Tuesday, July 7, 2015

Sebarkan Kasih Sayang Kepada Bayi anda Dengan Urutan

Sebarkan Kasih Sayang Kepada Bayi anda Dengan Urutan | Teknik Urutan Bayi | Kepentingan Urutan Kepada Bayi


Assalamualaikum....

Urutan pada bayi bukan sahaja melegakan fizikal dan beri keselesaan emosi bayi, malah ia mampu mengeratkan kasih sayang antara ibubapa dan anak. Penting urutan ni...jadi luangkanlah masa anda untuk mengurut bayi anda...

Korang boleh cuba teknik urutan di bawah ni..

8 Teknik Urutan Bayi


1. Titiskan minyak bayi pada tapak tangan korang dan gosok kedua-dua belah tapak tangan

2. Pegang kepala bayi dengan kedua-dua tapak tangan korang. Gunakan kedua-dua belah ibu jari dan urut lembut di antara bahagian  bibir dan hidung ke arah ke luar dan dalam berulang-ulang

3. Letak tangan korang pada dada anak, urut lembut dan gunakan ibu jari untuk menekan lembut. Lakukan gerakan perlahan berbentuk hati dan tolak ke tengah dada. Ulang beberapa kali

4. Langkah seterusnya :

     a. Bermula dari tulang rusuk, urut dan lakukan bentuk 'I' ke pinggang

      b. Lakukan gerakan berbentuk 'L' dari kiri ke kanan

      c. Lakukan gerakan atas ke bawah berbentuk 'U' dari kiri ke kanan

5. Letak tangan korang pada bahagian perut dengan tapak tangan kiri menghala ke dalam sementara tapak tangan kanan menghala ke luar. Tekan perut anak dengab kedua- dua tangan secara perlahan dan gerakkan ke bawah secara serentak. Ulang beberapa kali.

6. Genggam lembut pergelangan tangan anak sementara tangan yang sebelah lagi mengurut lembut dari atas ke bawah. Ulang beberapa kali. Gerakan ini dinamakan 'indian miking'

7. Urut lembut tapak kaki bayi menggunakan ibu jari. Urut dari hujung tumit ke hujung jari. Ulang beberapa kali.

8. Dalam kedudukan bayi meniarap, gunakan hujung jari korang untuk mengurut dengan cara membuat bulatan kecil. Urut lembut sehingga ke bawah dan naik ke atas hingga ke bahu


Kepentingan Urutan Kepada Bayi

Urutan ini penting dan patut dijadikan sebagai rutin harian kerana:

- meningkatkan berat badan bayi sebanyak 47 peratus
- membantu menguatkan sistem imunisasi badan
- merangsang perkembangan dan kebolehan bayi seperti cepat berjalan
- membantu perkembangan emosi kerana bayi akan rasa dilindungi, yakin dan berdikari
- membantu bayi tidur lebih lama dan lena
- mengurangkan masalah kembung perut dan lancarkan proses penghadaman
- mengeratkan hubungan ibu dan anak


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"

1 comment:

  1. Bagi ibu2 selalu lah membuat urutan Kepada Bayi anda kerana dengan itu ia dapat mewujudkan bonding Kepada Ibu Dan anak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...