Thursday, January 29, 2015

Sebab Dan Simptom Penyakit Kekurangan Darah Kuning

Sebab Dan Simptom Penyakit Kekurangan Darah Kuning | Idiopathic Thrombocytopenic Purpura (ITP) | Apa Itu Sel Darah Kuning Dan ITP?


Assalamualaikum dan salam sejahtera korang...

Baru-baru ni ade seorang rakan saya yang anaknya terpaksa di tahan di wad hospital kerana dikesan menghidap penyakit kurang darah kuning atau ITP..Korang tau ape tu darah kuning? Selalu yang kita tau darah merah dengan putih je kan, mana pulak datang darah kuning..Saya tau darah kuning sebab dulu ada la belajar sikit-sikit..Tapi tak berapa ingat dan tak tau pasal penyakit ITP ni..

Jadinya, saya pun google la info pasal penyakit kurang darah kuning ni..Kesian dan sedih jugak tengok anak rakan saya ni sebab masih bayi dan belum pun genap setahun umurnya.. hasil daripada google tadi terjumpa lah saya dengan info ini..Saya share kat sini untuk korang info tentang penyakit kurang sel darah kuning dan kalau korang nak tau lebih lanjut boleh berkunjung ke blog beliau..Dah kredit kat bawah ye...

Dalam tubuh kita ni terdapat sel darah yang terdiri daripada sel darah merah, sel darah putih dan sel darah kuning juga dikenali sebagai platlet..Siapa yang belajar sains mesti ingatkan..Cuma lupa..ITP tu penyakit apa pulak kan..ITP tu sejenis penyakit gangguan terhadap pendarahan, sistem imun badan mengesan platlet atau sel darah kuning sebagai benda asing dan bertindak memusnahkan sel darah tersebut.

Sel darah kuning ni penting dalam proses pembekuan darah dengan sempurna. Jika sel ni dimusnahkan oleh sistem imun badan, menyebabkan proses pembekuan darah terganggu dan menyebabkan darah tidak dapat membeku dengan sempurna.

Penyakit Kurang Darah Kuning.

Sebab Dan Punca Berlaku Kekurangan Darah Kuning


ITP berlaku apabila sistem imun yang berfungsi sebagai pertahanan badan daripada penyakit menghasilkan antibodi dan menempel pada platlet. Limpa akan menyerang dan memusnahkan sel darah kuning dan sel yang menghasilkan platlet kerana menyangka ia adalah benda asing. Platlet akan terus dimusnahkan sehingga jumlah platlet berkurang.

jika platlet kurang, proses pembekuan darah menjadi tidak sempurna menyebabkan pesakit cenderung untuk alami lebam kerana berlaku pendarahan pada bawah kulit, pendarahan mukosa dan jika tidak dirawat boleh menyebabkan pendarahan dalam tengkorak secara tiba-tiba.

penyakit ini jarang berlaku tetapi sangat bahaya kerana boleh menyebabkan pendarahan yang berterusan. wanita lebih kerap dikesan menghidap penyakit ini berbanding lelaki. penyakit ini berlaku pada kanak-kanak disebabkan oleh jangkitan virus seperti demam, selsema dan batuk. kerap terjadi kepada orang dewasa yang mempunyai masalah sakit kronik dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu dalam jangkamasa panjang.
 

Simptom-Simptom Kekurangan Darah Kuning



Antara tanda yang dikesan pada pesakit yang kekurangan sel darah kuning adalah :
  1. darah haid yang luar biasa
  2. pendarahan dalam kulit menyebabkan ruam kulit ( bintik merah pada kulit )
  3. tompok kemerahan pada  kulit ( kadang kala rasa gatal )
  4. mudah terjadi lebam pada badan lebih-lebih lagi jika jatuh atau terlanggar sesuatu
  5. pendarahan pada rongga hidung atau dalam mulut

haa..ni antara info yang saya dapat..anak rakan saya tu  selsema dan batuk 2 minggu..bawak pegi hospital cek darah memang sangat rendah platlet dia..terus admit ke wad..sekarang pun masih turun naik lagi platlet dia..kena kerap jumpa pakar..mohon korang yang baca entry ni doakan kesembuhan anak rakan saya ye..


========================================================================
Read more: http://kamalmustafa.com/penyakit-kurang-darah-kuning.html#ixzz3Q0fqYfGw
========================================================================




DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut :

Hubungi Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016
Email::fariz3003@gmail.com
Pages : https://www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM75 SAHAJA"

3 comments:

  1. Anak aktif tapi platlet sentiasa rendah, selalu masuk wad n setiasa jumpa doc pakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak puan demam² tak? anak saya kena refer pakar abb platelet dia sampai 900+ tapi anak saya alhamdulillah tak demam..mcm baby biasa

      Delete
  2. sekrang pun saya msih jmpe dr pakar disbbkn platelet rendah. still bawah 100, punca nya smpai skrg tktahu. bole thu cara nk pulihkan nya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...