Sunday, July 5, 2015

Jadikan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Makanan Kesukaan Anak-Anak

Jadikan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran Makanan Kesukaan Anak-Anak | Bantu Anak Makan Sayur Dan Buah | Pastikan Anak Selamat Semasa Makan


Assalamualaikum....

Salam 18 Ramadan....

Kita selalu dengar kanak-kanak tak suka makan buah dengan sayur kan...anak-anak korang macam mana? Suka tak makan sayur dengan buah? Anak-anak saya kalau buah memang feveret abis la...tak kisah buah apa pun..semua diorang bedal..tapi kalau sayur memang susah...kalau masak sayur dia isap kuah dekat sayur tu je lepas tu buang...diorang ni makan tomato dengan lobak je...

Kalau korang pun ada masalah macam ni, saya ada kongsikan cara macam mana nak galakkan anak makan dan suka buah dan sayur... nanti korang boleh la cuba cara ni pada anak-anak korang..

10 Cara Bantu Anak Makan Sayur Dan Buah

Di bawah ni ada 10 cara nak bagi anak korang in love dengan sayur dan buah... moga bermanfaat untuk korang ye

  1. Pastikan rumah korang sentiasa ada buah segar seperti pisang, epal, pear dan limau. Susun buah dalam bakul yang cantik dan letak atas meja makan.. mesti diorang tertarik nak makan. Potong kecil buah seperti tembikai, betik dan jambu, kemudian letakkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais supaya sentiasa segar
  2. Hidangkan sayur dan buah bersama hidangan makanan utama setiap kali waktu makan.
  3. Kalau makan kat luar pilihlah menu yang ada sayur dan buah
  4. Tanya anak korang buah dan sayur apa yang mereka suka semasa membeli-belah.
  5. Galakkan semua ahli keluarga makan sayur dan buah..jangan suruh anak je makan sayur dan buah tapi ibu bapa tidak..nanti tak pasal-pasal kena soal dengan anak
  6. Hidangkan sayur dan buah dengan cara yang kretif untuk menarik minat anak. Hias la sikit bagi cantik, colourfull, potong dengan bentuk yang menarik
  7. Jangan cepat berputus asa jika anak korang tetap tak nak makan sayur dan buah... korang kena teruskan juga...
  8. Beri buah dan sayur ikut citarasa anak. Kalau dia nak sayur yang dimasak, masak dulu sayur tersebut sebelum beri padanya jangan bagi yang mentah...anak saya suka tomato mentah dan yang dah dimasak tapi lobak nak yang dah dimasak je
  9. Hidangkan buah dan sayur bersama yogurt dan coklat
  10. Ajak anak-anak tanam sendiri sayur dan buah. Biar mereka siram, baja dan jaga pokok tersebut. Ajak mereka petik sendiri sayur dan buah yang mereka suka bila pokok dah matang

Keselamatan Semasa Makan


Pastikan anak-anak korang selamat semasa makan. Jangan sampai tersedak atau tercekik.

a. Hidang buah dan sayur dengan saiz yang sesuai untuk anak korang. Kalau besar sangat nanti tercekik pulak diorang

b. Pastikan korang sentiasa ada dekat dan pantau anak semasa mereka makan. Kalau tercekik ke tersedak ke bole cepat-cepat korang bantu..

c. Pastikan anak korang tak berlari-lari ketika makan. Ajara anak duduk semasa makan supaya makanan dapat dikunyah dengan sempurna

d. Jika mahu beri anak sayur yang keras seperti kentang, lobak dan brokoli, rebus hingga betul-betul lembut supaya anak senang nak kunyah dan telan


Itulah antara cara yang dapat bantu anak korang makan buah dan sayur. Saya pun ambil dari majalah pa&ma. Rugi pulak rasanya kalau tak kongsi dengan korang kat sini...Korang boleh cuba..Selamat berjaya...


DAPATKAN PENJIMATAN DALAM PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DENGAN MENDAFTAR AHLI SHAKLEE HARI INI!!

***Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit***

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut : Hubungi

Fatiha (SID : 1150701)
sms/whatsapp-------------->012-6602016 Email::fariz3003@gmail.com
Pages : www.facebook.com/bondaseri

Pengedar Shaklee Kawasan Dengkil, Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil

"ANDA SEDANG MENCARI PENDAPATAN SAMPINGAN?? INGIN BEKERJA DI RUMAH SAMBIL MENJAGA ANAK?? HANYA DENGAN ONLINE SAHAJA ANDA DAPAT MENJANA 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN?? JOM DAFTAR AHLI SHAKLEE DAN NIKMATI PELBAGAI FAEDAH SHAKLEE DENGAN MODAL SERENDAH RM80 SAHAJA"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...