat maka Allah akan membalasnya dengan 10 kali selawat dan mengangkatnya 10 darjat (HR Imam bukhari)

  • Melazimkan beristighfar
Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkannya dari segala kesusahan dan memberi rezeki dari arah yang tidak diduga-duga ( HR Ahmad, Abu dawud dan Ibn Majah)


Doa murah rezeki


Ya Allah berikanlah kami rezeki yang luas
Yang halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada dibumi keluarkanlah
Jika jauh dekatkanlah
Jika susah mudahkan lah
Jika sedikit maka banyakkan lah
Jika banyak berkatilah agar kami dapat menolong anak yatim, fakir miskin dan mereka yang dalam kesusahan.

Ya Allah kabulkanlah doa kami...
Aamiin...Aamiin...Ya Robbal 'aalamiin..

Jom sama-sama kita amalkan...Moga bermanfaat

DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

 ***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

 Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

 Hubungi Fatiha (SID : 1150701) sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com.
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Area Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil...

 "ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

2 comments:

  1. Zikir akan menjemput rezeki. Berzikirla kita tidak kira kita dimana sahaja.

    ReplyDelete
  2. tq Bonda.... sambil2 berblog.....berbisnes..... dapat jugak pahala berkongsi dengan orang kan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...